You are on page 1of 8

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................2
1.1 Konsep Asas Seni Dalam Pendidikan...................................................................................2
2.0 ULASAN KRITIS BERDASARKAN PENULISAN ARTIKEL SENI DALAM PENDIDIKAN. 3
2.1 Ulasan Kritis Teori Pembelajaran Berdasarkan Artikel.......................................................3
2.1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner).............................................................3
2.1.2 Teori Konstruktivisme (Lev Vygotsky)............................................................................4
2.2 Ulasan Kritis Elemen Seni dalam Pendidikan dan Aktiviti P&P Berdasarkan Artikel......5
2.2.1 Elemen Seni Visual...........................................................................................................5
2.2.2 Elemen Seni Muzik...........................................................................................................6
2.2.3 Elemen Seni Pergerakan.................................................................................................6
3.0 RUMUSAN....................................................................................................................................7
4.0 RUJUKAN.....................................................................................................................................8

1
1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep Asas Seni Dalam Pendidikan
Seni dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang dipetik daripada istilah Latin ars yang
membawa erti penyusunan. Dalam konteks ini, seni mempunyai maksud yang sangat luas
iaitu merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun mengikut aturan tertentu.
Menurut Herbert Read (1959), seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang
dapat melahirkan kesenangan hati yang lahir daripada rasa estetika. Usaha ini dapat
menghasilkan bentuk yang indah tertakluk kepada kekayaan seseorang dengan melahirkan
karya yang dianggap oleh masyarakat sebagai sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi.
Sehubungan itu, menurut Sidi Ghazalba (1997), seni adalah sebahagian daripada
kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok
masyarakat mempunyai fitrah semula jadi mencintai sesuatu yang menyenangkan hati
melalui kelima-lima pancaindera. Jika ditelesuri melalui perspektif islam tentang seni, islam
tidak menolak kesenian kerana merestui sesuatu yang indah kerana “Tuhan itu indah dan
Tuhan suka sesuatu yang indah.

Pengertian pendidikan pula menurut Kamus Dewan (2007) adalah berasal daripada
kata dasar “didik”, iaitu memelihara dan memberikan latihan tentang akhlak dan kecerdasan
fikiran. Oleh itu, pendidikan bererti proses mengubah sikap dan tingkah laku seseorang
dalam usaha mendewasakan manusia melalui pengajaran, latihan, proses perbuatan dan
cara mendidik. Di samping itu, pendidikan adalah sesuatu proses untuk menemukan dan
mengembangkan kebolehan serta memindahkan sesuatu kesimpulan penyelidikan yang
merupakan satu transisi memberi dan menerima antara potensi individu dan budaya
daripada satu generasi ke satu generasi dengan berlandaskan syariah (Hassan Langgulung,
1991).

Secara tuntasnya, Seni Dalam Pendidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti


pengajaran dan pembelajaran seni dalam yang melibatkan tiga komponen seni iaitu seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diintergrasikan ke dalam pendidikan.
Penyatuan tiga komponen ini telah menjadikan kaedah pengajjaran dan pembelajaran
murid-murid menjadi lebih seronok dan menarik.

2
2.0 ULASAN KRITIS BERDASARKAN PENULISAN ARTIKEL SENI DALAM
PENDIDIKAN
Menelusuri artikel yang berjudulkan “Pupuk nilai melalui seni” dalam Berita Harian Metro
(2017), telah dipaparkan pelbagai informasi untuk dijadikan tauladan dalam dunia
pendidikan di negara Malaysia. Program Jangkauan Seni Budaya: Seni@Pentas 2017 telah
diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes,
Rawang.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian


Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor adalah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sekitar Taman Desa Country Homes melalui
pembelajaran seni budaya seperti teater, tari, muzik, nyanyian, pameran dan pengurusan
produksi untuk masa depan mereka.

Justeru, berikut merupakan antara teori pembelajaran dan elemen Seni Dalam
Pendidikan yang dapat dikaitkan berdasarkan artikel.

2.1 Ulasan Kritis Teori Pembelajaran Berdasarkan Artikel


2.1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
Menurut Gardner (1999), kecerdasan boleh didefinisikan sebagai sebagai potensi
biopsikologi untuk memproses informasi yang boleh digiatkan dalam sesuatu budaya dan
menyelesaikan masalah serta membentuk produk yang dinilai oleh sesuatu budaya.
Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, seseorang mempunyai lapan kecerdasan yang
berbeza yang boleh digunakan untuk memproses maklumat iaitu

 Kecerdasan linguistik
 Kecerdasan logik matematik
 Kecerdasan visual dan ruang
 Kecerdasan muzik
 Kecerdasan kinestetik
 Kecerdasan interpesonal
 Kecerdasan intrapersonal
 Kecerdasan naturalis

Memetik petikan akhbar yang berjudul “Pupuk nilai melalui seni”, telah dikenal pasti
bahawa terdapat kecerdasan pelbagai yang dapat dipupuk dalam kalangan murid di
sekolah. Walaupun setiap insan mempunyai kecerdasan yang pelbagai, namun seni dalam

3
pendidikan dapat meningkatkan kecerdasan sekali gus seterusnya meningkatkan potensi
diri. Sebagai uswahnya, seni dalam pendidikan dapat menyokong pembelajaran bersepadu
mengikut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN). Di samping itu, kualiti diri dan motivasi diri juga dapat dipertingkatkan dalam
kalangan murid agar terus bergerak maju seiring dengan perkembangan teknologi di
negara.

Justeru, setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung. Hal ini
kerana seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam
domain (bidang kecerdasan) yang lain. Selain itu, setiap individu mempunyai kelapan-lapan
kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan
kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman
dan persekitaran yang mana tanggungjawab guru adalah paling dominan dalam usaha
melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang. Bak kata orang tua-tua, “kalau hendak
seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”.

2.1.2 Teori Konstruktivisme (Lev Vygotsky)


Menurut Lev Vygotsky (1980), perkembangan kognitif dan penggunaan bahasa kanak-kanak
tidak boleh diasingkan daripada konteks sosial. Perkembangan manusia dipengaruhi oleh
kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Peribahasa katak di bawah tempurung adalah satu
contoh yang tidak baik untuk diikuti kerana hal ini akan merencatkan perkembangan murid
sewaktu berumur setahun jagung lagi.

Justeru, artikel yang dibicarakan adalah sangat tepat bagi teori ini kerana aktiviti
teater akan memberi satu pengajaran kepada murid untuk berusaha meningkatkan
pengalaman sosial antara masyarakat sejagat. Hal ini dapat membantu murid untuk
membina keyakinan diri serta mempunyai jati diri yang kukuh untuk mendepani arus
kehidupan yang berliku-liku. Perkara ini dapat dianalogikan dengan seekor ikan yang hidup
di tengah lautan. Walaupun keadaan sekeliling yang dipengaruhi oleh air yang masin,
namun jika dimakan isinya tetap berasa tawar.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan sebagai pereka


bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru. Konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) yang merujuk kepada satu
rangkaian rumit dikuasai oleh seseorang tetapi mampu dipelajari melalui bantuan dan
bimbingan orang dewasa ataupun kanak-kanak lain yang terlatih dalam sesuatu bidang.
Selain itu, konsep scaffolding juga boleh diterapkan yang merujuk kepada perkembangan
kognitif yang akan berlaku dalam sesi pembelajaran apabila individu yang lebih mahir

4
memberi bimbingan yang bersesuaian kepada individu yang dipimpin berdasarkan peringkat
kemampuan masing-masing.

2.2 Ulasan Kritis Elemen Seni dalam Pendidikan dan Aktiviti P&P Berdasarkan Artikel
Hasil ulasan kritis daripada artikel berjudul “Pupuk nilai melalui seni”, maka wujud satu
pandangan atau kesimpulan berkaitan tentang elemen Seni dalam Pendidikan (SDP)
khususnya dalam subjek Bahasa Melayu sekolah rendah. Sebagai uswahnya, hal ini
menyediakan permulaan untuk guru dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk
mengintegrasikan tiga elemen utama yang terdapat dalam SDP iaitu seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen-
elemen inilah yang akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi seronok dan akan
menjadikan murid menunjukkan minat yang tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana pembelajaran yang berkesan memerlukan elemen seni agar penerimaan ilmu
dalam kalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan, bukan hanya bersandarkan kepada
kurikulum semata-mata.

2.2.1 Elemen Seni Visual


Artikel “Pupuk nilai melalui seni” memberikan satu kesedaran kepada guru untuk
menggunakan elemen seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek
Bahasa Melayu sekolah rendah. Tamsilannya, guru Bahasa Melayu menggunakan elemen
seni visual yang melibatkan pemilihan warna, kontra, penegasan dan harmoni dalam
menghasilkan sesuatu bahan pengajaran yang menarik. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna, kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana
tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih. Semestinya kehidupan
akan menjadi bosan dan tidak menarik. Contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat
pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Penggunaan warna
juga turut memberi kesan kepada manusia. Jika ditelesuri, warna yang digunakan memberi
kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Oleh itu, seni visual dalam
pengajaran Bahasa Melayu boleh diaplikasikan untuk menegaskan isi pelajaran dan
menjadikan pengajaran lebih menarik dalam satu persembahan pengajaran melalui bahan
maujud atau soft copy.

Sebagai uswahnya, dalam pengajaran matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 guru


akan mengajar tajuk Kata Nama Am kepada murid. Justeru, elemen seni visual boleh
dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh aktiviti yang dapat
dilakukan ialah guru melukis gambar haiwan di papan putih dan menyuruh murid untuk
meneka nama haiwan tersebut. Setelah itu, guru akan menanyakan ejaan bagi haiwan

5
tersebut dan memanggil seorang murid untuk menulis ejaan bagi haiwan tersebut. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa elemen seni visual adalah seiring dengan pengajaran Bahasa
Melayu.

2.2.2 Elemen Seni Muzik


Jika ditelesuri dengan lebih mendalam, elemen muzik dapat meransang minda murid-murid
untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni
irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat
bosan. Selain itu, kehadiran muzik dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung
menarik minat murid-murid untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Melalui irama atau muzik ini, proses pengajaran dan pembelajaran boleh
dilakukan dalam subjek Bahasa Melayu.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah aktiviti bersyair di dalam kelas. Jika murid
hanya didedahkan dengan ciri-ciri dan bentuk syair, situasi pembelajaran akan menjadi lebih
membosankan. Justeru, aktiviti amali bersyair wajar dilakukan sebagai usaha untuk menarik
minat pelajar dalam bidang Kesusasteraan Melayu.

2.2.3 Elemen Seni Pergerakan


Setiap pergerakan sama ada psikomotor kasar dan psikomotor halus juga termasuk dalam
seni pergerakan. Oleh itu, dengan mengaplikasikan elemen pergerakan, murid akan lebih
mudah mengingat isi pelajaran Bahasa Melayu terutamanya topik yang berkaitan dengan
amali bercerita dan pementasan teater. Jika murid hanya menerima input secara teori
sahaja, maka sukar bagi murid untuk mengaplikasikan isi pelajaran di luar sesi pengajaran.
Dalam aktiviti bercerita, murid dikehendaki bercerita sambil menggunakan gerak lenggok
badan sewaktu bercerita. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih berkeyakinan dan isi
yang disampaikan akan lebih berkesan.

Di samping itu, proses ini dapat melahirkan seorang murid yang pakar dalam
bercerita dan boleh memenangi sesuatu pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran ini juga akan membantu murid untuk lebih
berkeyakinan dalam persekitaran seperti yang diterapkan dalam Teori Konstruktivisme (Lev
Vygotsky) sekali gus akan melahirkan murid yang berupaya untuk memimpin negara kelak.

6
3.0 RUMUSAN
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Konklusinya, kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi
murid-murid. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia di
sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru.
Murid-murid bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui
bagaimana idea-idea berhubungkait antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta
satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi
dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni
visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak
murid-murid adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk
menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

7
4.0 RUJUKAN
Berita Harian Metro. (20 Februari 2017). Pupuk nilai murni melalui seni. Diakses pada 20
Februari 2017, dari http://www.hmetro.com.my/node/207415
Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. Basic
books.
Hassan Langgulung. (1991). Asas-asas pendidikan Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan. (2007). Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazlan bin Mohamad. (1997). PENDIDIKAN SENI 2 KURIKULUM PENDIDIKAN SENI.


Selangor Darul Ehsan: KUMPULAN BUDIMAN SDN. BHD.
Md. Nasir Ibrahim & Madya Iberahim Hassan. (2003). PENDIDIKAN SENI Untuk Maktab &
Universiti. Pahang Darul Makmur: PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN.
BHD.
Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN MUZIK. Perak Darul
Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Johari Ab. Hamid & Hamzah Lasa. (2013). ESTETIKA SENI VISUAL. Selangor Darul
Ehsan: Reka Cetak Sdn. Bhd.
Read, H. E. (1958). Education through art.

Sidi Ghazalba. (1997). Peranan Psikologi Masyarakat Islam dalam Dakwah Islamiah. Bangi:
UKM.
Vygotsky, L. S. (1980). Mind in society: The development of higher psychological processes.
Harvard university press.
Wan Abdul Kadir. (1988). Budaya popular dalam masyarakat melayu bandaran. Kuala
Lumpur: Naz Sdn. Bhd.
Zakaria Ali. (1989). SENI DAN SENIMAN ESEI-ESEI SENI HALUS. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like