You are on page 1of 13

Kajian Lapangan Geografi

Tingkatan 1
2022

Tajuk:
Kajian Mengenai Sisa Domestik di Taman
Anggerik Tenggara 81440 Bandar Tenggara,
Johor

Nama: MIZAN MUZAFFAR BIN


MAHADIR
Kelas: 1 UTM
Nama Guru: MOHD RAZI BIN RAHMAT
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya untuk menjayakan kajian ini .
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Bandar Tenggara 2 iaitu Tuan Norhaimi bin Haji
Abdullah kerana beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, kepada guru mata pelajaran Geografi
saya iaitu En. Mohd Razi bin Rahmat. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada kami sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya, Puan Miskiah
binti Ligiman dan bapa saya Encik Mahadir bin Ahmad kerana mereka telah
banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya demi memastikan kajian
ini dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada
tiga rakan saya iaitu Ezmeth Qallif, Riduan dan Firas yang telah banyak
membantu saya dalam mengumpul dan merekod maklumat kajian ini.
PENDAHULUAN
Saya, Mizan Muzaffar bin Mahadir merupakan pelajar tingkatan 1 UTM, SMK
Bandar Tenggara 2. Saya telah memilih tajuk kajian pembuangan sisa domestik
di Taman Anggerik Tenggara 81440 Bandar Tenggara, Johor. Saya memilih
tajuk ini kerana terdapat pelbagai masalah pembuangan sisa domestik yang
ada untuk saya menjalankan kajian ini. Saya menyiapkan kajian ini dalam
tempoh 6 minggu iaitu daripada bulan Oktober hingga November.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menetapkan tiga objektif kajian untuk dicapai bagi menyatakan jenis
dan contoh di Taman Anggerik Tenggara dan akan menjelaskan kesan
pembuangan sisa domestik di Taman Anggerik Tenggara. Terdapat tiga langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara bijak di Taman
Anggerik Tenggara. Kaedah-kaedah tersebut ialah:
1. Saya dapat menyatakan konsep sisa domestik.
2. Saya dapat menghuraikan jenis dan contoh sisa domestik di kawasan
Taman Anggerik Tenggara.
3. Saya dapat menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di Taman
Anggerik Tenggara.
4. Saya dapat menerangkan langkah-langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara bijak dan mudah di kawasan Taman
Anggerik Tenggara.
KAEDAH KAJIAN
PEMERHATIAN
Saya melakukan pemerhatian kawasan kajian di tempat kediaman rumah saya
iaitu Taman Anggerik Tenggara 81440 Bandar Tenggara, Johor.

RUJUKAN BAHAN
Kami memilih untuk merujuk bahan bacaan seperti buku teks. Tambahan lagi,
kami juga melayari internet untuk menambah lebih banyak maklumat tentang
pembuangan sisa domestik.

RUJUKAN INTERNET
Maps: https://maps.app.googl/mu69pigTuWJWEMZK8
Google: https://wwm.academia.edu/34814337/kerja_lapangan
HASIL KAJIAN
KESAN MASALAH PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI: Taman Anggerik
Tenggara 81440 Bandar Tenggara, Johor
Antara kesan pembuangan sisa domestik ialah pencemaran air. Sumber
air terutamanya sungai akan tercemar apabila sampah sarap dibuang ke
kawasan sumber air. Di samping itu, pencemaran udara juga boleh berlaku.
Udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan
sampah.

Selain itu, wabak penyakit juga bole berlaku. Wabak penyakit berlaku
kerana terdapat pembuangan sisa secara langsung yang akan menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan
lalat. Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, rotavirus dan malaria
merupakan penyakit kesan daripada masalah pembuangan sisa domestik.

Kemudian, banjir kilat akan berlaku atas sikap penduduk yang tidak
bertanggungjawab. Penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam
longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersumbat dan tidak
dapat mengalir dengan sempurna. Seterusnya apabila hujan lebat, jumlah air
akan meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

LANGKAH MENGATASI KESAN MASALAH PEMBUANGAN SISA DOMESTIK


Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi kesan masalah pembuangan sisa
domestik.
Penerapan amalan 3R, iaitu kurangkan [reduce], guna semula [reuse]
dan kitar semula [recycle] dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik masyarakat seharusnya mendidik untuk memahami konsep amalan
berkenaan contohnya, kita perlulah mengurangkan apa-apa yang boleh
menyebabkan sampah seperti penggunan beg plastik dan bekas polistirena.
Selain itu, kita mestilah menggunakan semula bekas minuman, surat khabar,
majalah atau mendermakan buku-buku dan pakaian. Selepas itu, kita haruslah
menghasilkan barangan terbuang seperti penghasilan kraf tangan dan baja
kompos.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan [PBT] juga perlu menguatkuasakan


undang-undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat. Selepas itu, akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
2007 [akta 672] dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan
sistematik.

Akhir sekali, pihak pembersihan sisa domestik juga perlu menjalankan


tugas dengan sempurna dan mengikut jadual mingguan. Hal ini bagi
mengelakkan penduduk daripada membiarkan sampah-sarap bersepah di
hadapan rumah mereka. Pihak pembersihan juga hendaklah bekerjasama
dengan masyarakat bagi menghindari masalah pembuangan sisa domestik.
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapat meningkatkan
ilmu saya dalam subjek Geografi. Membuat kajian lapangan ini juga mendidik
saya untuk menjadi seorang yg bertanggungjawab dan berdisiplin terhadap
masa untuk menghantar kajian lapangan ini.

Selain itu, saya juga dapat memahami dengan terperinci tentang


pembuangan sisa domestik di Taman Anggerik Tenggara. Saya juga dapat
mengenal pasti dan menganalisis maklumat seperti faktor yang mempengaruhi
pembuangan sisa domestik.

Akhir sekali, saya dapat menambahkan pengetahuan am kerana saya


telah membaca dan mengkaji banyak maklumat baharu daripada sumber
Internet.
RUJUKAN
ALAMAT KAWASAN KAJIAN
- 1230, Jalan 6/8 Taman Anggerik Tenggara 81440 Bandar
Tenggara, Johor

NAMA BUKU
- Hisyam Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad
[2017], Geografi Tingkatan 1, Era Visi Sdn Bhd.

LAMPIRAN
Peta kawasan kajian
Gambar pembuangan sisa domestik
JADUAL KERJA
TARIKH HARI AKTIVITI CATATAN
18.10.2022 Rabu Mendengar taklimat - Oleh guru
tentang kajian matapelajaran
lapangan bertajuk geografi
masalah pembuangan - Di kelas 1
sisa domestik di UTM
Taman Anggerik
Tenggara 81440
Bandar Tenggara,
Johor.
22.10.2022 Sabtu Saya mencari dan - Di rumah
mengumpul maklumat
tentang kawasan
kajian saya dengan
menyediakan muka
depan kajian
lapangan.
23.10.22 Ahad Saya menulis - Di rumah
penghargaan,
pendahuluan objektif
kajian dan kaedah
kajian.
2.11.2022 Rabu Saya menulis peta - Di rumah
lakar kawasan tempat
tinggal saya dengan
merujuk Google.
15.11.2022 Selasa Saya menghuraikan - Di rumah
kesan masalah sisa
domestik dan
mencadangkan
langkah mengatasi
masalah pembuangan
sisa domestik di
Taman Anggerik
Tenggara 81440
Bandar Tenggara,
Johor.
28.11.2022 Isnin Saya membuat - Di rumah
rumusan dan rujukan
tentang pembuangan
sisa domestik di
Taman Anggerik
Tenggara.
30.11.2022 Rabu Saya mengemaskini - Di kelas 1
dan menghantar UTM
tugasan.

You might also like