You are on page 1of 2

Pemikiran Logik

1.Pemikiran logik adalah berfiir mencari jawapan kepada apa saja masalah/persoalan dengan
menggunakan otak yang perlu membuat penaakulan (ilmu logik iaitu sains penaakulan
='science of reasoning').

2.Salah satu definisi pemikiran adalah satu proses penyelesaian masalah.Pemikiran logik
adalah berfikir bagi menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang
ada,diproses,disimpulkan dan diambil berdasarkan bukti yang betul untuk diputuskan.

3.Pemikiran logik banyak diajar di sekolah dimana guru banyak mengaitkan sesuatu alasan
dalam menulis karangan,soalan matematik,membuktikan kajian dalam eksperimen dimakmal
dll.

4.Kaedah menanamkan pemikiran logik diperingkat persekolahan rendsh dan menengah ini
memberi gambaran bahawa logikal itu betul dan masyarakat menghargai logik sehingga tidak
mengetahui bahawa logik itu ada kalanya ianya mempunyai kelemahan dan kecacatan.

5.Menurut sejarah,tiga orang ahli pemikir Yunanai iaitu Socrates,Plato dan Aristotle
mempunyai pemikiran logik dan membawa hala tuju pemikiran iaitu mencari kebenaran
dimana penilaian menjadi asas penting bagi menentukan apa yang boleh diterima ataupn yang
patut ditolak.

6.Menurut Irving M Copi (1986) dalam bukunya 'Introduction to Logic',pemikiran logik ialah
keseluruhan proses membawa kepada keputusan melalui penaakulan yang berdasarkan bukti-
bukti yang jelas dan konkrit.Dalam hal ini,perkara penting ialah membuat keputusan atau
disebut jug sebagai kata akhir atau penamat.

7.Semua keputusan muktamat melalui pemikiran logik mesti dan hanya boleh dilakukan
berdasarkan bukti yang tidak boleh dipersoalkan yang mesti membantu otak membuat
oenaakulan yang betul.Penaakulan yan betul adalah mustahak kerana hasilnya adalah
keputusan yang tepat dan baik.

8.Ada tiga prinsip asas dalam mengenali logik iaitu:-

>>>1.Prinsip Identiti.....mengasaskan bahawa perkara yang nyata dan diterima pakai tidak
boleh diubah dan dipertiksikan lagi.Dalam hal ini penaakulan juga menjadi jelas dan tidak
keliru kerana fakta yang tepat.Tidak terdapat keadaan yang was-was lagi.Dalam proes
penaakulan,jika terjadi begitu maka ia telah memenuhi asas logik.
Asas kepada prinsip identiti ini ialah bahawa terdapat pernyataan yang selalunya betul dan
tidak boleh diubah-ubah lagi.Terdapat banyak pernyataan seoerti ini umoamanya 'matahari
terbit dusebekaph timur dan terbenam disebekah barat','api itu panas' dll.

>>>2.Prinsip yang mengeluarkan kedudukan tengah....prinsip ini menekankan bahawa setiap


pernyataan itu sama ada betul atau salah berasaskan bahaa satu benda itu mempunyai satu
nilai.'Orientasi dua-nilai' memberi gambaran bahawa satu benda itu sama ada hitam atau
putih,bahagian tengah (kedudukan ditengah) dikeluarkan.Satu pernyataan yang menyatakan
'benda itu hitam' tidak boleh disambung dengan 'benda itu putih'.Prinsip ini menolak
percanggahan.
Prinsip mengasingkan kedudukan tengah ini menegaskan bahawa satu pernyataan mesti
melihat sama ada benar atau salah.Sebagai contoh,'kertas buku ini berwarna putih'.Jika
pernyataan itu dipanjangkan 'kertas buku itu berwarna putih dan hitam',maka ia bercsnggsh
dengan prinsip logik.

>>>3.Prinsip kontradiksi.......dimana tidak ada pernyataan yang kedua-dua betul atau


salah.Dalam keadaan biasa tanpa melibatkan bidang mekanik atau ekonomi sesuatu
pernyataan mesti tidak boleh bercanggah antara satu dengsn ysng lan.Misalnya botol boleh
mengisi air dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk memasak dll.

9.Ketiga-tiga prinsip diatad membantu kita membuat penaakulan yang betul dalam pmikiran
logik.Ia menumpu kepada fikiran yang sistematik.Logik berkisar kepada proses
penilaian.Menilai sama ada sesuatu pernyatan ini betul atau salah.Betul diterima,salah
ditolak.

You might also like