You are on page 1of 18

Dasar Pecah Dan Perintah British

British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi.

Dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia.

Justeru mereka telah menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet.

Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja.

Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Sistem Pendidikan Yang Berasingan


Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional.

Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India.
Bagi kaum India mereka telah menguna pakai kurikulum yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka.

Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu.


Menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman. Contohnya orang Cina mengamalkan fahaman komunisme dan kurikulum yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain.

Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu impak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Perbezaan Agama Dan Kebudayaan


Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu.
Di samping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian.

Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambah parahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.

Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.

Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan


Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung. Masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu berniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar.

Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet.

Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

Persatuan-persatuan Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain.

Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Pendudukan Jepun
Salah satu punca permusuhan orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20.
Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.

Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army).

Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

Sekian Terima Kasih

You might also like