You are on page 1of 27

KAEDAH PENYEDIAAN

PROPOSAL PENYELIDIKAN
DALAM BIDANG FALSAFAH
BAHASA ATAU PENDIDIKAN
BAHASA
MAKSUD PROPOSAL
PENYELIDIKAN
Proposal atau kertas cadangan ialah
penjelasan ringkas tentang beberapa
perkara yang ingin dimaklumkan atau
pelan tindakan penyelidik tentang projek
kajian yang akan dilaksanakan.
Proposal disediakan sebelum sesuatu
kajian itu dijalankan.
Tujuan utama penyediaan proposal:
•Sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan
bermula daripada mengenal pasti permasalahan kajian,
menetapkan objektif yang ingin dicapai, pembentukan
metodologi, pengumpulan data dan penganalisaan
data.

•Sebagai kontrak antara penyelidik dengan agensi atau


institusi yang mengarahkan menjalankan penyelidikan.
Pemantauan perjalanan penyelidikan, tahap
perlaksanaan dan bajet dilakukan berdasarkan proposal
yang dipersetujui.
1. TAJUK KAJIAN
CONTOH 1
“Falsafah Pendidikan Bahasa: Kajian Tentang Konsep
dan Pelaksanaannya di Malaysia dengan Rujukan
Khusus kepada Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah
Menengah” yang telah ditulis oleh Awang Sariyan pada
tahun 1997.
CONTOH 2
“Falsafah Bahasa dalam Konteks
Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia:
Satu Kajian Semula” tulisan Mohd
Rashid Md Idris.
2. PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian merupakan isu


atau masalah yang ingin dikaji dalam
penyelidikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengkaji untuk
menyampaikan permasalahan kajian. Contohnya :
1. Menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks
penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
2. Menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati
bahawa isu atau masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan
dan kelebihan.
3. Menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan
luar negara yang berkaitan.
4. Menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu atau masalah
yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan, masalah, kekangan yang
dihadapi dan penyelesaian yang mungkin boleh digunakan.
5. Menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario
yang dibincangkan untuk mengatasi isu atau masalah yang
dihadapi.
Menurut Mohd Rashid Md Idris, beliau memilih tajuk
penulisan kajian “Falsafah Bahasa dalam Konteks
Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Kajian Semula”
kerana beliau ingin membuat perbandingan dengan kajian
terdahulu yang dilaksanakan oleh Awang Sariyan.

Mohd Rashid berusaha untuk membandingbezakan


pelaksanaan falsafah bahasa dengan memfokuskan pengisian
sukatan pelajaran Bahasa Melayu serta strategi pengajaran dan
pembelajarannya. Permasalahan ini dipilih adalah untuk
melihat sebarang perubahan atau penambahbaikan dalam
aspek pelaksanaan atau amalan pendidikan Bahasa Melayu.
3. KEPENTINGAN KAJIAN

Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian


bermaksud adakah kajian berkenaan berguna kepada
mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan
selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk
kepentingan pihak tertentu.
Kajian-kajian berkaitan falsafah bahasa yang
dilaksanakan mempunyai beberapa kepentingan kepada
beberapa pihak seperti :
4. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah matlamat khusus yang hendak
dicapai daripada penyelidikan. Objektif yang dirangka
seharusnya mengambil kira tiga faktor :

1. Kemampuan dan kepakaran penyelidik.


2. Kos pengendalian penyelidikan.
3. Jangka masa penyelidikan.
Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh
pengkaji dalam kajian falsafah bahasa ini
ialah :

1.Dapat mengetahui makna dan huraian terperinci mengenai


falsafah bahasa.

2.Dapatmemberi pendedahan kepada guru-guru lain


khususnya guru-guru Bahasa Melayu dalam memahami dan
menghayati falsafah bahasa di sebalik pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

3.Dapat menterjemah gagasan murni yang terdapat dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengenai potensi
Bahasa Melayu sepanjang zaman melalui reformasi yang
dinyatakan dalam sukatan pelajaran sekolah menengah.
4. BATASAN KAJIAN
Menurut Amir Hasan Dawi (2006),
batasan kajian memberitahu tentang had-
had atau ‘kekurangan’ kajian.
Proposal penyelidikan dalam bidang falsafah bahasa atau
pendidikan bahasa ini hanya terbatas kepada falsafah
pendidikan bahasa yang hanya dilihat melalui sukatan
pelajaran sekolah menengah bagi subjek Bahasa Melayu
sahaja.

Perbandingan dibuat melalui semakan semula huraian


sukatan pelajaran berpandukan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah tahun 1988 dengan tahun 2002 sahaja.

Penyemakan semula atau perbandingan ini hanya


menyentuh perbandingan kajian terhadap reformasi
sukatan dan huraian sukatan sahaja.
5. TINJAUAN LITERATUR
Tinjauan Literatur dapat meningkatkan
kefahaman:
•Konsep dan teori berkaitan
•Isu-isu utama
•Dapatan kajian lepas tempatan dan luar negara
•Keperluan semasa
•Metodologi kajian lepas
•Kajian masa depan dan hala tuju
•Meningkatkan tahap profesionalisme pengkaji
Tinjauan literatur dalam kajian
falsafah bahasa
Membincangkan kajian lepas yang
berkaitan dengan falsafah pendidikan
bahasa Melayu dan sejarah
perkembangannya di Malaysia.
Pengkaji akan membuat kupasan daripada
buku-buku, tesis, jurnal-jurnal bahasa,
majalah bahasa dan sebagainya.
6. DEFINISI KONSEP

•Memberi tafsiran konsep-konsep penting. 


•Memberikan penjelasan dan pemahaman
kepada pengkaji dan pembaca.
•Memberikan definisi istilah yang dirasakan
penting dan berkaitan.
•Definisi berdasarkan rujukan kamus
sosiologi,ensiklopedia, buku dan bahan
ilmiah(sekurang-kurangnya tiga).
Definisi konsep dalam kajian
falsafah bahasa
•Konsep Falsafah
Hashim Hj Musa (1994) menjelaskan
falsafah sebagai kajian secara renungan
dan spekulatif terhadap punca, keadaan
dan sifat seluruh pengetahuan manusia
yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang
pengetahuan manusia.
•Konsep bahasa
Asmah Hj Omar (1983), tidak terdapat satu
makna khusus mengenai bahasa kerana
ada yang melihatnya sebagai lambang
atau kod, dan ada pula yang
mendefinisikannya sebagai sistem atau
alat sahaja, iaitu sebagai alat komunikasi,
alat pemikiran, alat penglihatan dunia dan
berbagai-bagai lagi.
•Konsep Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa adalah gabungan daripada kajian
falsafah dan kajian bahasa atau linguistik.
Falsafah bahasa secara umumnya meneliti
hubungan antara bahasa dengan ilmu
pengetahuan manusia, proses berfikir,
pandangan dunia, dan realiti kewujudan
manusia dalam erti kata menilai bahasa sebagai
satu alat perhubungan, perakaman, penimbunan,
pewarisan dan sebagai lambang atau simbolik.
7. METODOLOGI KAJIAN
• Kamus Dewan Edisi Ketiga, metodologi
bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan,
disiplin dan sebagainya.
• Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul,
metodologi merupakan perkara penting yang
memandu seseorang pengkaji melakukan
penyelidikannya dengan lebih berkesan.
• Menerangkan segala prosedur yang terlibat
semasa melaksanakan kajian bermula daripada
reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian,
responden kajian, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan dan penganalisisan data.
Metodologi dalam kajian falsafah
bahasa
• Pengkaji memilih untuk melaksanakan
kaedah kualitatif, iaitu dengan
memfokuskan kajian perpustakaan untuk
menganalisis dan menyiapkan kertas
projek tersebut.
• Pengkaji mendapatkan maklumat melalui
pembacaan buku, buku teks pelajar,
jurnal, kertas kerja seminar, internet dan
bahan utamanya adalah Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu KBSM 2002.
KESIMPULAN
Proposal penyelidikan amat penting
kepada pengkaji bagi memudahkan proses
kajian nanti.
Proposal penyelidikan dapat membantu
pengkaji melihat dengan lebih jelas
kehendak dalam kajian daripada pelbagai
aspek seperti objektif kajian,
permasalahan kajian, kepentingan kajian,
batasan kajian, tinjauan literatur, definisi
konsep dan metodologi kajian.

You might also like