You are on page 1of 2

LEADING SELF-MANAGED TEAMS

WEEK 11

Topik perbincangan bagi minggu ini ialah Self-Managed Team yang dibentangkan oleh
kumpulan lapan Self Managed Team (SMT) atau Pasukan pengurusan Kendiri merupakan
sekumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama dalam cara mereka sendiri, yang
menggabungkan kemahiran dan bakat yang berbeza tanpa pengawasan ke arah satu tujuan atau
matlamat yang sama yang telah ditetapkan di luar pasukan iaitu sebelum pasukan diwujudkan.
Ini member gambaran bahawa kumpulan ini akan berfungsi tanpa penyeliaan, mendapat
kepuasan kerja yang tinggi, di samping komitmen yang tinggi. Seterusnya ianya
memperlihatkan kumpulan yang

mempunyai

pelbagai fungsi dan kemahiran dan

bertanggungjawab terhadap tugas yang membentuk struktur dan operasi dalam membuat
keputusan dalam keadaan yang mudah dan pelbagai.
Sifat atau crri-ciri Pasukan Pengurusan Kendiri ialah :
1. Beroperasi tanpa pengawasan pengurusan
2. Tinggi kepuasan kerja
3. Komitmen yang tinggi
4. Membuat keputusan struktur dan operasi
5. Bertanggungjawab untuk tugas-tugas secara keseluruhan dan kolektif
6. Pelbagai kemahiran teknikal
7. Serbaguna dan fleksibel

4 Terdapat perbezaan diantara pendekatan Self-Managed Team dan kaedah tradisional


kepimpinan:

Ciri-ciri

Pasukan Pengurusan Kendiri

Pasukan Tradisional

Kepimpinan

Bersaing kumpulan

Luar pasukan

Kehebatan ahli pasukan

Boleh bertukar

Tetap

Tanggungjawab

Pasukan

Individu

Usaha kerja

Berpadu

Dibahagikan

Corak tugasan

Fleksibel

Tetap

A. Norma
-Peraturan informal yang telah dipersetujui secara kolektif bagi menyediakan garis
panduan ahli
-Ahli pasukan untuk bergelagat
B. Ciri-ciri Ahli
-Ahli kumpulan sependapat
-Ahli berkerjasama dan bersatu pad
C. Sokongan organisasi
-Perantaraan bagi hubungan antara tanggapan pekerja di tempat kerja dan tahap kelakuan
berinovatif mereka
D. Kejayaan
- Matlamat yang hendak disasarkan harus menjadi keutamaan di dalam perlaksanaan

SMT di

dalam sesebuah organisasi. Ahli SMT harus memikirkan dan bertindak mengikut prosedur
yang telah dibincangkan agar berjaya di dalam mencapai matlamat.

Faktor-faktor ini dilihat menjadi faktor penting sebagai pembolehubah kepada


pembentukan pasukan dalam Self Managed Team (SMT). Di dalam organisasi kolaberasi
antara pemimpin serta ahli atau pengikut memainkan peranan menjayakan keberkesanan Self
Managed Team (SMT).
Di dalam perbincangan topic ini juga, telah dibincangkan dengan neutral fasilitator. la
merupakan salah satu elemen dalam Self Managed Team (SMT) di mana neutral fasilitator ini
berfungsi sebagai seseorang dari luar yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin dalam
pengurusan kerja kendiri membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong setiap ahli
pasukan yang telah dipertanggungjawabkan bekerja dengan lebih produktif serta dapat
menangani masalah yang kompleks dengan sendirinya.

You might also like