You are on page 1of 14

Pergerakan Anti-

Penjajah Kurun Ke-19


dan 20
Pengenalan
• Nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan tanah air dan usaha untuk membentuk
sebuah negara bangsa.
• Nasionalisme juga boleh disifatkan sebagai fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap
bangsa untuk menubuhkan negara bangsa yang tersendiri dengan memindahkan kedaulatan
kepada rakyat.
• Selain itu, nasionalisme juga merupakan usaha untuk memastikan kedaulatan yang terletak
pada individu dipindahkan kepada negara bangsa.
• Di Asia Tenggara, semangat nasionalisme dapat dilihat menerusi usaha untuk menamatkan
penjajahan serta merombak nilai-nilai dan institusi politik sejajar dengan konsep negara
bangsa iaitu bebas dan berdaulat.
• Di samping itu, semangat nasionalisme di Asia Tenggara Tanah Besar juga dapat
dilihat menerusi usaha menghapuskan sistem kerajaan tradisional bagi
mewujudkan sebuah negara bangsa yang mengiktiraf kedaulatan rakyat dan
menyalurkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara Tanah Besar seringkali dilihat bermula
setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat.
• Walai bagaimanapun, terdapat sarjana yang menyatakan gerakan nasionalisme
telah bermula sebelum kehadiran kuasa penjajah.
• Nasionalisme dilihat telah bermula semasa zaman tradisional lagi.
• Donald E. Smith menyatakan gerakan nasionalisme di Burma telah bermula sejak
zaman Pagan kerana terdapat ciri-ciri nasionalisme seperti satu identiti, ras,
pemusatan politik dan penerimaan Buddha sebagai amalan hidup masyarakat
tempatan.
• Meihat kepada pergerakan anti-penjajah di Asia Tenggara Tanah Besar sebelum
tahun 1940-an, ia berlaku dalam dua fasa iaitu:
• Ketika peringkat awal kemaraan kuasa-kuasa kolonial Barat;
• Setelah kuasa-kuasa kolonial Barat menguasai kerajaan tempatan.
• Penguasaan kuasa kolonial Barat (Perancis dan British) telah mengubah struktur
politik, ekonomi dan sosial di Asia Tenggara Tanah Besar.
• Oleh kerana perubahan tersebut bertujuan memenuhi kepentingan kuasa
kolonial semata-mata, maka penduduk tempatan telah tertindas.
• Tindakan penjajah mengeksploitasi kekayaan dan tidak menunjukkan usaha
untuk membangunkan sosioekonomi penduduk tempatan telah menimbulkan
rasa tidak puas hati.
• Selain ekonomi, agama juga menjadi faktor yang telah mencetuskan gerakan
penentangan.
• Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam mencetuskan
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
• Golongan intelektual mula menilai nasib bangsanya dan mengkritik dasar
penjajah yang dilihat menindas penduduk tempatan.
Burma
• Semasa pentadbiran British, masyarakat India khususnya golongan Ceti
menguasai tanah berikutan kegagalan petani untuk membayar semula
pinjaman.
• Dasar pihak British yang menaikan cukai telah membebankan penduduk
tempatan.
• Kedudukan dan pengaruh agama Buddha juga terancam disebabkan
pengenalan sekolah secular selain tindakan orang Eropah yang memakai kasut
di dalam rumah ibadat pengganut agama Buddha (Isu Kasut).
• Gerakan penentangan dimulakan oleh Persatuan Belia Buddha yang ditubuhkan
pada 1906.
• Persatuan Belia Buddha memainkan peranan penting dalam isu kasut, gerakan
menuntut pembaharuan dalam pentadbiran dan mogok pelajar.
• Gerakan Persatuan Belia Buddha pada peringkat awal lebih berteraskan
kepentingan agama Buddha.
• Memberi perhatian kepada hal ehwal agama Buddha, kesenian dan
kesusasteraan.
• Menjelang tahun 1917, Persatuan Belia Buddha mula memperlihatkan unsur-
unsur politik dalam pergerakan mereka.
• Golongan pelajar mula terlibat dalam gerakan nasionalisme yang berjuang
menuntut hak rakyat Burma dan menunjukkan kecenderungan untuk
mengendalikan pentadbiran negara.
• Antara tokoh – Aung San, U Nu, Kyaw Nyien, Thein Pe dan Thin Han.
• Peperangan yang meletus di Eropah menyebabkan golongan nasionalis
menggunakan kesempatan tersebut untuk menuntut hak yang lebih daripada
British.
• Pelajar, belia, ahli perniagaan, sami Buddha dan suri rumah mula terlibat dalam
gerakan nasionalisme.
• Mereka mengadakan rapat umum dan demonstrasi anti-British dalam usaha
menuntut kemerdekaan.
• Beberapa pemimpin utama seperti Aung San dan Dr Baw Maw telah ditangkap oleh
pihak kerajaan.
Vietnam
• Gerakan penentangan di Vietnam didorong oleh semangat setia kepada raja,
negara dan agama Confucius.
• Antara tokoh terawal yang mengerakkan nasionalisme ialah Phan Boi Chau dan
Phan Chau Trinh.
• Perkembangan agama Kristian menyebabkan kebimbangan penduduk tempatan
dan mula melancarkan gerakan penghapusan agama Kristian.
• Perkembangan politik di Jepun dan China turut mempengaruhi gerakan
penentangan di Vietnam.
• Revolusi China (1911) menyebabkan Phan Boi Chau yang berada di China
mengasaskan Persatuan Pemulihan dan berusaha menubuhkan gerakan untuk
menubuhkan Republik Demokratik sebagaimana yang diusahakan oleh Dr. Sun
Yat Sen.
• Langkah awal Persatuan Pemulihan mengadakan beberapa siri pembunuhan
orang kenamaan di Vietnam.
• Beberapa siri pemberontakan yang dilancarkan telah berjaya dipatahkan oleh
Perancis.
• Menjelang tahun 1920-an, gerakan nasionalisme di Vietnam lebih bersifat
sederhana.
• Parti Kebangsaan Vietnam yakin dengan gerakan bersenjata dapat
menumpaskan penjajah Perancis.
• Justeru satu pemberontakan dilancarkan pada Februari 1930 (Pemberontakan
Teluk Yen).
• Perancis berjaya mematahkan pemberontakan tersebut dan pemimpin Parti
Kebangsaan Vietnam ditangkap.
• Kegagalan Parti Kebangsaan Vietnam menyebabkan komunis mula
mendominasi gerakan nasionalisme di Vietnam.
• Pada tahun 1931, beberapa pemberontakan dilancarkan oleh Parti Komunis
Vietnam
• Parti Komunis Vietnam menyeru rakyat bersatu padu untuk menentang
Perancis. Keadaan ini membawa kepada penubuhan Barisan Demokratik
Kebangsaan.

You might also like