You are on page 1of 1

BAHAGIAN KESUSASTERAAN

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Semester I Sidang 2021/2022

Kod Kursus HKN 210/3: Kesusasteraan Tradisional Nusantara

TUGASAN (30%)
Pilih satu soalan sahaja dan tuliskan sepanjang 7-8 halaman dengan mengikuti prinsip-prinsip
penulisan tugasan yang ilmiah. Setiap pelajar boleh menggunakan pelbagai sumber rujukan
termasuk melalui laman sesawang. Setiap bahan rujukan perlu dinyatakan sumbernya dengan
jelas dan tepat.

DR JELANI

Soalan 1
Tradisi penulisan manuskrip Jawi telah memainkan peranan penting dalam sejarah
perkembangan kesusasteraan tradisional Nusantara. Kemukakan sebuah penjelasan terhadap
pernyataan ini.

ATAU

Soalan 2
Naskhah undang-undang adat kaya dengan nilai ketamadunan dan keindahannya yang
tersendiri. Berdasarkan Undang-Undang Melaka, jelaskan pernyataan ini.

DR MOHAMAD LUTHFI

Soalan 1
Peranan dagang dikaitkan dengan penyampaian faedah dan pengajaran yang tersirat melalui
karya-karya bertulis. Analisiskan faedah dan pengajaran tersebut berdasarkan karya
historiografi yang pernah anda pelajari.

ATAU

Soalan 2
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘motif’ dalam kesusasteraan Melayu? Berdasarkan
legenda “Mahsuri” dan “Puteri Saadong”, analisiskan secara perbandingan motif sumpahan
yang terdapat dalam kedua-dua legenda tersebut.

You might also like