You are on page 1of 20

DEKOLONISASI DI INDIA

(NASIONALISME DAN FAKTOR)


By Ahmad Sufiyan
Nasionalisme di India
Nasionalisme bermaksud semangat cinta akan negara dan ingin
membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing.
Di India, kesedaran bangsa dapat dikesan sebelum 1857 melalui
pertubuhan sosioagama. Namun ramai sarjana berpendapat
bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan kesedaran
kebangsaan rakyat di India. Dalam konteks ini Ram Mohan Roy
merupakan tokoh reformasi yang memainkan peranan
membangkitkan kesedaran menerusi pembaharuan sosialnya.
Persatuan yang ditubuhkan di India Brahman Samaj
melambangkan simbol kebangkitan nasional India.
FAKTOR
KEBANGKITAN
NASIONALISME DI
INDIA
PENDIDIKAN BARAT
• Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan India. Matlamat utama
kerajaan British memperkenalkan pendidikan barat adalah
untuk melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan
penduduk tempatan
• Kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan
menanam semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan
British.
BAHASA INGGERIS
• Bahasa memainkan peranan penting dalam, melahirkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat India
• Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang dituturkan oleh
penduduk di seluruh India. Kewujudan bahasa-bahasa daerah
ini menjadi batu penghalang untuk mewujudkan persefahaman
dan penyatuan rakyat India.
• Penggunaan bahasa inggeris menjadi medium perantaraan di
sekolah-sekolah berjaya mengatasi masalah itu. Secara
langsung bahasa inggeris bertindak sebagai alat perpaduan
yang menyatukan Orang India yang terpisah dari segi agama,
bangsa dan wilayah
DISKRIMINASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Kerajaan British mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan
orang India bagi memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan
awam
• Amalan diskriminasi melahirkan rasa tidak puas dalam
kalangan golongan terpelajar di India
• Akta Piagam 1833 dan Akta Perkhidmatan Awam 1861
menjanjikan bahawa orang India tidak dihalang daripada
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
• Namun begitu kerajaan British tidak mengambil sebarang
langkah untuk menguatkuasakan janji-janji yang terkandung di
dalam akta tersebut.
DISKRIMINASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Kerajaan British menghalang penyertaan orang India dalam
perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan untuk
perkhidmatan awam di Britain berdasarkan sukatan pelajaran
Britain.
Perkembangan sistem perhubungan & pengangkutan
• Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden
turut memainkan peranan dalam mencetuskan semangat
kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Pembinaan
landasan kereta api dan jalan raya menyatukan orang India
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.
• Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang
cekap meningkatkan mobiliti dan merapatkan hubungan antara
mereka.
• Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan
membolehkan idea nasionalisme dapat disebarkan pantas ke
seluruh India.
Dasar Pentadbiran Lytton
• Dasar pentadbiran Lord Lytton telah menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan rakyat India.
• Pelbagai akta yang di perkenalkan oleh Lytton seperti akta
senjata dan akhbar vernakular melahirkan sentimen anti
inggeris.
• Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap
akhbar-akhbar vernakular menyekat kebebasan rakyat untuk
menyuarakan padangan mereka.
• Lytton mengambil langkah-langkah seperti menggalakkan
import dan menghadkan umur penyertaan perkhidmatan awam
kepada 18 tahun.
Akta Ilbert 1883
• Akta Ilbert yang diluluskan pada tahun 1883 merancakkan
sentimen anti-inggeris dalam kalangan rakyat India.
• Akta ini memberi kuasa kepada hakim2 daripada keturunan
India untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman terhadap
orang Inggeris.
• Pengenalan akta ini menimbulkan rasa tidak puas hati
golongan Anglo-India yang menjalankan kempen untuk
menentang akta tersebut.
• Golongan Anglo-India menubuhkan persatuan2 bagi
mempertahankan hak mereka.
Akta Ilbert 1883
• Penentangan daripada golongan Anglo-India menyebabkan
kerajaan British menarik balik akta tersebut.
• Tindakan kerajaan British menarik balik akta tersebut
menyedarkan orang India tentang perasaan anti-India yang
terpendam dalam hati orang Inggeris.
• Perkembangan ini menyebabkan Surendra Nath Bannerjee
mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan
Kebangsaan India bagi menentang Kerajaan British
Peranan Akhbar
• Usaha untuk menerbitkan akhbar di India telah dimulakan sejak
tahun 1767.
• Pada tahun 1780, akhbar Begal Gajette diterbitkan dan diikuti
oleh Madras Couriers(1785) dan Bombai Gajette(1789).
• Akhbar2 ini di bawah kawalan kerajaan. Namun ia memainkan
peranan sebagai medium untuk menyuarakan pandangan
rakyat. Contohnya akhbar Kesari, Amrit Bazar Parika dan
Patriot berani mengkritik dasar British di India.
• Akhbar2 tempatan berperanan dalam melahirkan kesedaran
politik dalam kalangan golongan kelas menengah.
Kajian terhadap keagungan silam
• Kajian2 yang dijalankan mengenai zaman kegemilangan dalam
tamadun India semasa pemerintahan tokoh2 seperti Asoka dan
Chandrgupta.
• Kajian juga dijalankan tentang kemajuan yang dicapai dalam
bidang astronomi, falsafah ,sains , matematik perubatan dan
kesenian yang melahirkan keyakinan dan kebanggaan dan
peradaban
• Sarjana2 barat seperti Sir Willian Jonas, Maxs Muller dan
Munier Willian turut menjalankan kajian mengenai peradaban
India
Kajian terrhadap keagungan silam
• Beliau menubuhkan Asiantic Sociei of Begal untuk
menjalankan kajian tentang sejarah silam dan anti bangsa
India.
• Kajian tentang keagungan silam telah memebangkitkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.
Peranan kesusasteraan
• Karya2 kesusasteraan seperti novel, esei, lagu2 patriotik dalam
sajak turut memainkan peranan membangkitkan kesedaran
dalam kalangan rakyat.
• Penulisan tokoh-tokoh kesusasteraan dalam pelbagai dialog
tempatan dimuatkan dalam akhbar2 tempatan menyebabkan
idea-idea nasionalisme tersebar nasionalisme tersebar di
benua kecil India.
Dasar ekonomi British
Dasar ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan British turut
melahirkan perasaan anti-British dalam kalangan rakyat India
• Kerajaan British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi
sektor perindustrian di England.
• Dasar ini tidak menggalakkan perkembangan industri tekstil
dan perkilangan tempatan.
• Malah kerajaan British bertindak mengawal perusahaan2
tempatan demi kepentingan perusahaan yang dikendalikan
oleh British.
• Tindakan British memonopoli perdagangan garam menjejaskan
pendapatan penduduk tempatan yang terlibat dalam industri.
Penindasan terhadap buruh India di seberang laut
• Buruh2 dari India menerima layanan buruk daripada
pemerintah British dan tidak mengambil berat tentang
kebajikan dan hak asasi yang bekerja di seberang laut.
• Buruh2 india juga dikenakan pelbagai undang-undang dan
cukai yang membebankan mereka oleh pemerintah British.
• Layanan buruk yang diberikan oleh kerajaan British terhadap
orang India di seberang laut melahirkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan golongan nasiolisme terhadap pemerintah
British.
Gerakan Reformasi Sosioagama
• Menjelang pertengahan abad ke-19, lahir kesedaran untuk
menjalankan reformasi dalam kalangan pemimpin agama
Hindu.
• Perkembangan ini menyebabkan muncul pertubuhan2 agama
seperti Brahma Samaj, Arya Samaj, Pertubuhan Ramakrishna
dan Persatuan Teosofika.
• Semangat kebangsaan ini meletakkan asas bagi kemunculan
organisasi politik terbesar di India pada tahun 1885.
Kesimpulan
Kebangkitan semangat kebangsaan mendorong rakyat India
berjuang menentang penjajahan British. Rakyat India berjuang
untuk mempertahankan negara dari penjajah supaya mereka
tidak ditindas oleh penjajahan British.Pertubuhan politik awal
membangkitkan perasaan tidak puas hati yang akhirnya
membawa gerakan membebaskan India dari cengkaman
penjajah.
THANK U >-<

You might also like