You are on page 1of 13

SMK DATO ONN

Jalan Gangsa, Mukim 9 13000 Butterworth, Pulau Pinang

_____________________________________________________________K
AJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1

TAJUK KAJIAN: SISA DOMESTIK

NAMA : DANIEL JAIRAAJ A/L CHARLES NICHOLAS

KELAS : 1 AMBER

NAMA GURU : PUAN AINUL HUSNA

PENGHARGAAN
Saya ingin berterima kasih kepada guru Geografi
saya, Puan Ainul Husna yang telah membimbing dan
memberikan tunjuk ajar kepada kami sehingga kerja
lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Saya juga ingin merakam jutaan terima kasih kepada


ibu bapa yang telah memberikan sokongan moral dan
bimbingan sepanjang kami melakukan kerja lapangan ini.
PENDAHULUAN
Saya memilih tajuk Sisa Domestik sebagai kajian lapangan
adalah kerana sisa domestik ialah satu amalan yang penting
untuk memastikan kawasan perumahan bersih dan ceria.

Terdapat pelbagai usaha-usaha mengalakkan


mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di negara kita
yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

Tempoh yang diberikan kepada saya untuk menjalankan


kajian ini adalah 1 bulan.
OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenal pasti konsep sisa domestik .


2) Menghuraikan jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian.
3) Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
kajian .
4) Mencadangkan pengurusan sisa domestik secara
terancang di kawasan kajian.

KAEDAH KAJIAN

a) Kaedah Pemerhatian: Saya telah memperoleh pengajaran


daripada guru sejarah saya.
b) Melayari Internet : Saya telah melayari Internet untuk
mendapatkan maklumat di laman web.
c) Buku ilmiah sejarah tingkatan 1
HASIL KAJIAN

1) DEFINISI SISA DOMESTIK

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari

kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan

logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin,

lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik

terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat

dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan

sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan bencana alam

selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar. 


2) JENIS-JENIS SISA DOMESTIK

A. BAHAN ORGANIK: SISA KEBUN, SISA MAKANAN, KERTAS


 Boleh diuraikan dan dilupuskan
 Dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan

B. BAHAN BUKAN ORGANIK: BESI BURUK, KACA, TIN,


PLASTIK
 Sukar diuraikan dan dilupuskan
 Dihasilkan dari sumber mineral
3) KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

1.PENCEMARAN
 Pembuangan sampah sarap secara langsung akan
menyebabkan pencemaran, seperti:
a. Pencemaran air
Sumber air terutamanya sungai akan tercemar apabila
sampah sarap dibuang ke kawasan sumber air.
b. Pencemaran udara
Udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestic di
tapak pelupusan sampah.
c. Pencemaran bau
Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik
menyebabkan bau.

2. WABAK PENYAKIT
 Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi
tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh
haiwan seperti tikus, lipas dan lalat.
 Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, malaria,
zika dan rotavirus.
3. PENINGKATAN KOS PENYELENGGARAAN
 Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatan
kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak
kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT)
 Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT
melibatkan kos penyelenggaraan tapak pelupusan, baik
pulih kemusnahan, perawatan air tercemar dan gaji
pekerja pembersihan.

4. BANJIR KILAT
 Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang
sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan
menyebabkan aliran air tersekat.
 Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara
mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

4) CADANGKAN PENGURUSAN SISA DOMESTIK


i. Hierarki sisa 
Hierarki sisa yang masih merupakan andaian asas kepada kebanyakan
strategi peminimuman sisa merujuk kepada "3 R" (Reduce, Reuse,
dan  Recycle, iaitu Kurangkan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula). Ia
mengkategorikan strategi pengurusan sisa mengikut kebaikan dari
segi peminimuman sisa. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
sebanyak faedah yang mungkin daripada setiap produk serta untuk
mengurangkan sisa dengan seberapa yang dapat.

ii. Tanggungjawab penghasil terluas 


Tanggungjawab penghasil terluas (EPR: Extended Producer
Responsibility) ialah strategi yang direka bentuk untuk mempromosikan
penyatuan semua kos yang berkait dengan sesuatu produk pada
sepanjang kitaran hayatnya (termasuk kos pelupusan pada akhir hayat)
ke dalam harga pasaran keluaran. Ia bertujuan untuk mengenakan
kebertanggungjawapan kepada seluruh kitaran hayat bagi semua
produk dan bungkusan yang diperkenalkan kepada pasaran. Ini
bermaksud bahawa syarikat-syarikat yang mengilang, mengimport,
dan/atau menjual produk diperlukan bertanggungjawab kepada produk
mereka selepas hayat berguna dan bukan sahaja sewaktu mengilangnya.

iii. Prinsip Pencemar Bayar 


Prinsip Pencemar Bayar ialah prinsip yang memerlukan pihak pencemar
membayar kerana kesan sisa yang dijanakannya pada persekitaran.
Sehubungan dengan pengurusan sisa, ini umumnya merujuk kepada
keperluan penjana sisa untuk membayar kos pelupusan buangannya.
3.

RUMUSAN

Saya telah membuat kajian ini di KG. Benggali mengenai sisa domestik dan
masalah yang dihadapi akibat pengurusan sisa domestic yang tidak sistematik.
Saya dapati punca pengurusan sisa domestik yang tidak sistematik di kawasan ini
ialah disebabkan oleh penduduk kampung yang tidak mengambil berat akan
kebersihan alam sekitar. Beberapa langkah telah diambil antaranya mengadakan
kempen menjaga alam sekitar. Sebagai penduduk kampung ini, saya berasa
sedikit kecewa kerana terdapat banyak sisa domestik di persekitaran. Kerjasama
antara penduduk kampung dan pihak kerajaan agar dapat mengurangkan sisa
domestik di KG. Benggali.
LAMPIRAN
RUJUKAN

1) https://www.academia.edu/34814337/KERJA_LAPANGAN

2) https://www.google.com/search?

q=ANTARA+sisa+di+kampung&source=lnms&tbm=isch&sa=X&

ved=0ahUKEwjg5e7Q8eDWAhVLuo8KHciNBAwQ_AUICigB&biw

=1845&bih=1014#imgrc=_

3) http://www.relaksminda.com/2014/10/kenali-jenis-jenis-

pencemaran-pollution.htm

4) https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik

You might also like