You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ULU,


72200 BATU KIKIR,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL : 06-4984772

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 2 SESI 2021/2022

Tarikh : 31 Januari 2023

Hari : Selasa

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SKSU

Kehadiran :

1. En Zainal Abidin bin Talib Guru Besar


2. En Hasrul Faiz bin Hj Ramli Pengerusi/YDP
3. En Amran bin Samsudin NYDP
4. Pn Noor Irina bt Md Saufi Setiausaha
5. Pn Norzana bt Talib Bendahari
6. Pn Raidah bt Ahmad AJK
7. Pn Mahani Che Mat. AJK
8. En Musa bin Abu AJK
9. Pn Husliha bt Hussin. AJK
10. Pn Norhidayah bt Abd Ghani AJK
11. Pn Farah ‘Aifaa bt Nazarudin. AJK
12. Pn Norsyariyanti bt Ghazali AJK

Tidak Hadir:
1. Pn Fatin Hanisah - Kursus
2. Ust Abdul Jalil bin Abdullah - CRK
3. En Musa bin Abu - Urusan keluarga
4. Pn Norhidayah bt Abd Ghani - Cuti sakit
5. En. Nordin bin Hashim
6. Ustaz Zulkharnain Mustapha

Turut hadir:
1. En Raihan bin Razali GPK Kokurikulum
2. Pn Norbaya binti Dolah GPK HEM
Agenda Mesyuarat:

1. Aluan Pengerusi (En Hasrul Faiz bin Hj Ramli – YDP )

1.1 YDP memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. YDP selaku pengerusi
mesyuarat mengalu-alukan kehadiran AJK yang hadir dan merakamkan penghargaan
kepada guru-guru yang bersara dan berpindah sekolah.

1.2 YDP membincangkan usul-usul Minit Mesyuarat Agung ke-45.

1.3 Mesyuarat memaklumkan usul menu makanan di kantin , usul murid-murid tidak
sihat perlu surat makluman , usul ibu bapa mengenalpasti bantuan kepada keluarga
murid, usul ibu bapa tentang makanan dan minuman, usul air Cuckoo dan Coway
selesai.

1.4 Mesyuarat memaklumkan pejalan kaki berbumbung belum selesai tetapi laluan
kaki diturap telah dibina untuk keselesaan murid-murid.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Dicadang : Puan Raidah binti Ahmad


Disokong : Puan Norhidayah binti Abd Ghani

3. Ucapan dan Laporan Guru Besar (En Zainal Abidin bin Talib)

3.1 GB mengucapkan salam , mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima


kasih kepada AJK yang hadir.

3.2 GB memaklumkan sekolah dan kantin beroperasi seperti biasa.

3.3 GB memaklumkan jumlah murid ialah 319, kekurangan tempat untuk murid
makan , perkara ini telah dimaklumkan kepada PPD.

3.4 GB memaklumkan pdp berjalan seperti biasa dan Pentaksiran Setara Standard
akan diadakan pada minggu ini.

3.5 GB memaklumkan Program Sukan Sekolah akan dilaksanakan pada bulan 7.

3.6 GB memaklumkan seramai 114 orang murid menerima bantuan RMT.

3.7 GB memaklumkan bantuan awal persekolahan telah diberi kepada murid-murid.

4. Membentangkan Kewangan PIBG ( Pn Norzana bt Talib)

4.1 Bendahari memaklumkan baki kewangan ialah RM10274.90 .


5. Mesyuarat memaklumkan perasmi YB Datuk Seri Hj Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd
Sharif ditukar kepada YB Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli.

6. Mesyuarat memaklumkan pemilihan AJK PIBG akan dilantik untuk 2 tahun sekali.

7. Mesyuarat memaklumkan sijil penghargaan kepada AJK akan ditandatangani oleh


PPD Jempol dan Jelebu.

8. Mesyuarat memaklumkan surat sponsor perlu diberi kepada MPKK dan JKKKP untuk
sumbangan aktiviti SKSU seperti Hari Sukan, Perkhemahan Unit Beruniform dan
Mesyuarat Agung ke-46.

9. Kertas Kerja Hari Sukan

9.1 Hari Sukan Sekolah akan diadakan pada 21 Julai 2022 di padang Sekolah
Kebangsaan Serting Ulu. Jumlah perbelanjaan ialah RM4441.78 . PIBG meluluskan
kewangan sebanyak RM2000 manakala sekolah RM2441.78.

9.2 Mesyuarat memaklumkan YB Perasmi ialah Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji
Alias.

9.3 Mesyuarat memaklumkan setiap rumah sukan akan diberi wang RM100,
manakala satu tapak gerai RM50 untuk disewa.

9.4 Mesyuarat memaklumkan Kg Bayai akan memberi cenderahati pada Hari Sukan.

9.5 Mesyuarat memaklumkan baju sukan sekolah untuk AJK PIBG dan guru ialah dari
Kain Jersey Sdn Bhd.

10. Hal-hal lain

10.1 Mesyuarat memaklumkan tanda harga bagi ayam goreng perlu kerana harga kadang-
kadang berbeza antara RM1 dan RM2.

10.2 Mesyuarat memaklumkan murid tahfiz tidak diberi minuman oleh Pengurusan Tahfiz.

10.3 Mesyuarat memaklumkan En Musa bin Abu akan memberi sumbangan Piala Hari
Sukan berjumlah RM200.

10.4 Mesyuarat memaklumkan tindakan susulan kepada MPKK, JKKKP, YB Azmi , Mas kantin
perlu disegerakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang,

Disediakan oleh,

………………………………………………
( NOOR IRINA BINTI MD SAUFI)
Setiausaha PIBG

You might also like