You are on page 1of 83

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT DAN MINAT MURID

DALAM TOPIK IKLIM ZON DUNIA MELALUI PENGGUNAAN


BUKU POP-UP KAJIAN TEMPATAN
TAHUN 5

HERWAN BIN MOHD. YUSUP

INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS TAWAU

2014
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT DAN MINAT MURID
DALAM TOPIK IKLIM ZON DUNIA MELALUI PENGGUNAAN
BUKU POP-UP KAJIAN TEMPATAN
TAHUN 5

HERWAN BIN MOHD. YUSUP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pengajian Sosial Sekolah Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TAWAU

OKTOBER 2014
PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pengajian Sosial Pendidikan Rendah

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : En. Abdullah Sani Bin Ali Hassan

Tarikh : 20 OKTOBER 2014

i
PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : Herwan Bin Mohd. Yusup

Tarikh : 20 OKTOBER 2014

ii
DEDIKASI

Buat ayah dan ibu tersayang,

Encik Mohd. Yusup Daud dan Puan Rosnani Amirbahar

Adik-adik yang dikasihi,

Musa, Rabiatul Hadawiyah, Nur Suhada dan Mohammad Shafwan

Yang Dihargai

Pensyarah Penyelia,

En. Abdullah Sani B. Ali Hassan

Buat insan tercinta yang sentiasa memberi sokongan,

Nur Liyana Bte Lunggo Leem

Yang Diingati dan dirindui,

Geoff , Mohammad Farid, Nor Hadie, Mohd. Firdaus, Mohd. Fikrey dan rakan-rakan
PISMP PS Januari 2011

iii
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, penulis dapat
menghasilkan tugasan kajian penyelidikan ini tepat pada masanya.

Penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia kajian
penyelidikan En. Abdullah Sani Bin Ali Hassan atas bimbingan serta tunjuk ajar
yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga dirakamkan untuk warga SK Balung


Tawau di atas kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan kepada penulis sepanjang
menjalankan penyelidikan ini.

Buat keluarga yang sentiasa diingati dan disayangi terima kasih atas segala
pengorbanan, dorongan dan iringan doa sepanjang penulis menyiapkan kajian
penyelidikan ini.

Penghargaaan juga ditujukan kepada semua pensyarah, para sahabat PISMP


Pengajian Sosial 2011 dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan penyelidikan ini.

iv
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam


kemahiran mengingat dengan menggunakan teknik Buku Pop Up. Model Kurt
Lewin menjadi asas kepada pelaksanaan kajian ini. Seramai 10 orang responden
yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dipilih bagi
penyelidikan tindakan ini di sebuah sekolah daerah Tawau. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra dan Pasca iaitu pelaksanaan ujian
sebelum dan selepas intervensi. Manakala soal selidik pula digunakan bagi
menyelidik minat murid terhadap penggunaan Buku Pop Up dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Penyelidiki bercadang untuk melaksanakan penyelidikan lanjutan
mengenai penggunaan bahan Buku Pop Up pada masa akan datang.

v
ABSTRACT

This study aims to improve student proficiency in the skills given by using the
technique of Pop Up book. Model Kurt Lewin became the basis for the
implementation of this study.10 respondents consisting of 5 boys and 5 girls selected
for this action research in a school district of Tawau. The instrument used in this
study is that the pre and post-test performance before and after the intervention. The
questionnaire was used to examine the students' interest in the use of Pop Up book
in teaching and learning. Researchers plan to perform further studies on the use of
Pop Up in the future.

vi
KANDUNGAN

Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 4
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 5
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pengenalan 6
2.2 Isu dan pernyataan masalah kajian 7
2.3 Tinjauan literatur dan kajian lalu berkaitan
dengan isu kajian 8

vii
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 9
3.2 Tujuan kajian 9
3.3 Objektif kajian 9
3.4 Persoalan kajian 9
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan 10
4.2 Kumpulan sasaran penyelidikan 10
4.3 Reka bentuk penyelidikan 12
4.4 Pelan tindakan dan pelaksanaan pelan tindakan 14
4.5 Kaedah pengumpulan data penyelidikan 15
4.6 Cara menganalisis data penyelidikan 16
5.0 ANALISIS DAN INTREPRETASI DATA
5.1 Pengenalan 16
5.2 Dapatan penyelidikan 31
5.3 Rumusan dapatan penyelidikan berserta sorotan literatur
terhadap penyelidikan berkaitan 35
6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN
6.1 Pengenalan 36
6.2 Refleksi dan implikasi dapatan penyelidkan 39
6.3 Rumusan dan cadangan tindakan selanjutnya 41
SENARAI RUJUKAN 43
LAMPIRAN-LAMPIRAN 70

viii
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

4.1 Rubrik markah bagi mata pelajaran Kajian Tempatan 15

5.1 Analisis Profil dan pencapaian responden berdasarkan

lembaran kerja 17

5.2 Peratusan markah dan gred Ujian Pra dan Pasca 1 19

5.3 Peratusan markah dan gred Ujian Pra dan Pasca 2 24

5.4 Taburan kekerapan jawapan responden untuk instrumen

borang soal selidik 28

ix
SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

4.1 Model Kajian Tindakan Lewin(1946) dan Laidlaw (1992) 11

5.1 Graf perbandingan peratus markah responden dalam Ujian Pra

dan Ujian Pasca 1 20

5.2 Graf bilangan responden mengikut gred dalam ujian pra dan pasca 1 21

5.3 Peningkatan peratusan min responden 23

5.4 Graf perbandingan peratus markah responden dalam Ujian Pra

dan Ujian Pasca 2 25

5.5 Graf bilangan responden mengikut gred dalam ujian pra dan pasca 2 26

5.6 Peningkatan peratusan min responden 27

5.7 Graf perbandingan jawapan responden item borang soal selidik 29

x
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan 46

B Lembaran Kerja 47

C Ujian Pra 1 52

D Ujian Pasca 1 57

E Ujian Pra 2 62

F Ujian Pasca 2 67

G Borang Soal Selidik 68

H Proses Pelaksanaan Intervensi 70

xi
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Kajian Tempatan yang diperkenalkan di setiap sekolah merupakan
satu bentuk penyediaan bentuk pengalaman pembelajaran secara holistik dalam
kehidupan seharian murid. Ini kerana terdapat kemahiran yang diterapkan dalam
Kajian Tempatan seperti kemahiran pandu arah yang boleh diaplikasikan oleh murid.
Tambahan pula, Kajian Tempatan merangkumi aspek asas geografi dan sejarah yang
memberi gambaran awal kepada murid mengenai subjek Geografi dan Sejarah
apabila masuk ke sekolah menengah.

. Kemahiran mengingat merupakan kemahiran yang penting dalam


mempelajari perkara yang melibatkan fakta. Penyelidikan yang dilakukan bertujuan
untuk mengenal pasti masalah murid dalam mengingati sesuatu fakta dalam topik
pembelajaran yang diajar. Permasalahan yang wujud perlu diatasi bagi memudahkan
murid untuk belajar dan mencapai target untuk lulus dengan cemerlang. Pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan adalah salah satu prioriti setiap sekolah. Lantaran itu,
kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dapat membantu gaya pembelajaran
murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai watak yang berbeza. Kepelbagaian
teknik dan kaedah perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut tahap kebolehan
murid-murid.

Penerapan nilai juga diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata


pelajaran Kajian Tempatan. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu pencapaian yang seimbang dalam jasmani, emosi, rohani dan
jasmani (JERI). Sememangnya hasrat negara ingin menjadikan generasi muda masa
kini bukat hanya setakat mursyid dalam ilmunya malahan turut melengkapkan diri
dengan jati diri serta nilai-nilai agama dalam diri.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, secara


amnya mata pelajaran ini bertujuan bagi mendedahkan murid mengenai diri mereka
1
iaitu tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, agama dan negara. Pendedahan
awal sebegini adalah permulaan awal bagi mereka sebelum melangkah masuk ke
peringkat pengajian tinggi. Nilai-nilai turut diselitkan dalam objektif pengajaran
mata pelajaran Kajian Tempatan seperti nilai patriotisme, hormat-menghormati serta
cinta akan alam semula jadi. Penyerapan ilmu dan nilai-nilai murni dalam masa yang
sama akan menghasilkan murid yang berintelektual dan berkeperibadian mulia.

Natijahnya, penggunaan kepelbagaian kaedah dan teknik ini memerlukan


penelitian masalah pembelajaran murid terlebih dahulu agar dapat mengatasi dan
membaiki cara pembelajaran murid. Ini akan menjadikan pembelajaran lebih
bermakna serta menyeronokkan murid untuk mengikuti pembelajaran pada masa
akan datang. Oleh yang demikian, penyelidik telah meneliti aspek permasalahan
yang telah dikenal pasti semasa menjalankan praktikum pertama dan praktikum
kedua.

2
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Penyelidik telah menjalani praktikum selama tiga bulan di sebuah sekolah daerah
Tawau. Setelah menjalani praktikum selama dua belas minggu, penyelidik telah
melakukan pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan adalah sikap pembelajaran
murid semasa di kelas serta pemerolehan ilmu. Penyelidik mendapati bahawa
kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam memahami dan mengingati sesuatu
fakta dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Masalah murid dalam memahami dan mengingati fakta disebabkan oleh


beberapa faktor. Antaranya ialah faktor dari guru itu sendiri iaitu penyelidik lebih
menggunakan kaedah Chalk and Talk yang merupakan kaedah tradisional dan
kurang berkesan dalam era globalisasi ini. Keadaan ini menyebabkan murid berasa
bosan dan mengantuk. Impaknya, murid kurang memahami dan mengingati fakta
yang terdapat dalam topik pembelajaran.

Murid-murid juga tidak dapat membentuk dan meneroka sendiri ilmu yang
dipelajari. Ini kerana pembelajaran mereka tersekat iaitu mereka terikat dengan
arahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Pengajaran yang
dilakukan sepatutnya lebih memfokuskan murid iaitu berpusatkan murid dengan
aktiviti yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan murid. Menurut Abdul Ghani,
Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007) menyatakan bahawa kaedah pengajaran
semata-mata belum tentu dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Ini
disebabkan oleh faktor-faktor seperti sifat asas mata pelajaran, keupayaan guru,
kedudukan pelajar, alat bantu mengajar dan keadaan kelas akan menentukan kaedah
yang manakah dapat mencapai hasil yang lebih baik. Oleh yang demikian,
pengajaran guru perlu didasari aktiviti yang memenuhi keperluan murid untuk
belajar serta kaedah dan teknik yang bersesuaian.

3
Refleksi pengajaran penyelidik pada praktikum yang lalu juga mendapati
bahawa set induksi yang dihasilkan kurang menarik minat dan perhatian murid. Set
induksi yang dijalankan juga dijalankan dengan kadar yang sangat cepat
menyebabkan murid tidak memahami maksud tersirat bahan bantu mengajar sebelum
penyelidik memulakan pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran pada
ketika itu juga kaku dan kurang mendapat respon daripada murid. Menurut Abdul
Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007) menyatakan penggunaan humor
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperbaiki suasana di dalam bilik
darjah. Ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan serta menarik perhatian
pelajar. Secara ringkasnya, unsur humor dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi
aset nilai tambah dalam menggunakan bahan bantu mengajar.

Keseluruhan refleksi daripada praktikum yang telah dilaksanakan mendapati


bahawa keperluan murid perlu difahami terlebih dahulu sebelum merancang kaedah
dan teknik yang sesuai. Oleh yang demikian, penyelidik telah mengenal pasti
masalah yang kerap dikesan dan mencari jalan alternatif untuk memastikan
pembelajaran yang bermakna.

4
1.3 Refleksi nilai pendidikan
Sebagai seorang bakal guru, pendidikan merupakan teras atau kunci kepada
kemajuan dalam hidup individu tersebut seterusnya meliputi aspek kemasyarakatan
dan negara amnya. Pendidikan merupakan satu bentuk proses pembelajaran yang
berterusan. Ini kerana ruang lingkup aspek pendidikan bukan sahaja meliputi
pembelajaran di sekolah-sekolah malahan pembelajaran juga berlaku dalam
kehidupan seharian. Contohnya, pengamalan budaya hormat-menghormati serta
kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam konteks pendidikan di alam persekolahan pula, guru merupakan


medium dalam penyampaian ilmu. Namun, aspek nilai perlu diterapkan dalam
semasa pengajaran dan pembelajaran. Praktikum yang telah dijalankan oleh
penyelidik mendapati bahawa nilai-nilai murni masih kurang diterapkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Implikasi daripada keadaan ini pada masa akan datang
mungkin menghasilkan murid yang berintelektual tapi kekurangan jati diri dan nilai-
nilai moral dalam diri.

Mok (2009) menyatakan budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim
sekolah, mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek
perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Penyelidik terlebih dahulu
ingin mengupas aspek sosial iaitu aspek yang berkaitan dengan nilai murni. Setiap
sekolah perlulah menekankan aspek sosial seperti perpaduan antara murid yang
berbilang kaum dan hormat-menghormati antara warga sekolah. Peranan guru sangat
penting untuk memberitahu dan mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang
kamil.

5
2.0 FOKUS PENYELIDIKAN

2.1 Pengenalan
Fokus penyelidikan yang diketengahkan oleh penyelidik adalah berkenaan dengan
isu dan pernyataan masalah kajian. Setelah meneliti semula dapatan daripada
praktikum yang lepas, isu penyelidikan perlu dinyatakan dengan jelas. Ini akan
memudahkan penyelidik membuat rujukan semula yang didasari dengan tinjauan
literatur dan kajian lalu yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan oleh
penyelidik.

2.2 Isu dan pernyataan masalah penyelidikan


Isu utama penyelidikan ini ialah dapatan penyelidik mengenai murid menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran mengingat dalam topik iklim zon dunia.
Pemerhatian penyelidik mengenai kefahaman murid serta daya ingatan murid adalah
baik iaitu murid boleh menyatakan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 iklim di
Malaysia. Walau bagaimanapun, murid tidak dapat mengingati sekurang-kurangnya
3 daripada 4 iklim dunia. Dalam hal ini, penyelidik mengedarkan lembaran kerja
mengenai iklim dunia dan keputusannya kurang memberangsangkan. Ini kerana
terdapat segelintir murid tidak dapat mengingati iklim dunia.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan murid lupa apa yang telah
dipelajarinya. Antaranya ialah gangguan retroaktif. Gangguan retroaktif ialah murid
mempelajari pengetahuan baru tetapi pembelajaran tersebut mengganggu
pembelajaran yang lamasesuai (Abdul Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul Rashid,
2007). Ini menyebabkan murid terkeliru dengan pengetahuan yang baru dipelajari
seterusnya menyebabkan mereka lupa dengan pembelajaran lama.

Faktor minat juga turut mempengaruhi minat murid. Ini kerana apabila murid
kurang meminati topik pembelajaran yang diajar, maka agak sukar untuk murid
memahami dan mengingati fakta. Murid kebiasaannya cenderung untuk mempelajari
dan mengingati benda, pembelajaran yang diminatinya. Menurut Shahabudin,
Mahani dan Ramlah (2003) menyatakan pelajar biasanya menunjukkan prestasi
pencapaian yang tinggi dalam subjek yang mereka minati sebab mereka dapat

6
mengingati faktanya dengan lebih baik dan penahanan maklumat tentang fakta itu
juga lebih lama.

Penelitian isu dan masalah yang diperoleh semasa penyelidik menjalankan


praktikum selama tiga bulan membolehkan penyelidik dapat mengetahui masalah
yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran mereka. Penyelidik berpendapat
bahawa untuk menarik minat serta membantu murid menguasai kemahiran
mengingat adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Lantaran itu, penyelidik memilih penggunaan Buku Pop Up dalam
pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Tinjauan Literatur dan kajian lalu berkaitan dengan isu kajian
Berdasarkan tinjauan literatur yang dilakukan, penyelidik mendapati bahawa terdapat
banyak kajian yang melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar semasa
pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar banyak membantu murid untuk
mengenali, memahami dan mengingat pengetahuan mereka terhadap subjek yang
mereka pelajari.

Ting Suh Ping (2012), penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT
memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Hal ini bermakna penggunaan bahan
bantu mengajar tidak kira sama ada berbentuk ICT, gambar rajah, model mahupun
pita rakaman apa sahaja yang dapat membantu pengajaran dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, penggunaan Buku Pop Up ini
merupakan salah satu bentuk bahan bantu mengajar yang direka oleh penyelidik bagi
mengatasi masalah kemahiran mengingat dalam kalangan murid.

Poh (2000) menyatakan bahawa alat bantu mengajar 3D ataupun Media Tiga
Dimensi merupakan alat sebenar atau perwakilannya. Justeru itu, penggunaan Buku
Pop Up sebagai kajian penyelidik membolehkan murid dapat melihat dan
menggunakan deria penglihatan mereka bagi memahami topik -citi iklim zon dunia.

7
Dengan ini, pembelajaran akan lebih bermakna iaitu murid tahu apa yang mereka
pelajari.

Selain itu, pembaziran masa dalam pembelajaran dapat dielakkan dengan


adanya bahan bantu mengajar yang sesuai (Abdul Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul
Rashid, 2007). Bahan bantu mengajar iaitu Buku Pop Up yang digunakan
penyelidik juga dapat menjimatkan masa pengajaran dan menjadikan pembelajaran
lebih effektif. Hal ini kerana guru dapat menyampaikan secara berkesan dengan
menarik minat murid serta membolehkan guru menyemak hasil kerja murid selepas
Buku Pop Up digunakan.

Munirah dan Pajuzi (2010) menyatakan bahawa seorang murid akan lebih
memahami dan mengingati isi pelajaran melalui bahan sokongan. Hal ini bertepatan
dengan kajian penyelidik yang menekankan penggunaan bahan bantu mengajar dan
mereka bentuk bahan bantu mengajar iaitu Buku Pop Up. Penyelidik ingin melihat
sejauh mana penggunaan Buku Pop Up ini membantu murid menguasai kemahiran
mengingat dalam topik iklim dan cuaca serta topik-topik yang terdapat dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan.

Christoper Wu Lei Wang (2012) menyatakan penggunaan visual adalah


merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan
proses pembelajaran. Cara ini adalah dijalankan dengan berpandukan pelbagai jenis
bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak. Penggunaan Buku Pop
Up ini sememangnya dapat membantu proses pembelajaran murid di dalam kelas.
Oleh yang demikian, sorotan kajian lalu banyak membuktikan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar berbentuk 3D memberi imej visual yang jelas yang dapat
mengukuhkan daya ingatan murid.

8
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan
Setiap penyelidikan memerlukan fokus atau objektif tertentu bagi menentukan arah
dalam mencapai sesuatu matlamat. Ini akan memudahkan penyelidik mengetahui
setiap permasalahan dan objektif kajian dapat ditentukan. Objektif merupakan bentuk
pelan utama sebelum merangka prosedur dan instrumen agar penyelidik mendapat
hasil kajian yang berkualiti serta menepati Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan
Tahun 5.

3.2 Tujuan penyelidikan


Tujuan penyelidikan yang dilakukan adalah untuk membantu murid menguasai
kemahiran mengingat dalam topik iklim zon dunia. Ini kerana masih terdapat
segelintir murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran mengingat
terutamanya dalam topik zon iklim dunia.

3.3 Objektif penyelidikan


Berdasarkan tujuan penyelidikan, berikut merupakan objektif penyelidikan iaitu:

i. Meningkatkan kemahiran mengingat murid dalamtopik iklim zon dunia


dengan menggunakan alat bantu mengajar Buku Pop Up.

ii. Mengkaji alat bantu mengajar Buku Pop Up meningkatkan minat murid
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Persoalan penyelidikan


i. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat dalam topik iklim
zon dunia dengan menggunakan alat bantu mengajar Buku Pop Up?

ii. Adakah penggunaan Buku Pop Up dapat meningkatkan minat murid dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran?

9
4.0 Metodologi penyelidikan

4.1 Pengenalan
Setiap penyelidikan memerlukan hasil yang cukup dan berkualiti. Oleh yang
demikian, metodologi atau dikenali sebagai kaedah diperlukan untuk mendapatkan
hasil penyelidikan serta menjawab persoalan yang ditimbulkan. Dalam hal ini,
penyelidik akan menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi mendapatkan hasil
kajian.

4.2 Kumpulan sasaran penyelidikan


Penyelidikan ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah rendah daerah Tawau.
Penyelidik telah memilih sampel yang terdiri daripada murid Tahun 5 Usaha. Subjek
penyelidikan iaitu sampel yang telah dipilih melibatkan seramai 10 orang murid
terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Dalam hal
ini, penyelidik menggunakan kaedah persampelan bertujuanadalah untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh penyelidik berdasarkan subjek
penyelidikan. Wiersma (2000) dalam Zamri, Nik Mohd. Rahimi dan Juliawati(2009),
kaedah persampelan bertujuan boleh digunakan apabila tujuan penyelidikan adalah
fokus kepada kumpulan tertentu.

10
4.3 Reka bentuk penyelidikan
Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh penyelidik, Model Kurt Lewin
digunakan dalam penyelidikan tindakan penyelidik bagi melihat masalah yang
dikenal pasti serta menilai amalan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat lima peringkat yang diperkenalkan dalam model ini seperti yang
tertera pada rajah di bawah:

Mengenal pasti
aspek amalan

Refleksi Merancang

Pemerhatian Tindakan/Implementasi

Rajah 4.1 : Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Penyelidik telah menggunakan kaedah penyelidikan tindakan kuantitatif dalam


penyelidikan tindakan. Elliot (1981) dalam Sub Unit Kajian tindakan Unit Dasar,
Perancangan dan Pembangunan (2001) mendefinisikan penyelidikan tindakan
sebagai satu penyelidikan dalam situasi sosial (bilik darjah/sekolah) dengan hasrat
untuk memperbaiki kualiti sesuatu tindakan dalam konteks (proses pengajaran dan
pembelajaran/mengurus bilik darjah). Ini adalah merupakan satu penyelidikan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi mencapai objektif

11
penyelidikanberdasarkan Model Kurt Lewin, beberapa jenis instrumen telah dipilih
penyelidik ialah Ujian Pra dan Pasca dan borang soal selidik.

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan


Pelan tindakan ini adalah berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992),
penyelidik akan menghuraikan mengenai perancangan serta pelaksanaan yang telah
dilakukan seperti yang terdapat di bawah:

4.4.1 Kenal pasti masalah


Sebelum memulakan sesuatu penyelidikan tindakan, mengenal pasti masalah adalah
sangat penting bagi menentukan arah tuju iaitu objektif kajian. Menurut Shahabudin,
Mahani dan Ramlah (2003), menyatakan bahawa data dan maklumat yang diperoleh
akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik terlebih dahulu
mengenal pasti aspek permasalahan utama murid sewaktu praktikum selama tiga
bulan iaitu permasalahan utama murid sepanjang melaksanakan praktikum ialah
masalah dalam mengingati sesuatu fakta.

4.4.2 Merancang
Pada peringkat ini, perancangan dilakukan penyelidik setelah mengenal pasti
masalah pembelajaran murid iaitu tidak dapat mengingati fakta mengenai iklim zon
dunia. Dalam hal ini, penyelidiktelah menyenaraikan jenis-jenis instrumen yang
bersesuaian dengan permasalahan murid iaitu ujian pra dan pasca, borang soal
selidik. Pemilihan instrumen penyelidikan yang betul memudahkan penyelidik untuk
mengutip data sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

4.4.3 Tindakan/ Implementasi


Setelah perancangan pelan dan perancangan pengumpulan data dilakukan,
penyelidikmelaksanakan perancangan yang telah dilakukan. Penyelidik telah
melaksanakan tindakan pada minggu kedua dan minggu ketiga dalam bulan Julai. Ini
memudahkan penyelidik untuk meneliti data yang diperoleh selepas menjalankan
implementasi.

Dalam pelaksanaan intervensi tersebut, penyelidik memulakan penyelidikan


dengan mengajar topik iklim zon dunia secara tradisonal pada minggu pertama iaitu

12
dengan menggunakan kaedah Chalk and Talk terlebih dahulu. Selepas itu,
penyelidik mengagihkan soalan ujian pra 1dan mengarahkan responden menjawab
selama 20 minit. Pada minggu kedua, penyelidik memulakan intervensi yang
pertama dengan mengajar menggunakan Buku Pop Up sebagai alat bantu mengajar.
Seterusnya, penyelidik mengedarkan soalan ujian pasca 1 kepada responden dan
responden dikehendaki menjawab soalan selama 20 minit.

Intervensi kedua dilaksanakan pada minggu ketiga dengan melakukan ujian


pra 2 terlebih dahulu bagi menguji daya ingatan responden. Selepas mengedarkan
soalan ujian pra 2, penyelidik melaksanakan intervensi kedua iaitu menggunakan
Buku Pop Up semula dalam pengajaran bagi topik iklim zon dunia. Setelah
melaksanakan intervensi kedua, penyelidik mengedarkan soalan ujian pasca kepada
responden.

Pada minggu keempat, penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik


kepada responden. Hal ini adalah untuk mendapatkan respon daripada responden
mengenai penggunaan Buku Pop Up dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.4.4 Menganalisa data


Peringkat penganalisaan data, penyelidik melihat semula dapatan penyelidikan
daripada hasil Ujian Pra dan Pasca dan borang soal selidik. Ini adalah untuk menilai
kesan tindakan serta menilai tentang kegunaan Buku Pop Up yang menjadi alat
bantu mengajar penyelidik. Di samping itu, penyelidik juga menganalisa perubahan
yang berlaku sebelum dan selepas menggunakan Buku Pop Up sebagai medium
dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.4.5 Refleksi
Setelah penyelidik selesai melaksanakan intervensi terhadap responden yang terpilih,
penulisan refleksi dilaksanakan setelah penganalisaan data dilakukan. Ini adalah
untuk melihat sejauh mana penggunaan Buku Pop Up dapat membantu murid
menguasai kemahiran mengingat. Amalan refleksi kendiri ini juga penting untuk
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik juga membuat
rumusan keseluruhan mengenai penggunaan Buku Pop Up serta kekuatan dan

13
kelemahan penyelidikan. Dengan ini, penyelidik dapat mengesan kekuatan dan
kelemahan penyelidikan serta mencadangkan tindakan selanjutnya bagi menambah
baik penyelidikan yang telah dijalankan.

4.5 Kaedah pengumpulan data penyelidikan

4.5.1 Instrumen penyelidikan


Setiap penyelidikan sudah semestinya memerlukan satu bentuk prosedur dalam
menjalankan penyelidikan. Kesilapan memilih instrumen akan menyebabkan ralat
pada penyelidikan (Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, 2011).Bahagian
Perancangan dan Kajian tindakan Dasar Pendidikan (2008) menyatakan penyelidikan
tindakan memerlukan asas empirikal yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang
tepat dijalankan. Oleh yang demikian, penyelidik telah memilih dua jenis instrumen
untuk menepati objektif penyelidikan iaitu Ujian Pra dan Pasca, dan soal selidik.

4.5.2 Ujian Pra dan Pasca


Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud (2011) menyatakan tujuan ujian diadakan
adalah untuk mendapat gambaran sebenar tahap penguasaan murid. Berdasarkan
pernyataan Chow & Jaizah (2011) bagi mmendapatkan gambaran sebenar tahap
penguasaan murid, maka kemahiran mengingat perlulah ditingkatkan. Apabila
kemahiran mengingat meningkat maka mudahlah murid untuk meningkatkan
pencapaian mereka. Oleh yang demikian, penyelidik memilih instrumen berbentuk
Ujian Pra dan Pasca bagi menguji objektif pertama dalam kajian ini. Objektif
penyelidikan yang pertama adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran
mengingat dalam memahami iklim zon dunia.

Penyelidik akan mengedarkan soalan ujian kepada murid terlebih dahulu


sebelum intervensi dilaksanakan . Ini adalah untuk melihat pencapaian murid tanpa
menggunakan Buku Pop Up semasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik -
dan iklim zon dunia. Penyelidik akan merekodkan pencapaian murid dalam ujian
tersebut dengan memasukkan data iaitu jumlah markah yang diperoleh.

14
Setelah melaksanakan intervensi, penyelidik akan mengedarkan semula ujian
yang sama kepada responden. Ujian ini dikenali sebagai Ujian Pasca iaitu ujian yang
dikendalikan selepas intervensi dilaksanakan. Ini adalah untuk melihat perbezaan
pencapaian markah responden dalam ujian. Perbezaan ini akan menentukan sama ada
Buku Pop Up ini dapat membantu murid menguasai kemahiran mengingat iklim
zon dunia seterusnya menjawab persoalan objektif yang pertama. Selepas itu, sekali
lagi Ujian Pra dan Pasca 2 akan dilaksanakan selepas melaksanakan Ujian Pra dan
Pacsa 1 bagi mengukuhkan lagi pencapaian murid seterusnya meningkatkan
kemahiran mengingat murid dengan menggunakan Buku Pop Up.

4.5.3 Soal selidik


Penyelidik juga menggunakan soal selidik bagi menjawab persoalan objektif
penyelidikan yang kedua iaitu meningkatkan minat murid terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran Kajian Tempatan dengan menggunakan alat bantu mengajar Buku
Pop Up. Penyelidik menggunakan skala yang hanya terdiri daripada dua pilihan
jawapan sahaja sama ada Ya atau tidak. Melalui skala ini, penyelidik akan
memperoleh dapatan penyelidikan sama ada minat murid dalam topik Kajian
Tempatan dapat ditingkatkan melalui penggunaan Buku Pop Up.

4.6 Cara menganalisis data penyelidikan

4.6.1 Ujian Pra dan Pasca


Ujian Pra dan Pasca ini dianalisis menggunakan skema permarkahan analitik. Berikut
merupakan jadual mengenai skor pemarkahan analitik yang diadaptasi daripada
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Jadual 4.1 : Rubrik markah bagi mata pelajaran Kajian Tempatan

Markah (%) Gred Pencapaian


80-100 A CEMERLANG
60-79 B BAIK
40-59 C MEMUASKAN
20-39 D KURANG MEMUASKAN
1-19 E TIDAK MEMUASKAN
0 TH TIDAK HADIR

15
4.6.2 Soal selidik
Penggunaan soal selidik dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik
mengenai penggunaan Buku Pop Up dalam pembelajaran murid. Ini adalah untuk
melihat peningkatan minat murid penggunaan Buku Pop Up dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Data nilai kekerapan yang akan diperoleh akan ditukar kepada
bentuk peratus bagi melihat perbandingan respon murid terhadap penggunaan Buku
Pop Up. Borang soal selidik yang diguna penyelidik berbentuk Ya dan Tidak
bagi setiap item soalan. Responden hanya perlu menjawab Ya atau Tidak.

5.0 ANALISIS DAN INTREPRETASI DATA

5.1 Pengenalan
Pada peringkat ini, segala bentuk data maklumat yang diperolehi semasa penyelidik
menjalankan intervensi akan dipindahkan ke dalam bentuk yang lebih mudah.
Analisis dan intrepretasi data ini merupakan proses pentafsiran data bagi melihat
sebarang perubahan dari segi pencapaian mahupun tingkah laku.

5.2 Dapatan penyelidikan


Pada peringkat ini, penyelidik akan membahagikan dapatan penyelidikan kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pertama ialah memilih responden penyelidikan, bahagian
kedua ialah mengenal pasti peningkatan pencapaian murid melalui penggunaan Buku
Pop Up manakala bahagian ketiga pula ialah menilai kesan penggunaan Buku Pop
Up dalam meningkatkan minat murid.

5.2.1 Profil responden


Bagi melakukan pemilihan responden untuk penyelidikan ini, penyelidik telah
memilih lembaran kerja dalam menentukan responden penyelidikan. Penyelidik
mengedarkan lembaran kerja berbentuk subjektif mengenai iklim zon dunia. Hasil
lembaran kerja yang diperoleh dianalisis bagi mendapatkan data iaitu markah serta
peratus yang diperolehi oleh murid. Penyelidik telah memilih 10 orang murid terdiri
daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yangmendapat markah terendah
sebagai responden penyelidikan. Hasil analisis lembaran kerja ditunjukkan dalam
Jadual 5.1.

16
Jadual 5.1: Analisis Profil dan pencapaian responden berdasarkan
lembaran kerja.

Responden Jantina Kelas Markah (%) Gred


R1 L 5 Usaha 35 D
R2 L 5 Usaha 30 D
R3 P 5 Usaha 30 D
R4 L 5 Usaha 25 D
R5 L 5 Usaha 25 D
R6 P 5 Usaha 20 D
R7 P 5 Usaha 20 D
R8 L 5 Usaha 20 D
R9 P 5 Usaha 15 E
R10 P 5 Usaha 5 E

Jadual 5.1 menunjukkan peratusan markah yang diperoleh daripada 10 orang


responden yang telah dipilih. 10 orang responden yang mempunyai pencapaian yang
lemah telah dipilih hanya mencapai gred D dan E. Peratusan markah tertinggi
dicatatkan sebanyak 35% manakala peratusan markah terendah adalah sebanyak 5%.

Peratusan markah yang rendah ini adalah disebabkan murid-murid yang


dipilih kurang menguasai topik iklim zon dunia dalam pembelajaran mereka.
Penyelidik telah menetapkan pembahagian responden kepada 5 orang lelaki dan 5
orang perempuan yang mendapat markah terendah. Berdasarkan jadual tersebut,
majoriti murid yang mendapat markah terendah ialah murid perempuan dan hanya
seorang sahaja murid lelaki.

Penyelidik mendapati bahawa kebanyakan responden yang dipilih mencapai


tahap yang kurang memuaskan. Lantaran itu, penggunaan Buku Pop Up menjadi
17
medium untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mengingat mereka
dalam topik iklim zon dunia.

5.2.2 Ujian Pra dan Pasca


Persoalan kajian 1:Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mengingat mereka dalam topik iklim zon dunia dengan
menggunakan alat bantu mengajar Buku Pop Up?

Berdasarkan objektif pertama dalam penyelidikan ini, penyelidik


menggunakan instrumen Ujian Pra dan Pasca pada intervensi 1 sebagai instrumen
utama bagi mengenal pasti peningkatan pencapaian murid untuk menguasai
kemahiran mengingat mereka dalam topik iklim zon dunia dengan menggunakan alat
bantu mengajar Buku Pop Up. Markah setiap responden dicatatkan untuk
memudahkan penyelidik membuat perbandingan markah.

Penggunaan Ujian Pra dan Pasca ini sangat penting dalam menentukan
perbandingan pencapaian responden sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ini
dapat dilihat melalui perubahan markah responden sama ada meningkat atau
sebaliknya seterusnya menguji Buku Pop Up sebagai medium untuk meningkatkan
pencapaian responden.

Penyelidiktelah menjalankan Ujian Pra dan Pasca sebanyak dua kali iaitu
Ujian Pra dan Pasca 1 dan Ujian Pra dan Pasca 2 bagi mengukuhkan lagi pencapaian
responden yang terpilih. Berdasarkan dua ujian yang telah penyelidik laksanakan,
penggunaan Buku Pop Up ini meningkatkan pencapaian responden dalam topik
iklim zon dunia. Analisis data dapat dilihat berdasarkan Jadual hingga beserta
dengan graf setiap ujian.

18
Jadual 5.2: Peratusan markah dan gred Ujian Pra dan Pasca 1

Responden Ujian Pra Ujian Pasca


Peratus Catatan
Markah Gred Markah Gred peningkatan
(%) (%) (%)
R1 30 D 55 C +25 Meningkat
R2 50 C 80 B +30 Meningkat
R3 30 D 50 C +20 Meningkat
R4 40 C 65 B +25 Meningkat
R5 10 E 40 C +30 Meningkat
R6 60 B 70 B +10 Meningkat
R7 30 D 45 C +15 Meningkat
R8 50 C 70 B +20 Meningkat
R9 50 C 60 B +10 Meningkat
R10 50 C 75 B +25 Meningkat
Jumlah
Markah 450 610 160 Nilai min
Min 45 61 16 meningkat

Jadual 5.2 menunjukkan perbezaan markah yang diperoleh sebelum dan


selepas intervensi dilaksanakan menggunakan Buku Pop up dalam topik iklim zon
dunia. Berdasarkan markah yang diperoleh dalam ujian pra dan pasca, sebanyak 60
peratus iaitu markah tertinggi dicatatkan oleh responden keenam bagi ujian pra.
Markah tertinggi bagi ujian pasca pula ialah sebanyak 80 peratus dicatatkan oleh
responden kedua.

Markah terendah bagi ujian pra diwakili oleh responden kelima iaitu
sebanyak 10 peratus telah dicatatkan. Bagi markah terendah dalam ujian pasca pula,

19
sebanyak 40 peratus telah dicatatkan oleh responden yang sama iaitu responden
kelima.

Aspek peningkatan peratus pencapaian juga dapat dilihat dengan jelas iaitu
kesemua responden menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Peratus
peningkatan markah yang tertinggi dicatatkan oleh responden kedua dan responden
kelima sebanyak 30 peratus. Responden yang mencapai peratusan peningkatan
markah sebanyak 25 peratus ialah responden pertama, responden keempat dan
responden kesepuluh. Manakala responden yang mencapai peningkatan peratus
markah sebanyak 20 peratus ialah responden ketiga dan responden kelapan. Hanya
seorang responden sahaja yang mencapai sebanyak 15 peratus iaitu responden
ketujuh. Bagi peningkatan peratus markah terendah dicatatkan oleh responden
keenam dan responden kesembilan.

Graf Perbandingan Peratus Markah Responden dalam


Ujian Pra dan Pasca 1
90

80

70

60
Peratus (%)

50 Ujian Pra
Ujian Pasca
40

30

20

10

0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Rajah 5.1: Graf perbandingan peratus markah responden dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca 1

20
Bilangan Responden Mengikut Gred Bagi Ujian Pra
dan Pasca 1
7
Bilangan Responden (orang)
6

4 Ujian Pra

3 Ujian Pasca

0
Gred A (80- Gred B (79- Gred C (40- Gred D (20- Gred E (1-
100 %) 60%) 59%) 39%) 19%)

Rajah 5.2: Graf bilangan responden mengikut gred dalam ujian pra dan pasca 1

Bagi memudahkan perbezaan peningkatan pencapaian gred mengikut


responden dapat dilihat, Rajah 5.2 menunjukkan bilangan responden mengikut gred
yang telah dicapai oleh mereka sebelum dan selepas intervensi dengan menggunakan
instrumen ujian pra dan pasca 1.

Penyelidik mendapati bahawa pencapaian gred A (80-100%) bagi ujian pra 1


tidak terdapat sebarang responden yang mecapai gred tersebut. Namun selepas ujian
pasca 1 dijalankan hanya seorang responden sahaja yang berjaya mencapai gred
tersebut. Ini disebabkan responden menunjukkan minat terhadap penggunaan Buku
Pop Up serta responden tersebut mempunyai tahap pencapaian tinggi dalam topik
iklim zon dunia.

Bagi responden yang mencapai gred B (79-60%) pada mulanya hanya


seorang responden sahaja yang layak mencapai gred B dalam ujian pra 1. Setelah
melaksanakan ujian pasca 1, terdapat perubahan yang mendadak dalam pencapaian
gred B. Seramai 6 orang responden mencapai gred B bagi ujian pasca 1. Pencapaian

21
yang memberangsangkan ini menunjukkan murid dapat memahami topik iklim zon
dunia semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Majoriti responden mendapat gred C (40-59%) iaitu seramai 5 orang bagi


ujian pra 1. Manakala bagi ujian pasca 1 seramai 4 orang responden telah mencapai
gred C. Ini menunjukkan perubahan kecil dalam pencapaian gred C dan
menunjukkan juga bahawa responden menguasai tahap pencapaian yang sederhana.

Pencapaian bagi gred D (30- 29%) pula menunjukkan seramai 3 responden


yang mencapai gred tersebut dalam ujian pra 1. Keadaan ini berbeza selepas ujian
pasca dilaksanakan iaitu tidak ada responden yang mencapai gred D. Hal ini
membuktikan bahawa pengurangan pencapaian bagi gred ini berjaya sepenuhnya.

Sementara itu, gred E (1-19%) pula hanya seorang responden sahaja yang
mencapai gred ini bagi ujian pra 1. Selepas penyelidik menjalankan ujian pasca 1,
tidaka ada seorang responden yang mendapat gred E. Dengan ini, responden dapat
melepasi gred yang tidak memuaskan.

22
Peningkatan Peratusan Min Responden
7

4 Ujian Pra
Ujian Pasca
3

Rajah 5.3: Peningkatan peratusan min responden

Secara keseluruhannya, dari segi analisis perbezaan min bagi ujian pra dan
pasca 1, nilai min bagi ujian pra ialah 45 dan nilai min bagi ujian pasca ialah 61.
Berdasarkan rajah, peningkatan min berlaku sebanyak 16 peratus. Peningkatan ini
sudah cukup membuktikan bahawa penggunaan Buku Pop Up meningkatkan
pencapaian responden.

23
Jadual 5.3: Peratusan markah dan gred ujian pra dan pasca 2.

Responden Ujian Pra Ujian Pasca


Peratus Catatan
Markah Gred Markah Gred peningkatan
(%) (%) (%)
R1 45 C 70 B +25 Meningkat
R2 65 B 90 A +25 Meningkat
R3 60 B 75 B +15 Meningkat
R4 65 B 100 A +35 Meningkat
R5 50 C 75 B +25 Meningkat
R6 65 B 65 B 0 Tidak berubah
R7 55 C 100 A +45 Meningkat
R8 60 B 85 A +25 Meningkat
R9 75 B 95 A +20 Meningkat
R10 55 C 80 A +25 Meningkat
Jumlah
Markah 595 835 240 Nilai min
Min 59.5 83.5 24 meningkat

Jadual 5.3 menunjukkan perbandingan peningkatan dan penurunan markah


dan gred bagi ujian pra dan pasca 2. Berdasarkan dapatan kajian bagi ujian pra dan
pasca 2, markah tertinggi bagi ujian pra dicatatkan oleh responden kesembilan
sebanyak 75 peratus. Bagi ujian pasca 2 pula responden keempat dan responden
ketujuh mencatatkan markah yang tertinggi sebanyak 100 peratus.

Markah terendah juga dicatatkan dalam ujian pra 2iaitu sebanyak 45 peratus
diwakili oleh responden pertama. Ujian pasca 2 pula mencatatkan markah terendah
yang diwakili responden pertama juga sebanyak 70 peratus.

24
Peningkatan markah juga mencatatkan markah tertinggi bagi ujian pra 2
sebanyak 65 peratus diwakili oleh responden kedua diikuti oleh respondenkeempat
dan responden keenam. Sebanyak 60 peratus dicatatkan oleh responden ketiga dan
kelapan bagi ujian pra 2. Responden ketujuh dan kesepuluh pula mencatatkan
sebanyak 55 peratus dalam ujian pra 2. Hanya seorang responden sahaja mendapat
markah sebanyak 50 peratus bagi ujian pra 2.

Ujian pasca 2 pula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan


apabila majoriti responden menunjukkan peratusan peningkatan markah yang
tertinggi. Peratusan peningkatan markah yang tertinggi dicatatkan oleh responden
ketujuh sebanyak 45 peratus. Sebanyak 35 peratus peningkatan markah dicatatkan
oleh responden keempat. Peningkatan peratusan markah sebanyak 25 peratus
dicatatkan oleh responden pertama, responden kedua, responden kelima, responden
kelapan dan responden kesepuluh. Manakala responden kesembilan mencatatkan
peningkatan peratus markah sebanyak 20 peratus dan responden ketiga sebanyak 15
peratus. Berdasarkan analisis ujian pasca 2, majoriti responden mencatatkan
peningkatan peratusan markah kecuali responden keenam yang tidak mencapai
peningkatan markah. Berikut merupakan rajah 5.4 yang menunjukkan perbandingan
peratus markah responden dalam ujian pra dan pasca 2.

Graf Perbandingan Peratus Markah Responden


120
dalam Ujian Pra dan Pasca 2

100

80
Peratus (%)

60 Ujian Pra
Ujian Pasca
40

20

0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Rajah 5.4: Graf perbandingan peratus markah responden dalam Ujian Pra dan
Ujian Pasca 2
25
Bilangan Responden Mengikut Gred Bagi Ujian Pra
dan Pasca 2
7
Bilangan Responden (orang)
6

4 Ujian Pra

3 Ujian Pasca

0
Gred A (80- Gred B (79- Gred C (40- Gred D (20- Gred E (1-
100 %) 60%) 59%) 39%) 19%)

Rajah 5.5: Graf bilangan responden mengikut gred dalam ujian pra dan pasca
2

Berdasarkan rajah 5.5, peratus markah responden meningkat pada tahap yang
cemerlang apabila sekali lagi intervensi serta ujian pra dan pasca dilaksanakan.
Peningkatan yang ketara sekali ialah majoriti responden mendapat gred A iaitu dua
orang responden mendapat markah 100 peratus diikuti 4 orang responden iaitu
responden kesembilan sebanyak 95 peratus dan responden kedua sebanyak 90
peratus. Dua responden yang turut mendapat gred A juga ialah responden kelapan
sebanyak 85 peratus dan responden kesepuluh sebanyak 80 peratus.

Selain itu, pencapaian gred B juga dapat dikurangkan melalui intervensi yang
telah dilaksanakan. Seramai 4 orang responden yang mencapai gred B bagi ujian
pasca 2 berbanding 6 orang responden yang mencapai gred B dalam ujian pra 2. Bagi
gred C pula tidak ada responden yang mendapat gred ini dalam ujian pasca namun
hanya 4 orang sahaja yang mendapat gred C dalam ujian pra 2 sebelum intervensi
kedua dilaksanakan. Gred D dan E pula mencatatkan tidak ada responden yang
mendapat gred D atau gred E dalam ujian pra dan pasca 2. Peningkatan pencapaian
gred dapat dilihat pada rajah.

26
Pengurangan yang mendadak ini menunjukkan bahawa penggunaan Buku
Pop Up dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik iklim zon dunia sangat
bersesuaian dengan kehendak murid serta pembelajaran itu sendiri.

Peningkatan Peratusan Min Responden


9
8
7
6
Ujian Pra
5
4 Ujian Pasca

3
2
1
0

Rajah 5.6: Peningkatan peratusan min responden

Selain daripada markah dan gred, analisis perbezaan nilai min bagi ujian pra
dan pasca 2 juga dilakukan. Nilai min bagi ujian pra 2 ialah 5.95 dan nilai min bagi
ujian pasca ialah 8.35. Perbezaan peratusan nilai min bagi kedua-dua ujian adalah
+2.4. Hal ini menunjukkan bahawa wujud peningkatan dalam pencapaian murid
sebelum dan selepas Buku Pop Up digunakan.

5.2.3 Borang soal selidik


Persoalan Kajian 2: Adakah penggunaan Buku Pop Up dapat meningkatkan minat
murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

Penggunaan borang soal selidik digunakan oleh penkaji bagi menjawab


persoalan kedua. Dalam hal ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik bagi
menilai persepsi responden mengenai aplikasi Buku Pop Up dapat meningkatkan
minat responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan
taburan kekerapan jawapan responden untuk instrumen borang soal selidik dalam
Jadual 5.4.

27
Jadual 5.4: Taburan kekerapan jawapan responden untuk instrumen borang soal
selidik

(Ya) (Tidak)
Bil Item Kekerapan (%) Kekerapan (%)
1. Saya berasa seronok belajar melalui 10 100 0 0
penggunaan Buku Pop Up.
2. Penggunaan Buku Pop Up meningkatkan 10 100 0 0
minat saya dalam pembelajaran.
3. Saya tertarik dengan penggunaan Buku 100 100 3 30
Pop Up semasa pengajaran dan
pembelajaran.
4. Saya ingin memberikan perhatian 7 70 3 30
sepenuhnya untuk belajar mata pelajaran
Kajian Tempatan dengan menggunakan
Buku Pop Up.
5. Saya suka melibatkan diri dalam 8 80 2 20
pembelajaran menggunakan Buku Pop
Up.
6. Saya rasa ingin tahu mengenai pengetahuan 10 100 0 0
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
menggunakan Buku Pop Up.
7. Saya rasa bersemangat mempelajari Kajian 9 90 1 10
Tempatan melalui penggunaan Buku Pop
Up.
8. Saya suka belajar dengan menggunakan 10 100 0 0
Buku Pop Up.
9. Pembelajaran menggunakan Buku Pop 7 70 3 30
Up memberi kepuasan kepada saya.

10. Saya lebih bermotivasi untuk belajar mata 8 80 2 20


pelajaran Kajian Tempatan menggunakan
Buku Pop Up.

JUMLAH 84 84% 16 16%

28
Secara keseluruhannya, majoriti responden memberikan respon ya sebanyak
84 peratus manakala hanya 16 peratus sahaja responden yang memberikan respon
tidak berdasarkan Jadual. Perkara ini jelas menyatakan bahawa penggunaan Buku
Pop Up ini dapat menarik minat murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
dipersetujui oleh majoriti responden yang telah dipilih oleh penyelidik.

Graf Perbandingan Jawapan Responden Item Borang


Soal Selidik
Bilangan Responden (orang)

120

100

80
Ya
60
Tidak
40

20

0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Soalan/Item

Rajah 5.7: Graf perbandingan jawapan responden item borang soal selidik

Perbandingan jawapan responden bagi setiap item borang soal selidik dapat
dilihat melalui rajah 5.7 dengan jelas. Item pertama, item kedua, item ketiga, item
keenam dan item kelapan mencatatkan bilangan responden paling tinggi memilih
jawapan ya iaitu seramai 10 (100%) orang . Keadaan ini menunjukkan bahawa
responden sangat seronok apabila pembelajaran mereka menggunakan Buku Pop
Up. Item kedua iaitu penggunaan Buku Pop Up meningkatkan minat saya dalam
pembelajaran juga mendapat respon 100% daripada responden dengan menyatakan
ya. Kesemua responden juga turut menyatakan ya bagi item saya tertarik dengan
penggunaan Buku Pop Up semasa pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga
dengan item keenam iaitu kesemua responden menyatakan ya kepada saya rasa
ingin tahu mengenai pengetahuan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan

29
menggunakan Buku Pop Up. Item kelapan turut mendapat 100 peratus respon ya
iaitu Saya suka belajar dengan menggunakan Buku Pop Up.

Item keempat iaitu saya ingin memberikan perhatian sepenuhnya untuk


belajar mata pelajaran Kajian Tempatan dengan menggunakan Buku Pop Up
hanya mendapat respon ya sebanyak 70 peratus daripada 7 orang responden.
Manakala sebanyak 30 peratus daripada 3 orang menyatakan tidakbagi item ini.
Hal ini disebabkan terdapat responden yang mengganggu responden lain semasa
intervensi dilaksanakan.

Bagi item kelima pula responden yang memilih ya bagi item saya suka
melibatkan diri dalam pembelajaran menggunakan Buku Pop Up adalah sebanyak
80 peratus iaitu seramai 8 orang responden. Walau bagaimanapun terdapat 20 peratus
iaitu sebanyak 2 orang responden yang menyatakan tidak bagi item ini. Ini kerana
responden tersebut masih pasif dan hanya mendiamkan diri apabila penyelidik
mengajukan soalan.

Item ketujuh ialah item saya rasa bersemangat mempelajari Kajian


Tempatan melalui penggunaan Buku Pop Up. Seramai 9 responden memilih ya
iaitu sebanyak 90 peratus manakala hanya seorang responden memberi respon tidak
sebanyak 10 peratus. Hal ini disebabkan oleh berkemungkinan responden kurang
keyakinan dalam diri.

Seterusnya item kesembilan iaitusaya suka belajar dengan menggunakan


Buku Pop Up mencatatkan sebanyak 70 peratus seramai 7 responden yang memilih
ya. Bagi responden yang memilih tidak bagi item ini adalah sebanyak 30 peratus
dengan seramai 3 responden sahaja. Respon daripada 3 orang responden yang
memilih tidak adalah atas faktor malu dan malas.

30
Item kesepuluh iaitu saya lebih bermotivasi untuk belajar mata pelajaran
Kajian Tempatan menggunakan Buku Pop Up mencatatkan sebanyak 80 peratus
responden yang memilih ya. Manakala responden yang memilih tidak bagi item
ini adalah sebanyak 20 peratus iaitu 2 responden sahaja yang memberi respon tidak.
Dengan ini, penggunaan Buku Pop Up sememangnya memberi kesan dalam diri
murid dalam aspek meningkatkan motivasi mereka serta dapat mengelakkan
kebosanan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan hasil analisis setiap item borang soal selidik, secara


keseluruhannnya penggunaan Buku Pop Up ini menarik minat murid untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dibuktikan kerana majoriti
responden bersetuju bahawa penggunaan Buku Pop Up sangat menyeronokkan dan
memberi semangat kepada responden untuk belajar.

Kesimpulannya, penggunaan ketiga-tiga instrumen berjaya membuktikan


Buku Pop Up ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran mengingat
serta minat terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan.

31
5.3 Rumusan dapatan penyelidikan berserta soroton literatur terhadap
penyelidikan berkaitan.

5.3.1 Pengenalan
Perbincangan dapatan penyelidikan dilaksanakan bertujuan untuk melihat
perbandingan dengan penyelidikan terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan
mengenai penggunaan Buku Pop Up. Ini juga menguatkan lagi bukti kerberhasilan
penggunaan Buku Pop Up melalui sokongan-sokongan penyelidikan masa lalu.
Hasil dapatan penyelidikan secara keseluruhannya berjaya mencapai kedua-dua
objektif yang telah digariskan oleh penyelidik. Penggunaan bahan bantu mengajar ini
iaitu Buku Pop Up sememangnya terbukti sesuai digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran kerana penggunaannya meningkatkan penguasaan serta minat murid
terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Berdasarkan objektif yang telah dicapai,
berikut merupakan soroton literatur bagi mengukuhkan lagi dapatan penyelidikan
yang telah dilaksanakan berasaskan persoaloan penyelidikan.

5.3.2 Dapatan penyelidikan berserta soroton literatur bagi menjawab


persoalan penyelidikan pertama.
Berdasarkan persoalan pertama penyelidikaniaitu adakah murid dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mengingat mereka dalam topik iklim zon dunia dengan
menggunakan alat bantu mengajar Buku Pop Up? dapat dijawab melalui
penggunaan instrumen Ujian Pra dan Pasca. Ujian ini dijalankan sebanyak dua kali
bagi mengukuhkan lagi kemahiran mengingat mereka seterusnya meningkatkan
pencapaian mereka.

Buku Pop Up yang digunakan oleh penyelidik dalam intervensi menjadikan


Buku Pop Up sebagai medium pengajaran. Dapatan penyelidikan ini disokong
melalui Poh (2000) yang menyatakan bahawa alat bantu mengajar 3D ataupun Media
Tiga Dimensi merupakan alat sebenar atau perwakilannya. Hal ini memudahkan lagi
responden untuk mengetahui bentuk, suasana dan hidupan yang terdapat dalam setiap
iklim zon dunia. Dengan ini, responden dapat mengukuhkan lagi kemahiran
mengingat mereka melalui penggunaan Buku Pop Up.

32
Dapatan daripada penyelidikan yang telah dijalankan iaitu penyelidik
mendapati bahawa selepas menjalankan intervensi pertama berserta ujian pra dan
pasca 1 pencapaian responden meningkat. Peningkatan ini berlaku selepas ujian
pasca 1 dilaksanakan. Penyelidik menjalankan intervensi kedua serta ujian pra dan
pasca 2 bagi menguji semula responden. Pelaksanaan intervensi serta ujian pra dan
pasca sebanyak dua kali meningkatan pencapaian murid secara mendadak. Nur
Syafiqa dan Idrul Hisham (2013) menyatakan bahawa pengulangan secara berulang
kali akan menyebabkan responden dapat mengingati kaedah menulis dengan betul.
Berdasarkan pernyataan tersebut maka pengulangan dalam intervensi penggunaan
Buku Pop Up serta ujian pra dan pasca juga meningkatkan penguasaan kemahiran
mengingat responden. Lantaran itu, apabila penguasaan kemahiran mengingat dapat
ditingkatkan maka peningkatan pencapaian responden akan berlaku.

Selain itu, penggunaan Buku Pop Up juga membantu responden untuk


memahami dan mengingati fakta mengenai iklim zon dunia. Hal ini kerana
pembelajaran melalui pengalaman iatu dengan melihat sendiri bagaimana hidupan
tersebut serta ciri-ciri iklim yang mempengaruhi hidupan. Responden seterusnya
dapat mengingati ciri-ciri iklim serta hidupan mengikut jenis iklim dengan menyebut
semula ciri-ciri tersebut. Dapatan ini bersesuaian dengan Christoper Wu Lei Wang
(2012) yang menyatakan penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi
yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran.Munirah
dan Pajuzi (2010) turut menyatakan bahawa seorang murid akan lebih memahami
dan mengingati isi pelajaran melalui bahan sokongan. Dengan ini, penggunaan Buku
Pop Up sebagai bahan bantu mengajar sememangnya meningkatkan lagi
penguasaan kemahiran mengingat responden.

Buku Pop Up juga menyediakan nota ringkas selain daripada bentuk


gambar timbul. Penambahan nota ringkas ini bertujuan untuk menyokong bentuk
gambar timbul serta memudahkan responden untuk mengingati fakta. Dapatan ini
juga bertepatan dengan Norfaizah (2013) iaitu keberkesanan penggunaan komik
dalam menyediakan fakta-fakta yang ringkas dan mudah difahami oleh
responden.Apabila fakta-fakta diringkaskan maka responden akan cepat mengingat

33
fakta berkenaan dan memudahkan mereka menjawab soalan-soalan di dalam
peperiksaan. Lantaran itu, keadaan yang sama turut digunakan dalam penyelidikan
ini yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid.

Penggunaan Buku Pop Up ini sebenarnya turut mencungkil kecerdasan


murid dari segi visual ruang. Menurut Gardner (1983), kecerdasan visual ruang yang
ada pada manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati
dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Apabila gambaran
mental dihasilkan dalam minda responden, maka mudahlah responden untuk
mengingati sesuatu fakta seterusnya boleh menulis atau menjawab soalan-soalan
berbentuk fakta.

5.3.3 Dapatan penyelidikan berserta soroton literatur bagi menjawab


persoalan penyelidikan kedua.
Persoalan kedua yang dinyatakan oleh penyelidik ialah adakah penggunaan Buku
Pop Up dapat meningkatkan minat murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran?. Menurut Woolfolk (1998) dalam Nur Syafiqa dan Idrul Hisham
mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah
mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Ini dapat dibuktikan melalui hasil
penggunaan Buku Pop Up dapat menarik minat responden semasa intervensi
dilaksanakan. Pemerhatian yang dilakukan penyelidik mendapati murid sangat teruja
dengan bentuk persembahan Buku Pop Up. Ini kerana responden sangat seronok
melihat bentuk gambar yang timbul apabila penyelidik membuka setiap muka surat
Buku Pop Up.

Implikasinya, minat responden terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan


dapat ditingkatkan dan buktinya responden mencatatkan pencapaian yang
memberangsangkan. Kenyataan ini turut disokong oleh Shahabudin, Mahani dan
Ramlah (2003) menyatakan pelajar biasanya menunjukkan prestasi pencapaian yang
tinggi dalam subjek yang mereka minati sebab mereka dapat mengingati faktanya
dengan lebih baik dan penahanan maklumat tentang fakta itu juga lebih lama.

34
Bagi membuktikan lagi keberhasilan positif penggunaan Buku Pop Up ini,
banding beza dilakukan penyelidik mengenai perbandingan kesan penggunaan
kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk dengan penggunaan Buku Pop Up. Secara
umumnya, kaedah Chalk and Talk ini sangat membosankan murid untuk terus
mengikuti pembelajaran. Davis (1997) menyatakan bahawa pengajaran tradisional di
dalam bilik darjah boleh mengakibatkan para pelajar bergantung penuh kepada guru
mereka. Pengajaran jenis kaedah ini sangat pasif dan pembelajaran kurang
memberangsangkan. Jika dilihat penggunaan Buku Pop Up, sememangnya
penggunaannya mengubah suasana pembelajaran menjadi lebih interaktif.
Responden sangat bersemangat dan berminat untuk belajar mengenai topik iklim zon
dunia.

Secara keseluruhannya, Buku Pop Up sememangnya berkesan dalam


meningkatkan penguasaan kemahiran mengingat dan minat responden. Di samping
meningkatkan penguasaan kemahiran mengingat responden, secara tidak langsung
turut meningkatkan pencapaian mereka. Pengajaran yang berbantukan bahan 3D
seperti Buku Pop Up ini sesuai digunakan bagi memudahkan lagi proses
pemindahan maklumat dengan pantas seperti yang dinyatakan oleh Abdul Ghani,
Abd. Rahman, dan Abdul Rashid, (2007) iaitu pembaziran masa dalam pembelajaran
dapat dielakkan dengan adanya bahan bantu mengajar yang sesuai.

35
6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN

6.1 Pengenalan
Refleksi merupakan satu bentuk imbas kembali mengenai sesuatu perkara yang telah
berlaku untuk melihat kekuatan dan kelemahan. Reflektif memberi peluang guru
menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri (Syed Ismail
dan Ahmad Subki, 2013). Dalam konteks penyelidikan penyelidik, tujuan refleksi
penyelidik adalah untuk melihat kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam
penyelidikan. Hal ini memberi peluang kepada penyelidik untuk mencari kekuatan
dan kelemahan yang terdapat dalam penyelidikan. Ini seterusnya membolehkan
penyelidik membaiki kelemahan dan mencari idea-idea baru bagi meningkatkan
mutu penyelidikan serta memberi nilai tambah kepada diri penyelidik sendiri.

6.2 Refleksi dan implikasi dapatan penyelidikan


Hasil dapatan penyelidikan memberikan implikasi terhadap diri penyelidik khasnya
berserta pendidikan pada masa akan datang berdasarkan kekuatan dan kelemahan
penyelidikan yang telah dikenal pasti. Pelaksanaan reflektif diri dan penyelidikan
membolehkan penyelidik mengekalkan kekuatan penyelidikan sedia ada dan
menambah baik kelemahan penyelidikan pada masa akan datang.

6.2.1 Kekuatan
Penyelidik mendapati bahawa implikasi dapatan daripada penyelidikan ini iaitu
kekuatan penyelidikan ini ialah Buku Pop Up mampu menjadi bahan bantu
mengajar yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana sebelum pelaksanaan intervensi, penyelidik menggunakan kaedah tradisional
iaitu dengan melakukan penerangan serta memberi nota kepada responden.
Penyelidik mendapati bahawa responden kurang menumpukan perhatian serta
berbual-bual semasa penyelidik mengajar. Keadaan ini berubah apabila penyelidik
menggunakan alat bantu mengajar iaitu Buku Pop Up sebagai medium pengajaran.
Penyelidik mendapati penggunaan Buku Pop Up ini telah menyebabkan responden
lebih menumpukan perhatian. Ini kerana responden tertarik dengan bentuk
persembahan Buku Pop Up yang timbul sendiri apabila penyelidik membuka satu
demi satu muka surat buku tersebut. Penggunaanya ini seterusnya membolehkan
penyelidik meneruskan pengajaran. Lantaran itu, Buku Pop Up sememangnya
membantu proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan

36
penguasaan kemahiran mengingat melalui peningkatan pencapaian yang dapat
dilihat.

Implikasi dapatan penyelidikan menyediakan diri penyelidik dalam


perubahan semasa pendidikan di negara ini. Pelbagai transformasi serta cabaran
semasa pendidikan dan masa akan datang dapat dihadapi oleh penyelidik melalui
penyelidikan tindakan yang telah dilaksanakan. Hal ini sedikit sebanyak
mendedahkan penyelidik tentang keperluan-keperluan pendidikan semasa yang perlu
dipenuhi bagi setiap insan yang bergelar guru. Penyelidikan yang dilakukan ini
membuka mata hati minda penyelidik untuk terus melaksanakan penyelidikan bagi
membaiki cara pengajaran dalam bilik darjah.

Penyelidik juga dapat membangunkan kemahiran profesional perguruan


dalam diri melalui penyelidikan yang dilakukan. Hal ini kerana penyelidikan yang
dilakukan membolehkan penyelidik menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah
pengajaran yang sesuai bukan sahaja untuk topik yang telah dipilih malahan
mencakupi semua mata pelajaran. Keperluan semasa pendidikan kini memerlukan
guru yang berinovasi dalam pengajarannya. Oleh yang demikian, penyelidikan ini
yang menggunakan Buku Pop Up sebagai bahan bantu mengajar merupakan salah
satu inovasi pengajaran yang sebelum ini jarang digunakan oleh guru masa kini.

Budaya menyelidik juga dapat menjadi amalan yang wajib dilaksanakan bagi
penyelidik. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), setiap guru perlu
membudayakan amalan penyelidikan di sekolah supaya segala masalah yang
berbangkit dapat diatasi secara profesional. Secara profesional ini bermaksud
masalah yang diatasi itu perlulah mengikut kaedah penyelidikan yang sistematik. Ini
keranaapabila penyelidikan yang sistematik dilakukan, maka mudahlah untuk
penyelidik melakukan semula refleksi pengajaran dan merujuk semula penyelidikan
lalu. Hasil penyelidikan ini dihasilkan juga dapat menjadi rujukan bagi guru lain
dalam membuat refleksi pengajaran mereka. Reflektif bukan sahaja membolehkan
seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi memberi pelbagai

37
perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru
lain (Boon, 2002). Lantaran itu, amalan penyelidikan yang diamalkan penyelidik ini
seterusnya dapat membantu dan menjadi rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, hasil dapatan penyelidikan juga dapat mewujudkan suasana yang
kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Buku Pop Up
yang digunakan semasa penyelidik mengajar topik iklim zon dunia telah menarik
minat serta mewujudkan perasaan teruja dalam diri responden. Ini seterusnya
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran ketika itu menjadi lebih interaktif
tanpa ada sebarang gangguan. Hal ini kerana Buku Pop Up yang digunakan
penyelidik mengandungi gambar timbul yang menarik beserta nota ringkas
memudahkan responden memahami topik tersebut. Dengan ini, pembelajaran mereka
lebih kondusif dan memberi gambaran jelas mengenai topik yang mereka pelajari.

Implikasi hasil dapatan penyelidikan dari sudut positif jugamelatih penyelidik


berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini kerana melalui penyelidikan tindakan yang
telah dijalankan menjadikan penyelidik lebih kritis dan berfikiran kritikal. Dalam hal
ini, penyelidikan memerlukan ketepatan data serta penafsiran data yang diperlukan.
Proses keseluruhan termasuklah merefleksi pengajaran lalu penyelidik membantu
penyelidik lebih berfikiran matang dalam menyelesaiakan permasalahan yang timbul
dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.2.3 Kelemahan
Walaupun terdapat banyak kekuatan melalui hasil dapatan penyelidikan ini namun
terdapat kelemahan yang terdapat dalam penyelidikan ini. Dari aspek pengurusan
masa, peruntukan masa penyelidikan penyelidik adalah sangat sedikit. Hal ini kerana
penyelidik hanya mempunyai masa sejam sahaja untuk melaksanakan intervensi.
Pelaksanaan intervensi tersebut memakan masa selama 30 minit dan ujian pasca iaitu
selepas intervensi. Keadaan ini menyebabkan masa untuk mengingat isi pelajaran
lalu sangat terhad. Sekirannya penyelidik ingin melaksanakan intervensi selama dua

38
jam maka ini akan mengganggu Menjaga Masa Interaksi (MMI) dan guru lain juga
perlu melaksanakan pengajaran mereka seperti biasa.

Penggunaan Buku Pop Up ini juga tidak menggabungkan unsur Teknologi


Maklumat Komunikasi (TMK) dalam sesi intervensi. Hal ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah bersifat konkrit yang menjadi bahan bantu mengajar bagi
penyelidik. Keadaan ini walaupun dapat diterima pakai namun pada masa kini
keperluan pembelajaran berasaskan ICT menuntut penggunaan ICT dalam
pembelajaran murid. Lantaran itu, penggunaan Buku Pop Up ini tidak
mendedahkan asas-asas teknologi dalam pembelajaran mereka.

Di samping itu, implikasi negatif penyelidikan ini juga ialah pengawalan


kelas kurang memuaskan. Hal ini kerana penyelidik masih kurang mahir dalam
mengawal kelas disebabkan murid terlalu teruja dengan bentuk serta persembahan
Buku Pop Up. Murid berebut-rebut untuk membuka setiap muka surat Buku Pop
Up bagi merasai bagaimana gambar tersebut timbul sendiri apabila dibuka. Murid
yang aktif sangat penting dalam memastikan ketidakhambaran suasana kelas namun
keadaan ini tidak dapat dikawal oleh penyelidik.

Kesimpulannya, implikasi dapatan penyelidikan ini sememangnya dapat


memberi impak dari sudut positif dan negatif. Kekuatan dan kelemahan pastinya ada
dalam setiap penyelidikan. Oleh yang demikian, begitu juga dengan penyelidik yang
masih baru lagi dalam bidang penyelidikan khasnya bidang pendidikan.
Penambahbaikan dalam amalan pedadogi seharusnya dilaksanakan agar dapat
memantapkan lagi mutu pendidikan serta meningkatkan profesionalisme keguruan.

6.3 Rumusan dan cadangan tindakan selanjutnya


Secara keseluruhannya, hasil yang diperoleh dari dapatan yang telah dibincangkan
penyelidik berpendapat bahawa penyelidikan ini perlu diteruskan untuk kepentingan
pendidikan pada masa akan datang. Objektif penyelidikan sememangnya tercapai
iaitu aplikasi Buku Pop Up dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid

39
seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan minat murid terhadap mata pelajaran
Kajian Tempatan.

Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan


penyelidikan lanjutan iaitu antaranya pengaplikasian Buku Pop Up dalam mata
pelajaran yang sesuai ialah Sains. Hal ini kerana mata pelajaran ini banyak
menggunakan istilah yang sukar serta fakta yang perlu diingat. Penggunaan Buku
Pop Up ini dapat menjelaskan fakta dengan ringkas dan mudah difahami oleh
murid dengan menggunakan persembahan gambar yang menarik. Guru boleh
menggunakan bahan bantu mengajar ini sebagai satu alat yang membantu murid
mengingati fakta serta gambaran sebenar sesuatu proses yang terlibat dalam Sains.

Dalam penyelidikan ini juga, penyelidik membina Buku Pop Up tanpa


menggunakan sebarang unsur teknologi masa kini. Lantaran itu, penyelidik
menyarankan agar penambahbaikan Buku PopUp dilakukan iaitu dengan
menyelitkan CD-Romatau memory cardyang mengandungi perisian soalan berkaitan
dengan topik yang diajar. Menurut Omardin Ashaari (1999), bahan bantu mengajar
berasaskan ICT ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah
pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Dengan ini,
penambahbaikan Buku Pop Up ini seterusnya dapat membantu murid mencapai
tahap penguasaan dalam topik-topik tertentu dan mata pelajaran yang dipelajari
amnya.

Cadangan seterusnya bagi penyelidikan pada masa akan datang ialah


penyelidikan juga boleh dilaksanakan dengan mengunakan responden yang
mempunyai pelbagai tahap kognitif. Sampel yang diambil meliputi responden yang
mempunyai tahap kognitif yang lemah, sederhana dan tahap tinggi. Hal ini adalah
untuk menyelaraskan penyampaian ilmu serta ujian mengikut tahap kognitif
responden. Ini juga adalah untuk melihat sama ada berlaku peningkatan pencapaian
responden pelbagai tahap kognitif.

40
Penyelidik juga akan mencari maklumat yang lebih banyak dan berkaitan
dengan penyelidikan penyelidik. Dalam hal ini, penyelidik akan menyelidik secara
mendalam dan terperinci mengenai penggunaan bahan 3D yang lain seperti kad
bergambar serta akan mencari inovasi baru dengan melakukan pembaharuan setiap
bahan bantu yang tidak menggunakan teknologi semasa.

Oleh yang demikian, penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik


seterusnya dapat menjadi rujukan bagi penyelidik lain serta melakukan pembaharuan
daripada penggunaan Buku Pop Up ini sebagai bahan bantu mengajar yang
digunakan di sekolah. Dengan ini, perubahan demi perubahan dapat dilaksanakan
bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan negara kita dengan adanya amalan
penyelidikan di seluruh negara.

41
7.0 Senarai rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, Abdul Rashid Mohamed. (2007).
Humor Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : PTS Profesional Sdn. Bhd.

Boon Pong Ying. (2002). Pelaksanaan kerja kursus berportfolio di kalangan guru
praperkhidmatan. Disertasi doktor falsafah yang belum diterbitkan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Christoper Wu Lei Wang. (2012). Jurnal : Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Visual Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga, Artikel 1. Muat turun
pada 16 Januari 2014 daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/kajian tindakan
/BukuKoleksi/2012/SN.9 CHRISTOPHER LU WEI WANG.pdf

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan
Dalam Pengajaran. Selangor : Penertbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Elliot. (1981). Dalam Sub Unit Kajian tindakan Unit Dasar, Perancangan dan
Pembangunan (2001). Garis Panduan Kursus Kajian tindakan Tindakan
Untuk Maktab Perguruan Malaysia (pp. 33). Bahagian Pendidikan Guru :
Kementerian Pendidikan Malaysia

Gardner. H. (1994). Howard Gardner, multiple intelligences and education.


Diperoleh pada 15 Mac 2012 di http:// www.infed.org/ thinkers/ gardner.htm

Mok Soon Sang. (2009). Murid dan Alam Belajar. Perak : CIPTA Printing &
Publishing (M) Sdn. Bhd.

Munirah Binti Mazelan & Pajuzi Bin Awang. (2010). Meningkatkan Kemahiran
Melengkapkan Gambar Rajah The Part of Body Di Kalangan Murid Tahun
2 Maju Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Model). Seminar
Kajian tindakan Tindakan PISMP 2010

42
Norfaizah. (2013). Keberkesanan Penggunaan Komik Terhadap Pencapaian dan
Minat Murid Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Bagi Tema Malaysia Negaraku Tahun 5. Seminar Penyelidikan Tindakan
2013.

Nur Syafiqa dan Idrul Hisham. (2013). Penggunaan Buku Nombor 3D Dalam
Meningkatkan Kemahiran Menulis Nombor Bulat Murid Slow Learner.
Seminar Penyelidikan Tindakan 2013.

Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Poh Swee Hiang. (2000). Kemahiran berfikir. Kurikulum Kursus Persediaan


Program Sarjana Muda Pendidikan. Selangor : UG Press Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Kajian tindakan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, dan Ramlah Jantan. (2003). Psikologi


Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Syed Ismail dan Ahmad Subki.(2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan


Profesional. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sd. Bhd.

Ting Suh Ping. (2012). Jurnal : Meningkatkan Minat dan Pembelajaran Sains Murid
Tahun Tiga Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT,
Artikel 2. Muat turun pada 16 Januari 2014, daripada
www.ipbl.edu.my/portal/kajian tindakan/BukuKoleksi/2012/SN/11.TINGSU
PING.pdf

Wiersma. (2000). Research methods in education: An introduction. Zamri, Nik


Mohd. Rahimi dan Juliawati. Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa
Melayu dan Guru Bahasa Inggeris. Artikel 3. Muat turun pada 22 Januari 2014
daripada http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol/pdf/BAB5B5D.pdf

__________.Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Muat turun pada 11


September 2014 dari http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/

43
44
LAMPIRAN A

JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


TAHUN 2014
Bil Perkara JAN FEB MAC APR MAY JUN JUL OGS SEPT OKT NOV

1 Taklimat tugasan
KKBI.
2 Mengenal pasti
tajuk kajian.
3 Mengumpul
maklumat
mengenai
penulisan
proposal.
4 Merujuk literatur
yang berkaitan
daripada pelbagai
sumber.
5 Membincangkan
dan memnentukan
tajuk dan fokus
kajian dengan
penyelia.
6 Menulis draf 1
proposal.
7 Menulis draf 2
proposal.
8 Pembentangan
proposal.
9 Pemurnian
proposal
9 Menghantar
proposal untuk
penilaian.
10 Melaksanakan
tindakan 1.
11 Membincangkan
masalah yang
timbul dalam

45
tindakan 1.
12 Melaksanakan
tindakan 2.
13 Membincangkan
masalah yang
timbul dalam
tindakan 2.
14 Melaksanakan
tindakan 3.
15 Membincangkan
masalah yang
timbul dalam
tindakan 3.
16 Refleksi kajian.
17 Menulis laporan
kajian.
18 Pembentangan
laporan kajian.
19 Penghantaran
Laporan Akhir.

46
LAMPIRAN B
Lembaran Kerja

Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. (a) Jenis:___________________________

(b) Ciri-ciri:

i. Pokok sederhana tinggi dan bantut

ii.___________________________

iii. Tidak padat

2. (a) Jenis: Kawasan Tundra

(b) Ciri-ciri:

i.______________________________

ii. Cepat tumbuh

iii._____________________________

3. (a) Jenis: Kawasan Gurun Panas

(b) Ciri-ciri:

i._______________________________

ii._______________________________

iii._______________________________

4. (a) Jenis: _____________________________

(b) Ciri-ciri:

i._______________________________

ii.berbentuk kon

iii._______________________________

47
LAMPIRAN C

Nama: Tahun:

Ujian Pra 1

Kajian Tempatan Tahun 5

Zon Iklim Dunia

ARAHAN

Jawab semua soalan. Bulatkan bagi jawapan yang betul.

1. Kawasan berikut terletak di kawasan iklim zon panas kecuali

A. Gurun Sahara

B. Gurun Atacama

C. Gurun Kalahari

D. Amerika Utara

2. Kawasan ___________ menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun.

A. Siberia

B. Zon Sejuk

C. Gurun Panas

D. Mediterranean

3. Unta dapat hidup di kawasan gurun panas kerana

A. mempunyai kulit yang tebal.

B. dapat menyimpan air di bonggol belakangnya.

C. mempunyai kaki yang panjang.

48
D. tahan lasak.

Soalan 4 berdasarkan peta di bawah.

4. Apakah zon iklim dunia di kawasan yang berlorek dalam peta di atas?

A. Zon sejuk

B. Zon panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon sederhana panas

Sejuk sepanjang tahun


Suhu musim panasnya 10C, iaitu selama tiga bulan sahaja

5. Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan di

A. Kanada

B. Greenland

C. Gurun Arab

D. California Tengah

49
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Mengapakah hidupan liar di atas dapat hidup di kawasan tundra?

A. Tiada ancaman pemangsa

B. Dapat menyimpan banyak makanan

C. Tubuhnya mempunyai lapisan lemak yang sangat tebal

D. Hidup dalam koloni yang besar

Mengalami kejadian empat musim iaitu musim


panas, musim luruh, musim sejuk dan musim
bunga.

7. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan zon tersebut.

A. Zon sejuk

B. Zon sederhana panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon panas

50
8. Pilih pernyataan yang tepat mengenai ciri-ciri iklim zon panas.

I Mengalami kejadian empat musim.

II Hujan tahunan kurang daripada 250 mm

III Musim panas sangat panas

IV Suhunya 32-40C

A. I, II, dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Gambar di atas menunjukkan hidupan liar yang hidup di

A. kawasan Tundra

B. kawasan Siberia

C. kawasan gurun panas

D. kawasan Mediterranean

51
10. Antara berikut, pasangan manakah yang benar?

Kawasan Jenis Pokok


A. Gurun Panas Oak
B. Tundra Fir
C. Siberia Willow
D. Mediterranean Zaitun

SKEMA JAWAPAN UJIAN PRA 1

1. D 6. C

2. C 7. B

3. B 8. A

4. C 9. A

5. B 10. D

52
LAMPIRAN D

Nama: Tahun:

Ujian Pasca1

Kajian Tempatan Tahun 5

Zon Iklim Dunia

ARAHAN

Jawab semua soalan. Bulatkan bagi jawapan yang betul.

1. Ciri-ciri tumbuhan bagi iklim zon panas adalah benar kecuali

A. renek

B. berbentuk kon

C. berkulit tebal

D. akar yang panjang

2. Mengapakah tumbuh-tumbuhan kawasan iklim zon panas dapat hidup dalam


keadaan kemarau yang berpanjangan?

A. Mempunyai akar yang pendek

B. Tumbuh rapat antara satu sama lain

C. Mempunyai batang berongga dan berlendair

D. Mempunyai daun yang halus.

3. Kawasan ___________ menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun.

A. Siberia

B. Zon Sejuk

53
C. Gurun Panas

D. Mediterranean

4. Antara berikut merupakan ciri-ciri tumbuhan semulajadi di kawasan tundra.


Pilih pernyataan yang betul.

I Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan iklim yang melampau.

II Jangka hayat adalah panjang

III Tumbuh pada musim panas sahaja

IV Mempunyai akar yang pendek

A. I, II, dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Gambar di atas menunjukkan hidupan liar yang hidup di

A. kawasan Tundra

B. kawasan Siberia

C. kawasan gurun panas

D. kawasan Mediterranean
54
Mengalami kejadian empat musim iaitu musim
panas, musim luruh, musim sejuk dan musim
bunga.

6. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan zon tersebut.

A. Zon sejuk

B. Zon sederhana panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon panas

7. Unta dapat hidup di kawasan gurun panas kerana

A. mempunyai kulit yang tebal.

B. dapat menyimpan air di bonggol belakangnya.

C. mempunyai kaki yang panjang.

D. tahan lasak.

8. Pilih pernyataan yang tepat mengenai ciri-ciri iklim zon panas.

I Mengalami kejadian empat musim.

II Hujan tahunan kurang daripada 250 mm

III Musim panas sangat panas

IV Suhunya 32-40C

A. I, II, dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

55
Soalan 9 berdasarkan peta di bawah.

9. Apakah zon iklim dunia di kawasan yang berlorek dalam peta di atas?

A. Zon sejuk

B. Zon panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon sederhana panas

Sejuk sepanjang tahun


Suhu musim panasnya 10C, iaitu selama tiga bulan sahaja

10. Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan di

A. Kanada

B. Greenland

C. Gurun Arab

D. California Tengah

56
SKEMA JAWAPAN UJIAN PASCA 1

1. B 6. B

2. C 7. B

3. C 8. D

4. C 9. C

5. C 10. B

57
LAMPIRAN E

Nama: Tahun:

Ujian Pra 2

Kajian Tempatan Tahun 5

Zon Iklim Dunia

ARAHAN

Jawab semua soalan. Bulatkan bagi jawapan yang betul.

1. Kawasan berikut terletak di kawasan iklim zon panas kecuali

A. Gurun Sahara

B. Gurun Atacama

C. Gurun Kalahari

D. Amerika Utara

2. Kawasan ___________ menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun.

A. Siberia

B. Zon Sejuk

C. Gurun Panas

D. Mediterranean

3. Unta dapat hidup di kawasan gurun panas kerana

A. mempunyai kulit yang tebal.

B. dapat menyimpan air di bonggol belakangnya.

C. mempunyai kaki yang panjang.

58
D. tahan lasak.

Soalan 4 berdasarkan peta di bawah.

4. Apakah zon iklim dunia di kawasan yang berlorek dalam peta di atas?

A. Zon sejuk

B. Zon panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon sederhana panas

Sejuk sepanjang tahun


Suhu musim panasnya 10C, iaitu selama tiga bulan sahaja

5. Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan di

A. Kanada

B. Greenland

C. Gurun Arab

D. California Tengah

59
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Mengapakah hidupan liar di atas dapat hidup di kawasan tundra?

A. Tiada ancaman pemangsa

B. Dapat menyimpan banyak makanan

C. Tubuhnya mempunyai lapisan lemak yang sangat tebal

D. Hidup dalam koloni yang besar

Mengalami kejadian empat musim iaitu musim


panas, musim luruh, musim sejuk dan musim
bunga.

7. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan zon tersebut.

A. Zon sejuk

B. Zon sederhana panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon panas

60
8. Pilih pernyataan yang tepat mengenai ciri-ciri iklim zon panas.

I Mengalami kejadian empat musim.

II Hujan tahunan kurang daripada 250 mm

III Musim panas sangat panas

IV Suhunya 32-40C

A. I, II, dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Gambar di atas menunjukkan hidupan liar yang hidup di

A. kawasan Tundra

B. kawasan Siberia

C. kawasan gurun panas

D. kawasan Mediterranean

61
10. Antara berikut, pasangan manakah yang benar?

Kawasan Jenis Pokok


A. Gurun Panas Oak
B. Tundra Fir
C. Siberia Willow
D. Mediterranean Zaitun

SKEMA JAWAPAN UJIAN PRA 2

1. D 6. C

2. C 7. B

3. B 8. A

4. C 9. A

5. B 10. D

62
LAMPIRAN F

Nama: Tahun:

Ujian Pasca 2

Kajian Tempatan Tahun 5

Zon Iklim Dunia

ARAHAN

Jawab semua soalan. Bulatkan bagi jawapan yang betul.

1. Ciri-ciri tumbuhan bagi iklim zon panas adalah benar kecuali

A. renek

B. berbentuk kon

C. berkulit tebal

D. akar yang panjang

2. Mengapakah tumbuh-tumbuhan kawasan iklim zon panas dapat hidup dalam


keadaan kemarau yang berpanjangan?

A. Mempunyai akar yang pendek

B. Tumbuh rapat antara satu sama lain

C. Mempunyai batang berongga dan berlendair

D. Mempunyai daun yang halus.

3. Kawasan ___________ menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun.

A. Siberia

B. Zon Sejuk

63
C. Gurun Panas

D. Mediterranean

4. Antara berikut merupakan ciri-ciri tumbuhan semulajadi di kawasan tundra.


Pilih pernyataan yang betul.

I Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan iklim yang melampau.

II Jangka hayat adalah panjang

III Tumbuh pada musim panas sahaja

IV Mempunyai akar yang pendek

A. I, II, dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Gambar di atas menunjukkan hidupan liar yang hidup di

A. kawasan Tundra

B. kawasan Siberia

C. kawasan gurun panas

D. kawasan Mediterranean
64
Mengalami kejadian empat musim iaitu musim
panas, musim luruh, musim sejuk dan musim
bunga.

6. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan zon tersebut.

A. Zon sejuk

B. Zon sederhana panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon panas

7. Unta dapat hidup di kawasan gurun panas kerana

A. mempunyai kulit yang tebal.

B. dapat menyimpan air di bonggol belakangnya.

C. mempunyai kaki yang panjang.

D. tahan lasak.

8. Pilih pernyataan yang tepat mengenai ciri-ciri iklim zon panas.

I Mengalami kejadian empat musim.

II Hujan tahunan kurang daripada 250 mm

III Musim panas sangat panas

IV Suhunya 32-40C

A. I, II, dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

65
Soalan 9 berdasarkan peta di bawah.

9. Apakah zon iklim dunia di kawasan yang berlorek dalam peta di atas?

A. Zon sejuk

B. Zon panas

C. Zon sederhana sejuk

D. Zon sederhana panas

Sejuk sepanjang tahun


Suhu musim panasnya 10C, iaitu selama tiga bulan sahaja

10. Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan di

A. Kanada

B. Greenland

C. Gurun Arab

D. California Tengah

66
SKEMA JAWAPAN UJIAN PASCA 2

1. B 6. B

2. C 7. B

3. C 8. D

4. C 9. C

5. C 10. B

67
LAMPIRAN G

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN

____________________________________________________________________

Soal selidik ini mempunyai dua bahagian dan anda dikehendaki menjawab kedua-dua
bahagian dengan jujur.

A. LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. Kelas :..............................

2. Jantina : Lelaki Perempuan

B. PENDAPAT RESPONDEN

Arahan: Baca penyataan di bawah dan tandakan (/) pada ruangan yang disediakan tentang
apa yang anda fikirkan tepat semasa menggunakan komik dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Bil Item Ya Tidak


1. Saya berasa seronok belajar melalui penggunaan Buku Pop Up.
2. Penggunaan Buku Pop Up meningkatkan minat saya dalam pembelajaran.
3. Saya tertarik dengan penggunaan Buku Pop Up semasa pengajaran dan pembelajaran.
4. Saya ingin memberikan perhatian sepenuhnya untuk belajar mata pelajaran Kajian
Tempatan dengan menggunakan Buku Pop Up.
5. Saya suka melibatkan diri dalam pembelajaran menggunakan Buku Pop Up.
6. Saya rasa ingin tahu mengenai pengetahuan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
menggunakan Buku Pop Up.
7. Saya rasa bersemangat mempelajari Kajian Tempatan melalui penggunaan Buku Pop
Up.
8. Saya suka belajar dengan menggunakan Buku Pop Up.
9. Pembelajaran menggunakan Buku Pop Up memberi kepuasan kepada saya.
10. Saya lebih bermotivasi untuk belajar mata pelajaran Kajian Tempatan menggunakan
Buku Pop Up.
Soal selidik ini dibina berdasarkan kepada soal selidik oleh Norfaizah Binti
Abdullah, 2013. Keberkesanann Penggunaan Komik Terhadap Pencapaian dan
Minat Murid Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan.

68
LAMPIRAN H

69
70

You might also like