You are on page 1of 13

LAMPIRAN B

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR

PLAN MENGAJAR

Nama Pengajar MOHAMED TUAH BIN SABTU

Kum. Pelatih PEMBANTU PERUBATAN PELATIH 21/2008

Semaster 1

Bil. Pelatih 59

Topik / Unit / Topik : SAINS TINGKAHLAKU


Tajuk Unit 2 : PENGENALAN KEPADA SOSIOLOGI
2.2 Konsep Masyarakat

Tarikh / Masa 2 jam

Objektif Objektif Am:


Pembelajaran Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang Konsep
Masyarakat

Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definasi Sosieti
2. Menyatakan ciri-ciri masyarakat sejagat
3. Menerangkan peranan sosieti kepada peradaban manusia
4. Menjelaskan institusi kemasyarakatan
5. Menjelaskan komponen dalam institusi keluarga

Rujukan 1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York


2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot
Publisher : California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill
Inc : New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College
Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
RANCANGAN PENGAJARAN
Masa / Isi Kandungan METODOLOGI Alat Bantu Penilaian
Langkah Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Mengajar
Langkah 1 - Memperkenalkan pelajar Menimbulkan minat Menjawab soalan yang
Set induksi kepada topik pelajaran tentang Soseiti dikemukakan LCD
5 minit (Percambahan minda) Mendengar dan mencatat
- Objektif pelajaran Menerangkan objektif objektif pembelajaran
pengajaran
Langkah 2 - Takrif Soseiti Menyatakan definisi Memberi tumpuan,
5 minit Soseiti meneliti penerangan,
mencatat nota dan
memberi maklum balas
Langkah 3 - Ciri-ciri masyarakat Menerangkan ciri-ciri Memberi tumpuan,
10 minit sejagat masyarakat sejagat serta meneliti penerangan,
- Peranan soseiti peranan soseiti kepada mencatat nota dan
peradaban manusia memberi maklum balas

Langkah 4 Pelatih di soal imbas tentang takrif soseiti dan ciri-ciri masyarakat sejagat. Seterusnya diterangkan peranan soseiti kepada
Linkage / peradaban manusia
Mini Closure
Langkah 5 Institusi sosial Menjelaskan institusi Memberi tumpuan,
10 minit - Keagamaan sosial serta fungsi yang meneliti penerangan,
dimainkan oleh institusi mencatat nota dan
- Ekonomi
sosial memberi maklum balas
- Pendidikan
- Keselamatan
Langkah 6 Terangkan peranan soseiti kepada peradaban manusia.
Linkage / Seterusnya memperjelaskan institusi sosial dan menyatakan fungsi yang dimainkan oleh institusi sosial
Mini Closure
Langkah 7 Institusi keluarga Menjelaskan komponen Memberi tumpuan,
25 minit - Definisi keluarga dalam institusi keluarga meneliti penerangan,
mencatat nota dan
- Struktur keluarga
memberi maklum balas
- Bentuk keluarga
- Fungsi keluarga
- Perkahwinan
Langkah 8 Penutup Kognitif - Meminta pelajar Membuat rumusan dengan
Penutup Merumus kembali apa merumus dan bimbingan pengajar
5 minit yang telah dipelajari dan menerangkan perasaan
menilai semula mereka
pengetahuan pelajar
Penutupan sosial - Meningkatkan kesedaran Mencatat nota-nota
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggung- penting
pelajar tentang jawab mereka memahami
tanggungjawab dan topik pengurusan
peranan pelajar dalam
memahami topik ini

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

………………………….. …………………………... ……………………………...


Mohamed Tuah bin Sabtu En. Yu Chye Wah En. Yu Chye Wah
Pengajar Timb Pengarah (Akademik) Pemangku Pengarah
Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan
Alor Star Alor Star Alor Star
KONTEN DAN OBJEKTIF

OBJEKTIF KONTEN

Langkah 1 Pengenalan
Induksi dan Malaysia dikatakan dan sememangnya sebuah negara yang mempunyai
menerangkan masyarakat majmuk; hidup dalam suasana aman dan harmoni. Jika dilihat
objektif dari fakta sejarah Tanah Melayu yang dikatakan bermula ribuan tahun
5 minit dahulu dengan penemuan Perak Man di kawasan Lenggong, kemudian
zaman batu lama, zaman batu baru, zaman logam, Kesultanan Melaka,
pendudukan Pertugis, Belanda dan Inggeris, zaman penjajahan Jepun,
zaman sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang zaman Pak
Lah; Malaysia diwakili oleh berbagai jenis atau bentuk masyarakat. Tetapi
apakah itu masyarakat? Apakah komponen asas yang membentuk
masyarakat? Apakah ciri-ciri yang dikatakan diamalkan oleh masyarakat?
Untuk menjawab soalan-soalan ini kita akan melihat apakah itu
masyarakat, apakah ciri-ciri yang diamalkan dan sebagainya.

Objektif

Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-


1. Memberi definasi Sosieti
2. Menyatakan ciri-ciri masyarakat sejagat
3. Menerangkan peranan sosieti kepada peradaban manusia
4. Menjelaskan institusi kemasyarakatan
5. Menjelaskan komponen dalam institusi keluarga

Langkah 2 Takrif Soseiti


Takrif Soseiti Soseiti adalah satu kumpulan orang ramai yang telah tinggal dan bekerja
5 minit bersama dengan agak lama untuk menyusun kumpulan mereka dan juga
berikhtiar untuk membentuk diri sebagai satu unit dengan batasan-batasan
yang terperinci

Soseiti juga adalah sekumpulan manusia yang berkongsi satu cara hidup
yang sama

Langkah 3 Ciri-ciri masyarakat sejagat


Ciri-ciri masyarakat
sejagat Ciri-ciri masyarakat sejagat adalah
10 minit 1. Mempunyai sempadan yang nyata. Dalam lingkungan ini ahli
tinggal serta mempunyai dan mengamalkan cara hidup yang sama
2. Mengagih aktiviti kehidupan. Untuk menjalani kehidupan harmoni,
aktiviti seharian akan dibahagikan samada secara sedar ataupun
tidak kepada kesemua ahli dan hasilnya akan dinikmati bersama
3. Berbudaya. Sebuah masyarakat yang dikatakan sejagat mestilah
mempunyai kebudayaan yang diterima oleh kebanyakkan ahlinya
dan mereka patuh kepada kebudayaan tersebut
4. Rasa kepunyaan. Ahli-ahli dalam satu masyarakat yang sejagat
harus mempunyai rasa pengenalan yang sama serta merasakan
masyarakat itu adalah masyarakat mereka dan merasakan mereka
kepunyaan masyarakat.
5. Berstruktur dan berkesinambungan. Masyarakat sejagat
mempunyai struktur atau bentuk tertentu dan berkebolehan untuk
terus ujud. Oleh itu manusia yang menganggotai masyarakat itu
akan mati namun masyarakat tersebut akan tetap terus wujud dan
berfungsi
6. Berfungsi secara total. Organisasi atau pembentukan dan
perjalanan masyarakat itu berfungsi secara keseluruhan dan
meliputi semua kumpulan sosial serta individu-individi di dalam
lingkungannya

Peranan soseiti kepada peradaban manusia

Peranan soseiti kepada peradaban manusia ialah dengan membentuk


pola kemasyarakatan

Masyarakat lama dengan polanya yang tersendiri antaranya adalah


1. Pola masyarakat lama adalah kecil, terpencil dan homogeneous
2. Budaya yang berintegrasi berasaskan nilai murni
3. Berteknologi mudah dan ianya sekadar mencukupi
4. Dibatasi oleh tradisi

Masyarakat modern mempunyai polanya yang berbeza


1. Pola masyarakatnya besar, heterogeneous
2. Saling bergantung antara satu sama lain
3. Budaya berbentuk sekular
4. Menghargai perubahan dan menganggapnya sebagai sesuatu
yang baik

Langkah 4 Soalan
Linkage / - Nyatakan takrif soseiti
Mini Closure - Senaraikan ciri-ciri masyarakat sejagat
5 minit - Terangkan dua ciri-ciri masyarakat sejagat
- Jelaskan peranan soseiti kepada peradaban manusia
Seterusnya diterangkan peranan soseiti kepada peradaban manusia

Langkah 5 Institusi sosial


Institusi sosial Institusi sosial adalah satu entiti yang nyata serta mempunyai ciri-ciri
10 minit seperti tertentu. Terdapat banyak Institusi Sosial yang menjalankan
fungsinya masing-masing di setiap negara di dunia antaranya adalah:
I. Institusi Keagamaan – menjaga/mengawalselia aktiviti keagamaan
II. Institusi Ekonomi – menjaga/memastikan pengagihan saksama
III. Institusi Pendidikan – memastikan setiap ahli baru diberi pengetahuan
IV. Institusi Keselamatan – memastikan keselamatan dan kesejahteraan

Antara ciri-ciri Institusi Sosial adalah:-


1. Mempunyai kod tatakelakuan lengkap. Mengandungi bentuk-bentuk
tingkahlaku serta perhubungan-perhubungan status atau peranan yang
akan memenuhi keparluan asas masyarakat
2. Merangkumi keperluan asas kemasyarakatan. Institusi meyediakan
keperluan fundamental soseiti manusia dengan cara membentuk
tingkahlaku dan perhubungan yang akan memenuhi keperluan tersebut
3. Bertanggung jawab dan dipertanggungjawabkan. Institusi sosial adalah
amat diperlukan untuk kehidupan soseiti dan ia diamanahkan kepada
seseorang yang mempunyai status tertentu dalam struktur sosial untuk
memenuhi peranan tersebut.

Fungsi yang dimainkan oleh institusi sosial

Untuk memastikan kesenambungan keujudan soseiti maka institusi sosial


mempunyai fungsi atau peranan yang penting. Antara fungsi-fungsi
tersebut adalah:-
1. Mencari dan mendidik ahli baru. Ahli-ahli baru ini akan dibentuk dan
diajarkan tentang budaya dan kepercayaan serta nilai yang akan
dikongsi bersama dalam dunia mereka. Tanggungjawab ini terletak
pada Institusi Sosial
2. Menyediakan Keperluan Asas Soseiti. Untuk menggerakkan sumber
yang terhad agar dapat menghasilkan dan membahagikan barang-
barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota dalam
masyarakat. Tanggungjawab ini terletak pada Institusi Ekonomi
3. Menyediakan Keperluan Perlindungan. Anggota soseiti perlukan
perlindungan terutama dari pihak luar, seperti pencerobohan tentera
asing serta ancaman dari dalam misalnya jenayah dalam negeri.
Tanggungjawb ini dipikul oleh Institusi Politik
4. Menyediakan Pendidikan. Soseiti perlu mengajar anggotanya
beberapa ilmu dan kemahiran agar dapat menjadi ahli yang produktif
dan mempunyai pekerjaan. Tanggungjawab ini diperuntukkan kepada
Institusi Pendidikan
5. Menyediakan Keperluan Beragama. Aspek penting ini berupaya
memberikan dorongan dan rangsangan kepada ahli soseiti untuk
memenuhi peranan sosial dengan memberikan kehidupan yang lebih
bermakna. Tanggungjawab ini dipenuhi oleh Institusi Keagamaan
6. Menyediakan Kemudahan Berkarya dan Menambah Pengetahuan.
Soseiti harus berusaha mendapatkan pengetahuan baru.
Mendapatkan bahan mentah dan menukarkannya kepada barangan
yang diperlukan. Tanggungjawab ini diperuntukkan kepada Institusi
Sumber dan Teknologi

Langkah 6 Soalan
Linkage / - Sebutkan peranan soseiti kepada peradaban manusia
Mini Closure - Senaraikan pola kemasyarakatan lama
- Nyatakan pola kemasyarakatan masyarakat modern
Seterusnya memperjelaskan institusi sosial dan menyatakan fungsi yang
dimainkan oleh institusi sosial

Langkah 7 Institusi Keluarga


Institusi keluarga Keluarga adalah tempat di mana seseorang itu membesar dan bercampur
gaul dengan ahli yang lain menerusi hubungan perkahwinan, biasanya
20 minit
akan memberikan pengaruh yang kuat dalam membentuk hubungan
interpersonal seseorang individu
Definisi keluarga
Satu kumpulan manusia yang mempunyai pertalian ;darah, perkahwinan
atau perundangan bersedia untuk membesarkan anak-anak serta
memenuhi keperluan anggota yang lain

Struktur keluarga
Terdapat dua struktur keluarga yang biasa diperkatakan iaitu:-
a) Extended family – keluarga lanjut, dengan tumpuan dalam
keluarga difokuskan kepada hubungan biologi ataupun secara
perundangan. Hubungan ini mempunyai faedah yang nyata kepada
pakar perubatan terutama untuk memberikan kaunseling genatik
b) Nuclear family – ahli keluarga tidak mempunyai hubungan
kekeluargaan yang sah tetapi tinggal dan menggunakan peralatan
rumah yang sama samada secara
- Family of orientation – menganggap mereka sebagai anak
dalam keluarga tersebut
- Family of procreation – menganggap mereka sebagai ibu
bapa dalam keluarga tersebut

Fungsi keluarga
Keluarga merupakan satu sistem psikososial yang mengandungi dewasa
dan seorang atau lebih individu dibentuk menerusi perkahwinan dan
merupakan tempat lazim bagi setiap individu membesar. Keluarga
mamberi pengaruh yang besar terhadap pengalaman awal dalam
pembentukan hubungan interpersonal individu. Antara lain fungsi-fungsi
keluarga adalah:-
a) Fungsi seksual dan kasih sayang
- Menyalur dan mengawal kehendak seksual yang tidak
terbatas kepada cara yang suci diterima oleh agama,
amalan budaya serta masyarakat.
- Saling memberikan kasih sayang dan belaian untuk
membesarkan anak-anak dan menjaga kesejahteraan ahli
keluarga
b) Fungsi ekonomi
- Bekerjasama dan saling memenuhi kehendak dan
keperluan setiap ahli dalam keluarga
- Berusaha sebagai satu kumpulan untuk mencapai dan
menikmati hasil kerja
c) Fungsi sosialisasi – Menyediakan gaya / cara hidup yang lebih
stabil berbanding hidup bersendirian
- Menyediakan tempat dan ahli untuk membincangkan
masalah bersama serta mendapatkan maklumbalas
- Meningkatkan hubungan sosial harian dan mengurangkan
rasa kesunyian
d) Fungsi pangkat dalam keluarga – Mewarisi status dalam keluarga
e) Fungsi perlindungan – Membenarkan perkongsian dan kerjasama
di antara individu untuk sama-sama menjaga kesejahteraan ahli,
rumah tangga, persekitaran dan dunia

Perkahwinan
Ikatan keluarga secara lazimnya diikat secara perkahwinan. Dimulakan
dengan perkenalan, bercinta, mengenali ibu bapa dan keluarga kedua-dua
belah dengan lebih dekat, bertunang dan di akhiri dengan perkahwinan.
Terdapat beberapa bentuk perkahwinan yang terdapat dalam masyarakat
di dunia. Antaranya adalah
a) Exogamy – memilih pasangan luar kumpulan
b) Endogamy – memilih pasangan dalam kumpulan

Selain dari itu terdapat juga bentuk lain yang biasa, seperti:-
a) Monogamy – seorang lelaki mengahwini seorang perempuan
b) Polygamy – seorang lelaki mengahwini ramai perempuan
c) Polyandry – seorang perempuan mengahwini ramai lelaki

Semua orang yang berkahwin mengharapkan agar perkahwinan mereka


diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat. Namun tidak semua pasangan
yang berkahwin mendapat apa yang mereka hajatkan. Maka berlakulah
apa yang diistilahkan sebagai perceraian. Perkara-perkara biasa yang
boleh menyebabkan berlakunya perceraian adalah:-
a) Kematian
b) Orang ketiga
c) Tiada persefahaman
d) Campur tangan keluarga
e) Masalah kesihatan pasangan
f) Lain-lain sebab.

Soalan
Definisikan keluaraga
Jelaskan Extended family dan Nuclear family
Senaraikan fungsi-fungsi keluarga dan terangkan dua daripadanya
Senaraikan bentuk-bentuk perkahwinan dan bincangkan sebab-sebab
perpisahan/perceraian

Langkah 8 Penutup Penutup Kognitif


5 minit Meminta dan membantu pelajar merumus kembali apa yang telah
dipelajari dan menerangkan perasaan mereka

Penutupan sosial
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab dan peranan
pelajar dalam memahami topik ini
SAINS TINGKAHLAKU
Unit 3 : PENGENALAN KEPADA SOSIOLOGI
3.2 Konsep Masyarakat

1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York


2. James A. Wiggins et al (1994) Sosial Psychology 5th ed. McGraw-Hill : New York
3. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot Publisher :
California
4. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill Inc : New York
5. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College Publisher :
USA
6. Jerry M. Wiener (1990) Behavioural Science 2nd ed. Williams & Wilkins :
Baltimore
7. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu Pengenalan
Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL

Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definasi Sosieti
2. Menyatakan ciri-ciri masyarakat sejagat
3. Menerangkan peranan sosieti kepada peradaban manusia
4. Menjelaskan institusi kemasyarakatan
5. Menjelaskan komponen dalam institusi keluarga

Pengenalan
Malaysia dikatakan dan sememangnya sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk; hidup dalam suasana aman dan harmoni. Jika dilihat dari fakta sejarah Tanah
Melayu yang dikatakan bermula ribuan tahun dahulu dengan penemuan Perak Man di
kawasan Lenggong, kemudian zaman batu lama, zaman batu baru, zaman logam,
Kesultanan Melaka, pendudukan Pertugis, Belanda dan Inggeris, zaman penjajahan
Jepun, zaman sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang zaman Pak Lah;
Malaysia diwakili oleh berbagai jenis atau bentuk masyarakat. Tetapi apakah itu
masyarakat? Apakah komponen asas yang membentuk masyarakat? Apakah ciri-ciri
yang dikatakan diamalkan oleh masyarakat? Untuk menjawab soalan-soalan ini kita
akan melihat apakah itu masyarakat, apakah ciri-ciri yang diamalkan dan sebagainya.

Takrif Soseiti
Soseiti adalah satu kumpulan orang ramai yang telah tinggal dan bekerja bersama
dengan agak lama untuk menyusun kumpulan mereka dan juga berikhtiar untuk
membentuk diri sebagai satu unit dengan batasan-batasan yang terperinci

Soseiti juga adalah sekumpulan manusia yang berkongsi satu cara hidup yang sama

Ciri-ciri masyarakat sejagat

Ciri-ciri masyarakat sejagat adalah


1. Mempunyai sempadan yang nyata. Dalam lingkungan ini ahli tinggal serta
mempunyai dan mengamalkan cara hidup yang sama
2. Mengagih aktiviti kehidupan. Untuk menjalani kehidupan harmoni, aktiviti
seharian akan dibahagikan samada secara sedar ataupun tidak kepada
kesemua ahli dan hasilnya akan dinikmati bersama
3. Berbudaya. Sebuah masyarakat yang dikatakan sejagat mestilah mempunyai
kebudayaan yang diterima oleh kebanyakkan ahlinya dan mereka patuh kepada
kebudayaan tersebut
4. Rasa kepunyaan. Ahli-ahli dalam satu masyarakat yang sejagat harus
mempunyai rasa pengenalan yang sama serta merasakan masyarakat itu adalah
masyarakat mereka dan merasakan mereka kepunyaan masyarakat.
5. Berstruktur dan berkesinambungan. Masyarakat sejagat mempunyai struktur
atau bentuk tertentu dan berkebolehan untuk terus ujud. Oleh itu manusia yang
menganggotai masyarakat itu akan mati namun masyarakat tersebut akan tetap
terus wujud dan berfungsi
6. Berfungsi secara total. Organisasi atau pembentukan dan perjalanan masyarakat
itu berfungsi secara keseluruhan dan meliputi semua kumpulan sosial serta
individu-individi di dalam lingkungannya

Peranan soseiti kepada peradaban manusia

Peranan soseiti kepada peradaban manusia ialah dengan membentuk pola


kemasyarakatan

Masyarakat lama dengan polanya yang tersendiri antaranya adalah


1. Pola masyarakat lama adalah kecil, terpencil dan homogeneous
2. Budaya yang berintegrasi berasaskan nilai murni
3. Berteknologi mudah dan ianya sekadar mencukupi
4. Dibatasi oleh tradisi

Masyarakat modern mempunyai polanya yang berbeza


1. Pola masyarakatnya besar, heterogeneous
2. Saling bergantung antara satu sama lain
3. Budaya berbentuk sekular
4. Menghargai perubahan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang baik

Institusi sosial
Institusi sosial adalah satu entiti yang nyata serta mempunyai ciri-ciri seperti tertentu.
Terdapat banyak Institusi Sosial yang menjalankan fungsinya masing-masing di setiap
negara di dunia antaranya adalah:
1. Institusi Keagamaan – menjaga/mengawalselia aktiviti keagamaan
2. Institusi Ekonomi – menjaga/memastikan pengagihan saksama
3. Institusi Pendidikan – memastikan setiap ahli baru diberi pengetahuan
4. Institusi Keselamatan – memastikan keselamatan dan kesejahteraan

Antara ciri-ciri Institusi Sosial adalah:-


1. Mempunyai kod tatakelakuan lengkap. Mengandungi bentuk-bentuk tingkahlaku
serta perhubungan-perhubungan status atau peranan yang akan memenuhi
keparluan asas masyarakat
2. Merangkumi keperluan asas kemasyarakatan. Institusi meyediakan keperluan
fundamental soseiti manusia dengan cara membentuk tingkahlaku dan
perhubungan yang akan memenuhi keperluan tersebut
3. Bertanggung jawab dan dipertanggungjawabkan. Institusi sosial adalah amat
diperlukan untuk kehidupan soseiti dan ia diamanahkan kepada seseorang yang
mempunyai status tertentu dalam struktur sosial untuk memenuhi peranan
tersebut.

Fungsi yang dimainkan oleh institusi sosial

Untuk memastikan kesenambungan keujudan soseiti maka institusi sosial mempunyai


fungsi atau peranan yang penting. Antara fungsi-fungsi tersebut adalah:-
1. Mencari dan mendidik ahli baru. Ahli-ahli baru ini akan dibentuk dan diajarkan
tentang budaya dan kepercayaan serta nilai yang akan dikongsi bersama dalam
dunia mereka. Tanggungjawab ini terletak pada Institusi Sosial
2. Menyediakan Keperluan Asas Soseiti. Untuk menggerakkan sumber yang terhad
agar dapat menghasilkan dan membahagikan barang-barang dan perkhidmatan
yang diperlukan oleh anggota dalam masyarakat. Tanggungjawab ini terletak pada
Institusi Ekonomi
3. Menyediakan Keperluan Perlindungan. Anggota soseiti perlukan perlindungan
terutama dari pihak luar, seperti pencerobohan tentera asing serta ancaman dari
dalam misalnya jenayah dalam negeri. Tanggungjawb ini dipikul oleh Institusi Politik
4. Menyediakan Pendidikan. Soseiti perlu mengajar anggotanya beberapa ilmu dan
kemahiran agar dapat menjadi ahli yang produktif dan mempunyai pekerjaan.
Tanggungjawab ini diperuntukkan kepada Institusi Pendidikan
5. Menyediakan Keperluan Beragama. Aspek penting ini berupaya memberikan
dorongan dan rangsangan kepada ahli soseiti untuk memenuhi peranan sosial
dengan memberikan kehidupan yang lebih bermakna. Tanggungjawab ini dipenuhi
oleh Institusi Keagamaan
6. Menyediakan Kemudahan Berkarya dan Menambah Pengetahuan. Soseiti harus
berusaha mendapatkan pengetahuan baru. Mendapatkan bahan mentah dan
menukarkannya kepada barangan yang diperlukan. Tanggungjawab ini
diperuntukkan kepada Institusi Sumber dan Teknologi

Institusi Keluarga
Keluarga adalah tempat di mana seseorang itu membesar dan bercampur gaul dengan
ahli yang lain menerusi hubungan perkahwinan, biasanya akan memberikan pengaruh
yang kuat dalam membentuk hubungan interpersonal seseorang individu
Definisi keluarga
Satu kumpulan manusia yang mempunyai pertalian ;darah, perkahwinan atau
perundangan bersedia untuk membesarkan anak-anak serta memenuhi keperluan
anggota yang lain

Struktur keluarga
Terdapat dua struktur keluarga yang biasa diperkatakan iaitu:-

a) Extended family – keluarga lanjut, dengan tumpuan dalam keluarga difokuskan


kepada hubungan biologi ataupun secara perundangan. Hubungan ini
mempunyai faedah yang nyata kepada pakar perubatan terutama untuk
memberikan kaunseling genatik

b) Nuclear family – ahli keluarga tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang


sah tetapi tinggal dan menggunakan peralatan rumah yang sama samada secara
i. Family of orientation – menganggap mereka sebagai anak dalam keluarga
tersebut
ii. Family of procreation – menganggap mereka sebagai ibu bapa dalam
keluarga tersebut

Fungsi keluarga
Keluarga merupakan satu sistem psikososial yang mengandungi dewasa dan seorang
atau lebih individu dibentuk menerusi perkahwinan dan merupakan tempat lazim bagi
setiap individu membesar. Keluarga mamberi pengaruh yang besar terhadap
pengalaman awal dalam pembentukan hubungan interpersonal individu. Antara lain
fungsi-fungsi keluarga adalah:-
a) Fungsi seksual dan kasih sayang
- Menyalur dan mengawal kehendak seksual yang tidak terbatas kepada cara
yang suci diterima oleh agama, amalan budaya serta masyarakat.
- Saling memberikan kasih sayang dan belaian untuk membesarkan anak-
anak dan menjaga kesejahteraan ahli keluarga
b) Fungsi ekonomi
- Bekerjasama dan saling memenuhi kehendak dan keperluan setiap ahli
dalam keluarga
- Berusaha sebagai satu kumpulan untuk mencapai dan menikmati hasil kerja
c) Fungsi sosialisasi – Menyediakan gaya / cara hidup yang lebih stabil berbanding
hidup bersendirian
- Menyediakan tempat dan ahli untuk membincangkan masalah bersama serta
mendapatkan maklumbalas
- Meningkatkan hubungan sosial harian dan mengurangkan rasa kesunyian
d) Fungsi pangkat dalam keluarga – Mewarisi status dalam keluarga
e) Fungsi perlindungan – Membenarkan perkongsian dan kerjasama di antara
individu untuk sama-sama menjaga kesejahteraan ahli, rumah tangga,
persekitaran dan dunia

Perkahwinan
Ikatan keluarga secara lazimnya diikat secara perkahwinan. Dimulakan dengan
perkenalan, bercinta, mengenali ibu bapa dan keluarga kedua-dua belah dengan lebih
dekat, bertunang dan di akhiri dengan perkahwinan. Terdapat beberapa bentuk
perkahwinan yang terdapat dalam masyarakat di dunia. Antaranya adalah
a) Exogamy – memilih pasangan luar kumpulan
b) Endogamy – memilih pasangan dalam kumpulan

Selain dari itu terdapat juga bentuk lain yang biasa, seperti:-
a) Monogamy – seorang lelaki mengahwini seorang perempuan
b) Polygamy – seorang lelaki mengahwini ramai perempuan
c) Polyandry – seorang perempuan mengahwini ramai lelaki
Semua orang yang berkahwin mengharapkan agar perkahwinan mereka diberkati dan
kekal hingga ke akhir hayat. Namun tidak semua pasangan yang berkahwin mendapat
apa yang mereka hajatkan. Maka berlakulah apa yang diistilahkan sebagai perceraian.
Perkara-perkara biasa yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian adalah:-
a) Kematian
b) Orang ketiga
c) Tiada persefahaman
d) Campur tangan keluarga
e) Masalah kesihatan pasangan
f) Lain-lain sebab.

You might also like