You are on page 1of 33

Kursus Intensif

Bab 7 -KUMPULAN, PASUKAN DAN


MEMBUAT KEPUTUSAN

Dr. Wan Afezah


afezah@usm.my
04-653-4565
Kumpulan
1. Definisi kumpulan dari sudut psikologi (Schein,
1980):
2. Beberapa orang yang berinteraksi antara satu sama
lain dan melihat diri mereka sebagai satu
kumpulan.
3. Jenis kumpulan:
a) Formal
b) Informal
Kumpulan
4. Samada kumpulan itu menjadi satu pasukan yang
efektif-bergantung pada ahli dan struktur
kumpulan tersebut.
5. Sesuai dengan perubahan masa dan teknologi,
adalah penting untuk membentuk kumpulan
yang berkesan.
6. Perpaduan dalam kumpulan adalah penting bagi
menentukan samada kumpulan tersebut efektif
atau tidak.
Formal Groups
1. Mereka yang diletakkan dalam satu kumpulan dan
mempunyai fungsi tertentu.
2. Organisasi membahagikan keseluruh matlamatnya
kepada tugas-tugas yang lebih kecil dan mewujudkan
sub-structures.
3. Organisasi adalah satu set kumpulan yang bertindih.
4. Di setiap peringkat, mereka menjadi pengurus, dan
mereka juga adalah pekerja kerana mereka mempunyai
penyelia di atas mereka (Rollinson, 2002).
5. Di dalam formal group 2 jenis kumpulan:
kumpulan perintah (command groups)
kumpulan tugas (task groups).
Formal Groups
5. Kumpulan perintah (command groups) adalah dari
kumpulan formal yang kekal, terbentuk daripada
struktur yang tetap dalam sesebuah organisasi dan
biasanya di bawah seorang pengurus.
6. Kumpulan tugas (task groups) ditubuhkan buat
sementara waktu untuk menangani masalah tertentu
tetapi akan dibubarkan apabila tugas telah selesai.
Formal Groups
7. Kumpulan tugas (task groups) dikenal pasti berada di
bawah empat bidang yang luas dalam organisasi :
 work teams
 parallel teams
 project teams
 management teams
8. Pasukan (team) adalah sekumpulan pekerja yang
diletakkan bersama-sama untuk tujuan tertentu
Informal Groups
1. Muncul daripada formal groups sekiranya formal
group tidak memenuhi kehendak ahlinya.
2. Formal group and informal group adalah saling
berkait.
3. Komposisi, struktur dan operasi informal group
ditentukan oleh aturan yang formal.
4. Organisasi dilihat sebagai sosial entiti dan
mempunyai peranan sosial untuk individu.
Informal Groups
5. Pihak pengurusan mempunyai tanggungjawab
untuk memastikan bahawa mereka dapat
mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk
membolehkan pekerja mempunyai hubungan yang
baik.
6. Hubungan ini mempunyai kesan yang ketara ke
atas cara pekerja bekerja dan mempunyai kesan ke
atas kualiti dan kuantiti kerja.
Pengaruh Ahli Kumpulan ke atas
Individu
• Autokinetic effect- menunjukkan bagaimana
manusia bertindak dalam situasi tertentu. Mereka
membuat keputusan untuk mencapai keinginan
yang dikehendaki.
Peringkat Perkembangan Kumpulan

i. Forming
ii. Storming
iii. Norming
iv. Performing
v. Adjourning
Peringkat Perkembangan Kumpulan
Forming
1. Kebanyakan ahli bersikap positif dan sopan. Ada yang risau
kerana mereka tidak faham berkenaan kerja yang akan
dilakukan. Ada yang teruja tentang tugas yang akan
dilakukan.
2. Di peringkat ini, pemimpin perlu memainkan peranan yang
penting kerana peranan dan tanggungjawab kumpulan masih
tidak jelas.
3. Ahli kumpulan bertemu dan belajar tentang peluang, cabaran
dan bersetuju untuk memenuhi matlamat dan memulakan
tugas masing-masing.
Peringkat Perkembangan Kumpulan
Storming
1. Ahli mula menyesuaikan diri dan cuba untuk mendapatkan
kepercayaan masing-masing.
2. Ahli mula menyuarakan pendapat dan konflik mungkin akan timbul
di antara anggota kumpulan.
3. Ahli kumpulan mula bekerjasama dan berfungsi sebagai satu
pasukan.
4. Pemimpin perlu menerangkan tugas kepada kepada ahli dan
menangani aduan.
5. Di peringkat ini, ahli memberi pendapat dan mempersoalkan tindakan
atau keputusan pemimpin.
6. Pertelingkahan/perselisihan dalam kumpulan mesti diselesaikan
sebelum dapat maju ke peringkat seterusnya.
Peringkat Perkembangan Kumpulan
Norming
1. Ahli mula menyelesaikan perbezaan di antara mereka,
menghargai kekeuatan rakan sekerja dan menghormati kuasa
pemimpin.
2. Ahli kumpulan saling mengenali antara satu sama lain, dapat
berinteraksi dengan lebih baik, saling bantu membantu dan
memberikan maklumbalas yang membina.
3. Ahli mempunyai komitmen yang lebih tinggi untuk matlamat
kumpulan dan dapat dilihat kemajuan yang meningkat.
Peringkat Perkembangan Kumpulan
Performing
1. Ahli kumpulan fokus untuk mencapai matlamat yang sama
dan dapat mencapai tahap kejayaan yang tinggi.
2. Di peringkat ini, ahli mempunyai motivasi, pengetahuan
yang baik dan mampu mengendalikan proses membuat
keputusan tanpa pengawasan yang rapi.
3. Pemimpin selalu melibatkan diri dalam kumpulan.
4. Ahli membuat sebahagian besar keputusan yang diperlukan.
5. Ahli yang telah bekerja dalam jangka masa yang lama akan
melalui kitaran yang sama berulangkali apabila berlaku
perubahan.
Peringkat Perkembangan Kumpulan
Adjourning
1. Di peringkat ini, ahli teha menyelesaikan tugas dan kumpulan
dibubarkan.
2. Dalam organisasi, banyak kumpulan akan mencapai tahap ini.
3. Contoh – kumpulan yang ujud dalam tempoh yang ditetapkan
masih boleh dibubarkan melalui penyusunan semula
organisasi.
Tuckman (1965)
1. Menawarkan satu panduan bagaimana
kumpulan/pasukan dapat bekerja dengan lebih
berkesan.
2. Adalah sangat penting untuk setiap peringkat
mempunyai masa yang cukup untuk berjaya
sebelum melangkah ke peringkat yang lain.
3. Kelemahan: teori ini tidak menjelaskan berapa lama
masa yang diperlukan oleh setiap peringkat dan
pada masa bilakah peringkat tertentu dapat dicapai.
Ciri-ciri Kumpulan
1. Norma
a. Peraturan yang tidak diucapkan dan tidak bertulis terhadap
tingkah laku yang dijangka yang digunakan oleh ahli pasukan.
b. Konsisten, stabil, boleh diramalkan.
c. Mempunyai kepercayaan dan nilai yang sama.
2. Peranan
a. Ahli kumpulan mempunyai peranan yang perlu mereka
lakukan dalam sesebuah pasukan.
Ciri-ciri Kumpulan

3. Size
a. Kumpulan yang ideal mempunyai ahli 6-12 orang sahaja.
Lebih ramai dari itu akan menyebabkan masalah
komunikasi menjadi lebih susah.
Struktur Komunikasi
Satu ciri penting yang menentukan kejayaan sesuatu
kumpulan itu adalah komunikasi di kalangan ahli dan
kecekapan sistem komunikasi tersebut.
Terdapat 5 “patterns” yang berbeza di dalam
komunikasi (p. 147):
i. Y structure
ii. Wheel structure
iii. The Circle
iv. All channel structures
v. Chain structure
Struktur Komunikasi
Struktur Komunikasi
Y Structure
• Mesej disampaikan kepada ketua kumpulan.
• Ketua kumpulan memastikan semua ahli menerima
mesej tersebut.
• Mempunyai vocal point di tengah di mana mesej
disampaikan kepada ketua kumpulan.
Struktur Komunikasi
Wheel Structure
• Seseorang mempunyai tanggungjawab untuk
menerima semua maklumat dan “pass” maklumat
tersebut kepada ahli yang lain.
• Juga mempunyai vocal point sama seperti Y
Structure.

**Y dan Wheel Structure: sistem yang cekap, isu


kesihatan mungkin timbul.
Struktur Komunikasi
The Circle dan All Channel Structures
• Semua ahli kumpulan terlibat dalam komunikasi.
• Tugas yang komplek yang melibatkan interaksi yang
aktif dan besar.
• Memberi kepuasan yang lebih tinggi kepada ahli
tetapi kurang efektif bila keputusan yang cepat
diperlukan.
Struktur Komunikasi
Chain Structure
• Cenderung kepada kesilapan dalam menyampaikan
mesej kerana mesej yang diterima tidak jelas.
• Mesej disampaikan dari seorang kepada orang yang
lain.
• Juga merupakan cara komunikasi yang lambat.
• Merupakan hierarki traditional dalam organisasi.
Teori Identiti Sosial
1. Adalah cara seseorang individu meletakkan
“identiti sosial” mereka dalam kumpulan.
2. Contoh: Saya adalah seorang pelajar.
3. “Self-esteem” seseorang berkait rapat dengan
kumpulan itu.
4. Ahli akan menunjukkan “favoritism” bila individu
ini diletakkan bersama di dalam satu kumpulan.
Social Exchange Theory
1. Teori Pertukaran Sosial
2. Sejauh mana suatu kumpulan itu dapat memberi
lebih banyak kebaikan jika disertai (cost-benefit
analysis).
3. Meningkatkan prestasi sosial, pertukaran maklumat
dan pendapat/pandangan.
Cohesiveness (kesepadanan)
1. Kejayaan dan tarikan sesebuah kumpulan
menyebabkan seseorang hendak kekal sebagai ahli.
2. Mempunyai banyak persamaan dan mudah
berkomunikasi sesama ahli.
3. Dari segi persekitaran, ancaman dan ganjaran yang
diperolehi perlu diambil kira.
4. Dari segi fizikal, teknologi, design kerja, autonomi,
mempengaruhi ahli untuk kekal sebagai ahli.
5. Prestasi, kepuasan ahli dan interaksi sesama ahli juga
mempengaruhi tarikan kumpulan itu.
Faedah Hidup Berkumpulan

1. Bertukar maklumat/pendapat -meningkatkan


produktiviti dan kecekapan.
2. Keperbagaian di tempat kerja.
3. Komposisi ahli: ciri-ciri ahli, kemahiran,
pengalaman.
Membuat keputusan dalam kumpulan
1. Membuat keputusan secara kumpulan biasanya lebih
tepat berbanding pembuatan keputusan secara individu.
2. Keputusan secara kumpulan akan dapat meningkatkan
kepuasan kerja kerana keputusan yang diambil adalah
secara majoriti atau telah dipersetujui oleh semua
pihak.
3. Ini menjadikan pekerja lebih komited dan lebih
bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil.
4. Kelemahan - mengambil masa yang lama untuk
mencapai satu keputusan kerana terdapat banyak idea
dan pendapat yang perlu ditapis.
Proses sosial yang mempengaruhi prestasi
Social facilitation
• Kecenderungan individu untuk menunjukkan prestasi
yang baik dan menyelesaikan tugas dengan mudah
kerana kehadiran orang lain.

Social loafing/usaha individu


• Pekerja bekerjasama untuk memperoleh matlamat
yang hendak dicapai bersama. Usaha individu
berkurangan (less individual effort).
Konflik pengurusan
1. Konflik –sikap individu yang boleh menyebabkan
ahli kumpulan lain tidak dapat mencapai objektif
yang ditetapkan.
2. Setiap ahli mesti bekerjasama untuk mencapai
objektif syarikat.
3. Terdapat faktor yang akan menyebabkan konflik
berlaku seperti perebutan kuasa, perasaan tidak puas
hati dll.
4. Untuk menguruskan konflik ini, interaksi sesama
ahli kumpulan amat penting.
Budaya dan Kepimpinan
1. Corak budaya dalam sesebuah kumpulan juga
memainkan peranan besar dalam budaya korporat.
2. Begitu juga dengan gaya kepimpinan.
3. Kepimpinan yang bagus- pekerja jarang berhenti
kerja.
Selesai bab 7….

You might also like