You are on page 1of 5

lOMoARcPSD|8140305

Kaedah induktif - Grade: A

Falsafah Ilmu (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by Sua Rez (rezsua14@gmail.com)
lOMoARcPSD|8140305

Kaedah deduktif

Dari segi bahasa, perkataan deduktif atau deduksi berasal dari perkataan Latin
iaitu de (daripada) dan decure (memimpin ke arah) yang bermaksna memimpin
sesuatu kepada suatu ke suatu kesimpulan. Secara istilah, deduksi atau deduktif
bermaksud penalaraan daripada kesimpulan atau rumusan kepada kes-kes khusus
(Amsal Bakhtiar, 2004). Dari sudut sejarah, ia berkait rapat dengan logic klasik.
Dalam ilmu logic, perkara ini dinamakan silogisme atau kias. Silogisme atau kias
mengandungi tiga penyataan iaitu:

 Premis Minor
 Premis Major
 Kesimpulan

Dua penyataan pertama mengandungi unsur yang sama iaitu salah satu
daripadanya bersifat umum. Manakala penyataan yang ketiga akan memberi
kesimpulan iaitu kebenarannya adalah sama dengan kebenaran yang ada pada dua
penyataan sebelumnya.

Sebagai contoh:

1. Sayur-sayuran mempunyai vitamin


2. Vitamin baik untuk kesihatan
3. Sayur-sayuran baik untuk kesihatan

Silogisme bertolak kepada daripada bersifat umumkepada kes-kes khusus atau


daripada kesimpulan umum kepada kes-kes khusus. Segala ilmu rasional, kaedah
deduktif bertolak daripada penyataan umum yang mantap seperti teori atau aksiom
atau postulat kepda kes khusus secara apriori, bukannya secara aposteriori. Apriori
bermaksud kebenaran yang diterima pakai tanpa melalui proses pengalaman. Pada
prinsipya, aksiom dan postulat tidak berbeza. Pun begitu, ada pihak yang
membezakannya dengan mengatakan bahawa aksiom adalah kebenaran dasar
yang perlu dibuktikan. Aksiom lebih popular dalam bidang matematik dan mantik.
Pada prinsipnya, postulat (premis) dan aksiom (teori) adalah penyataan yang
dianggap benar.

Sebagai contoh:

Downloaded by Sua Rez (rezsua14@gmail.com)


lOMoARcPSD|8140305

1. Set semesta lebih besar daripada sebarang subsetnya (aksiom)


2. Alam ini ada (postulat). Postulat ini diterima dan dipercayai begitu secara
dengan apriori tanpa perlu dibuktikan lagi.

Kaedah deduksi sering digunakan dalam bidang matematik dan mantik. Strategi
deduktif juga digunakan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu
dan mengukuhkan teori-teori yang selebihnya. Prosedur strategi deduktif ialah
teori, hipotesis, ujian hipotesis dengan data dan yang terakhir ialah sangkal atau
sokong teori. Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju
kepada pengumpulan data. Data tidak hanya diperhatikan, sebaliknya
disesuaikan dengan teori awal yang telah dibina. Strategi deduktif menyokong
falsafah krikital rsionalisme yang dipelopori oleh Karl Popper. Pendekatan ini
bersifat krikital dan tidak taksub dengan teori-teori yang sedia ada tetapi rasional
dengan komitmen terhadap rukun-rukun logik.

Kaedah Induktif

Kaedah induktif adalah keterbalikan kepda kaedah deduktif. Ia adalah


penalaraan daripada kes-kes khusus kepada kesimpulan atau rumusan umum. Ia
merupakan sistem penalaraan yang menelaah prinsip-prinsip penyimpulan yang
sah dari sejumlah hal-hal yang khusus kepada kesimpulan yang bersifat
barangkali. Ia juga dikenali sebagai logik moden. Sebagai contoh, seorang
pemuda berminat untuk mengkaji mengenai pengaliran haba terhadap logam.
Pengkaji tersebut membuat kajian ke atas pelbagai logam iaitu perak, tembaga,
dan besi. Berdasarkan kajian, didapati bahawa semua logam mengalirkan haba
dengan baik. Kemudian, pengkaji itu membuat kesimpulan secara menyeluruh
bahawa semua logam adalah pengalir haba yang baik meskipun kajian
kanjiannya tidak meliputi semua logam yang ada di bumi. Jika logic klasik
berasaskan unsur empirical-induktif yang bersifat aposteriori kerana ia bertolak
daripada pengalaman dan pengamatan serta ujikaji yang menjadi prinsip utama
sains moden.

Para sarjana muslim telah mengembangkan kaedah induktif ini dikenali sebagai
kaedah al-istiqra’. Menurut Abdul Rahman Abdullah (2005). Al-istiqra’ dalam
tradisi mantik islam terbahagi kepada kategori iaitu:

1. Al-istiqra al-Tamm (complete induction)

Downloaded by Sua Rez (rezsua14@gmail.com)


lOMoARcPSD|8140305

2. Al-istiqra al-Naqis (incomplete induction)

Al-istiqra’ al-Tamm adalah kaedah induksi yang tepat, menyeluruh dan


menyakinkan. Keputusannya adalah muktamad dan tidak dipertikaikan
kesahihannya. Ia mengkaji tentang juzi’ yang membentuk sesuatu kulli kemudian
dibuat suatu kesimpulan terhadap semua kulli tersebut. Contohnya, seorang
pengkaji membuat kajian terhadap pelajar dalam sebuah bilik untuk mengetahui
tahap literasi mereka. Setelah diuji dan diwawancara kepada setiap pelajar dalam
kelas tersebut, didapati bahawa semua orang boleh membaca. Akhirnya pengkaji
membuat kesimpulan bahawa kesemua pelajar di dalam kelas tersebut dapat
membaca. Keputusan yang diperoleh ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi
kebenaranya kerna ia sangat menyakinkan. Contoh lain, jika ditanya staf dan
pelajar, siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan hasilnya, semua menjawab
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Keputusan yang diperolehi hasil daripada
penyelidikan dan menyeluruh itu tidak boleh diragukan lagi kebenarannya dan
seharusnya diterima dengan penuh yakin.

Al-Istiqra al-Naqis pula adalah kajian terhadap sebahagian benda benda yang dapat
dikaji sahaja. Kemudian kesimpulan secara menyeluruh dan umum dibuat meliputi
benda yang dapat dikaji dan tidak dikaji. Kesimpulan tersebut bertaraf zanni iaitu
tidak menyeleruh atau tidak menyakinkan. Ia boleh berubah jika seseorang
mempunyai bukti baharu yang dapat menyanggah atau membataskan kesimpulan
sebelumnya. Sebagai contoh, pengkaji memerhati dan meneliti sebahagian jenis
binatang yang makan dan mendapati semuanya menggerakkan rahang bawah
ketika mengunyah makanan. Selepas itu, dibuat kesimpulan bahawa semua
binatang menggerakkan rahang bawah ketika makan. Walau bagaimanapun,
kesimpulan ini tidak tepat kerana terdapat binatang yang menggerakkkan rahang di
atas ketika makan, seperti buaya. Meskipun keputusan yang diperolehi melalui
metode al-istiqra naqis (incomplete induction) boleh dipertikaikan kerana ia
berbentuk zann, namun kelemahan dan keputusan yang diperolehi boleh
dipertingkatkan dari masa ke semasa melalui proses ujikaji dan penelitian yang
berulang-ulang dan menggunakan peralatan yang semakin moden.

Induktif ini menekankan pemerhatian.Pemerhatian adalah tunggak penting kerna ia


berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam reality social. Pemerhati harus mempunyai

Downloaded by Sua Rez (rezsua14@gmail.com)


lOMoARcPSD|8140305

deria-deria rasa yang normal untuk membina atau memeriksa suatu kebenaran
tanpa menggunakan perasaan. Strategi penyelidikan induktif melibatkan proses
pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan umum. Secara lebih sistematik,
induktif perlu melalui beberaa proses seperti :

1. Peringkat pemerhatian dan ujikaji: Pada tahap ini, data dikumpul, dipilih dan
diklasifiksikan
2. Peringkat hipotesis. Andaian yang mengandungi unsur kebenaran secara
sementara dan belum muktamad.
3. Peringkat Teori. Melalui proses interprestasi, verifikasi dan generalisasi,
hipotesis meningkat menjadi teori
4. Peringkat hokum. Ia adalah puncak proses induksi iaitu terbentuknya hokum
ilmiah yang bersifat tetap dan muktamad yang dikenali sebagai hokum tabii.

Downloaded by Sua Rez (rezsua14@gmail.com)

You might also like