You are on page 1of 6

Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa Kali Ke-3, 29-31 Oktober 2008,

Universiti Sains Malaysia.


Peranan Terjemahan dalam Penguasaan Kosa Kata Bahasa Malaysia dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Beraliran Cina

Goh Sang Seong (PhD)


Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia.
gohss@usm.my, gsangseong@yahoo.com

Pendahuluan

Terjemahan ialah hasil daripada aktiviti penyampaian makna dan maklumat


daripada satu bahasa (bahasa sumber) ke dalam satu bahasa yang lain (bahasa
sasaran). Justeru, terjemahan bukan sahaja memainkan peranan sebagai
pengembang serta penyebar ilmu dan maklumat, malah turut memikul tugas
sebagai pelengkap dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa bukan ibunda.

Makalah ini melaporkan dapatan daripada kajian awal tentang peranan


terjemahan dalam usaha membantu pelajar sekolah beraliran Cina untuk
menguasai kosa kata bahasa Malaysia. Kajian awal ini bertujuan untuk meneliti
sejauhmanakah terjemahan bahasa Mandarin dapat membantu pelajar
menguasai kosa kata bahasa Malaysia. Untuk itu, satu perbandingan antara
pencapaian responden dalam menjawab soalan kosa kata tanpa bantuan
terjemahan dan dengan bantuan terjemahan dijalankan.

Sebanyak 3 kelas tingkatan 3 dari Sekolah Menengah (Jenis Kebangsaan)


Chung Ling, Pulau Pinang telah dipilih untuk menjalankan kajian ini. Setiap kelas
mewakili tahap pencapaian akademik yang berlainan, iaitu kelas A, B dan C.
Seramai 104 orang pelajar menjadi responden dalam kajian ini, iaitu 41 orang
dari tingkatan 3A2, 33 orang dari tingkatan 3B1 dan bakinya 30 orang dari
tingkatan 3C3.

Sebanyak 10 soalan beraneka pilihan dalam bahagian morfologi dipilih daripada


soalan-soalan tahun lepas PMR tahun 2000 hingga 2006 (Lampiran 1) untuk
dijadikan sampel soalan bagi menguji penguasaan kosa kata responden. Soalan-
soalan yang dipilih terdiri daripada soalan yang menguji penguasaan kosa kata
daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata ganda.
Golongan kata ini mempunyai makna semantik. Soalan yang menguji kata
tugas , iaitu golongan kata yang tidak mempunyai makna semantik tidak dipilih.
Responden diberi dua set soalan yang sama. Setiap set soalan terdiri daripada
10 soalan beraneka pilihan. Salah satu set soalan jawapannya disertakan
padanan bahasa Mandarin. Padanan yang diberikan ialah padanan yang
didapati terus daripada kamus dwibahasa. Tidak ada konteks penggunaan yang
diberikan. Peruntukan masa untuk menjawab setiap set soalan ialah 15 minit.

1
Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa Kali Ke-3, 29-31 Oktober 2008,
Universiti Sains Malaysia.
Jawapan yang diberikan oleh responden kemudiannya dijadikan data kajian.
Penelitian data dijalankan dengan analisis deskriptif.

Dapatan Kajian

Jadual 1A-C berikut menunjukkan jumlah pelajar setiap kelas yang berjaya
menjawab setiap soalan.

No. soalan Tanpa Padanan Dengan Padanan Perbezaan Peratusan


1 27 (67%) 34 (83%) +16 %
2 39 (95%) 40 (98%) +3%
3 34 (83%) 37 (90%) +7%
4 32 (78%) 40 (98%) +20%
5 33 (80%) 41 (100%) +20%
6 8 (20%) 9 (22%) +2%
7 14 (34%) 36 (88%) +54%
8 29 (71%) 38 (93%) +22%
9 12 (29%) 35 (85%) +56%
10 37 (90%) 26 (63%) -27%
Jumlah Responden: 41 orang

Jadual 1A: Bilangan Pelajar Tingkatan 3TA2 Yang Berjaya Menjawab Setiap
Soalan

Secara keseluruhannya, 8 soalan yang disertakan padanan bahasa Mandarin


menunjukkan pencapaian prestasi yang tinggi, iaitu melebihi 80%, manakala
bilangan soalan yang menunjukkan pencapaian prestasi yang melebihi 80%
dalam set soalan yang tidak berpadanan bahasa Mandarin hanya 4. Pencapaian
setiap soalan menunjukkan peningkatan peratusan apabila padanan dalam
bahasa Mandarin disertakan dalam soalan kecuali soalan 10 yang menunjukkan
penurunan peratusan pencapaian. Walaupun padanan dalam bahasa Mandarin
telah diberikan dalam kertas soalan bagi soalan 10, pencapaian pelajar tidak
menampakkan kemajuan yang memberangsangkan. Bagi soalan 6 pula,
pencapian pelajar bagi soalan yang disertakan padanan dalam bahasa Mandarin
tidak memaparkan peningkatan prestasi yang tinggi. Hal ini adalah kerana
kedua-dua soalan 6 dan 10 adalah tentang kata adjektif dan kata kerja yang
mendukung makna kolokasi. Oleh itu, padanan denotasi dalam bahasa Mandarin
tidak banyak membantu pelajar, malahan mengelirukan pelajar kerana padanan
bagi jawapan pilihan tersebut tidak menampakkan perbezaan yang ketara dalam
bahasa Mandarin.

2
Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa Kali Ke-3, 29-31 Oktober 2008,
Universiti Sains Malaysia.
No. soalan Tanpa Padanan Dengan Padanan Perbezaan Peratusan
1 7 (21%) 14 (42%) +21%
2 30 (91%) 32 (97%) +6%
3 17 (52%) 28 (85%) +33%
4 26(79%) 32 (97%) +18%
5 15 (45%) 27 (82%) +37%
6 6 (18%) 8 (24%) +6%
7 27 (82%) 32 (97%) +15%
8 32 (97%) 32 (97%) 0%
9 10 (30%) 25 (76%) +46%
10 21 (64%) 15 (45%) -19%
Jumlah Responden: 33 orang

Jadual 1B: Bilangan Pelajar Tingkatan 3TB1 Yang Berjaya Menjawab Setiap
Soalan

Daripada Jadual 1B, pencapaian prestasi bagi 6 soalan yang diberikan padanan
bahasa Mandarin mencecah 80%. Pencapaian yang sama dalam set soalan
yang tidak berpadanan bahasa Mandarin hanyalah melibatkan 3 soalan.
Peningkatan pencapaian bagi 8 soalan yang disertakan terjemahannya
menunjukkan bahawa padanan dalam bahasa Mandarin banyak membantu
pelajar menjawab soalan yang menguji penguasaan kosa kata. Soalan 8 tidak
memaparkan sebarang perbezaan dalam pencapaian kedua-dua set soalan
tersebut. Keadaan ini demikian kerana pelajar sudah sedia memahami kosa kata
berkenaan. Pencapaian soalan 10 bagi soalan tanpa padanan kelihatan lebih
tinggi daripada soalan dengan padanan. Hal ini menunjukkan bahawa padanan
dalam bahasa Mandarin tidak memadai untuk membantu pelajar menjawab
soalan yang kosa katanya mendukung makna kolokasi.

No. soalan Tanpa Padanan Dengan Padanan Perbezaan Peratusan


1 8 (27%) 12 (40%) +13%

3
Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa Kali Ke-3, 29-31 Oktober 2008,
Universiti Sains Malaysia.
2 27 (90%) 28 (93%) +3%
3 10 (33%) 26 (87%) +54%
4 27 (90%) 30 (100%) +10%
5 20 (67%) 27 (90%) +23%
6 2 (7%) 1 (3%) -4%
7 19 (63%) 28 (93%) +30%
8 19 (63%) 28 (93%) +30%
9 2 (7%) 20 (67%) +60%
10 17 (57%) 14 (47%) -10%
Jumlah Responden: 30 orang

Jadual 1C: Bilangan Pelajar Tingkatan 3TC3 Yang Berjaya Menjawab Setiap
Soalan

Jadual 1C menunjukkan bahawa hampir kesemua soalan dapat dijawab dengan


lebih baik apabila padanan bahasa Mandarin disertakan dalam soalan.
Sebanyak 6 soalan yang disertakan terjemahan mencapai prestasi 80% ke atas,
manakala soalan yang tidak diberikan terjemahan hanya ada 2 sahaja yang
pencapaiannya melebihi 80%. Perbezaan peratusan pencapaian menunjukkan
bahawa soalan 6 dan soalan 10 yang memerlukan pengetahuan tentang konteks
penggunaan kata, terjemahan tidak membantu.

Jadual 2 merumuskan pencapaian ketiga-tiga kelas ini. Pencapaian bagi setiap


soalan menampakkan kemajuan dengan adanya terjemahan. Secara puratanya,
peratusan pencapaian bagi 9 soalan (soalan 1 - soalan 9) menunjukkan
peningkatan 22%. Sebanyak 6 soalan dengan padanan menunjukkan
pencapaian melebihi 80%, manakala hanya 2 soalan tanpa padanan yang
menunjukkan pencapaian melebihi 80%. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa tahap akademik tidak banyak mempengaruhi penguasaan kosa kata
bahasa Malaysia. Padanan dalam bahasa Mandarin membantu pelajar
menguasai kosa kata bahasa Malaysia tanpa mengira tahap pencapaian
akademik mereka. Ternyata terjemahan bahasa Mandarin bagi setiap kosa kata
yang diuji banyak membantu pelajar dari sekolah beraliran Cina untuk menjawab
soalan dengan baik. Terjemahan dapat meningkatkan prestasi pencapaian
pelajar.

No. soalan Tanpa Padanan Dengan Padanan Perbezaan Peratusan


1 42 (40%) 60 (58%) +18%

4
Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa Kali Ke-3, 29-31 Oktober 2008,
Universiti Sains Malaysia.
2 96 (92%) 100 (96%) +4%
3 61 (59%) 91 (88%) +29%
4 85 (82%) 102 (98%) +16%
5 68 (65%) 95 (91%) +26%
6 16 (15%) 18 (17%) +2%
7 60 (58%) 96 (92%) +34%
8 80 (77%) 98 (94%) +17%
9 24 (23%) 80 (77%) +54%
10 75 (72%) 55 (53%) -19%
Jumlah Responden: 104orang

Jadual 2: Bilangan Pelajar Yang Berjaya Menjawab Setiap Soalan

Cadangan

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terjemahan bahasa Mandarin dapat


membantu pelajar meningkatkan pencapaian prestasi penguasaan kosa kata
bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah beraliran Cina. Kajian juga
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar ini sebenarnya mempunyai pengetahuan
tentang makna yang didukung oleh sesuatu kosa kata bahasa Malaysia. Yang
menjadikan mereka tidak dapat menjawab dengan baik adalah kerana
kelemahan penguasaan kosa kata dan bukan kelemahan penguasaan makna
kosa kata.

Oleh itu, peranan terjemahan adalah penting bagi membolehkan pelajar ini
menguasai kosa kata bahasa Malaysia. Dicadangkan supaya setiap kosa kata
yang diajarkan kepada pelajar disertakan padanannya dalam bahasa Mandarin.
Kaedah ini membolehkan pelajar menguasai kosa kata tersebut dengan lebih
mudah dan cepat. Kaedah penterjemahan literal boleh digunakan dalam
penterjemahan kosa kata yang mendukung makna konkrit atau denotasi.

Bagi kosa kata yang mendukung makna kolokasi atau makna konteks, kaedah
penterjemahan deskriptif adalah lebih sesuai. Terjemahan deskriptif akan
memberikan maklumat tentang penggunaan kosa kata dalam konteks yang
berbeza.

Dapatan kajian ini juga boleh dimanfaatkan untuk mereka rangka pengajaran
dan pembelajaran kosa kata bahasa Malaysia. Berikut dikemukakan kaedah
mengajar kosa kata bahasa Malaysia kepada pelajar dari sekolah beraliran Cina:

Kenal pasti kosa kata

5
Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa Kali Ke-3, 29-31 Oktober 2008,
Universiti Sains Malaysia.

Sertakan terjemahan

Hafal

latih

Uji

10 kosa kata bahasa Malaysia dikenal pasti untuk diajarkan kepada pelajar
dalam tempoh seminggu. Setiap kosa kata disertakan terjemahannya dalam
bahasa Mandarin. Bagi kosa kata yang mendukung makna konotasi, kolakasi
dan konteks, keterangan lanjut perlu disertakan bersama dengan terjemahannya.
Kemudian, pelajar dikehendaki menghafal 10 kosa kata tersebut dalam tempoh
seminggu. Untuk memastikan penguasaan kosa kata pelajar selepas seminggu
menghafal, pelajar dikehendaki melatih diri dengan cara menulis kosa kata
tersebut dalam bahasa Malaysia selepas diberikan terjemahannya dalam bahasa
Mandarin secara lisan. Dengan kaedah yang sama diulangi 4 kali dalam sebulan,
pelajar dapat menguasai 40 kosa kata. Dengan berbekalkan jumlah kosa kata
yang tertentu, pelajar baharulah diuji penggunaan kosa kata tersebut melalui
ujian atau peperiksaan.

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dicapai melalui bantuan


terjemahan. Peranan terjemahan dalam penguasaan kosa kata bahasa Malaysia
dalam kalangan pelajar dari sekolah beraliran Cina adalah sepenting
penggunaan kamus. Dengan adanya bantuan terjemahan, ternyata penguasaan
kosa kata bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar dari sekolah beraliran Cina
akan mencapai tahap yang lebih cemerlang dari aspek kuantiti dan kualiti.

Rujukan:

Leech, Geoffery N. (1974). Semantics: The study of Meaning. London: Penguin Books Ltd..

Newmark, Peter (1981). Approaches to Translation. London: Ergamon Press Ltd..

Raminah Hj. Sabran et al. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

You might also like