You are on page 1of 2

UNIT KOKURIKULUM SMKGC 2018

KERTAS KONSEP
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018
PENGENALAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Ia merupakan salah satu
acara tahunan sekolah, malah merupakan satu acara sukan yang amat mudah dan boleh
disertai oleh semua murid. Ia juga memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam
sukan ketika di bangku sekolah

RASIONAL
1. Murid dapat memilih aktiviti yang sihat bagi menjamin kualiti kesihatan
2. Merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh bahagian kesihatan untuk memenuhi
keperluan kesihatan badan manusia
3. Salah satu ruang masa untuk mengeratkan silaturrahim antara murid, guru dan warga
sekolah
4. Membuka landskap pembelajaran bagi memahami corak kehidupan masyarakat setempat

MATLAMAT
1. Pemilihan wakil sekolah untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa anjuran Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan bagi Tahun 2018
2. Penglibatan semua murid sama ada sebagai peserta atau pembantu dalam aspek
pengurusan bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan dan
menjayakan sesuatu kejohanan
3. Memupuk nilai kerjasama dan peri pentingnya menjaga kesihatan diri

OBJEKTIF
1. Murid boleh mengembangkan daya pemikiran, rohani dan jasmani melalui kegiatan
merentas desa
2. Dapat memupuk nilai kerjasama semua murid, guru dan warga kerja SMK Guar
Chempedak dalam kegiatan kokurikulum sekolah
3. Melaksanakan program yang telah di rancang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
Takwim Persekolahan Tahun 2018 serta juga dalam takwim kokurikulum.
4. Membuka ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas agar dapat menjaga
kesihatan sendiri
5. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid dan guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan
6. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan di peringkat daerah bagi tahun 2018.

SASARAN
Semua murid Tingkatan 1 hingga tingkatan 5, termasuk semua pelajar Tingkatan 6, SMK
Guar Chempedak, kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran kebenaran
pengecualian daripada Pengetua atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau
yang tidak boleh menyertai kejohanan ini daripada doktor.

GERAK CERGAS SEDERAP MELANGKAH


UNIT KOKURIKULUM SMKGC 2018

TARIKH
24 Januari 2018 (Rabu)

MASA
- Rujuk Tentatif

JAWATANKUASA
- Rujuk Lampiran 1

ANGGARAN BELANJA MENGURUS


- Rujuk Lampiran 2

PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh semangat
kesukanan.

Disediakan oleh

(Yusmilawati Yusof)
Setiausaha Kejohanan & Pengerusi Teknik

GERAK CERGAS SEDERAP MELANGKAH

You might also like