You are on page 1of 8

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Boleh Menarik Minat Murid

Dalam Bilik Darjah

Oleh

WONG POH TIEN


M20131000275
Falkulti Bahasa Dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak

1.0 Pendahuluan

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh
kemajuan pesat TMK. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia
tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep
perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan
sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion
keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21.
TMK memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan
pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Dengan penubuhan MSC,
wawasan TMK ialah memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif
sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang
berlaku disebabkan kemajuan TMK memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di
samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat
profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward &
Peppard (2003), TMK merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan
networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers,
kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.

TMK dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk
memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat
melalui media elektronik. Pada hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek
kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap
dunia akan datang (Robertson, 1998). Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa
integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam
menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar.
Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru
WONG POH TIEN [M20131000275] 1
menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi
ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi TMK dalam P&P bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.
Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu
mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan
TMK dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian.

Apabila merujuk kepada penjelasan yang diterangkan di atas, maka jelas TMK mempunyai
makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan TMK tersebut tidak
lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh
ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu ditegaskan bahawa TMK yang dimaksud dalam
huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang
computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Dalam tugasan ini penulis akan membincangkan pendekatan dengan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi boleh menarik minat murid dalam bilik darjah.

2.0 Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan


Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru
untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran
ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan
pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai
pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data
dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan
dalam teknologi akan melahirkan pelajar  yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki
alam pekerjaan
Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail
pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding
dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan
murid  ‘field independent’. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka
secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang

WONG POH TIEN [M20131000275] 2


belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham
seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan
ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang
menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.
Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak 70%
dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkan
dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca
hanya 10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya
ingatan seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:
1. 20% daripada apa yang mereka baca.
2.  30% daripada apa yang mereka dengar.
3.  40% daripada apa yang mereka lihat.
4.  50% daripada apa yang mereka sebut.
5.  60% daripada apa yang mereka buat.
6.  90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga
murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui
portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan  atau luar, guru dan murid
dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya
menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka
boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa
dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang
diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).

3.0 Elemen-elemen Yang Terdapat Dalam TMK

3.1 Teks 
Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan
bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi.
Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang
ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000).
Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran
sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam

WONG POH TIEN [M20131000275] 3


multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna.
Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada
pelajar dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media
utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian
sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan
teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh dipindahkan ke mana‐mana
sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari
Internet.

3.2 Grafik
Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan
informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta
menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup.
Disamping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang
tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat
memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti
lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu
maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang penting
dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian maklumat melalui proses
pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.

 3.3 Audio
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan,
seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu
meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap
sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada
pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik
minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio. Menerusi
audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik
perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman
pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai
sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang

WONG POH TIEN [M20131000275] 4


lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar
dalam sesebuah mata pelajaran.

3.4 Video
Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia
merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan
sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi
dan sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak
persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang
besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video
digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu
yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.

3.5 Animasi
Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga
membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu
menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu
keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan
animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak
sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.

3.6 Interaktif
Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan
kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya
mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan
bagaimana ia dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu
maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri.
Dengan menyepadukan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia di atas melalui
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka akan dapat meningkatkan
pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Kerana penggunaan
multimedia dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menciptakan

WONG POH TIEN [M20131000275] 5


proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan timbal balik antara guru dan
pelajar dan juga antara sesama pelajar. Proses pembelajaran interaktif yang dijalankan
hendaklah dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya inspirasi pada
pelajar untuk memunculkan idea baru, mengembangkan inisiatif dan kreativiti. Guru perlu
berusaha menciptakan proses pembelajaran yang menyeronokan, menjadikan pelajar merasa
nyaman, selesa dan asyik untuk mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi
bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan
objektif pembelajaran.

4.0 Bagaimana TMK boleh menarik minat murid dalam bilik darjah
Unit Komputer dalam Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia (2001) menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat daripada dua aspek
iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid
menggunakan ICT). Dalam pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dilakukan
dalam bebagai kaedah pembelajaran:

4.1 Pembelajaran Tutorial


Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori di mana  guru
menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang
ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem.
Peralatan TMK yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan
perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.
Diantara pelbagai kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:
1)      E–mail (Mel Eletronik)
2)      Internet Relay Chat (IRC)
3)      Telnet
4)      Kumpulan Diskusi dan Berita
5)      File Transfer Protocal (FTP)
6)      Googel
7)      E-group
8)      E-book
9)      E-journal

WONG POH TIEN [M20131000275] 6


10)  Facebook
11)  E-learning
12)  Eksiklopedia bebas

4.2 Pembelajaran Penerokaan (exploratory)


Penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk :
a.  Mencari dan mengakses maklumat dari CD ROM, internet, portal  maklumat dll
b. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
c. Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal  oleh murid

Pendekatan ini menyokong pendekatan konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang


memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan yang
dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh, di dalam kelas geografi, boleh merujuk
kepada World Facts Books di laman web Central Intellegince Agency (CIA) atau merujuk
kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.

4.3 ICT Sebagai Alat Aplikasi


ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan  tugasan pembelajaran
bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P.  Contohnya, penggunaan
perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan
karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Ini termasuklah
perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD) yang
membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

4.4 ICT Sebagai Alat Komunikasi


TMK sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan
guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam
pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video
dan kombinasi pelbagai mod. Salah satu daripada model pengajaran terkini yang mengambil
peluang daripada TMK sebagai alat pemudah komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.
Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang dapat diaplikasikan
seorang guru dalam menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan alat TMK dalam

WONG POH TIEN [M20131000275] 7


bilik darjah agar P&P berlansung lebih menarik dan menyeronokkan.

5.0 Penutup
Integrasi TMK dalam P&P dapat  memperkenalkan, mengukuh dan menambah kemahiran
kepada guru selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
Selain itu, integrasi TMK dalam P&P di kalangan guru akan memberi kesan baik dan positif
kepada imej guru tersebut dalam mengintegrasikan TMK dalam P&P. Disamping itu,kaedah-
kaedah yang baru dalam proses P&P bilik darjah serta dapat membantu mengatasi
kelemahan-kelemahan pelajar yang lebih berminat dengan berbagai stail gaya belajar masing-
masing mereka. Namun begitu harus diingat, walaupun TMK memberi pelbagai manfaat, kita
tidak seharusnya terlalu bergantung pada TMK, peranan guru tidak lagi berkesan dan akan
wujud sikap individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru sebagai
pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini perlu dilihat dalam
konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau perhubungan dan interaksi antara
dua akal, jiwa hati dan peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan
menjamin kejayaan sebenarnya.

Rujukan

Adenan Ayob et. al.(2011). Multimedia dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PERAK:
Emeritus Publications

Mashudi Bin Bahari,Abdul Rahman Bin Chee Ngah & Mohd Hata Bin Abu Bakar, 2012.
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan. KUALA LUMPUR:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohammed Zin Nordin & Mohd Taib Ariffin (2012). Kemahiran Komunikasi. PERAK:
Emeritus Publication.

WONG POH TIEN [M20131000275] 8

You might also like