You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG,

KM 7.2 BUKIT BERUANG,


75450 MELAKA.
06-2321494

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN DALAM NEGERI KE


TAMAN MINI MALAYSIA DAN ASEAN,
MELAKA
MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI
KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN
SK. BUKIT BERUANG, MELAKA.

TARIKH
29 OGOS 2019

ANJURAN BERSAMA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PEMBELAJARAN)
DAN
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI(PEMBELAJARAN)
SK BUKIT BERUANG
PROGRAM LAWATAN DALAM NEGERI KE TAMAN MINI
MALAYSIA DAN ASEAN, MELAKA

A. Pendahuluan
Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkahlaku yang tetap.
Pembelajaran berlaku apabila ransangan yang diproses oleh otak individu untuk
menjadi pengalaman. Pembelajaran juga membawa maksud sebagai satu proses
memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran sikap dan nilai yang baru secara
berterusan yang mengakibatkan perubahan tingkahlaku individu
Lawatan merupakan program pembelajaran yang tidak formal. Pembelajaran
melalui pendekatan pengalamian iaitu konsep melawat sambil belajar amat
digalakkan kerana menggunakan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan,
menghidu dan deria rasa. Program lawatan ini mampu memupuk sikap positif di
kalangan murid-murid berkeperluan khas (insan istimewa) dengan mengenepikan
perasaan rendah diri, rasa cemas dan was-was sehingga mereka berani mengatasi
segala masalah dan kesulitan, akhirnya mereka boleh berdikari.
Menyedari bahawa aktiviti lawatan berupaya untuk membentuk sahsiah murid-
murid berkeperluan khas, maka satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merancang,
mengurus dan mengelola aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandar Hilir dan
melaksanakan terapi audio-visual. Semoga program yang dirancang ini akan
mencapai hasrat dan objektif, sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara
dan Falsafah Pendidikan Khas.

B. Matlamat

Program lawatan sambil belajar ini adalah bermatlamat untuk menjalinkan


rasa tanggungjawab dan kerjasama guru-guru pendidikan khas dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Program ini juga memberi peluang kepada
murid-murid untuk mendapat pendedahan mengenai sejarah Malaysia melalui
lawatan mereka ke muzium-muzium yang terdapat di Bandar Hilir. Selain itu,
program lawatan ini dapat memberikan mereka pengalaman dan pengetahuan
yang bermakna berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu. Manakala, terapi
audio-visual bertujuan membantu murid-murid yang mempunyai masalah
kawalan motor kasar yang melibatkan kawalan deria mata dan pendengaran.
Dengan adanya terapi ini, murid-murid akan didedahkan dengan pengalaman
yang baru dan pastinya dapat meningkatkan interaksi sosial dan visual murid.
Akhir sekali, lawatan ini sudah semestinya dapat membantu murid
meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran.

C. Objektif

 Murid mengetahui tentang sejarah dan tempat-tempat yang menarik


apabila melawat kawasan sekitar Melaka.
 Murid dapat meluaskan pemandangan dan pengetahuan tentang tempat-
tempat bersejarah di Melaka.
 Membangkitkan keyakinan dan motivasi diri murid
 Meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan social
melalui tayangan wayang
 Meningkatkan kemahiran berdikari dalam diri murid-murid ketika
menghadapi persekitaran luar.
 Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta lawatan.

D. Sasaran

Program lawatan sambil belajar ini dibuka kepada murid-murid Program


Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Berung Melaka.
Sasaran utama adalah kepada murid-murid berkeperluan khas yang boleh
menguruskan diri. Ini adalah sebagai latihan kepada mereka supaya mereka
mampu berdikari apabila berjauhan daripada keluarga.

E. MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MATA
NO STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
PELAJARAN
.

1 Bahasa Melayu 1.1 Membaca ayat secara 1.1.1 Membaca perkataan dua suku kata
mekanis tertutup
1.1.2 Membaca frasa yang terdiri
daripada suku kata tertutup
2. Pengurusan Diri 1.3 Adab pergaulan 1.3.1 Menggunakan bahasa yang
dengan rakan dan sopan semasa
warga sekolah. berkomunikasi dengan rakan
dan warga sekolah.

1.3.2 Mempraktikkan adab dan


batasan pergaulan dengan
rakan dan warga sekolah.

1.6 Mengenal waktu 1.6.1 Menamakan waktu-waktu


makan dan makanan makan:
yang bersesuaian. (i) sarapan pagi.
(ii) makan tengah hari.
(iii) minum petang.
.
1.6.2 Menjelaskan kepentingan
makan mengikut waktu
3 Kemahiran 3.2 Pengamatan 3.2.1 Mengenal bentuk, huruf,
Manipulatif penglihatan nombor, perkataan atau
ayat.

3.3 Pengamatan sensori 3.3.1 Mengenal pasti permukaan


 Deria sentuh dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk

4 Pendidikan 4.1 Kemahiran sosial di tempat 3.1.1 Mengetahui asas kemahiran sosial
Sains Sosial dan awam
Alam Sekitar
5 Pendidikan Seni 1.1 Pengenalan unsur-unsur seni 1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni
Visual i. garisan
ii. jalinan
iii. rupa
iv. bentuk

6 Pendidikan 5.1 Mematuhi dan mengamalkan 5.1.1 Mengamalkan kaedah persediaan


Jasmani dan pengurusan dan keselamatan diri sebelum, semasa dan selepas
Kesihatan melakukan aktiviti

5.1.2 Memilih peralatan yang selamat


digunakan
5.1.3 Menyimpan peralatan di tempat
yang selamat selepas melakukan
aktiviti
7 Matematik 5.1 Waktu dalam unit jam 5.1.1 Mengenal senggatan minit
dan minit pada muka jam.

F. Butiran Lawatan

Jangkamasa Lawatan : 1 hari


Tarikh Lawatan : 29 OGOS 2019
Hari Lawatan : Khamis
Bilangan murid : 27 orang
Bilangan guru : 8 orang
Bilangan PPM : 3 orang
Bilangan guru pelatih : 2 orang
Jumlah : 40 orang

G. Ajk Program Lawatan Sambil Belajar Ke Taman Mini

Penasihat : Pn. Zaiton binti Zainal (Guru Besar)


Pengerusi I : Pn Hjh Hanisah binti Bador (GPK PK)
Pengerusi II : En. Nor Azman bin Hussin (GPK HEM)
Pengerusi III : En. Norizan (GPK KOKU)
Pengurus Program : En Nor Azmidy bin Ismail (K)
Timbalan Pengurus : Pn. Tuan Suhaini binti Tuan Abdullah

Setiausaha Program : Shahidatul Nur BInti Jamali


Timb. Setiausaha : Aien Farha Binti Mohd Khosaini
Bendahari : Pn. Huzaimah binti Ahmad
Makanan : Pn Eslina binti Md. Nor (K)
: Pn Nor Diyana binti Nordin
: Pn Siti Munirah binti Mohd Salleh
Pengangkutan : En. Nor Azmidy bin Ismail

Kebajikan : Pn. Tuan Suhaini binti Tuan Abdullah (K)


: Pn Wan Fatimah binti Wan Yusoff

Dokumentasi : En. Nor Azmidy bin Ismail (K) :


: En. Zuhaidin bin Ishak
A.
B.
C.
D.
E.
F.
G.
H. Tentatif Program & Modular Program Lawatan Sambil Belajar

Lihat Lampiran 1

I. Anggaran Perbelanjaan

Lihat Lampiran 2

J. Senarai Nama Guru dan Murid

Lihat Lampiran 3

K. Penutup

Mudah-mudahan usaha kami yang murni untuk memberikan pengalaman baru


serta membina sahsiah diri murid murid pendidikan khas dalam program ini
akan terlaksana dengan jayanya. Oleh itu, besar harapan kami untuk
mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat.

Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

--------------------------------------------------- ----------------------------------------------------
( Aien Farha Binti Mohd Khosaini) (Pn Hjh Hanisah binti Bador)
Guru Pelatih, GPK Pen Khas,
IPGK Perempuan Melayu Program Pendidikan Khas Intengrasi
SK Bukit Beruang, Melaka
&

--------------------------------------------------
( Shahidatul Nur Binti Jamali)
Guru Pelatih,
IPGK Perempuan Melayu

Disokong oleh,

…………………………………..

(Pn. Zaiton binti Zainal)


Guru Besar
SK Bukit Beruang, Melaka
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

7:30 pagi : Murid berkumpul di kelas.

: Guru mengambil kehadiran murid.

: Taklimat program

: Sarapan

9:30 pagi : Bergerak ke Aeon Bandaraya Melaka.

10:40 pagi : Tayangan Boboiboy The Movie 2

bermula.

12:10 tengahari : Makan Tengahari

1:00 tengahari : Bergerak pulang ke SK Bukit Beruang

You might also like