You are on page 1of 53

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN AMALI DI


MAKMAL FIZIK








WAN FAZILAH BINTI WAN DI






UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007


PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI
DI MAKMAL FIZIK





WAN FAZILAH BINTI WAN DI





LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)



FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007

ii
PENGAKUAN


Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.







14.04.2007 WAN FAZILAH BINTI WAN DI
D20032016921

























iii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tesis ini dengan baik, biarpun terdapat beberapa masalah dan kekangan yang
dihadapi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi sokongan kepada saya sepanjang
saya menyiapkan tesis ini.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tn. Hj Shaharudin B. Ali
selaku penyelia saya di atas segala tunjuk ajar, nasihat, cadangan, kritikan, idea,
pandangan dan bantuan dalam membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tesis ini.
Segala panduan dan nasihat yang diberikan amatlah dihargai. Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada Dr. Nurulhuda bt Abd Rahman di atas segala bantuan beliau sepanjang
menyiapkan tesis ini.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu
Wan Di B. Wan Chik dan Faridah Bt Awang yang selalu memberi dorongan dan nasihat.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang turut memberi idea,
kerjasama dan komen.













WAN FAZILAH BINTI WAN DI
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007










iv
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar pendidikan fizik terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran amali di makmal fizik. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini
menggunakan soal selidik yang dibangunkan sendiri sebagai instrumen untuk memungut
data. Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang pelajar semester enam ambilan Jun
2004/2005 bagi program Pendidikan Sains Fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science 10.0 for Windows dan Microsoft Office Excel 2003 untuk mencari peratus dan
statistik deskriptif bagi mendapatkan persepsi pelajar. Hasil analisis menunjukkan pelajar
berpandangan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran amali di makmal
fizik.

































v
ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the perceptions of physics students toward the
process of teaching and learning in physics laboratory. A self developed questionnaire is
used as an instrument to collect data. 70 students from sixth semester June 2004/2005
intake consists of physics education programme. The data were analyzed using the
Statistical Package For Social Science 10.0 for Windows and Microsoft Office Excel
2003 to get the percentage and statistic descriptive to find the student view. The finding
from this study showed that the students have positive views about the process of
teaching and learning process in physics laboratory.



































vi
KANDUNGAN

Muka surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN x

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latarbelakang Kajian 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 4
1.6 Limitasi Kajian 5
1.7 Definisi Istilah 5

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7
2.2 Objektif Dan Matlamat Kegiatan Amali 7
2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Fizik 9
2.4 Pembelajaran Bermakna Dalam Aktiviti Makmal 10
2.5 Kesimpulan 13

BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 14
3.2 Reka Bentuk Kajian 14
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 15
3.4 Instrumen Kajian 15
3.5 Kajian Rintis 18
3.6 Analisis Data 20

BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 21
4.2 Data Umum Berkaitan Responden 21
4.3 Analisis Responden berdasarkan Sikap 23
4.4 Analisis Statistik Deskriptif 24
4.5 Analisis Data bagi Setiap Soalan Mengikut
Dimensi 26
4.6 Analisis persepsi Responden Berdasarkan Skor
Markah 27
4.7 Kesimpulan 28
vii
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 33
5.2 Perbincangan 30
5.2.1 Data Umum Berkaitan dengan Responden 31
5.2.2 Analisis statistik Deskriptif 31
5.2.3 Analisis Skor Markah Persepsi Responden 31
5.3 Analisis Data Mengikut Setiap Dimensi 32
5.4 Kesimpulan 34
5.5 Cadangan 35

RUJUKAN 37
LAMPIRAN A 39
LAMPIRAN B 42
































viii
SENARAI JADUAL

Jadual

Muka surat

3.3.1 Ukuran Skala Likert Lima Mata bagi Setiap Item 16

3.3.2 Permarkahan Skala Likert 17

3.3.3 Julat Peratusan bagi Mengklasifikasikan Persepsi Pelajar 18

3.3.4 Skor Min Purata bagi Setiap Dimensi 18

3.4 Kebolehpercayaan Soalan Kajian Rintis 19

4.2.2 Bangsa Responden 22

4.3 Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Amali
di Makmal Fizik 24

4.4 Analisis Keputusan Soal Selidik 25

4.5.1 Skor Min Purata bagi Objektif Pembelajaran Amali 26

4.5.2 Skor Min Purata bagi Minat Pelajar Terhadap Aktiviti Amali 26

4.5.3 Skor Min Purata bagi Masa dalam Aktiviti Amali 26

4.5.4 Skor Min Purata bagi Persepsi Terhadap Kelengkapan Peralatan
Makmal 26

4.5.5 Skor Min Purata Terhadap Penilaian dalam Penulisan Laporan. 27

4.6 Peratusan Markah bagi Persepsi Pelajar 27

4.7 Skor Min Purata Keseluruhan bagi Setiap Dimensi 29









ix
SENARAI RAJAH

Rajah

Muka surat

4.2.1 Jantina 22

4.2.2 Bangsa 23

4.3 Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Amali
di Makmal Fizik 24

4.4 Histogram Skor Markah Pelajar 25

4.6 Persepsi Pelajar Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Amali di Makmal Fizik 28






























x
SENARAI SINGKATAN


UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
SPSS Statistical Package For Social Science10.0 for Windows
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia




































BAB 1





PENDAHULUAN





1.1 Latarbelakang
Amalan kerja amali di jabatan Fizik masa kini adalah berdasarkan kepada falsafah
tertentu sehingga ia menentukan struktur dan organisasi kegiatan makmal di tahun satu
hingga ke tahun empat. Kurikulum fizik di universiti di bina berdasarkan model dari
Barat tanpa mengambil kira kesesuaiannya dengan keperluan dan nilai hidup setempat
( Khalijah Mohd Salleh, 1992).

Jenis eksperimen yang dilakukan oleh pelajar di universiti adalah berbagai. Hal ini
tertakluk kepada cadangan yang dibuat oleh para pensyarah. Pelajar didedah kepada
pelbagai teknik dan jenis eksperimen serta dapat melakukannya. Pendekatan yang di
gunakan oleh pensyarah dalam pengajaran aktiviti makmal juga berbeza mengikut jenis
eksperimen yang dikendalikan di dalam makmal. Tajuk eksperimen yang disediakan
adalah seperti yang terdapat di dalam kuliah.

Antaranya yang boleh diaplikasikan ialah Guided Inquiry, Open Inquiry Lab,
Verification Lab dan Problem Based Learning. Guided Inquiry lebih kepada penemuan
2
terbimbing. Menurut Wenning (2005), bagi Guided Inquiry laboratory, tenaga pengajar
lebih kepada membantu dan membimbing pelajar semasa mengendalikan sesuatu
eksperimen. Menurut Abraham (1982), Verification Laboratory boleh dicirikan sebagai
Traditional Laboratory. Jenis makmal ini biasanya tenaga pengajar akan memberi arahan
dan langkah dalam lembaran kerja. Pelajar akan mengikut setiap langkah demi langkah
dalam lembaran kerja untuk mendapatkan hasil penyelidikan dan mengumpul data. Data
yang dikumpulkan akan dimasukkan dalam bentuk jadual atau graf dan seterusnya
menganalisis hasil dapatan tersebut.

Bagi Inquiry Laboratory pelajar tidak diberikan pengajaran teori sebelum
memulakan penyelidikan makmal. Pelajar di arahkan untuk mengumpul data dan
memikirkan data dengan mereka sesuatu konsep. Dalam Open Inquiry, pelajar mampu
untuk membuat keputusan tentang apa yang hendak diselidik dan dikaji serta bagaimana
untuk mendapatkan sesuatu data (Abraham, 1982).

Program pengajaran ilmu fizik selalunya mengandungi unsur teori, amali dan
penyelesaian masalah. Setiap pensyarah menggunakan pendekatan yang berbagai semasa
dalam pengajaran aktiviti makmal. Dari segi pengajaran dan pembelajaran antara
matlamat utama amali adalah untuk memantapkan pemahaman terhadap fenomena fizik,
membina kemahiran atau kemampuan merumus dan menyelesaikan masalah baru secara
amali dan menyediakan pelajar menghadapi kerjakerja penyelidikan atau kerjaya lain
yang melibatkan perlakuan amali fizik (Khalijah Mohd Salleh, 1992).

Pada peringkat tahun satu dan dua, kegiatan makmal masih dalam keadaan
terbimbing. Apabila berada pada tahun tiga, pelajar mula di latih untuk berdikari. Amali
masih dipandu tetapi tidak begitu rapat seperti pada tahun satu dan dua. Walau
bagaimanapun pelajar digalakkan berurusan dengan pensyarah tentang kerja yang hendak
dilaksanakan.

Pada tahun empat kerja amali adalah 100% berbentuk projek dan dilakukan di
bawah penyeliaan seorang pensyarah. Pelajar bebas memilih tajuk projek mereka sendiri.
3
Melalui aktiviti projek, pelajar akan mempelajari cara pengurusan projek secara
menyeluruh. Pada akhir projek pula pelajar akan menulis satu tesis. Sebagai
melengkapkan kegiatan pembelajaran, pelajar diminta membentangkan hasil projek
mereka.

Walaubagaimana pun, penyemakan terhadap kerja amali dilakukan untuk
memastikan falsafah dan matlamat amali telah tercapai atau tidak dan sama ada amalan
amali selama ini adalah sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa dan masa depan.


1.2 Pernyataan Masalah
Kerja amali adalah sebahagian daripada latihan seseorang ahli fizik. Satu program
pengajaran ilmu fizik selalunya mengandungi unsur teori, amali dan penyelesaian
masalah. Pensyarah seharusnya memastikan apakah perkara yang harus diketahui dan
dilaksanakan oleh pelajar ketika menjalankan kerja eksperimen.

Sesetengah pelajar tidak mengetahui apa sebenarnya tujuan aktiviti amali
dijalankan. Amali bukanlah bermakna semata-mata melakukan eksperimen. Untuk
melakukan amali dengan baik, pelajar mesti diberikan kemahiran terlebih dahulu dalam
beberapa aspek yang berkaitan dengannya. Eksperimen yang tidak direkabentuk dengan
baik tidak akan mendatangkan hasil yang bermakna.

Amali membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman terhadap konsep fizik.
Kegagalan pelajar memahami teori menyebabkan pelajar gagal mengaitkan perhubungan
antara konsep fizik dengan situasi kehidupan sebenar. Ini menunjukkan matlamat
kegiatan amali tidak tercapai seperti yang diharapkan.

Bagi kebanyakan pelajar, amali adalah salah satu kerja ujikaji untuk mendapatkan
markah dalam subjek tertentu. Pelajar tidak melihat kerja ujikaji sebagai satu metod
belajar fizik seperti yang diharapkan. Pelajar beranggapan amali adalah untuk
mendapatkan data dengan membuat ukuran dan selepasnya perlu membuat pengiraan dan
4
jika perlu memplot graf. Masalah begini jika berterusan, ianya akan bercanggah dengan
konsep pendidikan universiti yang bertujuan untuk meningkat daya intelek pelajar.
Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali dalam makmal
Fizik?


1.3 Persoalan Kajian
1) Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal
Fizik?


1.4 Objektif Kajian
1) Mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal
Fizik?


1.5 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini, diharapkan dapat mengetahui persepsi pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik serta pendekatan yang sesuai ke atas
pelajar semasa pengajaran aktiviti makmal. Matlamat yang diperolehi ini amat penting
kerana ia dapat

1) Membantu pensyarah di UPSI. Daripada dapatan kajian, pensyarah dapat merancang
strategi dan pendekatan dalam pengajaran aktiviti makmal agar aktiviti makmal
mencapai objektif.
2) Membantu menyedarkan pelajar bahawa pentingnya pendekatan inkuiri dalam
pengajaran aktiviti makmal.
3) Membantu pelajar untuk mengetahui objektif dan matlamat sebenar aktiviti makmal.



5
1.6 Batasan / Limitasi kajian
Di dalam melaksanakan kajian ini, beberapa faktor telah dikenal pasti yang menghadkan
kajian, iaitu :
1) Populasi yang dipilih tertumpu kepada pelajar major Fizik semester VI sesi
2006/2007 sahaja.
2) Populasi terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan sebelum memasuki
Universiti Pendidikan Sultan Idris seperti lepasan Matrikulasi, STPM dan diploma.


1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Pengajaran
Menurut Sharifah Alawiyah Alsagof (1980), pengajaran ialah aktiviti, kerana apabila
mengajar, aktiviti berikut berlaku: menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan
sesuatu dan berbagai - bagai aktiviti lain.


1.7.2 Pembelajaran
Pembelajaran adalah suatu proses yang berlanjutan untuk mengubah tingkah laku
manusia. Proses pembelajaran berlaku apabila satu situasi rangsangan wujud dan
melibatkan peningkatan cara seseorang berfikir dan sekaligus dapat meningkatkan
prestasi seseorang (Kamaruddin Kachar, 1989).


1.7.3 Persepsi
Menurut Kamus Dewan (2003), persepsi merupakan gambaran, bayangan dalam hati atau
fikiran tentang sesuatu pandangan, tanggapan, kekuatan imaginasi dan juga kepekaan
terhadap sesuatu.

6
Dalam kajian ini persepsi boleh dinyatakan sebagai proses seseorang untuk
menterjemahkan maklumat yang diterima dan kemudiannya memberikan pandangan.
Persepsi yang mungkin wujud berbeza samada bercorak positif ataupun negatif.


1.7.4 Inkuiri
Menurut Lilia Halim, T. Subahan M.Meerah dan Zolkepli Haron (2002), inkuiri adalah
satu proses dimana saintis dan pelajar mengemukan soalan mengenai semulajadi dan
membuat penyiasatan mengenai fenomena.


1.7.5 Makmal
Makmal merupakan tempat untuk menjalankan sesuatu eksperimen.


























BAB 2






TINJAUAN LITERATUR





2.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan dibincangkan beberapa pernyataan yang akan menerangkan isu-isu
yang diutarakan dalam kajian ini. Pendekatan yang berkesan seiring dengan matlamat
Falsafah Fizik akan menjadi aktiviti makmal mencapai objektifnya. Pendekatan teori
pengajaran dan pembelajaran (P&P), strategi dan pengkaedahan yang diamalkan oleh
instruktor hendaklah bersesuaian dengan kepelbagaian jenis eksperimen yang dijalankan.


2.2 Objektif dan Matlamat Kegiatan Amali
Kerja amali merupakan proses pendidikan dan latihan yang dilalui oleh pelajar untuk
mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan oleh jabatan iaitu untuk menghasilkan
pelajar yang boleh menjalankan dan menangani kerja fizik dan mampu untuk
menyesuaikan diri dengan alam kerja sains (Khalijah Mohd Salleh, 1992).


8
Kegiatan amali dapat meningkatkan kemahiran dan daya intelek pelajar melalui
eksperimen yang di jalankan. Kegiatan amali ini dilihat sebagai satu kegiatan
pembelajaran dan latihan bagi pelajar untuk membina kemahiran melakukan analisis
secara sistematik, logik dan objektif. Ini bermakna sesuatu eksperimen haruslah terlebih
dahulu dirancang dengan teliti oleh instruktor.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran antara matlamat utama amali adalah untuk
1) Memantapkan pemahaman terhadap fenomena fizik.
2) Membina kemahiran atau kemampuan merumus dan menyelesaikan masalah baru
secara amali.
3) Manipulasi bahan-bahan, alat radas, peralatan dan instrumen pengukuran.
4) Kebolehan mengenal pasti soalan-soalan yang boleh disiasat melalui eksperimen,
merancang, menilai dan melapor sesuatu eksperimen.
5) Keberkesanan dalam kerja berkumpulan dengan rakan sebaya.
6) Menyediakan pelajar menghadapi kerja-kerja penyelidikan dan kerjaya lain yang
melibatkan perlakuan amali fizik.
7) Memberi pendedahan kepada kemahiran saintifik dan manipulatif semasa
mengendalikan sesuatu eksperimen.

Untuk mencapai matlamat Falsafah Fizik, beberapa pendekatan dalam pengajaran
aktiviti makmal telah dikaji. Dengan ini pensyarah berperanan sebagai fasilitator agar
aktiviti amali dapat dikendalikan secara sistematik dan terancang.

Falsafah Sukatan pelajaran Fizik Malaysia ialah memberi tumpuan kepada
pemahaman konsep dan berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Strategi
pengajaran dan pembelajaran adalah
berteraskan kepada pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan
pendekatan inkuiri dan penemuan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003)

Strategi pengajaran inkuiri dapat membantu pelajar membentuk sesetengah
pengetahuan dan konsep fizik yang menggunakan teknik penyoalan inkuiri dan
penyelesaian masalah. Kerja amali yang dijalankan melibatkan pelajar terlibat secara
9
pasang tangan (hands-on) (Lilia Halim, T. Subahan M.Meerah dan Zolkepli Haron,
2002).

Menurut Baharudin Yatim (1992), penyediaan dan pemilihan peralatan yang
sesuai dan secukupnya adalah penting untuk memastikan kerja amali yang di rancang dan
di jalankan dengan teliti bagi mencapai kesan yang dikehendaki. Ini menunjukkan kerja
amali yang terancang dan sistematik akan mencapai matlamat kerja amali.

Salah satu matlamat amali ialah mewujudkan pengajaran kontekstual (Gerald,
1998). Kesan pendekatan kontekstual ini dapat membantu pelajar meningkatkan
kefahaman konsep-konsep fizik dikalangan pelajar. Menurut Zurida Ismail, Mohd
Samsudin dan Ahmad Nurulazam Mohd Zain (2005), berdasarkan kajiannya mendapati
pengajaran kontesktual memberi kesan terhadap pelajar bagi memahami konsep fizik
yang abstrak dapat di atasi melalui bantuan pengajar yang menyediakan perhubungan
antara konsep fizik dengan situasi kehidupan sebenar pelajar. Kajian beliau melibatkan
pelajar-pelajar Tingkatan Empat yang terdiri daripada 56 orang pelajar lelaki dan 49
orang perempuan yang mengambil mata pelajaran Fizik. Dalam kajiannya didapati
tempoh pengajian kontekstual untuk topik Haba adalah selama enam minggu. Kesan
pengajaran kontekstual terhadap pencapaian pelajar lelaki dan perempuan diukur
berdasarkan skor peningkatan ujian pra dan ujian pasca topik Haba. Hasil daripada
kajiannya menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara markah ujian
pasca dan min skor peningkatan ujian topik Haba antara pelajar lelaki dengan perempuan.
Ini bermakna pengajaran kontekstual memberi kesan yang sama terhadap pelajar-pelajar
bagi kedua-dua jantina dari sudut pencapaian dalam ujian topik Haba.


2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Fizik
Pada umumnya persepsi pelajar terhadap fizik adalah mereka mendakwa sifat ilmu fizik
itu abstrak. Persepsi ini telah mempengaruhi sikap pelajar terhadap fizik (Khalijah Mohd
Salleh, 1992). Kewujudan pelbagai persepsi terhadap fizik di pengaruhi oleh kejahilan
pelajar tentang matlamat fizik itu sendiri.
10
Menurut Chew Keng Peng (1994 ), pengajar fizik harus sedar jenis-jenis pelajar di
dalam makmal fizik dan mereka harus merancangkan aktiviti makmal atau kerja amali
dengan mengambilkira tentang penggunaan pengetahuan lalu oleh pelajar supaya
pembelajaran konsep-konsep fizik yang sesuai dan bermakna boleh berlaku. Kajian yang
dikaji oleh beliau bertujuan untuk menyiasat penggunaan pengetahuan lalu oleh pelajar
untuk pembelajaran konsep-konsep fizik dalam bilik makmal. Kajiannya melibatkan dua
puluh sembilan pelajar Tingkatan Empat, aliran sains yang mengambil subjek Fizik di
Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Pelajar - pelajar ditemubual tentang eksperimen-
eksperimen berkaitan dengan tenaga, satu tajuk Fizik Tingkatan Empat yang sedang
dipelajarinya di sekolah pada masa pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan pelajar
yang suka fizik sebagai satu mata pelajaran jika mereka boleh mengaitkan dan
menghuraikan pengalaman peribadinya, kepuasan daripada kerja amali, menyelesaikan
masalah yang mencabar dan juga jika mereka mendapat pengajian dari guru yang baik.
Berdasarkan kajiannya menunjukkan bahawa pelajar yang minat fizik sebagai satu
matapelajaran menyatakan mereka minat dan suka kerja amali fizik.

Aktiviti amali boleh memberi pembelajaran yang bermakna jika pengajar
memainkan sebagai fasilitator kepada pembelajaran pelajar dalam bilik makmal (Tobin
1990). Menurut Khalijah Mohd salleh (1992), pensyarah berperanan sebagai fasilitator
agar aktiviti amali dapat dikendalikan secara sistematik dan terancang. Dalam merancang
dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengajar harus meningkatkan
keberkesanan pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti eksperimen,
projek, kajian kes dan sebagainya yang sesuai untuk meluaskan pengalaman
pembelajaran di samping mengukuhkan pemahaman pelajar (Lilia Halim, T. Subahan
M.Meerah dan Zolkepli Haron, 2002).


2.4 Pembelajaran Bermakna dalam Aktiviti Makmal
Di dalam bidang pedagogi terdapat pelbagai teori yang telah diaplikasikan dalam proses
P&P. Walaubagaimanapun penggunaan teori hendaklah dilakukan dengan teliti supaya
ianya releven dan bersesuaian dengan keperluan proses P&P.
11
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), teori pembelajaran secara
konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia
menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya
dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan begitu juga di dalam pengujian hipotesis.
Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di
mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.

Pengajar dicadangkan mewujudkan kumpulan kecil dalam aktiviti makmal
(Gerald, 1998). Pengkaji mendapati pengajaran secara berkumpulan sangat berkesan
untuk pelajar fizik. Menurut Tobin (1990), dalam buku Lilia Halim, T. Subahan
M.Meerah dan Zolkepli Haron (2002), berdasarkan teori dan kajian didapati pembelajaran
yang bermakna dalam aktiviti makmal boleh berlaku secara koperatif dengan rakan
sebaya di dalam persekitaran yang mendorong mereka menyelesaikan masalah yang
menarik minat mereka secara bebas.

Wenning (2005), menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada pelajar penting
untuk mengaitkan sesuatu dalam aktiviti fizik. Dalam artikelnya Wenning menyatakan
bahawa pengajaran berasaskan inquiry- oriented memudahkan pelajar memahami sains.
Dengan ini pendekatan dalam kelas dan aktiviti makmal dapat membantu pelajar untuk
memahami konsep dan teori sains dengan lebih jelas.

Kajian Chew Keng Peng (1994), juga mendapati pengetahuan yang sedia ada
(pre-requisites) penting dalam sesuatu pengajaran. Penggunaan pengetahuan lalu oleh
pelajar dalam pembelajaran konsep fizik dalam bilik makmal, memudahkan pelajar
memahami konsep-konsep dalam eksperimen yang dilakukan.

Menurut Zacharia (2003), pendekatan inquiry based sesuai semasa menjalankan
eksperimen fizik. Daripada kajian didapati sikap pengajar sains terhadap pendekatan
inquiry based dalam eksperimen fizik memberi kesan positif. Kajian beliau melibatkan
12
13 orang guru fizik (postgraduates) di New york City. Dalam kajian ini pengkaji
membahagikan sampel kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimental dan
kumpulan kawalan. Hasil dari kajian tersebut, didapati nilai cronbach alpha yang telah
dikaji mengenai sikap terhadap pendekatan inquiry based dalam makmal ialah 0.89.
Manakala skala markah sikap guru sains postgraduates terhadap aktiviti makmal ialah
4.23. Ini menunjukkan guru sains memberi pandangan yang positif terhadap Fizik.
Pengkaji berpendapat pendekatan yang di gunakan oleh instruktor kepada pelajar semasa
aktiviti makmal memberikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.

Kajian yang dilakukan oleh Freedman (1997), juga menunjukkan hubungan antara
aktiviti makmal dan sikap terhadap sains memberi kesan yang positif. Kajian ini
melibatkan dua puluh kelas sains Fizik di Bandar Urban. Dalam kajian ini pengkaji
membahagikan sampel kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimental dan
kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimental diberi pendedahan aktiviti makmal selama
36 minggu manakala kumpulan kawalan tidak diberi pendedahan aktiviti makmal. Hasil
daripada kajian didapati pencapaian peperiksaan dalam sains lebih tinggi (p< 0.01)
berbanding pelajar yang tidak ada pengalaman dalam aktiviti makmal. Ini menunjukkan
pengajaran dalam makmal memberi kesan positif bagi sikap terhadap sains dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains.

Satu kajian berbentuk eksperimen telah dilakukan di Turki yang menggunakan
pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran mata pelajaran Sains (kimia).
Kajian ini dikaji oleh Demircioglu dan Agas (2005), yang melibatkan 80 pelajar di Turki
yang bertujuan untuk menyiasat kaedah pengajaran baru mengenai asid dan bes ke atas
pencapaian pelajar. Ianya berbentuk ekperimen kawalan kumpulan yang mengambil masa
selama empat minggu. Dua instrumen yang digunakan iaitu The concept Achievement
Test dan Chemistry Attitude Scale yang mana data dikutip sebelum dan selepas pelajar
melalui keadah pengajaran yang baru itu. Setelah menganalisis hasil ujian selepas pelajar
melalui proses pembelajaran baru, didapati mereka memperolehi pencapaian yang lebih
baik dan signifikan jika dibanding dengan pencapaian pelajar yang kekal mengikuti
kaedah pengajaran lama.
13
2.5 Kesimpulan
Daripada kajian-kajian lepas, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengetahui adakah
aktiviti makmal mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di
makmal Fizik. Secara amnya, pelajar yang suka fizik sebagai satu matapelajaran juga
suka komponen amalinya. Pengkaji percaya kerja amali bukan sahaja membenarkan
pelajar belajar konsep baru tetapi juga untuk mengukuhkan aspek teori yang dipelajari
dalam kelas. Secara kesimpulannya didapati bahawa kaedah, peralatan serta pemilihan
aktiviti amali yang bersesuaian akan menarik perhatian pelajar terhadap kegiatan makmal.
































BAB 3





METADOLOGI KAJIAN





3.1 Pengenalan
Bab ini menjelaskan secara terperinci berkenaan kaedah penyelidikan yang bakal
dijalankan bagi mengumpulkan data serta maklumat untuk mencapai objektif sebenar
kajian. Huraian diterangkan dalam reka bentuk kajian, instrumen kajian dan seterusnya
dalam menganalisis data yang akan dikumpul.


3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang akan dijalankan merupakan satu kajian tinjauan di mana reka bentuk kajian
yang akan digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Oleh sebab kajian ini melibatkan
tinjauan terhadap persepsi pelajar, maka kaedah soal selidik digunakan bagi mendapatkan
data. Borang selidik yang digunakan mengutarakan tentang persepsi pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran amali di makmal fizik.



15
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 70 pelajar semester enam, Fakulti Sains Dan Teknologi
di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi program pendidikan Sains (Fizik). Bilangan
sampel kajian ini adalah terdiri daripada 12 lelaki dan 58 perempuan. Pemilihan sampel
adalah secara rawak berkelompok. Menurut Mohd Konting (1990 dalam Glory
Samicknoo 2002, m.s 17) penggunaan saiz sampel digalakkan melebihi 30 orang kerana
andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit
dan dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan seterusnya
mengurangkan ralat persampelan.


3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan bagi menjalankan kajian ini ialah soalan soal selidik.
Kaedah kuantitatif yang dipilih bagi menjalankan kajian ini mewajibkan setiap responden
yang terpilih untuk menjawab soalan soal selidik yang disediakan. Soalan soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Soalan soal selidik ini di
bina sendiri oleh penyelidik dan untuk mendapat kebolehpercayaan ke atas soalan
tersebut, satu kajian rintis terlebih dahulu dijalankan. Bahagian A mengandungi soalan
mengenai maklumat peribadi sampel manakala bahagian B merupakan soalan soal selidik
berkaitan kajian yang hendak dikaji yang mengandungi 20 soalan.

Soal selidik ini menggunakan skala Likert untuk mengukur pandangan sampel
terhadap setiap pernyataan yang diberi. Skala ini terdiri daripada skala 1 hingga 5 dengan
1 menunjukkan sangat tidak setuju, 2 menunjukkan tidak setuju, 3 menunjukkan
tidak pasti, 4 menunjukkan setuju seterusnya 5 menunjukkan sangat setuju. Soalan
yang dikemukakan mengandungi lima dimensi iaitu objektif eksperimen, minat pelajar
terhadap aktiviti makmal, kemudahan dan kelengkapan peralatan makmal, masa dan
penilaian.

16
Setiap dimensi telah di bahagikan dengan empat soalan yang berkaitan. Untuk
item berkaitan dengan objektif eksperimen ialah soalan bernombor 1, 2, 3 dan 4. Bagi
item berkaitan dengan minat pelajar terhadap aktiviti makmal ialah soalan bernombor 5,
6, 7 dan 8. Bagi item berkaitan dengan kemudahan dan kelengkapan peralatan makmal
ialah soalan bernombor 9, 10, 11, dan 12 manakala bagi item berkaitan dengan masa ialah
soalan bernombor 13, 14, 15 dan 16. Bagi item berkaitan dengan penilaian pula ialah
soalan bernombor 17, 18, 19 dan 20.

Skala Likert lima mata yang perlu dipilih dan di bulatkan nombor perwakilan bagi
skala pengukuran oleh responden seperti di dalam jadual 3.3.1.

Jadual 3.3.1
Ukuran Skala Likert Lima Mata bagi Setiap Item

Pilihan Skala pengukuran
1 Sangat tidak bersetuju
2 Tidak bersetuju
3 Tidak pasti
4 Bersetuju
5 Sangat bersetuju

Teknik Likert dipilih untuk mengelakkan responden memilih hanya dua jawapan
sahaja iaitu setuju atau tidak setuju ataupun ya atau tidak. Jika ini berlaku,
kebolehpercayaan jawapan yang dikemukakan adalah sukar untuk dipercayai kerana
kemungkinan responden berkecuali di dalam beberapa item yang tertentu. Teknik Likert
ini bersesuaian untuk pelajar menjawab kerana ia berpusatkan responden. Maka, ia dapat
mengukur sesuatu kumpulan untuk sesuatu perkara.

Bagi mengenal pasti kontinum positif atau negatif, penyelidik telah menentukan
bahawa responden yang memilih skor atau markah 1 dan 2 adalah tergolong dalam yang
berpandangan negatif. Bagi yang memilih skor 3 pula tergolong dalam kumpulan yang
17
tidak pasti. Manakala pelajar yang memilih skor 4 dan 5 adalah tergolong dalam
kontinum berpandangan positif. Skala likert ini di gunakan kerana ia dapat mengukur
pandangan responden dengan menunjukkan arah item-item yang disoal bagi menentukan
kedudukan dalam kontinum pandangan positif dan negatif.

Jadual 3.3.2
Permarkahan Skala Likert

Skala pengukuran Markah
Sangat bersetuju 5
Bersetuju 4
Tidak pasti 3
Tidak bersetuju 2
Sangat tidak bersetuju 1

Skor tertinggi = 5 Skor terendah = 1

Dalam pengukuran data, pengkaji memilih skala ordinal di mana skala likert
digunakan. Ini adalah kerana pengkaji dapat mengelas dan mengumpul data serta dapat
menunjukkan kedudukan data yang diperoleh. Data ini dianalisis secara kuantitatif dan
deskriptif berdasarkan skor min dan peratusan min yang diperoleh daripada jawapan
pelajar. Peratusan pelajar yang memberi pandangan yang positif dan negatif terhadap
kajian ini dianalisa. Kemudian satu julat markah amali di makmal fizik samada berada
dalam kontinum positif atau negatif. Dalam menentukan persepsi sampel, pengkaji
menggunakan sistem skor gred seperti Jadual 3.3.3:






18
Jadual 3.3.3
Julat peratusan bagi mengklasifikasikan persepsi pelajar

Persepsi pelajar Julat Markah (%)
Sangat positif 80-100
Positif 60-79
Negatif 40-59
Sangat negatif 1-39

Daripada jadual di atas, julat markah responden dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu sangat positif, positif, negatif dan sangat negatif. Jumlah keseluruhan untuk
item ini ialah 100 markah dan persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal Fizik akan dinilai berdasarkan julat yang disediakan.
Jadual 3.3.4 merupakan skor min purata bagi setiap dimensi. Julat ini diadakan bagi
menentukan persepsi sampel terhadap proses pengajaran dan pembelajaran amali bagi
setiap dimensi.

Jadual 3.3.4
Skor min purata bagi setiap dimensi

Julat purata min Interprestasi Persepsi pelajar

3.76 5.00 sangat baik Sangat positif
2.56 3.75 baik Positif
1.26 2.50 sederhana Negatif
1.0 - 1.25 lemah Sangat negatif





19
3.5 Kajian Rintis
Sebelum kajian ini dijalankan, kajian rintis telah dilakukan untuk memastikan keesahan
(validity) soalan soal selidik yang dibuat. Setelah mendapat data daripada kajian rintis ini,
penyelidik telah menganalisa data untuk mendapatkan nilai alfa atau membuat realibility
test. Soalan ini diberikan kepada penasihat untuk disemak dan menentukan
keesahannya. Penasihat telah memberi maklum balas yang mana beberapa soalan telah di
baiki dari segi susunan ayat supaya ianya lebih jelas. Selain daripada itu, soalan ini juga
dinilai oleh penyelia cadangan kajian.

Seramai 10 orang pelajar di pilih secara rawak untuk menjalankan kajian rintis
tersebut. Penyelidik akan bersama respoden semasa mereka sedang menjawab soalan
supaya apa yang tidak jelas di dalam soal selidik dapat dijelaskan. Responden yang akan
menjalani ujian rintis ini ialah pelajar UPSI yang terdiri daripada pelajar semester tujuh
ambilan November 2003/2004 bagi program Pendidikan Sains (Fizik) secara rawak di
mana mereka tidak diambil dalam mendapatkan data yang sebenar. Item-item yang tidak
difahami oleh pelajar semasa kajian rintis akan disemak. Ini bagi tujuan pembetulan.
Pembetulan akan dilakukan jika terdapat sebarang komen semasa kajian rintis dilakukan.

Setelah mendapat data daripada kajian rintis ini, penyelidik telah menganalisis
data untuk mendapatkan nilai alfa atau membuat reliability test dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Sosial Science 10.0 for windows. Hasil yang telah
diperolehi oleh penyelidik adalah seperti Jadual 3.4 di bawah:

Jadual 3.4
Kebolehpercayaan Soalan Kajian Rintis

Bil Responden Nilai Alfa
10 0.73


20
Hasil dari kajian rintis yang dibuat pekali reliabiliti alpha adalah 0.73 dan
penyelidik merasakan ia sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar. Menurut Mohd
Salleh Abu dan Saidatun Tasir (2001, m.s 261), sekiranya nilai alfa adalah 0.6 ke atas
maka intrumen tersebut boleh diterima pakai dan dianggap mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi.


3.6 Analisis Data
Data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis secara kuantitatif. Dalam kajian ini data
dianalisis secara deskriptif. Data yang diperolehi daripada soalan soal selidik akan
digredkan berdasarkan nilai-nilai tertentu. Nilai-nilai min, median dan juga mod
kekerapan diperolehi. Selain itu, nilai ini akan dikira bagi sisihan piawai dan juga julat
data. Penganalisian data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Package For
Sosial Science 10.0 for Windows kerana perisian ini adalah sesuai.

























BAB 4





DAPATAN KAJIAN





4.1 Pengenalan
Di dalam sesuatu kajian yang dilakukan, menganalisis data merupakan langkah yang
penting sebelum perbincangan ke atas hasil kajian tersebut. Oleh itu, di dalam bab ini
pengkaji akan membentangkan keputusan yang diperolehi dari kajian yang dijalankan.
Dalam bab ini juga, segala persoalan mengenai persepsi pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal fizik akan terjawab.


4.2 Data umum berkaitan dengan responden

4.2.1 Jantina
Hasil daripada data yang dikumpul dari 70 responden, telah didapati responden
perempuan adalah melebihi daripada responden lelaki. Ini dapat dilihat pada Jadual 4.2.1
di bawah:


22
Jadual 4.2.1
Jantina Responden

Jantina Frekuensi Peratus (%)

Lelaki 12 17.14
Perempuan 58 82.86
Jumlah 70 100


lelaki
17%
perempuan
83%
lelaki perempuan


Rajah 4.2.1 Jantina


4.2.2 Bangsa
Kajian ini dilakukan ke atas pelajar semester enam Pendidikan Sains (Fizik) di UPSI yang
mana majoriti pelajar adalah dari keturunan bangsa Melayu. Data yang didapati telah
menunjukkan sebanyak 93% dari responden adalah Melayu dan 6% adalah Cina
manakala hanya 1% sahaja adalah dari keturunan Kadazan. Sila rujuk kepada jadual 4.2.2
dan rajah 4.2.2.

23
Jadual 4.2.2
Bangsa Responden

Bangsa Frekuensi Peratus (%)
Melayu 65 92.86%
Cina 4 5.71%
Kadazan 1 1.43%
Jumlah 70 100%


melayu
93%
cina
6%
kadazan
1%
melayu
cina
kadazan

Rajah 4.2.2 Bangsa


4.3 Analisis responden berdasarkan sikap pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal Fizik.

Hasil dari dapatan didapati, jumlah pelajar yang meminati pengajaran dan pembelajaran
amali di makmal Fizik adalah 45 responden iaitu sebanyak 64.30%. Ini menunjukkan
pelajar meminati eksperimen yang dijalankan di makmal Fizik.



24
Jadual 4.3
Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Amali di Makmal Fizik

Sikap Frekuensi Peratus
Kurang minat 8 11.43%
Tidak pasti 4 5.70%
Minat 45 64.30%
Sangat Minat 13 18.57%
Jumlah 70 100%


18.57%
64.30%
5.70%
11.43%
kurang minat Tidak pasti Minat Sangat minat

Rajah 4.3
Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Amali di Makmal Fizik


4.4 Analisis statistik deskriptif
Dalam kajian ini, jumlah skor markah persepsi pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran adalah 100 markah. Data yang dikumpul mendapati markah minimum yang
diperolehi oleh responden adalah 58 dan markah tertinggi yang diperolehi responden
adalah 100. Skor min bagi markah yang terkumpul adalah 78.41 dengan sisihan piawai
sebanyak 8.56. Analisis stastistik yang dilakukan menerusi SPSS menunjukkan median,
Peratus
25
mod dan min adalah hampir sama. Ini menunjukkan taburan adalah normal. Dengan ini
data ini boleh digunakan bagi mewaliki populasi. Rajah 4.4 menunjukkan taburan normal
menerusi graf dan Jadual 4.4 memperlihatkan ringkasan analisis statistik yang berkaitan.

Jadual 4.4
Analisis Keputusan Soal Selidik

Bil Skor Skor Min Median Sisihan
Responden, N Terendah Tertinggi Piawai

70 58 100 78.41 78.00 8.56


frekuensi
100.0 95.0 90.0 85.0 80.0 75.0 70.0 65.0 60.0
20
10
0
Std. Dev = 8.56
Mean = 78.4
N = 70.00

markah

Rajah 4.4 Histogram Skor Markah Pelajar



26
4.5 Analisis data bagi setiap soalan mengikut dimensi
Jadual di bawah menunjukkan skor markah min purata bagi setiap dimensi. Julat markah
dan min purata adalah seperti Jadual 3.3.4 dalam bab 3.

Jadual 4.5.1
Skor min purata bagi objektif pembelajaran amali

Dimensi skor min purata
Objektif 3.96


Jadual 4.5.2
Skor min purata bagi minat pelajar terhadap aktiviti amali

Dimensi skor min purata
Minat 3.94


Jadual 4.5.3
Skor min purata bagi masa dalam aktiviti amali

Dimensi skor min purata
Masa 3.76


Jadual 4.5.4
Skor min purata bagi persepsi terhadap kelengkapan peralatan makmal

Dimensi skor min purata
Kelengkapan 3.84

27
Jadual 4.5.5
Skor min purata terhadap penilaian dalam penulisan laporan.

Dimensi skor min purata
Penilaian 4.10



4.6 Analisis persepsi responden terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di
makmal Fizik berdasarkan skor markah.
Persepsi responden terhadap keseluruhan terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di
makmal Fizik dianalisis secara peratus bagi menentukan tahap penerimaan samada sangat
positif, positif, negatif dan sangat negatif. Jadual 4.6 menunjukkan skor markah dan
persepsi pelajar secara keseluruhan menggunakan sistem skor gred seperti berikut:

Jadual 4.6
Peratusan Markah bagi Persepsi Pelajar

Julat markah Persepsi bil peratus(%)
Responden pelajar pelajar

80-100 sangat positif 26 37
60-79 positif 43 62
40-59 negatif 1 1
1-39 sangat negatif - -


Daripada Jadual 4.6, didapati persepsi bagi sebilangan responden terhadap
keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik adalah sangat
positif dan positif. Sebanyak 37% responden memilih pengajaran dan pembelajaran amali
di makmal fizik secara sangat positif dan 62% memilih secara positif. Namun begitu
28
terdapat 1% responden menerima secara negatif. Seterusnya peratusan markah bagi
persepsi pelajar secara keseluruhan dapat dilihat menerusi Rajah 4.6 di bawah. Dengan ini
dapat disimpulkan bahawa pelajar memberi pandangan yang positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran amali di makmal fizik.


0%
1%
62%
37%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
sangat negatif
negatif
positif sangat positif
p
e
r
a
t
u
s


Rajah 4.6
Persepsi Pelajar Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Amali.


4.7 Kesimpulan
Berdasarkan keseluruhan hasil analisis bagi setiap dimensi, didapati kelima-lima dimensi
menunjukkan pelajar memberi persepsi yang sangat positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal fizik. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas tentang
min skor purata bagi setiap dimensi yang diuji. Jadual 4.7 di bawah disediakan untuk
penjelasan yang ringkas.




29
Jadual 4.7
Skor Min Purata Keseluruhan bagi Setiap Dimensi

Dimensi persepsi skor min purata
Objektif pembelajaran aktiviti makmal. 3.96
Minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran amali. 3.94
Masa yang diperuntukkan. 3.76
Kelengkapan peralatan makmal. 3.84
Penilaian. 4.10






























BAB 5





PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN





5.1 Pengenalan
Dalam kajian ini, pengkaji telah cuba mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran amali di makmal Fizik. Sampel yang terlibat adalah pelajar semester
enam di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 70 orang pelajar yang terlibat dalam
kajian ini.


5.2 Perbincangan
Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat perbincangan tentang keputusan yang
diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Keputusan yang diperolehi adalah
mengenai data umum berkaitan dengan responden, yang meliputi jantina, bangsa, dan
sikap. Selain itu keputusan yang diperolehi adalah mengenai analisis deskriptif. Di mana
keputusannya adalah berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal Fizik.


31
5.2.1 Data Umum Berkaitan dengan Responden
Hasil daripada data yang dikutip dari 70 responden, telah mendapati bilangan responden
perempuan adalah melebihi daripada responden lelaki (82.86% dibandingkan dengan
peratus lelaki sebanyak 17.14%).

Memandangkan kajian ini dilakukan ke atas pelajar semester enam Pendidikan
Sains (Fizik) di UPSI yang mana majority pelajar adalah dari keturunan bangsa melayu
dan beragama Islam (sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.2). Hasil kajian ini
mendapati sebanyak 64.30% daripada responden menunjukkan sikap minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik. Ini menunjukkan responden
meminati eksperimen yang dijalankan di makmal Fizik. Kebanyakan responden yang
meminati aktiviti amali juga meminati subjek Fizik. Perbezaan jantina, bangsa dan latar
belakang responden tidak mempengaruhi hasil kajian yang di jalankan.


5.2.2 Analisis statistik deskriptif
Hasil dapatan menunjukkan skor min bagi markah yang terkumpul adalah 78.41 dengan
sisihan piawai sebanyak 8.56. Manakala nilai median dan modnya adalah 78.00 dan 75
masing - masing. Nilai min, median dan mod adalah hampir sama, menunjukkan taburan
adalah normal. Sebagaimana di tunjukkan dalam Rajah 4.4, dalam bab 4 (yang
menunjukkan sebuah graf taburan Normal). Dengan ini, data ini boleh digunakan bagi
mewakili populasi. Manakala jumlah varians adalah 73.35. Ini menunjukkan data adalah
heterogeneous dan boleh mewakili populasi.


5.2.3 Analisis skor markah persepsi responden
Hasil kajian yang diperolehi mendapati dalam sebahagian besar pelajar yang menjadi
responden dalam kajian ini mendapat skor markah 60-79 (62%) iaitu seramai 43 pelajar.
Skor markah ini menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik. Sebanyak 26 pelajar mendapati skor
markah 80-100 iaitu 37%. Skor markah ini menunjukkan responden memberi persepsi
32
yang sangat positif terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik.
Walaubagaimana pun hanya seorang pelajar (1%) yang mendapat skor markah 40-59 iaitu
memberi persepsi negatif. Secara umumya, ini jelas menggambarkan aktiviti amali di
makmal Fizik memberi pandangan yang positif kepada responden.


5.3 Analisis data mengikut setiap dimensi

5.3.1 Objektif terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik.
Bahagian ini membincangkan dimensi persepsi pelajar terhadap objektif pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal Fizik. Nilai purata min bagi persepsi pelajar terhadap
objektif pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik ialah 3.96. Ini menunjukkan
pelajar memberi pandangan yang sangat positif terhadap objektif pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal Fizik. Pengkaji mendapati objektif aktiviti pembelajaran
amali di makmal fizik untuk pelajar fizik khususnya tercapai. Antaranya pengetahuan lalu
dan sedia ada mampu membantu dalam pembelajaran konsep Fizik semasa kerja amali
diadakan. Ini menunjukkan salah satu objektif pembelajaran amali di makmal Fizik. Hasil
kajian yang dibuat oleh Chew Keng Peng (1994), mengukuhkan lagi hasil kajian yang
diperolehi oleh pengkaji. Beliau menjelaskan penggunaan pengetahuan lalu oleh pelajar
dalam pembelajaran konsep fizik dalam bilik makmal, memudahkan pelajar memahami
konsep-konsep dalam eksperimen yang dilakukan. Berdasarkan kajian pengkaji
berpendapat pengetahuan sedia ada mampu membantu pelajar semasa menjalankan
aktiviti makmal, kerana berdasarkan analisis responden menunjukkan bahawa mereka
adalah pelajar semester enam di UPSI dan majoritinya merupakan pelajar lepasan
matrikulasi.


5.3.2 Minat terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik.
Bahagian ini membincangkan dimensi persepsi pelajar terhadap minat pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal Fizik Nilai purata min bagi persepsi pelajar terhadap
minat pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik ialah 3.94. Nilai ini
33
menunjukkan pelajar memberi sikap yang sangat positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran amali. Dari dapatan kajian ini, pengkaji mendapati aktiviti amali menarik
minat pelajar fizik. Antaranya kerja amali secara berkumpulan dengan rakan sebaya lebih
berkesan. Ini menunjukkan responden meminati aktiviti amali secara berkumpulan. Hasil
kajian ini juga telah menyokong kajian Tobin (1990) dalam buku Lilia Halim, T. Subahan
M.Meerah dan Zolkepli Haron (2002). Hasil kajian beliau telah berjaya menunjukkan
berdasarkan teori dan kajian didapati pembelajaran yang bermakna dalam aktiviti makmal
boleh berlaku secara koperatif dengan rakan sebaya. Oleh itu, pengkaji berpendapat
bahawa aktiviti amali secara berkumpulan kecil iaitu seramai dua hingga tiga orang dalam
satu kumpulan sudah memadai.


5.3.3 Masa yang diperuntukkan.
Bahagian ini membincangkan dimensi persepsi pelajar terhadap masa yang diperuntukkan
dalam aktiviti amali. Dari dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi persepsi
pelajar terhadap masa yang diperuntukkan dalam aktiviti amali ialah 3.76. Ini
menunjukkan pelajar memberi persepsi yang sangat positif terhadap masa yang di
peruntukkan semasa menjalankan eksperimen. Masa yang telah diperuntukkan untuk
menjalankan eksperimen ialah tiga jam. Selain itu pelajar sentiasa menyediakan laporan
amali dengan lengkap dan menghantar laporan tepat pada masanya. Ini menunjukkan
masa yang di beri oleh pelajar mencukupi untuk menyiapkan laporan pada masa yang di
tetapkan. Kajian Chew Keng Peng (1994), mengatakan bahawa pengetahuan sedia ada
pelajar membolehkan mereka melakukan kerja amali dengan waktu yang singkat. Oleh itu
juga, pengkaji berpendapat bahawa masa yang diperuntukkan selama dua atau tiga jam
amat bersesuaian dengan eksperimen yang telah dirancang oleh jabatan Fizik.


5.3.4 Kelengkapan peralatan makmal di Makmal Fizik.
Dari dapatan data, nilai purata min bagi persepsi pelajar terhadap kelengkapan peralatan
di makmal Fizik ialah 3.84. Nilai ini menujukkan pelajar memberi persepsi yang sangat
positif. Pengkaji membuat tanggapan bahawa makmal fizik UPSI mempunyai kemudahan
34
yang lengkap dan mencukupi untuk setiap amali yang dijalankan. Menurut Baharudin
Yatim (1992), penyediaan dan pemilihan peralatan yang sesuai dan secukupnya adalah
penting untuk memastikan kerja amali yang di rancang dan di jalankan dengan teliti bagi
mencapai kesan yang dikehendaki. Ini dapat menunjukkan kerja amali yang terancang
dan sistematik akan mencapai matlamat kerja amali. Oleh itu, pengkaji berpendapat
bahawa persepsi pelajar terhadap kelengkapan peralatan amali yang canggih dan terkini
akan mempengaruhi minat pelajar semasa menjalankan eksperimen.


5.3.5 Penilaian.
Dari dapatan data, nilai purata min bagi persepsi pelajar terhadap penilaian yang
diberikan oleh pensyarah kepada hasil kerja amali ialah 4.10. Hasil daripada penulisan
laporan, pensyarah akan memberikan markah dan markah tersebut akan dicampurkan
dengan markah peperiksaan akhir. Pengkaji berpendapat bahawa cara pembahagian
markah dalam laporan harus dijelaskan kepada pelajar. Secara tidak langsung pelajar
dapat mengetahui cara penulisan laporan yang betul, kemahiran saintifik dan kemahiran
manipulatif.


5.4 Kesimpulan
Secara keseluruhan menunjukkan bahawa pelajar memberi pandangan yang positif
terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik. Ini terbukti apabila kelima-
lima dimensi persepsi yang dikaji menunjukkan keputusan yang menyatakan bahawa
pelajar memberi pandangan sangat positif terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di
makmal Fizik.

Di harapkan kerja amali yang dilalui oleh pelajar mencapai matlamat pendidikan
untuk menghasilkan pelajar yang boleh menjalankan dan menangani kerja fizik serta
mampu menyesuaikan diri dengan alam kerja sains. Universiti bukan berfungsi untuk
memajukan ilmu sahaja tetapi ia bertanggungjawab unutk membina peribadi manusia,
mempernyatakan potensi manusia seterusnya menghasilkan siswazah yang cemerlang.
35
5.5 Cadangan untuk kajian akan datang
Pengkaji mengakui dan mengenalpasti bahawa kajian ini mempunyai beberapa
kelemahan. Dengan itu, pengkaji berpendapat beberapa kajian susulan terhadap persepsi
pelajar terhadap terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik harus
dilakukan pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa cadangan untuk kajian pada
masa akan datang:

5.5.1 Kajian ini dilakukan kepada pelajar universiti sahaja dan terhad untuk pelajar
semester VI 2006/2007 sahaja. Ia merupakan satu kajian kecil yang hanya
menggunakan 70 orang responden. Oleh itu kajian ini juga haruslah dilakukan
kepada pelajar sesi lain untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran amali di makmal Fizik.

5.5.2 Kajian ini juga menggunakan jumlah sampel yang sedikit. Oleh itu, diharapkan
kajian ini dilakukan dengan menambahkan jumlah sampel responden yang ramai
dan setara antara lelaki dan perempuan supaya dapat dilihat suatu perubahan
dalam persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali fizik di antara
pelajar lelaki dan perempuan.

5.5.3 Kajian ini hanya dilakukan hanya di UPSI sahaja, maka segala dapatan yang
diperolehi hanya membincangkan skop kajian yang kecil. Dengan itu, diharapkan
kajian ini membandingkan persepsi di antara pelajar major fizik UPSI dengan
pelajar major fizik universiti yang lain untuk mendapat gambaran yang sebenar
persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik
yang berada di universiti.

5.5.4 Dimensi bagi persepsi yang diuji hanya membincangkan lima daripada dimensi-
dimensi persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal
Fizik. Diharapkan pengkaji akan dapat menambahkan jumlah dimensi persepsi
lain yang akan diuji.

36
5.5.5 Pelbagaikan reka bentuk atau kaedah iaitu tidak hanya menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian malah cara temuduga atau pemerhatian juga digalakkan
bagi mendapatkan keputusan yang lebih bermakna.

5.5.6 Kajian ini juga menekankan faktor persepsi terhadap pengajaran dan pembelajaran
amali di makmal Fizik. Justeru itu, diharapkan pengkaji dapat meluaskan kajian
terhadap faktor lain seperti iklim sekolah, bangsa, latar belakang dan taraf sosio-
ekonomi terhadap fizik di kalangan pelajar.


























37
RUJUKAN

Abraham, M. (1982). A Descriptive Instrument For Use in Investigation Science
Laboratories. Journal of reseach in Science Teaching, 19, 155-165.

Annette, V., David, T., Michael, D., and Robert Mrtek. (2001). Identifying Student
Attitudes and Learning Styles in Distance Education. Journal Of Asynchronous
Learning Network. Available Online : 7 March 2006. http://www.sloan-
c.org/publications/jaln/v5n2/v5n2_valenta.asp

Baharudin Yatim (1992). Kaedah Amali dalam Fizik dalam Khalijah Salleh Pendidikan
Fizik di Universiti. Kuala Lumpur: Universiti kebangsaan Malaysia.

Chew Keng Peng (1994). Penggunaan Pengetahuan Lalu untuk Pembelajaran Konsep
Fizik dalam Bilik Makmal. Jurnal Pendidikan Matematik dan Sains. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Demircioglu, G., Ayas, A. dan Demircoiglu, H. (2005). Conceptual Change Achieved
Though a New Teaching Program on Acids and Bases. Royal Society of Chemistry.

Freedman, M.P (1997). The Relationship Between Laborator Instruction, Attitude
Toward Science and Achievement in Science Knowledge. Journal of research in
Science Teaaching, 34 (4),343-357.

Gerald Toylor, Jr, Chair (1998). Goals of the Introductory Physics Laboratory. American
Association of Physics Teachers. American Journal of Physics, 66(6), 483-485.

Glory Samickanoo (2002). Keberkesanan Kaedah MBL dalam Pemahaman Konsep Daya
dan Gerakan di Kalangan Mahasiswa Program Sains. Tesis yang tidak diterbitkan.
Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah-Fizik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

38
Khalijah Mohd Salleh (1992). Pendidikan Fizik di Universiti. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia UKM.

Lilia Halim, T. Subahan M.Meerah dan Zolkepli Haron (2002). Strategi Pengajaran Fizik
untuk Guru Sains. Selangor: Prentice Hall.

Low Mai Keok (2000). Secondary School Students Attitudes Toward Physical Activity.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Salleh Abu dan Saidatun Tasir (2001). Buku Pengenalan kepada Analisis Data
Berkomputer. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Siti Rohaya Arifin (1998). Kajian Mengenai Sikap Terhadap Sains dan Pencapaian
dalam Matapelajaran Sains Panduan bagi Pelajar Tingkatan 2. Tesis Saujana UKM.

Sharifah Alawiyah Alsagof (1980). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Tobin, K. (1990). Research on Science Laboratory Activities : In pursuit of Better
Questions and Answers to Improve Learning. School Science and Mathematics. 403-
418.

Wenning, C.J. (2005). Levels of Inguiry: Hierarchies of Pedagogical Practices Inguiry
Processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available
http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/

Zacharia, Z. (2003). Belief, Attitudes and Intentions of Science Teachers Regarding the
Educatoinal Use of Computer Simulation and Inquiry- based Experiment in Physics.
Journal of research in science Teaching, 40, 792-823.

Zurida Ismail, Mohd Samsudin dan Ahmad Nurulazam Mohd Zain (2005). Kesan
Pengajaran Kontektual Ke atas Pencapaian Pelajar dalam Fizik. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.









39
LAMPIRAN A

SOALAN SOAL SELIDIK
SOAL SELIDIK PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARA N AMALI DI MAKMAL FIZIK

Soal selidik ini hanya bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran amali di makmal fizik. Semua maklumat adalah rahsia dan hanya untuk
tujuan kajian sahaja.



Bahagian A
Sila tandakan (X) mengenai maklumat diri anda di tempat yang disediakan.

1. Jantina: Lelaki Perempuan

2. Bangsa Melayu cina

India lain-lain

3. Tahap pendidikan sebelum masuk UPSI Lepasan Matrikulasi
STPM
Diploma
Guru PKPG

4. Sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran amali di makmal Fizik.
Tidak minat
Kurang minat
Tidak pasti
Minat
Sangat minat

40
Bahagian B

Bulat pilihan anda berdasarkan skala berikut:

1 = Sangat tidak bersetuju
2 = Tidak bersetuju
3 = Tidak pasti
4 = Bersetuju
5 = Sangat bersetuju


1 Aktiviti makmal dapat meningkatkan kefahaman saya
dalam mata pelajaran fizik.
1 2 3 4 5
2 Kerja amali sangat membantu saya memahami
konsep atau teori yang diajar di dalam kuliah.
1 2 3 4 5
3 Pengetahuan lalu dan sedia ada mampu membantu
saya dalam pembelajaran konsep Fizik semasa kerja
amali .
1 2 3 4 5
4 Kerja amali secara berkumpulan dengan rakan sebaya
lebih berkesan.
1 2 3 4 5
5 Saya sentiasa membaca lembaran kerja makmal fizik
sebelum memulakan eksperimen.
1 2 3 4 5
6 Saya memahami tujuan kerja amali dijalankan bagi
subjek Fizik.
1 2 3 4 5
7 Pelaksanaan eksperimen dapat menarik minat saya
terhadap fizik.
1 2 3 4 5
8 Saya seronok mempelajari fizik kerana setiap
pembelajaran akan diikuti dengan kerja-kerja amali.
1 2 3 4 5
9 Masa yang diperuntukan untuk melakukan setiap
kerja amali fizik adalah sesuai dengan kerja amali
yang dilaksanakan.
1 2 3 4 5
10 Kerja amali yang disediakan adalah mencukupi untuk
saya mengaitkan teori dan pratikal sepanjang satu
semester pembelajaran.
1 2 3 4 5
11 Saya sentiasa menyediakan laporan amali dengan
lengkap dan dihantar tepat pada masanya.
1 2 3 4 5
12 Masa yang diberikan untuk menyediakan laporan
amali adalah mencukupi.
1 2 3 4 5
13 Makmal Fizik UPSI mempunyai kemudahan yang
lengkap dan mencukupi untuk setiap amali yang di
jalankan.
1 2 3 4 5
14 Makmal Fizik UPSI mempunyai kemudahan
peralatan amali yang canggih dan terkini.
1 2 3 4 5
15 Kelengkapan makmal Fizik memberi kepuasan
semasa mengendalikan eksperimen.
1 2 3 4 5
41
16 Dengan pengetahuan sedia ada, saya dapat
mengendalikan peralatan dengan baik dan teratur.
1 2 3 4 5
17 Cara pembahagian markah dalam laporan harus di
jelaskan kepada pelajar.
1 2 3 4 5
18 Pemarkahan yang diberikan oleh demonstrator amat
memuaskan.
1 2 3 4 5
19 Demostrator harus mengembalikan laporan yang
telah disemak kepada pelajar supaya pelajar tahu
kesalahan dalam penulisan laporan.
1 2 3 4 5
20 Demostrator akan menilai setiap kerja-kerja amali
yang dijalankan.
1 2 3 4 5




Nyatakan cadangan anda untuk menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran
amali di makmal Fizik.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
______________________________________________________

















42
LAMPIRAN B

Reliability statistics


Cronbach Alpha


N of Items

0.728

20

Descriptive Statistics
70 3 5 4.01 .60
70 3 5 3.99 .52
70 2 5 4.10 .59
70 2 5 3.74 .74
70 2 5 3.56 .86
70 2 5 4.27 .66
70 2 5 4.07 .69
70 1 5 3.84 .75
70 2 5 3.77 .80
70 1 5 3.47 .86
70 2 5 4.07 .67
70 1 5 3.74 1.02
70 2 5 3.93 .80
70 2 5 3.86 .94
70 2 5 3.87 .87
70 2 5 3.70 .73
70 2 5 4.33 .72
70 2 5 3.61 .82
70 1 5 4.31 1.08
70 1 5 4.16 .85
70
soalan 1
soalan 2
soalan 3
soalan 4
soalan 5
soalan 6
soalan 7
soalan 8
soalan 9
soalan 10
soalan 11
soalan 12
soalan 13
soalan 14
soalan 15
soalan 16
soalan 17
soalan 18
soalan 19
soalan 20
Valid N (listwise)
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation



Descriptive Statistics
70 58 100 78.41 8.56
70
markah
Valid N (listwise)
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation

You might also like