You are on page 1of 20

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak luar yang bertanggungjawab dalam

membimbing dan membantu saya menyiapkan laporan kajian lapangan ini.

Ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua Encik Kalaiselvam a/l Muniandi dan guru geografi

saya iaitu Cikgu Noraziah Mat Husain. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat kedua ibu bapa saya

iaitu Cheng Chee Kong dan Lai Yin lee. Rakan-rakan sekelas yang banyak memberi idea dan bantuan

semasa mengumpul data kajian dan menulis laporan hasil kajian ini.

Individu dan orang perseorangan yang memberikan kerjasama semasa saya menjalankan kajian

terutama penduduk di kawasan kajian iaitu Puan Hayati Saad dan Encik Noordin. Segala bantuan dari

mereka telah membolehkan saya menjalankan kajian lapangan danmenghasilkan satu laporan yang

lengkap. Terima kasih diucapkan.

1
Pendahuluan

Setiap murid tingkatan 1 wajib menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi.

Saya telah memilih tajuk yang bertajuk “Sisa domestik”. Saya memilih untuk

menjalankan kajian sisa domestik di kawasan tempat tinggal saya iaitu di Garden Homes,

70300 Seremban 2, Negeri sembilan.

Saya dibesarkan di Garden Homes, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan. Oleh

itu, adalah lebih mudah untuk saya menjalankan kajian di sini. Saya juga mendapati

terdapat segelintir penduduk taman ini yang suka membuang sampah merata-rata,

membuang sisa kotoran ke dalam longkang dan melakukan pembakaran terbuka kerana

lokasi taman ini yang terletak di tepi jalan utama. Perkara ini membolehkan saya

membuat pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk menyempurnakan

tugasan saya ini.

Masa yang diberikan kepada semua murid bagi menyiapkan kerja kursus ini

selama satu bulan. Bagi saya, tempoh yang diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan

kerja kursus ini dengan sempurna bagi mencari maklumat dan bahan tentang kawasan

kajian. Saya menggunakan satu bulan untuk mengumpul semua bahan iaitu peta I-

think ,kawasan tempat ,hasil kajian,bahan grafik, dan menyiapan dapatan, rumusan dan

keseluruhan kajian saya. Saya bersyukur dan bangga kerana kajian saya ini boleh

dijadikan panduan kepada saya dalam membantu usaha-usaha bagi mengatasi masalah

sisa omestic di taman saya di masa hadapan.

2
Objektif Kajian

Saya telah menjalani kajian tentang kesan pembuangan sisa domestik di kawasan

sekitar di Garden Homes, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan. . Kajian ini adalah

bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

1. Konsep dan takrifan sisa domestik

2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.

3. Mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian.

4. Mengkaji kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.

5. Mencadangkan langkah-langkah pengurusan sisa domestik dikawasan kajian.

3
Kawasan Kajian

4
Tafsiran Peta Lakar di Kawasan Kajian

Peta lakar di sebelah menunjukkan peta Garden Homes, Fasa F, Seremban 2. Garden Homes terletak di

kawasan tanah pamah, rata dan sedikit beralun. Ketinggian Garden Homes kurang daripada 15 meter dari

aras laut. Di bahagian barat dan utara kawasan ini merupakan kedai. Di utara terdapat sebuah hutan kecil

yang masih belum diterokai. Majoriti kawasan merupakan kawasan perumahan. Di kawasan pertengahan

terdapat sebuah padang yang besar.

Kegiatan ekonomi utama di kawasan Garden Homes ialah perniagaan. Terdapat banyak kedai-

kedai di sebelah barat dan sebelah utara. Selain itu, terdapat 2 buah sekolah yang besar di bahagian barat

daya. Sekolah itu adalah SJKT Covent, Seremban dan SMK Taman Bukit Kepayang. Ini menunjukkan

sebahagian pekerjaan penduduk adalah guru-guru, pekerja-pekerja am, pemandu bas, penjaja dan

pengawal keselamatan.

Terdapat dua buah restoran besar di sebelah barat laut dan timur laut, ini juga memberi peluang pekerjaan

seperti pengusaha restoran, tukang masak, pembersih, pelayan restoran dan pekerjaan mudah alih seperti

penunggang Food Panda, penunggang Grab dan seumpamanya.

Pengangkutan utama yng terdapat di kawasan ini ialah jalan raya. Terdapat beberapa kemudahan

asas yang disediakan di kawasan ini seperti sekolah, masjid, tadika, padang dan taman permainan.

Kebanyakan penduduk di kawasan ini beragama Islam. Ini terbukti dengan terdapatnya sebuah masjid.

5
Kaedah Kajian

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti

berikut

1. Kaedah Rujukan

Bagi memastikan pemilihan tajuk yang dibuat menepati sukatan mata pelajaran, saya telah mengadakan

sesi perbincangan bersama guru mata pelajaran geografi iaitu Cikgu Noraziah Mat Husain. Saya juga

telah membuat rujukan di pusat sumber sekolah bagi mengenalpasti maklumat yang boleh saya gunakan

dalam menulis laporan kajian.

2. Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian dan sekitarnya bagi

mengenalpasti kajian tentang kesan pembuangan sisa domestik di kawasan sekitar di Garden Homes,

70300 Seremban 2, Negeri Sembilan.Proses pemerhatian dicatatkan dalam buku catatan dan disertakan

dengan foto berkaitan.

3. Kaedah Soal Selidik

Saya telah menyediakan borang soal selidik berpandukan objektif kajian yang telah

ditetapkan. Borang tersebut telah diserahkan kepada penduduk di kawasan kajian. Sebanyak 5 borang soal

selidik melalui lampiran telah diedarkan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

6
Hasil Kajian

1. Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan dan contoh.

2. Menganalisis maklumat yang diperoleh daripada kerja lapangan ke dalam bentuk jadual dan

graf

3. Menghuraikan 2 atau lebih kesan pembuangan sisa domestik.

4. Memberikan 2 cadangan pengurusan sisa domestik secara kreatif dan kritis serta rasional.

7
Definisi

Menurut Noor, N. H. M., & Nordin, N. B. (2023), Sisa domestik merupakan bahan-bahan

buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas, minyak

masak bahan logam terpakai dan lain-lain. Kebanyakan sisa domestik membawa kesan buruk

terhadapalam sekitar.

Menurut Wikipedia, sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari

kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa

buangan toksik pula seperti minyak masak atau minyak enjin, lebihan racun rumpai atau

serangga dan hampas organik. Maka itu, sisa domestik boleh terbahagi kepada sisa pepejal dan

sisa cecair. Sisa domestik juga dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik.

Dapat dirumuskan dari kedua-dua definisi mempunyai sebulat suara bahawa kebanyakan

sisa domestik berpunca daripada kegiatan seharian manusia dan bencana alam selebihnya

daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.

8
Jenis-Jenis Sisa Domestik

Terdapat dua jenis sisa domestik yang utama iaitu sisa daripada bahan organik seperti sisa

makanan, sisa kebun dan kertas. Dan yang kedua sisa daripada bahan bukan organik seperti tin,

plastik, besi buruk dan kaca.

Jenis-Jenis Sisa Domestik


Bahan Organik Bukan Bahan Organik

sisa makanan sisa kebun tin plastik

kertas minyak terpakai besi buruk kaca

Bahan organik merupakan bahan berasaskan haiwan atau tumbuhan yang mudah

dilupuskan oleh ejen perosak . Sisa makanan atau sisa dapur merupakan buangan yang lazim

dihasilkan setiap hari untuk setiap keluaga. Contohnya seperti kulit bawang, kulit telur, kulit

buah-buahan, arang, sisa ikan, daun sayur, serbuk kopi dan teh. Sisa kebun atau sisa taman pula

merupakan bahan buangan dari aktiviti berkebun di kawasan perumahan. Sisa kebun terdiri

daripada sisa rumput, ranting kayu, daun kering, dahan atau batang pokok, dan buah-buahan

yang terjatuh dari pokok. Sisa kertas seperti kertas pencetak, buku, buku nota, kertas yang

dicincang, kadbos, pembungkusan kertas, beg kertas, surat khabar, risalah , kertas bersalut foil

9
dan kotak. Minyak terpakai pula merupakan minyak yang telah berulang digunakan beberapa

kali dan kurang sesuai untuk digunakan semula.

Bahan bukan organik ialah bahan yang terdiri daripada campuran mineral dan tidak

bukan hasil daripada pertumbuhan semulajadi organisma hidup. Tin adalah bekas atau kemasan

logam yang berlapis timah nipis seperti besi atau aluminium yang dihasilkan untuk menampung

barang yang boleh disimpan. Plastik daripada bungkusan produk, botol air minuman, botol

shampoo, sudu plastik, penggantung baju, dan sebagainya merupakan bahan buangan yang biasa

didapati di kawasan kediaman. Besi buruk dari alatan elektrik yang rosak, plat nipis, kepingan

plat, roda kereta, wayar interlude, zink kilang, besi paip, konkrit, plat, trek kereta , zink berkarat,

tin susu, wayar kimpalan, roda aloi basikal api, dan lain-lain yang mudah didapati di kawasan

perumahan terutamanya rumah kediaman yang sedang membuat pengubahsuaian. Dan kaca

merupakan sisa buangan bekas makanan, botol minuman, botol supplemen, botol-botol ubatan

atau perabot yang mempunyai cermin. Kesemuaan ini dapat dilihat dengan mata kasar

terutamanya di kawasan perumahan yang lapang.

10
Jenis-Jenis Sisa Domestik

Di Garden Homes, Seremban.

Gambar di bawah merupakan sisa buangan kebun dari sebuah kawasan lapang Garden Homes.

Beberapa gambar telah diambil untuk dijadikan bukti kajian.

sisa kebun, polystyrene, pasu, tilam

pasu, kotal, papan, carpet, tanaman, perabot lama

11
zink bumbung terpakai

Katil lama, botol kaca, plastik terpakai, daun-daun kering

12
kayu

Bahan buangan yang dibuang statik di beberapa lokasi kawasan perumahan. Penduduk suka

membuang di tempat yang sama, terutamanya mempunyai kawasan lapang di tepi jalan. Ejen

pembersihan akan datang mengemas dan membersihkan setiap minggu pada hari Isnin. Mereka

akan membawa sisa-sia buangan ini untuk dilupuskan atau dikitar semula.

Saya juga mengambil kesempatan meninjau beberapa longkang yang berdekatan

dengan perumahan, didapati longkang dalam keadaan bersih dan bebas dari pembuangan sisa

domestik. Secara kesimpulannya, bahan buangan di Garden Homes, Seremban 2 tidak ikut cara

kitar semula. Mereka hanya campak keluar tanpa memikirkan konsep kitar semula dan

mengagihkan bahan buangan mengikut konsep 3R.

13
Melalui soal selidik yang diedarkan, saya telah mencari 5 orang penduduk untuk

menyelesaikan kajian ini. Didapati bahawa kelima- lima penduduk dapat mengkategorikan sisa

seperti kertas, plastik dan lain-lain. Mereka tahu dan mengaplikasinya dalam rutin harian.

Soalan selidik yang kedua melibatkan pengetahuan mengenai kesan pembuangan sisa

domestik, sejauh mana mereka memahami impak yang akan berlaku. Mereka faham bahawa sisa

domestic akan menyebabkan saluran tersumbat, pencemaran tanah, pencemaran air, pencemaran

bau, punca penyakit dan tapak pelupusan sampah penuh. Ini bermakna penduduk faham, tahu

dan mempunyai kesedaran pemeliharaan alam sekitar.

Soalan selidik yang ketiga melibatkan cadangan pengurusan sisa domestik,

penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa tidak digalakkan kerana penduduk masih

dalam penyesuaian diri untuk menguruskan pembuangan sisa domestik. Amalan 3R sangat

menggalakkan kerana mereka bertanggapan bahawa kitar semula bukan sahaja dapat memelihara

alam malah dapat menjana duit kecil untuk tabungan anak. Pendidikan melalui kempen juga

menggalakkan, setakat ini masih tiada program kesedaran secara besar-besaran dilakukan.

Aktiviti pengkomposan sangat menarik minat semua, terutamnya dari bahan sisa buangan dapur

yang boleh menyuburkan tanah untk tanaman. Dan cadangan terakhir iaitu kaedah penstoran dan

kutipan yang pelbagai yang selalu dilakukan secara berkala pada hari Sabtu. Penduduk boleh

menghantar barang buangan yang boleh dikitar semula ke tapak kutipan, ajk penduduk akan

mengagihkan dan menjana dana melalui bahan yang dikutip untuk kegunaan kebajikan.

14
Kesan Pembuangan Sisa Domestik

Pembuangan sisa domestik membawa impak yang serius. Pertama, pencemaran tanah akan

berlaku disebabkan oleh bahan organic yang tidak dapat diuraikan atau dilupuskan. Bahan ini

boleh merosakkan struktur tanah, mengurangkan kesuburan tanah dan merosakkan habitat

mikroorganisma tanah. Sebagai fakta, penggunan plastik terutamanya yang sekali pakai secara

meluas menjadi penyumbang utama pencemaran tanah.

Pencemaran air akibat bahan kimia beracun seperti logam berat yang berkarat

dapat membahayakan kesihatan manusia dan memusnahkan ekosistem air. Sebagai

contoh, penggunaan bahan kimia seperti mercury dalam produk harian boleh mencemari

sungai dan menyebabkan keracunan ikan yang dimakan oleh manusia. Sisa buangan

ubatan ke dalam sungai atau laut juga akan merosakkan ekosistem hidupan air.

Pembakaran sisa domestik secara terbuka boleh menyebabkan pelepasan gas

rumah hijau dan toksik udara. Contohnya, elektronik yang mengandungi bahan beracun

boleh melepaskan dioksin ke udara, memberi kesan kepada kualiti udara dan

memudaratkan kesihatan manusia.

Dengan kesan-kesan ini, pengurusan sisa domestik yang bijak dan amalan kelestarian

adalah penting untuk melindungi alam sekitar dan manusia.

15
Langkah-langkah Pengurusan Sisa Domestik

Pertama, program kesedaran awam terutamnaya penduduk kawasan boleh melibatkan kempen

pendidikan yang meliputi fakta mengenai impak negatif pembuangan sisa domestik serta cara

meminimumkan kesannya. Sebagai contoh, kempen kesedaran komuniti atau mengadakan

bengkel praktikal untuk membimbing penduduk menghasilkan kompos melalui sisa pembuangan

dapur, mengingatkan tanggungjawab mereka, dengan memberikan contoh konkrit bagaimana

amalan harian mereka boleh memberi impak yang positif.

Kedua, pelaksanaan sistem inovatif kitar semula dengan melibatkan penggunaan

teknologi pintar untuk mengenal pasti dan mengitar semula bahan yang boleh diguna

berulang. Misalnya, penggunaan aplikasi mudah alih yang membolehkan penduduk

memantau dan mencari pusat kitar semula terdekat, atau penawaran insentif digital bagi

mereka yang mencapai matlamat kitar semula. Selain itu, boleh memperkenalkan

kemudahan kitar semula komuniti yang berkonsep kreatif, seperti ruang seni atau taman

kitar semula, untuk mendorong penyertaan masyarakat secara aktif dan bermakna.

Dengan pendekatan holistik ini, program pengurusan sisa domestik tidak hanya

berfokus pada pemulihan alam sekitar, tetapi juga melibatkan, mendidik, dan mendorong

masyarakat dalam usaha bersama menuju pengurusan sisa yang lebih berkesan dan

lestari.

16
Rumusan

Pembangunan ekonomi ini merupakan indikator yang positif dari aspek sosio-ekonomi penduduk

tetapi ia perlulah seimbang dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Jika

kepentingan alam semula jadi diabaikan, penduduk akan terus menghadapi masalah seperti

pencemaran dan bencana

alam.

Garden Homes merupakan sebuah taman perumahan yang berpotensi besar untuk

dibangunkan ke tahap seterusnya. Namun demikian, usaha pembangunan taman ini tidak harus

dilakukan secara intensif sehingga membelakangkan penjagaan alam sekitar. Justeru, setiap

pihak perlulah memainkan peranan masing-masing demi memastikan masyarakat dapat hidup

dengan selesa. Sesungguhnya pembangunan ekonomi tidak membawa apa-apa makna jika

masyarakat hidup dalam persekitaran yang tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan dalam

jangkamasa yang panjang.

17
Rujukan

1. Buku teks

Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala

Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd.

2. Buku rujukan

Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Akhbar

Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3.

4. Orang Sumber

Puan Hayati Saad, 38 tahun. No. 745, Jalan S2 F16, 70300 Seremban 2.

Encik Noordin, 53 tahun. No. 600, Jalan S2 F16, 70300 Seremban 2.

5. Internet

http://www.kpkt.gov.my/kegiatanekonomi/Malay/Why_m.asp

http://www.googlemap.com

http://www.ahpsb.com.my/files/Microsoft%20Word%20-%20recycle.pdf

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik

https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/231

18
Lampiran

19
Isi Kandungan

Bil Kandungan Muka Surat

1 Penghargaan 1

2 Pendahuluan 2

3 Objektif Kajian 3

4 Kawasan Kajian 4

5 Kaedah Kajian 5

6 Hasil Kajian 6-16

7 Rumusan 17

8 Rujukan 18

20

You might also like