You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING

KM 26, SG PLONG, 47000 SG BULOH SELANGOR


BEA 8605 (03 60383258)

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI DEFINISI DAN KONSEP


FIZIK DENGAN MENTERJEMAHKAN FORMULA FIZIK MELALUI PETA I-
THINK DAN SISTEM `PASSWORD

DISEDIAKAN OLEH :

ROZITA BINTI ISMAIL


670803085494
0172118799
(2015)

1|Page
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA SURAT

1 Penghargaan 2

2 Abstrak 3

3 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 4

4 Fokus Kajian 4

5 Objektif Kajian ( am dan khusus) 5

6 Kumpulan sasaran 5

7 Pelaksanaan Kajian 5

8 Tindakan yang dijalankan 6-8

9 Refleksi kajian 9

10 Cadangan kajian seterusnya 10

2|Page
PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

1. Pn Siti Salmah binti Idris, Pengetua SMK Bukit Gading, Sg Buloh.

2. Pn Nor Aziah Darus, PK Akademik, SMK Bukit Gading, Sg Buloh.

3. Pn Siti Norah AB Aziz, GKMP Bidang Sains dan Matematik SMK Bukit Gading.

4. Pelajar-pelajar tingkatan 4 Berlian SMK Bukit Gading

Dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung
sepanjang kajian ini dijalankan

Laporan kajian tindakan ini telah berjaya disempurnakan pada 10 September 2015.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

. .

3|Page
ABSTRAK

Kajian ini di jalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 4
semasa mereka menjawab soalan kertas 2 Fizik SPM. Seramai 25 orang pelajar
tingkatan 4 Berlian dan seorang guru yang mengajar matapelajaran Fizik terlibat dalam
kajian ini. Fokus kajian adalah merujuk kepada cara mengingati definisi, konsep dan
hukum Fizik menggunakan kaedah password dan formula fizik yang diterjemahkan
menggunakan peta I-think. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat mengingati
definisi dan konsep fizik yang di uji di dalam ujian dan peperiksaan. Pelajar hanya
menghafal formula tetapi tidak tahu menterjemahkan formula untuk mendapatkan
definisi dan konsep Fizik darinya. Dalam kajian ini pelajar telah di minta untuk
menyatakan satu password setiap kali mereka hendak memasuki makmal Fizik untuk
mengikuti sesi PdP. Password tersebut adalah formula, hukum dan konsep Fizik yang
telah di pelajari dalam sesi pembelajaran yang lalu. Pelajar yang tidak dapat
memberikan password tidak dibenarkan masuk ke makmal sehingga mereka dapat
mengingatinya. Pelajar juga diminta untuk menterjemahkan formula yang mereka
pelajari untuk mendapatkan perkara-perkara berikut:

i. unit bagi suatu kuantiti Fizik


ii. Definisi
iii. faktor yang mempengaruhi suatu kuantiti fizik
iv. hubungan antara kuantiti-kuantiti fizik yang terlibat
v. melakarkan graf
vi. menyelesaikan masalah pengiraan selepas selesai setiap topik pemgajaran dan
pembelajaran.

Hasil kajian ini di dapati penguasan pelajar dalam mengingat konsep Fizik semakin
meningkat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat mengingati konsep Fizik dan tidak dapat menjawab
soalan yang melibatkan definisi, hukum-hukum Fizik dan tidak tahu menyatakan hubungan antara kuantiti-
kuantiti Fizik yang diuji dalam soalan ujian atau peperiksaan. Daripada analisis keputusan peperiksaan yang
lalu seperti TOV, ujian dan Peperiksaan didapati kebanyakan pelajar dikategorikan dalam kumpulan lemah
dan sederhana sahaja semasa menjawab soalan bahagian ini.

Sebagai persediaan awal untuk menduduki SPM 2016, maka kami guru-guru Fizik mengambil langkah
segera dan relevan untuk mengatasi masalah ini. Kaedah Password dan menterjemahkan formula untuk
mendapatkan konsep fizik diperkenalkan mulai bulan April 2015.

2.0. FOKUS KAJIAN

Pelajar didapati amat lemah dalam mengingati konsep Fizik yang mereka pelajari. Mereka boleh mengingati
formula tetapi tidak tahu untuk menggunakannya untuk memahami Fizik dengan lebih baik. Kajian ini akan
memfokus kepada kaedah untuk mengingati konsep fizik menggunakan sistem password dan formula Fizik
dengan bantuan peta buih I-Think.. Di harap kaedah ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
kemahiran menjawab soalan kertas 2 Fizik SPM.

4|Page
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif am
Meningkatkan markah kertas 2 Fizik seterusnya peratus kelulusan mata pelajaran Fizik SPM.

3.2 Objektif Khusus


i. menerbitkan unit dari formula
ii. pelajar dapat menyatakan definisi fizik dari formula
iii. pelajar dapat menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi suatu kuantiti fizik dari formula
iv. pelajar dapat menyatakan hubungan antara kuantiti fizik melalui formula
v. melakarkan graf
vi. menyelesaikan masalah pengiraan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatka 25 orang pelajar dari kelas 4 Berlian yang terdiri dari 8 lelaki dan 17 orang
perempuan. Mereka merupakan pelajar kumpulan sederhana dalam pencapaian akademik.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Analisis Tinjauan masalah

5.1.1 Pemerhatian
Dari analisis ujian pertama yang dilakukan didapati bahawa ramai pelajar yang tidak
tahu menyatakan unit, definisi dan menghubungkait konsep fizik yang telah mereka
pelajari

5.1.2 Temu bual


Kami menjalankan kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat yang boleh
membantu kami menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan pelajar gagal menjawab
soalan yang dikemukakan kerana gagal mengingati konsep Fizik yang mereka pelajari.

5|Page
5.1.3 Analisis dokumen

MARKAH
BIL NAMA PELAJAR UJIAN 1
1 AHMAD KHUSAIRY BIN SHAARI 58
2 AIN NASUHA BINTI MOHD YUSOFF 39
3 AUDREY SYMPLICIUS 56
4 IZZATI MARDHIAH BINTI ZOHARI 56
5 MASTURAH BT SHALEHUDDIN 57
6 MOHAMAD HAMIZAN BIN HERMAL 34
7 MOHAMAD ZAHID BIN MOHAMAD SHOHAIMI 45
MUHAMMAD DANI IZZUDEN B MOHD
8 MASLAN 32
9 MUHAMMAD IQBAL BIN INDRA MUFELI 32
10 MUHAMMAD NAZMI BIN KHAIRUL ANUAR 56
11 MUHAMMAD RAUF BIN MOHD SAIDIN 62
12 NOR HAIZA BINTI MOHD HASHIM 36
13 NORLI NAZIFA BINTI SULAIMAN 61
14 NUR AISYAH BINTI MISHARDY 41
15 NUR AMRIENA SYAZRIEN BINTI RAMIZU TH
16 NUR NAJIHA BINTI SUHAILEE 40
17 NURLINA BINTI ISMAIL 41
18 NURUL FARAHAIMI BINTI MD ZAWAWI 53
19 NURUL IZZAH BINTI AZLAN 13
20 NURUL SYAFIQAH BINTI AZRIN 37
21 SHAHRUL IZHAM BIN AHMAD ZAMSURI 41
22 SITI NURAINA BINTI ABDUL RAHMAN 53
23 TEGUH WIRANTO PUTRA BIN MADENAN 19
24 THAVANESHVARAN A/L BALACHANDRAN 57
25 TRI LAS ANDANI PUTRI BINTI ERDISON 29

6|Page
5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Hasil dapatan daripada pemerhatian, temubual dan analisis dokumen, kami melaksanakan
kaedah Password dan peta I-think dari formula fizik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Contoh pelaksanaan KAEDAH PASSWORD

5.2.1 Sebelum sesi PdP bermula pelajar akan beratur diluar makmal. Guru akan menunggu
pelajar di pintu. Setiap pelajar akan menyatakan satu password sama ada formula fizik, definisi
atau konsep fizik yang telah mereka pelajari dalam sesi pdp yang lalu. Pelajar yang dapat
menyatakan satu password akan dibenarkan masuk ke kelas. Pelajar yang tidak dapat
menjawab akan diberi peluang menjawab hingga berjaya dapat masuk ke kelas.

Contoh pelaksanaan I-think (formula Fizik)

PENYELESAIAN
MASALAH
UNIT PENGIRAAN

MELUKIS
DEFINISI RUMUS
GRAF
(FORMULA)

HUBUNGAN
FAKTOR YANG ANTARA
MEMPENGARUHI KUANTITI

7|Page
Contoh pelaksanaan I-think (formula Fizik)

PENYELESAIAN
UNIT MASALAH
PENGIRAAN
P = mv

Kgms-1

DEFINISI MELUKIS
MOMENTUM GRAF
Hasil
darab jisim p=mv
dengan
halaju

FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI

1. jisim HUBUNGAN
2. halaju ANTARA KUANTITI

1. p m bila v malar

2. p v bila m malar

Pelajar dikehendaki menterjemahkan formula fizik untuk mendapatkan konsep fizik menggunakan
peta I-think setiap kali habis sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam buku latihan masing-masing.

8|Page
ANALISIS DAPATAN KAJIAN

MARKAH PPT
BIL NAMA PELAJAR UJIAN 1
66
1 AHMAD KHUSAIRY BIN SHAARI 58
52
2 AIN NASUHA BINTI MOHD YUSOFF 39
61
3 AUDREY SYMPLICIUS 56
60
4 IZZATI MARDHIAH BINTI ZOHARI 56
64
5 MASTURAH BT SHALEHUDDIN 57
40
6 MOHAMAD HAMIZAN BIN HERMAL 34
52
7 MOHAMAD ZAHID BIN MOHAMAD SHOHAIMI 45
MUHAMMAD DANI IZZUDEN B MOHD 45
8 MASLAN 32
44
9 MUHAMMAD IQBAL BIN INDRA MUFELI 32
60
10 MUHAMMAD NAZMI BIN KHAIRUL ANUAR 56
68
11 MUHAMMAD RAUF BIN MOHD SAIDIN 62
50
12 NOR HAIZA BINTI MOHD HASHIM 36
70
13 NORLI NAZIFA BINTI SULAIMAN 61
51
14 NUR AISYAH BINTI MISHARDY 41
TH
15 NUR AMRIENA SYAZRIEN BINTI RAMIZU TH
49
16 NUR NAJIHA BINTI SUHAILEE 40
44
17 NURLINA BINTI ISMAIL 41
60
18 NURUL FARAHAIMI BINTI MD ZAWAWI 53
35
19 NURUL IZZAH BINTI AZLAN 13
54
20 NURUL SYAFIQAH BINTI AZRIN 37
56
21 SHAHRUL IZHAM BIN AHMAD ZAMSURI 41
64
22 SITI NURAINA BINTI ABDUL RAHMAN 53
40
23 TEGUH WIRANTO PUTRA BIN MADENAN 19
65
24 THAVANESHVARAN A/L BALACHANDRAN 57
45
25 TRI LAS ANDANI PUTRI BINTI ERDISON 29

Jadual di atas menunjukkan perbandingan pencapaian sebelum dan selepas kaedah password dan I-
think dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan.

9|Page
6.0 REFLEKSI KAJIAN
Setelah aktiviti-aktiviti dan latihan diberikan kepada pelajar selama 4 minggu dapatannya
adalah seperti dalam jadual di atas.
Saya dapati Kaedah PASSWORD dan I-think banyak membantu meningkatkan kemahiran
pelajar menjawab soalan berbentuk konsep dan definisi. Mereka lebih mengenalpasti hendak
soalan dan lebih berfokus dalam menjawab soalan. Pelajar lebih berminat mempelajari
bahagian ini dan banyak melakukan latihan untuk memajukan diri tanpa menunggu arahan
daripada guru. Suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan seronok kerana pelajar
mempunyai keyakinan membuat tugasan tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka gembira
mendapat markah yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan pencapaian mereka
dalam kertas 2, mata pelajaran fizik.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian seterusnya kami akan membuat kajian tindakan dalam meningkatkan kemahiran
menjawab soalan berbentuk perancangan eksperimen dalam soalan Fizik Kertas 3 bahagian B.
Pelajar sukar mendapat markah dalam bahagian ini jika tidak tahu teknik dan cara yang betul
menjawab soalan bahagian ini. Semoga dengan kajian-kajian yang akan dilaksanakan dapat
mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dalam matapelajaran fizik SPM.

10 | P a g e

You might also like