You are on page 1of 34

SAINS TINGKAHLAKU

Unit 2 : PENGENALAN KEPADA


SOSIOLOGI
2.3 Kumpulan & Kumpulan Dinamik
Objektif
 Memberi definasi Kumpulan dan Dinamik
Kumpulan
 Menerangkan klasifikasi kumpulan
 Menerangkan proses-proses dinamik
kumpulan
 Memberikan definisi komunikasi
 Menjelaskan bentuk-bentuk komunikasi
dalam kumpulan
Definisi Kumpulan
 Kumpulan boleh ditakrifkan sebagai dua orang
atau lebih yang berinteraksi dan mempengaruhi
antara satu sama lain untuk mencapai tujuan
yang sama.
 Kumpulan adalah sejumlah orang yang memiliki
kesedaran bersama akan keanggotaan dan
saling berinteraksi.
 Kumpulan diciptakan oleh anggota masyarakat.
 Kumpulan juga dapat mempengaruhi perilaku
para anggotanya.
Maksud kumpulan
 Berkumpul atau penyatuan
 Satu kumpulan orang ramai menunggu di perhentian
bas
 Kategori Kumpulan
 Beberapa orang yang berkongsi ciri-ciri yang sama –
eg. Pelajar kolej
 Kumpulan sosial
 Beberapa orang yang berkongsi beberapa bentuk
interaksi yang tersusun dan berulang. Contoh
keluarga, rakan karib organisasi keagamaan
Definisi Dinamik Kumpulan
 Dinamik Kumpulan adalah
kajian tentang perhubungan
ahli dalam membentuk, dari
awal sehingga menjadi
kumpulan yang berjaya dan
produktif.
 Kumpulan mungkin
merangsang produktiviti
ahli
 Persekitarannya mungkin
harmoni dan mempunyai
rasa persahabatan atau
sebaliknya

Soalan
 Nyatakan takrif Kumpulan dan Dinamik
Kumpulan
Jenis Kumpulan
 Kumpulan Formal
 Kumpulan yang sengaja diwujudkan dan diarah menjalankan
tugas untuk mencapai maksud tertentu
 Kumpulan Perintah adalah yang paling kerap terdapat dalam
organisasi, terdiri daripada seorang pengurus dan beberapa
subordinatnya
 Kumpulan Formal Kekal terdiri daripada Kumpulan Perintah
dan Jawatankuasa Tetap.
 Kumpulan Formal Sementara terdiri daripada pasukan
petugas dan kumpulan projek yang ditubuhkan untuk
mengurus sesuatu masalah dan akan dibubarkan bila
masalah berkenaan selesai.
Jenis Kumpulan
 Kumpulan Tak Formal
 Ujud dalam struktur organisasi yang formal
 Anggota kumpulan tak formal lebih mementingkan
keperluan kumpulan dari keperluan mereka dan
mendapat sokongan dan perlindungan sebagai
balasan Contoh: kumpulan muzik, sukan, rakan-rakan
yang kurang baik juga termasuk didalam golongan ini.
Kebaikan Kumpulan
 Kebaikan Kumpulan Tak Formal
 Ia mengekalkan nilai sosial dan budaya yang
lazim diamalkan
 Ia memberikan kepuasan, status dan
keselamatan sosial
 Ia membantu para anggotanya untuk
berkomunikasi
 Ia membantu untuk menyelesaikan masalah
Keburukan Kumpulan
 Keburukan Kumpulan Tak Formal
 Menyebabkan berlakunya kepatuhan yang
berlebihan di kalangan ahli
 Konflik mungkin berlaku di antara ahli
dengan pihak pengurusan
 Kabar angin mungkin disebarkan di kalangan
ahli oleh ahli menyebabkan maklumat yang
tidak benar di sebarkan
 Penentangan terhadap perubahan mungkin
boleh berlaku akibat dari mengekalkan nilai-
nilai yang dikongsi bersama
Klasifikasi Kumpulan
1. Dalam Kumpulan – mana-mana kumpulan yang
didahulukan dengan perkataan saya punya. Kita
adalah dari kumpulan yang sama seandainya kita
mempunyai banyak persamaan.
2. Luar Kumpulan – ada kumpulan tetapi mereka tidak
menganggotainya. Menggambarkan sikap
bermusuhan, tidak mesra dan takpa.
3. Kumpulan Rujukan – kumpulan yang merupakan
kumpulan contoh walaupun kita tidak
menganggotainya,
4. Stereotypes – satu kumpulan yang berkongsi
gambaran dengan kumpulan lain.
5. Kumpulan Primer – mempunyai hubungan yang
rapat dan saling bekerjasama di kalangan ahli dalam
kumpulan. Mempunyai perhubungan sosial yang
tidak formal dan bersahaja. Contoh, kelompok primer
adalah seperti kelompok keluarga,kawan-kawan
sebaya di sekolah atau kelompok agama
6. Kumpulan Sekunder – mempunyai hubungan yang
berbentuk impersonal, bersegment dan utilitarian.
Tidak mengambil berat diantara satu sama lain.
Dibentuk untuk mencapai permintaan bersama.
Contoh NGO, Persatuan dan Parti-Parti Politik
7. Kumpulan Kecil – mengandungi 2 - 20 ahli dan
sering berjumpa. Merupakan punca primer peraturan
sosial dan bertindak sebagai pengendali di antara
individu dan perkumpulan serta memotivasikan ahli.
8. Kumpulan Besar – dianggotai oleh lebih dari 20
orang.
 Menyebabkan berlakunya kejadian sub-group, saluran
interaksi bertambah, menjadi tidak teratur dan kelam
kabut.
 Peranan ahli akan menjadi semakin mengkhusus.
 Wujud keperluan untuk pengkoordinasian kepada
bahagian lain yang berkaitan
Peringkat Pembentukan Kumpulan
Mengikut Bruce Tuckman (1965)
 Forming: Sejumlah manusia berkumpul dan
berusaha untuk mengenali antara satu sama
lain seterusnya membentuk kumpulan.
 Storming: Masa sukar serts sedikit kecoh
untuk menentukan siapa yang layak serta
sesuai untuk menjadi ketua kepada kumpulan
tersebut.
 Norming: Pencapaian persetujuan berkenaan
bagaimana kumpulan tersebut sepatutnya beroperasi,
beserta dengan fungsi yang perlu dilakukan oleh
setiap ahli dalam kumpulan.
 Performing: Ahli kumpulan melaksanakan kemahiran
dan tanggung jawab masing-masing dengan cekap
dan berkesan untuk mencapai matlamat kumpulan.
 Adjourning: Merupakan peringkat unforming atau
pembubaran kumpulan, menguraikan struktur
kumpulan dan meneruskan penghidupan.
Soalan
 Jelaskan peringkat-peringkat dalam
Pembentukan Kumpulan
 Terangkan dua jenis kumpulan
 Bincangkan kebaikan dan keburukan
Kumpulan Tak Formal
 Nyatakan 8 klasifikasi kumpulan
Kumpulan Pendesak
 Cara seseorang itu bertindak adalah
dipengaruhi oleh orang lain
 Kesemua desakan sosial membuatkan
mereka merasakan berada dalam
setuasi sebenar
Iklim Emosi Kumpulan
 Apabila ahli kumpulan menerap rasa
penerimaan dan rasa dipunyai terhadap
sesama insan – ia akan menyemai
perasaan selamat dan yakin untuk
bekerja
Kepimpinan
 Tumpuan terhadap fungsi tugasan
menyebabkan banyak kepincangan
tingkahlaku dalam kumpulan tersebut
 Tumpuan terhadap fungsi tingkahlaku
dapat membantu ahli mengawal dan
membentuk perlakuan menyebabkan
kurang rasa tidak puas hati di kalangan
ahli
Soalan
 Terangkan lima proses atau peringkat dalam
pembentukan kumpulan mengikut Bruce
Tuckman
Definisi komunikasi
 Komunikasi boleh dikatakan sebagai proses
pemindahan maklumat daripada pengirim kepada
penerima supaya maklumat itu dapat difahami oleh
penerima.
 Komunikasi adalah jalan yang menghubung-kan
antara manusia dengan manusia dalam organisasi
untuk mencapai tujuan bersama – Chester I. Barnard
 Dalam pengertian yang biasa tujuan komunikasi
adalah untuk melaksanakan perubahan dan
mempengaruhi tindakan ahli.
Aliran komunikasi
 Komunikasi ke bawah – dari orang di
peringkat yang lebih tinggi kepada mereka di
peringkat yang lebih rendah dalam susunan
carta organisasi.
 Jenis media yang digunakan termasuklah
komunikasi lisan dan bertulis; arahan,
ceramah, mesyuarat, memo, buku pedoman,
risalah.
 Kaedah ini memakan masa yang banyak
Aliran komunikasi
 Komunikasi ke Atas – dari subordinat
kepada ketua dan terus maju ke atas hierarki
organisasi.
 Bersifat bukan arahan dan biasa terdapat
dalam organisasi yang demokratik.
 Alat umum adalah peti cadangan, tatacara
rayuan dan lain-lain.
Aliran komunikasi
 Komunikasi bersilang – maklumat bersilang
mencakupi aliran maklumat mendatar,
dengan orang di peringkat organisasi yang
sama dan aliran pepenjuru, dengan orang
yang berlainan yang tidak mempunyai
hubungan lapuran langsung.
 Bentuk ini digunakan untuk mempercepatkan
aliran maklumat, meningkatkan kefahaman
dan menyelaraskan usaha bagi pencapaian
objektif organisasi
Bentuk-bentuk komunikasi
 Komunikasi Bertulis mempunyai kelebihan
kerana menyediakan rekod, rujukan dan
pertahanan undang-undang. Ia juga
meningkatkan keseragaman dalam dasar dan
tatacara dan boleh mengurangkan kos
Bentuk-bentuk komunikasi
 Komunikasi Lisan boleh berbentuk pertemuan hadap
muka. Kelebihan komunikasi lisan adalah ia memberi
peluang pertukaran maklumat dengan cepat serta
mendapat maklumbalas yang segera. Keburukkanya
memerlukan masa yang banyak,
 Komunikasi bukan lisan seperti mimik muka dan
gerak badan. Komunikasi bukan lisan menyokong
komunikasi lisan atau sebaliknya.
Rangkaian komunikasi
 Organisasi boleh mereka bentuk rangkaian
komunikasi dengan berbagai cara samada
 a) secara tegas bertujuan supaya pihak
atasan tidak terbeban secara berlebihan
dengan maklumat yang tidak perlu dan
mengekalkan kuasa atau
 b) secara longgar bilamana aliran maklumat
bebas amat diperlukan seperti dalam jabatan
pendidikan dan penyelidikan
Rangkaian Komunikasi
 Bulatan
 Bentuk bintang
 Bentuk Rantai
 Bentuk Y
Rangkaian komunikasi
 Bentuk bulatan semua subjek dapat
berkomunikasi dengan subjek lain tetapi
menerusi sekatan tertentu
 Kepuasan dikalangan subjek
adalah lebih pada bentuk
bulatan kerana para anggota
dalam kumpulan merasakan
telah mengambil bahagian
dalam menyelesaikan masalah
Rangkaian komunikasi
 Bentuk rantai - Seorang yang diikuti oleh
orang lain
 tidak semua subjek dapat berkomunikasi
dengan semua subjek lain dalam organisasi
Rangkaian komunikasi
 Bentuk bintang - corak berpusat, subjek yang
di tengah dapat berkomunikasi dengan bebas
dengan semua subjek yang ada dalam
organisasi
Rangkaian komunikasi
 Bentuk Y - corak berpusat, hanya subjek
yang di tengah dapat berkomunikasi dengan
bebas dengan semua subjek yang ada dalam
organisasi
Soalan
 Berikan definisi komunikasi
 Nyatakan aliran-aliran komunikasi
 Terangkan berserta contoh 3 bentuk-bentuk
komunikasi
 Jelaskan rangkaian komunikasi dan
terangkan 4 bentuk rangkaian komunikasi

You might also like