You are on page 1of 2

Ruj. Kami: Bil ( )dlm.

KVBw/600-1/2020
Tarikh: 31 DISEMBER 2019

Kepada
Ketua Jabatan dan Ketua Program/ Unit
Kolej Vokasional Butterworth
13050 Butterworth

Tuan,

PELAKSANAAN DAN PEMBUDAYAAN PENULISAN KAJIAN TINDAKAN 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis KV/ SMT Zon Pulau Pinang telah mengadakan kursus
kajian tindakan bagi lima orang pensyarah dari setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah
Teknik Zon Pulau Pinang pada 2 dan 3 JULAI 2019. Pengamalan kajian tindakan dalam kalangan guru
merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan
terutamanya dalam pembelajaran dan pengajaran. Kajian tindakan merupakan wadah yang sangat
berkesan dalam membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan seterusnya
menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian tindakan
membantu guru-guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk
menjalankan kajian tindakan.

3. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2020 Kolej Vokasional Butterworth menetapkan sasaran
di mana sekurang-kurangnya SATU kajian tindakan bagi setiap program dan unit. Berikut adalah
tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan kajian tindakan tahun 2020.

TEMPOH TINDAKAN

Disember 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik Peringkat Program/ Unit

Februari 2020 Penghantaran Cadangan Tajuk Kajian Tindakan ke Jawatankuasa Pengurusan


(Minggu Pertama) Tertinggi Kolej Vokasional
April 2020 Penghantaran Laporan Kajian Tindakan Ke Jawatankuasa Pengurusan
(Minggu Ke-4) Tertinggi Kolej Vokasional
4. Panduan bagi melaksanakan kajian tindakan boleh dilayari di laman web Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-
jurnal/penyelidikan/kajian/1376-manualkajian/file

5. Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................................................
(AHMAD ZAWAWI BIN MOHD ALI)
Pengarah
Kolej Vokasional Butterworth.

You might also like