You are on page 1of 23

KULIAH 10

Menjana Idea
Teknik dan Cara Penggunaan
dalam P & P

OBJEKTIF
Di akhir sesi, pelajar akan dapat:
Mengenalpasti kaedah menghasilkan
idea dalam menyelesaikan masalah
Mengaplikasi kaedah-kaedah
menghasilkan idea di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sumbangsaran
Kaedah paling berkesan dalam perbincangan
secara berkumpulan
Kaedah ini sesuai terutamanya dalam
mengemukakan pandangan terhadap sesuatu
isu atau topik dalam masa yang singkat.
Percambahan fikiran
Cara yang paling baik untuk memperluaskan
topik yang hendak di selidiki adalah dengan
mengemukakan beberapan soalan asas
sebagai panduan
3

Faedah Sumbangsaran
Bebas mengeluarkan idea
Tidak menjemukan
Aktif dalam perbincangan
Banyak idea dihasilkan
Penilaian dan penghakiman tidak
diutamakan
Mengubahsuai dan adaptasi dari idea
orang lain
Rujuk: Teknik sumbangsaran dan Teknik Pengajaran Sumbangsaran

TEKNIK PEMIKIRAN LAZIM: SUMBANGSARAN


(Osborn, 1963)
Diguna untuk merangsang idea-idea & pandangan
tambahan oleh ahli-ahli pasukan.
Diguna dalam banyak entiti pengurusan & korporat
untuk menjana idea bagi produk & proses, dan
menyelesaikan masalah.
Amat popular disebabkan prinsip utamanya
tangguhkan kritikan.
Osborn mengatakan kritikan akan menjejaskan
penjanaan idea kreatif & fleksibel. Penangguhan
kritikan menghasilkan sikap kreatif dan iklim kreatif
(keselamatan psikologi).
5

SUMBANGSARAN
Teknik ini mudah kerana tidak perlukan latihan. Hanya
perlu terangkan beberapa prinsipnya sahaja.
Ahli mempunyai peluang bercakap.
Peranan ketua kumpulan amat senang, sebagai
fasilitator sahaja.
Idea dicatat di papan tulis/kertas mahjong yang mana
ahli kumpulan boleh melihat, menilai, menggabung,
merubah idea-idea.
Untuk berkesan, saiz kumpulan harus antara 10-12
orang dari pelbagai latihan, pengalaman, jantina untuk
meningkatkan sumber & kepelbagaian idea.
Ahli kumpulan harus juga dari rank lebih kurang sama.
Kadang-kadang, agenda juga boleh diberi kepada ahli
lebih awal sebelum mesyuarat sumbangsaran.

PERATURAN SUMBANGSARAN
Kritikan dielakkan.
Freewheeling/semua idea luar biasa
digalakkan.
Kuantiti idea dipentingkan/senarai idea-idea
dijanakan.
Kombinasi & penambahbaikan dicarikan.

KAEDAH SUMBANGSARAN
Stop-and-go
10 minit penjanaan idea, diikuti dengan
penilaian idea, bertujuan mengekalkan
arah tuju kumpulan.
Phillips 66 Technique
Dengan peserta ramai. Kumpulan kecil
dengan 6 orang sekumpulan akan
jalankan sumbang saran untuk 6 minit.
Selepas itu, setiap ketua kumpulan
melaporkan idea terbaik/semua idea
kepada kumpulan induk.
8

KAEDAH SUMBANGSARAN
Reverse brainstorming
Pandangan & persepsi baru boleh diperoleh
sekiranya masalah asal diterbalikkan. Contoh:
Bagaimana kita boleh meningkatkan kos?
Bagaimana meningkatkan ketidakhadiran?
Disenaraikan kejadian sebenar.
Brainwriting
Sumbang saran yang senyap. Dapat idea dari
hitch-hiking. Ahli menulis idea mereka apabila
kertas diedarkan dari seorang kepada yang lain.
9

KELEMAHAN SUMBANGSARAN
Ahli-ahli tidak mengikuti prosedur sumbang saran
yang dicadangkan
Ahli-ahli mungkin mempunyai jangkaan atau
ekspektasi yang tidak realistik
Ahli-ahli diamkan diri dan tidak memberi
sumbangan
Ahli-ahli tidak mempunyai pengetahuan
mencukupi tentang sesuatu subjek dan memberi
cadangan yang tidak menepati kehendak cara
penyelesaian masalah
Setengah individu lebih kreatif bekerja seorang
10
daripada dalam kumpulan

SYNECTICS
Perkataan Greek syn bermakna bersama, digabung
dengan ethics.
Maksudnya gabungan pelbagai elemen berbeza
yang tidak penting.
Pendekatan synetics berasaskan teknik-teknik
analogi & metafora.
Founder: William J. J. Gordon (1961)
Bertujuan untuk menyediakan satu struktur /panduan
untuk seseorang mengamalkan kreativiti
Kerja awal: untuk membangunkan kumpulan kreatif
dalam organisasi industri bagi menyelesaikan
masalah & membangunkan produk
Kebanyakan masalah diselesaikan dengan cara logikal
Apa seharusnya kita buat apabila cara lama tidak
11
mencukupi atau sesuai untuk membuat sesuatu kerja?

ANDAIAN-ANDAIAN PSIKOLOGI KREATIVITI (Gordon,


1961)
Kebolehan kreatif boleh ditingkatkan melalui pembangunan
kesedaran kreatif.
Proses kreatif merupakan satu proses emosi. Ia
memerlukan ketidakmunasabahan/perasaan tidak rasional
& emosi untuk meningkatkan proses intelektual.
Melalui penggunaan emosi, elemen pemikiran tidak rasional
(metafora & analogi), kejayaan dalam penyelesaian satusatu situasi bermasalah dapat ditingkatkan.
Metafora:
Mewujudkan hubungan perumpamaan (establish a
relationship of likeness)
Membandingkan satu objek/idea dengan yang lain
melalui penggantian satu dalam tempat yang satu lagi.
12

KAEDAH SYNECTICS
Terdapat 3 jenis latihan synetics:
Analogi Secara Langsung (Direct analogy)
Perbandingan antara dua objek/konsep yang mudah.
Perbandingan tidak semestinya identikal dalam semua aspek.
Tujuan utama mendapatkan satu pandangan baru kepada sesuatu
idea/masalah.
Contoh:

Bayangkan seorang caveman tidak dapat menangkap


ikan dengan lembing kayunya. Walaupun terdapat
banyak ikan tetapi caveman tidak dapat menangkap
ikan yang cukup untuk keluarganya. Apakah yang harus
dibuat oleh caveman?
Sekiranya bilik darjah seperti satu padang yang besar,
Apa yang menjadi lalang? Bagaimana lalang
mempengaruhi iklim kelas (contoh: pelajar lain)?
13

KAEDAH SYNECTICS
Analogi Peribadi (Personal analogy)
Memerlukan pelajar berempati dengan idea/objek yang
dibandingkan.
Pelajar dikehendaki membayangkan diri sebahagian daripada
masalah/idea.
Contoh:
Bayangkan diri anda sekeping coklat. Anda berada pada rak
dengan kawan-kawan coklat lain. Seorang budak perempuan
masuk ke kedai dan meletak RM1.00 di atas kaunter lalu
menunjuk kepada anda. Anda nampak semua giginya
berwarna kuning dan mempunyai gigi yang rosak. Apakah
perasaan anda? Apa yang difikirkan oleh anda?
Apakah akan berlaku sekiranya anda ialah satu mop yang
amat cekap?
Apa rasa agaknya berada dalam sebiji lemon?
14

KAEDAH SYNECTICS
Analogi Simbolik (Symbolic Analogy) / Compressed
conflict
Juga digelar sebagai book titles atau oxymoron
Lazimnya terdiri dari huraian dua perkataan tentang
sesuatu objek.
Perkataan-perkataan yang diguna biasanya
berlawanan makna.
Contoh:

Musuh peramah (Friendly foe)


Angry game
Intelligent mistake
Right wrongness
Gentle toughness (untuk menghuraikan tayar, fabrik tahan
15
koyak, basikal jarak jauh)

SENARAI ATTRIBUT / ATTRIBUTE LISTING (Crawford,


1978)
Cara lebih spesifik yang boleh diguna
dalam sesi sumbang saran
Dalam teknik ini, sesuatu atribut/kualiti
spesifik dalam barang diaplikasikan kepada
barang lain.
Melibatkan proses kreatif dan teknik
pemikiran kreatif yang praktikal.
2 jenis senarai atribut:
Attribute modifying
Attribute transferring
Kedua-dua strategi boleh diguna secara
individu / dalam kumpulan
16

SENARAI ATTRIBUT / ATTRIBUTE LISTING (Crawford,


1978)

2 jenis senarai atribut:


Attribute modifying
Senaraikan atribut utama (ciri-ciri/bahagian/dimensi) sesuatu
objek/proses, kemudian fikirkan idea-idea untuk memperbaiki
setiap atribut.
Senarai atribut (substitution method) diajar dalam kursus
kejuruteraan
Attribute transferring
Nama lain untuk pemikiran analogikal.
Contoh pertanyaan:
What else is like this?, What else have others done?, Where
could we find an idea?, What have worked before? , What
would professionals do?
Kita boleh meminjam idea atribut dari McDonalds, Star Wars
movie dll.

17

SINTESIS MORFOLOGIKAL
(Morphological Synthesis)
Satu penambahan kepada prosedur attribute
modifying.
Idea-idea spesifik untuk sesuatu atribut /dimensi
sesuatu masalah disenaraikan sepanjang satu aksis
dalam satu jadual maktriks. Idea-idea untuk atribut
kedua disenaraikan sepanjang aksis yang satu lagi.
Kombinasi idea dilihat dalam sel-sel matriks.
Banyak alternatif boleh dijanakan walaupun
setengah idea mungkin tidak dapat digunakan.
18

SENARAI IDEA (Idea Checklist)


Satu senarai idea mencadangkan idea secara langsung
dan tidak langsung.
Paling terkenal ialah senarai idea Osborn (1963) yang
mengandungi 73 soalan mendorong pemikiran kreatif.
Sesuaikan (Adapt)?
Ubahsuai (Modify)?
Besarkan (Magnify)?
Kecilkan (Minify)?
Gantikan (Substitute?)
Susun semula (Rearrange)?
Terbalikan (Reverse)?
Gabungkan (Combine)?

19

Senarai Atribut
ensuring all possible aspects of a problem
have been examined
breaking the problem down into smaller and
smaller bits
seeing what you discover when you do
explore explicit knowledge stored

20

Senarai Atribut
Cara Menggunakan
1. Mengkaji elemen atau komponen yang
terlibat
2. Binakan jadual, tuliskan elemen di
setiap `heading jadual dan organize
sumbangsaran
3. Gabungkan dan teroka kepelbagaian
yang menarik
4. Bincangkan bagaimana
kebolehlaksanaan nya
5. Buat keputusan
21

Senarai Atribut
Cara Lain Menggunakan
1. Kenalpasti matlamat, i.e., apa idea atau produk yang
hendak dibuat penambahbaikkan?
2. Kenalpasti 4 8 atribut, atau ciri-ciri, tentang idea
atau produk tersebut. Tidak ada jawapan yang betul
atau salah; anda yang menentukan atribut yang
hendak dianalisa.
3. Senaraikan sebanyak mana idea yang khusus untuk
setiap atribut. Jangan buang idea-idea yang diberi
sebaliknya analisa kesemua idea yang tersebut.
4. Semak semula senarai atribut, bulatkan idea yang
terbaik untuk setiap atribut, walaupun semuanya
bersifat subjektif.
5. Pertimbangkan bagaimana anda boleh
menggabungkan idea-idea yang terbaik itu.
22

Rumusan
Menjana idea menggunakan pelbagai
kaedah yang sesuai dengan pengajaran
dan pembelajaran
Gunakan teknik-teknik ini secara
sepenuhnya atau sebahagian semasa P&P
berjalan.

23

You might also like