You are on page 1of 21

ISU – ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

TAJUK : TAHAP PERSETUJUAN GURU – GURU BAHASA MELAYU


TERHADAP KESESUAIAN CERPEN “MELAWAN ARUS”
DIJADIKAN SEBAGAI TEKS DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU

KOD KURSUS : JQB7017

NAMA PENSYARAH : DR. AKHMAD MANSUR

NAMA PELAJAR:

BIL NAMA PENUH NOMBOR MATRIK


1. THIVAGARAN A/L POOBALLAN 22052895/1

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


PENGENALAN
1.0 3

2.0 4
PERMASALAHAN KAJIAN

3.0 5-6
SOROTAN KAJIAN

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 7

5.0 METADOLOGI KAJIAN 7

6.0 TEORI KAJIAN 8

7.0 BIDANG KAJIAN 8

8.0 BAHAN KAJIAN 8

9.0 BATASAN KAJIAN 9

10.0 KEPENTINGAN KAJIAN 9

11.0 DEFINISI OPERASIONAL 9

12.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 12 - 18

13.0 PEMIKIRAN PENULIS 18 - 19

14.0 KESIMPULAN 19

BIBLIOGRAFI 20 - 21

2
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) merupakan mata pelajaran wajib di sekolahsekolah hingga
ke peringkat pengajian tinggi. Selain sebagai bahasa komunikasi yang paling tua di negara ini,
bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di samping diakui mempunyai
penutur yang paling meluas. Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan yang amat rapat,
Simbiosisnya dalam pendidikan (pengajaran dan pembelajaran) telah wujud sejak penggubalan
mata pelajaran Bahasa Melayu. Komponen kesusasteraan (Komsas) atau disebut unsur sastera
telah diserapkan dalam sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) pada tahun 1988. Sebelum Komsas dijalankan, pengajaran menggunakan
unsur sastera diaplikasikan secara tidak langsung dalam bentuk penggunaan bahan dan soalan
atau aktiviti penguasaan kefahaman dalam bilik darjah, juga termuat dalam soalan-soalan
peperiksaan utama. Bahan berbentuk teks (puisi, petikan cerita, dialog) daripada buku ulang
kaji, buku teks dan lembaran kerja digunakan di samping menjalankan aktiviti kebahasaan
seperti deklamasi puisi, 2 lakonan, nyanyian, bercerita dan juga sesekali pertandingan menulis
sebagai aktiviti kokurikulum.

Apabila Komsas diperkenalkan, unsur sastera lebih diberatkan namun tetap mengutamakan
kemahiran berbahasa menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemahiran bahasa dalam
Sukatan Pelajaran KBSM merangkumi bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang
estetik. Ketiga-tiganya merupakan kemahiran berbahasa berfokus pada keupayaan murid
berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan,
dan ayat secara bertatasusila (interpersonal), berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan
menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu dan pemerolehan maklumat didapati
melalui mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat danpada multimedia
(maklumat), dan berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan
kehalusan bahasa juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, penglahiran
perasaan, serta membuat apresiasi dan penghayatan (estetik). Dapat dikesani, bidang estetik
begitu hampir dengan pengajaran komponen sastera dalam pelbagai teknik dan bergantung pula
aras kemahiran, hasil pembelajaran yang diharapkan dan juga kandungan pengajaran.

3
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Pemilihan dan penggunaan bahan kesusasteraan yang sesuai dalam pengajaran BM amat
penting bagi memastikan pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat menarik minat pelajar.
Namun begitu, menurut Tyson dan Woodward dalam Mahzan Arshad (2003), 80 peratus (80%)
guru masih menggunakan buku teks dan buku kerja sernata-mata dalam pengajaran BM.
Fenomena ini menggambarkan guru masih tidak memahami konsep penggunaan bahan
kesusasteraan bagi melaksanakan pengajaran bahasa di dalam bilik darjah. Malah pemilihan
bahan kesusasteraan yang sesuai bagi sesuatu program BM juga merupakan perkara yang rumit
dan perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam sesebuah sekolah. Hal ini turut
dipersetujui oleh S. Nathesan (2002) yang menyatakan bahawa salah satu masalah dalam
pengajaran bahasa ialah bahan pengajaran. Guruguru sering menghadapi masalah untuk
mendapatkan bahan pengajaran yang sesuai untuk mata pelajaran BM. Sekiranya hanya buku-
buku teks yang selalu digunakan, para pelajar sudah tentu akan berasa bosan untuk mengikuti
pelajaran bahasa. Satu alternatif bahan pengajaran yang berkesan lagi menarik iatah bahan
sastera yang memperlihatkan bahasa yang indah dan halus. Oleh itu, bahan sastera khususnya
novel dan cerpen wajar dijadikan bahan pengajaran dalam kelas untuk meningkatkan
kebolehan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Fenomena ini selaras
dengan salah satu keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu
penguasaan bahasa melalui pelbagai bahan. Penguasaan bahasa dapat ditingkatkan dengan
mendedahkan pelbagai bahan pengajaran bahasa yang mencakupi variasi bahasa dalam
pelbagai suasana, laras dan gaya yang indah. Selaras dengan keperluan itu, salah satu sumber
bahan untuk melihat keindahan dan nilai estetik bahasa adalah melalui bahan-bahan sastera.

4
3.0 SOROTAN KAJIAN

Pada tahun 2011, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah menjalankan kajian
kualitatif secara pemerhatian terhadap 125 sesi pengajaran di 41 sekolah di seluruh Malaysia
telah mendapati sebanyak 50% sesi pengajaran menggunakan pendekatan pengajaran
tradisional yang berbentuk syarahan untuk memberikan input kepada murid tanpa melibatkan
penyertaan mereka dalam proses pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Selari
dengan kajian Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian, & Azhar Md. Sabil (2016) yang
mendapati guru Bahasa Melayu lebih selesa menggunakan pendekatan pengajaran yang lama
iaitu menggunakan buku teks bahasa dan papan tulis di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan
kajian Mohd Paris Saleh & Saedah Siraj (2016) yang menyatakan kurangnya penglibatan murid
yang aktif dalam proses pengajaran guru dengan menggunakan pengajaran berpusatkan guru.

Guru yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dalam pelaksanaan pendekatan
didik hibur dapat melaksanakan pendekatan ini dengan sebaik mungkin untuk memberikan
kesan yang positif ke atas penguasaan dan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu. Selain itu,
sikap guru yang positif juga amat penting dalam melaksanakan pendekatan pengajaran ini
apabila mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang pendekatan didik hibur. Sekiranya
tahap pengetahuan guru adalah tinggi maka persepsi mereka juga menjurus ke arah positif atau
menerima pendekatan pengajaran ini. Apabila persepsi guru positif, pendekatan pengajaran
yang digunakan dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini akan mendorong ke arah proses PdPc
yang berkesan.

Selain itu, Mohd Pozi Hj Masurori (2004) melalui tesis di peringkat Ijazah Doktor
Falsafah yang bertajuk Hikayat Syah Kobat: Analisis Struktur dan intertekstualiti meneliti
kehadiran teks-teks lain dalam Hikayat Syah Kobat. Justeru penerapan prinsip-prinsip yang
terkandung dalam teori intertekstualiti telah mendasari kajian yang dilakukan oleh Mohd Pozi.
Teks-teks lain itu merupakan teks yang lahir lebih awal daripada teks yang dibaca seolah-olah
menjadi acuan bagi penciptaan karya yang muda itu. Hasil kajian mendapati Hikayat Syah
Kobat yang asalnya sebagai teks yang sukar difahami tetapi setelah ditelaah dari sudut
intertekstualitinya mendapati hikayat ini menjadi hikayat kreatif dan mendapat tempat di hati
penggemar teks klasik. Hal ini kerana menerusi teori intertekstualiti pengkaji mendapati
sememangnya berlaku hubungan rapat antara hikayat ini dengan hikayat-hikayat lain. Selain
itu, dapatan kajian mendapati teks ini mempunyai pengetahuan mengenai struktur dan lenggok
gaya bahasa yang sekaligus menambahkan lagi kematangan berbahasa dan pengetahuan dalam

5
kalangan peneliti dan khalayaknya. Kajian ini mengambil sastera klasik sebagai modus
operandi dengan 15 mengaplikasikan teori intertekstualiti dan struktural sedangkan pengkaji
menggunakan teori intertekstualiti dalam mengkaji tiga buah novel karya Azizi hj Abdullah.

Seterusnya, dalam kajian yang dilakukan oleh Zaharah Osman yang bertajuk Kajian
Intertekstualiti Novel Tengku Menteri pada peringkat Sarjana pada tahun 2008 telah
mengupas novel Tengku Menteri karya Talib Samat. Hasil penyelidikan yang telah dilakukan
oleh Zaharah Osman telah mengenal pasti bahawa teks-teks awal yang digunakan oleh Talib
Samat dalam menghasilkan novel Tengku Menteri ini seperti teks tradisional, teks sejarah dan
teks agama. Zaharah juga telah menggunakan tiga prinsip yang terdapat dalam teori
intertekstualiti iaitu transformasi, modifikasi dan ekspansi bagi tujuan mengkaji novel Tengku
Menteri. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pemilihan teks awal ini telah mengungkap
pelbagai peristiwa yang memenuhi prinsip transformasi, modifikasi dan ekspansi
sebagaimana yang terdapat dalam teori intertekstualiti. Zaharah telah memilih novel yang
berunsur sejarah sebagai sumber kajian sedangkan pengkaji menggunakan teks sastera dewasa
sebagai bahan kajian dan bukan novel yang berunsur sejarah.

6
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berkenaan dengan pengenalan di atas, objektif-objektif kajian ini adalah untuk:

I. Menganalisis tahap persetujuan guru – guru Bahasa Melayu terhadap cerpen


“Melawan Arus” dijadikan sebagai teks dalam pengajaran Bahasa Melayu

II. Menganalisis nilai teras pembelajaran dalam cerpen “Melawan Arus” berdasarkan
teori strukturalisme.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

Untuk objektif pertama, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kerana kaedah kajian
tinjauan ialah kajian yang memerlukan pengkaji menjalankan kajian eksperimental dan
menganalisis data numerika yang dipungut dengan ujian statistik. Syed Ismail, Ismail & Busro
(2018) menyatakan kaedah tinjauan digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan
persetujuan semasa yang melibatkan sampel yang besar. Bagi melaksanakan analisis statistik
tersebut, respon guru akan dipindahkan kepada data dalam bentuk numerik. Populasi kajian ini
terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu. Dalam kajian ini, populasi terdiri daripada guru-
guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Petaling Jaya,
Selangor. Berdasarkan jumlah populasi pengkaji telah membuat pengiraan saiz sampel iaitu 66
orang responden menggunakan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie & Morgan (1970)
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1

Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie & Morgan (1970)

7
Selain itu, untuk objektif yang kedua pengkaji telah mengkaji dengan menggunakan kaedah
kepustakaan. Data kajian ini, iaitu cerpen “Melawan Arus”, telah diperolehi melalui kunjungan
ke perpustakaan. Bahan-bahan rujukan juga telah diperolehi melalui kaedah yang sama. Dari
segi analisis kandungan, kajian ini mengkaji teks cerpen “Melawan Arus dengan menggunakan
teori strukturalisme

6.0 TEORI KAJIAN

Untuk objektif pertama, teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori konstruktivisme dan
teori strukturalisme. Teori konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Selain itu. Untuk objektif kedua, teori yang
digunakannya ialah teori strukturalisme. Teori strukturalisme melihat teks sastera sebagai
sebuah jalinan struktur yang kompleks. Segala unsur yang membentuk karya perlu dibedah dan
dianalisis. Untuk kajian ini, pengkaji akan melihat 5 elemen sastera; tema, persoalan, watak
dan perwatakan, latar dan nilai.

7.0 BIDANG KAJIAN

Bidang kajian yang difokuskan dalam kajian ini ialah Pendidikan. Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan
konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Pendidikan
merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah
kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan
bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan
berdaya saing di peringkat global.

8.0 BAHAN KAJIAN


Bahan kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik atas talian,
menggunakan aplikasi Google Form untuk merangka soal selidik dan menyediakan platfom
untuk responden menjawab soal selidik pengkaji. Jawapan dari soalselidik akan digunakan
sebagai data primer bagi kajian ini. Selain itu, pengkaji telah memilih karya kesusasteraan
genre cerpen untuk di analisis. Cerpen yang dipilih untuk kajian ini ialah cerpen karangan
Pahrol Mohamad Juoi, “Melawan Arus”. Cerpen “Melawan Arus” merupakan salah satu
cerpen daripada 15 cerpen yang terkandung dalam buku kompilasi cerpen beliau.

8
9.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah terbatas kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di
sekolah rendah daerah petaling Utama, Selangor. Sampel kajian yang digunakan hanyalah
terhad kepada 66 orang guru sahaja dengan menggunakan pensampelan rawak strata berkadar.
Sampel dipilih berdasarkan kepada nisbah bilangan guru dari setiap sekolah kebangsaan rendah
yang dijadikan sampel kajian. Selain itu, pengkaji hanya menggunakan teori strukturalisme dan
melihat dari aspek tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar dan nilai untuk menganalisis
nilai teras pembelajaran dalam cerpen “Melawan Arus”.

10.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Guru

Kajian ini penting kepada guru khususnya guru BM bagi menentukan prinsipprinsip
pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan terutamanya bahan sastera seperti cerpen
dan novel dalam pengajaran Komsas. Pengajaran yang berkesan dapat dicapai apabila guru
tahu dan memilih bahan sastera sebagai bahan pengajaran dengan mempertimbangkan
kriteria-kriteria tersebut.

ii. Pelajar

Kajian dari segi penilaian terhadap bahan-bahan yang digunakan iaitu kesesuaian dengan
latar belakang pelajar dan matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam BM dapat
membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada dari segi
kefahaman pelajar atau meningkatkan kemahiran bahasa mereka.

11.0 DEFINISI OPERASIONAL

Bahagian ini menerangkan definisi operasional dalam kajian ini. Definisi operasional
diperlukan bagi mentakrif istilah utama yang digunakan dalam kajian ini. Definisi ini juga
membantu pembaca-pembaca untuk memahami perbezaan maksud istilah dalam konteks
pemahaman umum dengan konteks istilah dalam kajian ini.

9
11.1 DEFINISI CERPEN

Menurut Roselan (2003), cerpen ialah kependekan atau akronim daripada “cerita pendek”,
merupakan satu daripada ragam kesusasteraan. Seperti genre sastera yang lain- sama ada puisi,
novel dan drama- cerpen ialah karya fiksyen atau cereka yang menggunakan wahana bahasa
kreatif-imaginatif untuk menghantar pengucapan pengarangnya kepada khalayak atau pembaca
sasaran”.

11.2 DEFINISI SINOPSIS

Menurut Roselan (2003), sinopsis merupakan huraian pendek yang memberi gambaran akan
keseluruhan karya atau ringkasan tentang perkara penting dalam buku atau disertasi atau
cerita.

11.3 DEFINISI TEMA

Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi tunjang
sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang
sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan (Roselan , 2003).

11.4 DEFINISI PERSOALAN

Persoalan merupakan perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh
pengkarya ataupun isi-isi sampingan yang membentuk idea puisi (Roselan , 2003).

11.5 DEFINISI NILAI

Menurut Roselan (2003), nilai ialah segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu,
bertaraf atau elok yang harus dijadikan contoh dan teladan.

11.6 DEFINISI LATAR

Latar ialah keterangan atau gambaran persekitaran yang berkaitan atau yang meliputi perihal
tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang terjadinya sesuatu peristiwa dalam
karya (Roselan , 2003). Terdapat tiga jenis latar iaitu, latar masa, latar tempat, dan latar
masyarakat.

10
11.7 DEFINISI WATAK

Watak ialah pelaku dalam sesebuah karya atau tokoh dalam cerita atau pendukung atau
pelakon yang memainkan peranan bagi menggerakkan atau menghidupkan sesebuah cerita
dalam sesebuah karya atau teks kesusasteraan. Manakala Perwatakan ialah gambaran sikap
watak dan sifat yang dimiliki oleh watak dalam sesebuah cerita atau yang menjadi pelaku
dalam karya itu waima secara fizikal atau luaran seperti cantik, tegap, gemuk, kurus, tinggi,
pendek, kaya, atau sihat, ataupun secara sifat dalaman watak atau perasaan seseorang seperti
pemarah, penyayang, amanah, jujur atau bertanggungjawab (Roselan , 2003).

11.8 DEFINISI PENGAJARAN

Menurut Roselan (2003), pengajaran ialah nilai yang menyaran individu atau yang mengajar
manusia supaya berbuat sesuatu yang baik, yang disenangi, dan yang diterima oleh setiap
anggota masyarakat dan agama meninggalkan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak
masyarakat.

11
12.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

12.1 Tahap persetujuan guru – guru Bahasa Melayu terhadap cerpen “Melawan Arus”

dijadikan sebagai teks dalam pengajaran Bahasa Melayu

Sebab – sebab cerpen “Melawan Arus” N Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai persetu
dijadikan sebagai teks dalam pengajaran Bahasa Melayu (S.P) juan

Cerpen “Melawan Arus” merupakan teks kesusasteraan Melayu 66 4.62 .490 Tinggi
yang sesuai sifatnya untuk dijadikan bahan bacaan pelajar. Cerpen
ini mampu membangkitkan minat dan kesedaran murid tentang
bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata,
frasa, ungkapan dan struktur ayat.

Teks cerpen ini juga memiliki gaya bahasanya yang sesuai untuk 66 4.67 .475 Tinggi
teks kesusasteraan Melayu.

Teks cerpen ini boleh meningkatkan kesedaran dan menghayati 66 4.72 .454 Tinggi
nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks kesusasteraan
Melayu klasik dan moden. Tambahan pula cerpen ini menggunakan
tema agama sebagai pendukung mesej yang ingin disampaikan.
Cerpen “Melawan Arus” membawa isi dan mesej yang sesuai dan 66 3.80 .755 Tinggi
mudah difahami oleh pelajar sekolah.

Mesej yang ingin dibawa oleh penulis dalam cerpen ini ialah 66 4.43 .500 Tinggi
tentang kepentingan agama, kepimpinan, dan amanah sebagai
khalifah Allah di muka bumi.

Disini pengkaji dapat merumuskan bahawa semua item mempunyai nilai min, nilai sisihan
piawai yang sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa kesemua 66 orang guru bahasa Melayu
tersebut telah bersetuju dan tahap persetujuan mereka berada pada tahap yang sangat tinggi
untuk menjadikan cerpen ‘Melawan Arus” ini dijadikan sebagai teks dalam pengajaran bahasa
Melayu.

12
12.2 Analisis Teks Sastera

Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih karya kesusasteraan genre cerpen untuk di analisis.
Cerpen yang dipilih untuk kajian ini ialah cerpen karangan Pahrol Mohamad Juoi, “Melawan
Arus”. Cerpen “Melawan Arus” merupakan salah satu cerpen daripada 15 cerpen yang
terkandung dalam buku kompilasi cerpen beliau, Revolusi (2014).

12.2.1 Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan perjuangan seorang tuk guru, iaitu Tuk Guru Saleh dalam menegakkan
panji Islam dalam perjuangannya. Tuk Guru Saleh mempunyai seorang sahabat lama yang
sama-sama berjuang iaitu Tuk Guru Imran. Tuk Guru Imran juga merupakan teman seguru Tuk
Guru Saleh sewaktu berguru dengan tuk guru mereka, Tukku Pulau Lebar yang akhirnya
bertukar menjadi lawan. Tuk Guru Saleh merupakan seorang yang berpegang teguh dengan
ajaran agama dan sangat bijak dalam mengatur strategi dakwahnya manakala Tuk Guru Imran
seorang yang terlalu mengikut nafsu amarahnya dalam menegakkan panji Islam.

Tuk Guru Imran mula beralih pendirian apabila ditangkap oleh Datuk Sagor dan dipenjarakan.
Namun, sejurus kemudian Tuk Guru Imran telah dibebaskan dan telah diangkat sebagai orang
kanan Datuk Sagor. Sementara itu, perjuangan Tuk Guru Saleh semakin diterima oleh
masyarakat dan pengaruhnya makin meluas. Oleh sebab itu, Datuk Sagor telah memulakan api
permusuhan dengan Tuk Guru Saleh dan telah memanggil Tuk Guru Imran serta Panglima
Jaguh untuk merencanakan rancangan menjatuhkan Tuk Guru Saleh. Jiwa Tuk Guru Imran
yang dikuasai oleh dendam telah berpakat dengan Panglima Jaguh untuk berpaling tadah
terhadap Datuk Sagor.

Cubaan Tuk Guru Imran untuk menangkap Tuk Guru Saleh menemui kegagalan. Panglima
Jaguh juga mula mempersoalkan kebenaran perjuangan Tuk Guru Imran. Nampaknya iman
Panglima Jaguh masih kuat kerana memilih kebenaran. Datuk Sagor akhirnya dibunuh oleh
orang-orang Panglima Jaguh menakala Tuk Guru Imran mati di tangan Panglima Jaguh sendiri.
Akhirnya perdamaian dicapai seperti yang dituntut rakyat. Rakyat Pulau Delima telah sepakat
sebulat suara untuk menyerahkan tampuk pemerintahan Pulau Delima kepada Tuk Guru Saleh.

13
12.2.3 Tema Cerpen

Tema cerpen “Melawan Arus” berkisarkan tentang perjuangan dan dilema seorang tuk guru
dalam menegakkan panji Islam dalam pemerintahan. Perjuangan menegakkan panji Islam oleh
Tuk Guru Imran dalam cerpen ini dapat dilihat dari awal cerpen hingga akhir. Sebagai contoh,
Tuk Guru Saleh pernah menyatakan bahawa Tuk Guru Imran masih lagi tidak bersedia dan
masih belum memerangi syaitan dan nafsu yang menguasai diri. Tuk Guru Imran menegaskan
bahawa cara Tuk Guru Imran bukan cara untuk menegakkan Islam.

12.2.4 Persoalan Cerpen

I. Persoalan berjihad melawan hawa nafsu yang menguasai diri. Persoalan ini dapat
dilihat apabila Tuk Guru Saleh menegaskan bahawa Tuk Guru Imran perlu melawan
syaitan dan nafsu yang menguasai diri sebelu turun berperang dengan Datuk Sador.
Bagi Tuk Guru Saleh, selagi tiada dalam kalangan mereka tidak ada yang melazimi
puasa siang dan sembahyang sunat pada waktu malam selagi itulah mereka belum
bersedia.

II. Persoalan memegang amanah yang diwarisi daripada guru. Persoalan ini dapat dilihat
apabila Tuk Guru saleh masih lagi mengajar masyarakat menggunakan kitab-kitab
yang diamanahkan oleh gurunya, Tukku Pulau Lebar. Namun begitu, usaha Tuk Guru
Saleh hanya dipandang sinis oleh sahabat sepengajiannya, Tuk Guru Imran.

III. Persoalan strategi berdakwah dan jihad yang digunakan oleh dua orang tuk guru. Hal
ini dapat dilihat melalui watak Tuk Guru Saleh dan Tuk Guru Imran. Tuk Guru Saleh
seorang yang sangat bersabar dalam menyebarkan dakwahnya manakala Tuk Guru
Imran seorang yang inginkan hasil yang segera dan jiwanya dikuasai oleh nafsu
amarah. Tuk Guru Saleh lebih suka menggunakan sikap, tindakan, dan hasil kerja yang
bermanfaat dalam berjihad manakala Tuk Guru Imran memilih senjata dan kuasa
untuk memerangi kebatilan.

14
IV. Persoalan pemimpin yang jahil dan mungkar. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak
Datuk Sagor yang begitu rakus memerintah sehingga menidakkan hukum-hukum
Allah untuk tertegak di Pulau Delima. Datuk Sagor juga telah merancang untuk
menjatuhkan Tuk Guru Saleh selepas pengaruh Tuk Guru Saleh semakin meluas.

V. Persoalan kesetiaan, ketaatan, dan kepercayaan kepada agama. Persoalan ini


memperlihatkan Tuk Guru Saleh yang begitu taat mengikut ajaran agama dalam
berjihad dan mempunyai iktikad yang kuat. Tuk Guru Saleh sangat menjaga solat 5
waktunya sehinggakan ketika berada di dalam penjara Datuk Sagor, Tuk Guru Saleh
tidak meninggalkan solat dan percaya akan pertolongan daripada Allah. Manakala
iktikad Tuk Guru Imran sudah lemah dikuasai oleh nafsu marah dan dendam terhadap
Datuk Sagor dan Tuk Guru Saleh.

12.2.5 Nilai Cerpen

I. Nilai ketaatan dan kesetiaan pada agama.

Nilai ini dapat dilihat apabila Tuk Guru Saleh berpegang kuat pada iktikadnya dan
percaya kepada pertolongan Allah. Tuk Guru Saleh tidak berhenti menunaikan
kewajipannya sebagai hamba Allah walaupun ditimpa kesusahan. Contohnya semasa
Tuk Guru Saleh ditangkap dan dipenjarakan, beliau tetap menunaikan solat.

II. Nilai amanah terhadap amanah yang diterima.

Nilai ini dapat dilihat apabila Tuk Guru Saleh masih lagi mengajar masyarakat
menggunakan kitab-kitab yang diterima daripada Tukku Pulau Lebar.

III. Nilai menegakkan kebenaran.

Nilai ini dapat dilihat apabila Panglima Jaguh yang pada awalnya diperalat oleh Tuk
Guru Imran memilih untuk beralih arah apabila mengetahui niat jahat Tuk Guru Imran.
Bagi Panglima Jaguh, dia berketuakan kebenaran.

IV. Nilai kesabaran dalam berdakwah.

Nilai ini dapat dilihat melalui strategi yang digunakan oleh Tuk Guru Saleh dalam
menyebarkan dakwahnya. Akhirnya, sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal,
perjuangannya semakin diterima rakyat.

15
12.2.6 Latar Cerpen

I. Latar masa: Latar masa bagi keseluruhan cerpen tidak dinyatakan dengan jelas.
Contoh latar masa yang terdapat dalam cerpen ialah seperti, “Sekali-sekala di
dalam gelap muncul wajah Tuk Guru Imran, sahabat sepengajiannya waktu
menuntut ilmu dengan Tukku Pulau Lebar”.

II. Latar masyarakat: Masyarakat melayu yang beragama Islam yang tinggal di
kampung-kampung dalam Pulau Delima. Pemimpin-pemimpin agama yang
berjuang menegakkan Islam.

III. Latar tempat: Istana Delima

Fokus latar tempat: Tuk Guru Imran dan Panglima Jaguh telah melancarkan
serangan dan rampasan kuasa telah bermula.

12.2.7 Watak dan Perwatakan Cerpen

I. Watak utama: Tok Guru Saleh Perwatakan:

a. Seorang tuk guru yang mengajar kitab-kitab agama.

b. Sudah berusia lebih 40 tahun.

c. Seorang yang taat pada agama.

d. Penyabar dan pandai mengatur strategi dakwah dalam berdakwah.

e. Istiqamah dalam perjuangan.

f. Cintakan akhirat lebih daripada cintakan dunia.

II. Watak antagonis: Datuk Sagor


Perwatakan:

a. Pemerintah Pulau Delima

b. Seorang pemerintah yang kejam dan zalim

16
c. Pemerintah yang gilakan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja
untuk berkuasa.

III. Watak dinamik: Tok Guru Imran


Perwatakan:

a. Pada mulanya merupakan seorang tok guru yang berjuang menegakkan


agama.

b. Seorang yang terikut-ikut oleh nafsu marah dan bertindak terburu-buru.

c. Menjadi orang Datuk Sagor.

d. Mengkhianati Datok Sagor untuk melunaskan dendamnya.

IV. Watak statik: Tukku Pulau Lebar dan


Jamil Perwatakan:

a. Tukku Pulau Lebar merupakan guru kepada Tok Guru Saleh dan Tok
Guru Imran.

b. Jamil merupakan anak murid kesayangan Tok Guru Saleh.

V. Watak bulat: Panglima Jaguh Perwatakan:

a. Panglima tentera Pulau Delima

b. Pada mulanya orang Datuk Sagor

c. Berpakat dengan Tuk Guru Imran untuk menggulingkan kerajaan kejam


Datuk Sagor.

d. Memutuskan pakatan dengan Tok Guru Imran setelah mengetahui

dirinya diperalatkan.

12.2.8 Pengajaran Cerpen

I. Kita hendaklah mengawal kehendak nafsu dan syaitan yang menguasai diri dalam
melakukan apa-apa pekerjaan, tindakan mahupun dalam memimpin dan berdakwah.
Contohnya dapat dilihat melalui dua pendekatan yang berbeza oleh Tuk Guru Saleh
dan Tuk Guru Imran. Tuk Guru Saleh mahu Tuk Guru Imran memerangi nafsu dan
syaitan dalam diri sendiri sebelum berperang dengan musuh yang zahir di hadapan
mata.

17
II. Kita perlu menunaikan tanggungjawab amanah yang diterima terutamanya amanah
dalam menyebarkan ajaran Islam. Tuk Guru Saleh sangat menjaga amanahnya dalam
berdakwah sehinggakan dirinya tidak terusik dengan perkara dunia seperti nafsu untuk
menjadi pemimpin. Bagi Tuk Guru Saleh, dia lebih suka berdakwah secara
berperingkat tetapi berkesan daripada bertindak menggunakan senjata dan kekerasan.
Tuk Guru Saleh masih lagi mengajar menggunakan kitab-kitab yang diwarisi daripada
gurunya, Tukku Pulau Lebar.

III. Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah. Walaupun Tok Guru Saleh
sedang dipenjara, dia tidak pernah meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, malah
dia redha jika mati dalam perjuangannya dengan harapan matinya itu di jalan Allah.
Tok Guru Saleh sangat tinggi iktikad dan kepercayaannya kepada janji dan
pertolongan Allah.

IV. Kesabaran penting dalam sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.
Persoalan ini cuba dibawa oleh watak Tok Guru Saleh. Dalam menyebarkan dakwah
dan ajaran agama, Tok Guru Saleh sangat mementingkan sikap dan tindakan
berbanding menggunakan kekuasaan dan senjata. Dakwah Tok Guru Saleh
dilakukakan secara berperingkat, dari satu kampung ke satu kampung yang lain
sehinggalah 40 buah kampung dalam Pulau Delima benar-benar mengikut acuan
agama.

V. Janganlah kita terburu-buru dalam membuat tindakan dan keputusan. Persoalan ini
dapat dilihat melalui Tok Guru Imran. Tok Guru Imran tetap berdegil untuk berperang
memerangi Datuk Sagor walaupun dirinya telah diberi amaran dan ingatan oleh Tok
Guru Saleh bahawa Tok Guru Imran masih lagi tidak bersedia untuk memerangi
musuh zahir. Akhirnya, serangan yang dilancarkan Tok Guru Imran menemui
kegagalan dan dirinya telah ditangkap serta dipenjarakan.

13.0 PEMIKIRAN PENULIS

Penulis membawa pendekatan ‘memanusiakan’ manusia dalam pemikirannya dan


diterjemahkan dalam cerpen beliau. Penulis ingin menunjukkan bahawa ada manusia yang
bukan manusia iaitu pada jiwanya. Maksud bukan manusia pada jiwanya ialah apabila
seseorang manusia itu buta mata hatinya (kerana meminggirkan agama), manusia akan menjadi
lebih hina daripada haiwan.

18
Selain itu, penulis telah membawa pembaca merasai setiap arus yang terpaksa dihadapi oleh
pejuang Islam sepanjang zaman, terutamanya pada cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui di
akhir zaman ini. Arus itu sama ada dalam bentuk sistem yang telah lama bertapak kukuh atau
individu dominan yang menjadi pendukung sistem tersebut. Tidak kira setinggi mana ilmu,
sebanyak mana harta atau sebesar mana kuasa, jika kita tidak berpegang kepada prinsip Islam
yang syumul , umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular.

Seterusnya, penulis cuba memaparkan pemikirannya tentang ulama yang berfikiran sekular rela
menjahanamkan agama atas nama agama. Mereka gadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam
atas alasan toleransi dan bersifat sederhana. Cerpen yang ditulis bukan untuk satu sayembara
atau diskusi ilmiah. Namun ia ditulis sebagai landasan berfikir dalam takah-takah menuju
tertegaknya agama Allah. Bicara mudah seperti ini sesuai untuk dihadam segera dan diluahkan
dalam bentuk praktik. Sindiran telus tanpa selindung-selindung ini menggambarkan betapa
penulis ingin benar berterus terang atas permasalahan yang dirasakan sangat kritikal.

14.0 KESIMPULAN

Cerpen “Melawan Arus” bersifat polos dan telus kerana mungkin nilai estetikanya tidak seperti
cerpen-cerpen cinta mahupun cerpen lain. Namun sifat terus terang yang cuba disampaikan
penulis itulah yang perlu dicermati dan diamati. Sudah sampai masanya karya-karya seperti ini
diangkat ke peringkat yang lebih bersifat intelek kerana melihatkan situasi kini yang
menunjukkan kelemahan dan kekurangan sifat jati diri dalam kalangan pelajar.

Cerpen “Melawan Arus” juga merupakan naskah yang patut dibaca bukan sahaja oleh remaja
atau pelajar, bahkan golongan dewasa mahupun segenap lapisan masyarakat. Mesej yang
dibawa tentang agama, dan isu kepimpinan merupakan satu kupasan isu yang semakin menjadi
persoalan dalam kehidupan seharian masyarakat di negara kita.

19
BIBLIOGRAFI

Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan (2nd
edition). Mcgraw-Hill Education.

Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research. Prentice Hall.

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods


Approaches (4th Edition). Sage.

Cheang, S. C. (2019). "Satu Penelitian Strukturalis Terhadap Sastera Indie Terpilih: A


Structural Research Of Indie Literature Through Selected Novels. Jurnal Gendang
Alam (GA).

Hikmah Uswatun Ummi & Indrya Mulyaningsih. (2016). Penerapan Teori Konstruktivistik Pada
Pembelajaran Bahasa Arab Di Iain Syekh Nurjati Cirebon. Journal Indonesian Language
Education and Literature, 1 (1).

Harun Aminurrashid. (1966). Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu. Pustaka Melayu.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan Guru Sekolah: Satu
Penilaian. (Tesis Kedoktoran). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Modul Kursus Peningkatan Profesional Guru


Bahasa Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013- 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-


2010). Edisi Pelancaran PIPP 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Marida, A. (2005). Kesesuaian novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Universiti Putra Malaysia.

20
Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan, Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Samaran, P. D., et al. (2018). "Analisis Struktural Novel O Karya Eka Kurniawan." Jurnal
Ilmiah KORPUS 2(3): 310-316.

21

You might also like