You are on page 1of 15

BAB 1:

Pengenalan kepada Penyelidikan

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

 memberi definisi penyelidikan


 menerangkan langkah-langkah proses penyelidikan
 membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan
kualitatif
 menjelaskan pentingnya etika dalam penyelidikan

1.1 Mukadimah
1.2 Memperolehi Ilmu Pengetahuan
1.3 Apakah Penyelidikan?
1.4 Penyelidikan dalam Pendidikan
1.5 Ciri-Ciri Penyelidikan
1.6 Proses penyelidikan
1.7 Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif
1.8 Etika Penyelidikan

1
1.1 Mukadimah

Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam pendidikan serta proses


menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Perbincangan bertumpu kepada konsep-
asas penyelidikan serta ciri-ciri dan proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.
Juga dibincangkan ialah perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan
kualitatif serta etika dalam penyelidikan.

1.2 Memperolehi Ilmu Pengetahuan

Sejak turun temuruan, manusia telah menghasil dan mengumpul pelbagai jenis ilmu atau
pengetahuan. Kini, setiap tahuan, jumlah ilmu atau pengetahuan yang dihasilkan
meningkat berganda kali. Ilmu atau pengetahuan wujud daripada sumber-sumber berikut:
(Lihat Rajah 1.1).

Wahyu Kepercayaan Intuisi

PENGETAHUAN

Pengalaman Rasionalisme Sains

Rajah 1.1 Kaedah Memperoleh Pengetahuan


[Sumber: adaptasi G.C. Helmstadter, konsep Penyelidikan dalam tingkah laku
manusia. New York: Appleson-abad-Crofts]

 Wahyu (Revealed Knowledge): Pengetahuan yang diturnkan oleh Tuhan.


Pelbagai agama mempunyai teks suci yang merupakan seruan-seruan yang tidak

2
dapat dinafikan, muktamad dan tidak boleh dicabar. Contohnya, al-Quran, al-
Kitab, Torah, Bhagvad Gita,

 Kepercayaan (Beliefs): Manusia mempunyai jenis kepercayaan dan kadamg kala


diterima sebagai benar atau betul. Contohnya, memakai sesuatu baju bertuah akan
menentukan pasukan bola akan menang atau cerita-cerita doggeng atau karut
diterima sebagai kebenaran. Berikan kepercayaan-kepercayaan lain (selain
daripada agama) yang anda menganggap sebagai kebenaran. Bolehkah ia
dibuktikan secara saintifik?

 Intuisi atau Gerak Hati (Intuition): Kita semua mempunyai intuisi


atau gerak hati tentang pelbagai situasi atau kejadian. Ia merupakan
pengetahuan yang berasal daripada perasaan kita sendiri atau
ramalan ahli nujum. Contohnya, anda mempunyai intuisi bahawa
sesuatu akan berlaku pada kawan anda. .

 Pengalaman Peribadi (Personal Experience): Sepanyang hayat kita telah


melalui pelbagai jenis peristiwa yang ditaktif sebagai ‘pengalaman’. Contohnya,
anda pernah jatuh daripada pokok dan ini menjadi fakta atau pengetahuan
berdasarkan pengalaman anda. Anda juga mempunyai pelbagai persepsi tentang
orang lain berdasarkan pengalaman bercampur gaul
dengan mereka. Kadang-kala persepsi atau pandangan
anda tentang orang lain tidak tepat kerana dipengaruhi
oleh banyak faktor-faktor lain. Contohnya, anda
mempunyai pemikiran stereotaip tentang kumpulan etnik X kerana suatu insiden
ketika bercampur gaul dengan ahli kumpulan etnik berkenaan. Juga pandangan
kita tentang sesuatu ditokok-tambah yang memesong fakta.

 Rasionalisme (Rationalism): Pengetahuan yang wujud


dengan membentangkan sesuatu idea dan menggunakan
akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Daya
intelak yang berada secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari
kebenaran dengan berhujah dengan logik. Ahli falafah menghasilkan ilmu dengan
rasionalisme dan membincang dengan mendalam isu-isu seperti apa itu
keindahan, apa itu kebenraan, apa seorang manusia yang jujur dan sebagainya.

 Sains (Science): Sains menggunakan kaedah untuk


menyiasat sesuatu fenomena, menceburi ilmu baru,
atau membetulkan dan menyepadukan ilmu
terdahulu. Kaedah ini berasaskan bukti yang boleh
dibuktikan secara empirikal dan boleh diukur
berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik
melibatkan pengumpulan data secara teratur,
terkawal dan perumusan dan pengujian hipotesis.

3
1.3 Apakah Penyelidikan?

Dalam kursus ini, kita bertumpu kepada


mencari atau memperolehi ilmu pengetahuan
dengan menggunakan ‘kaedah atau penyiasatan saintifik’. Kaedah ini memerlukan kita
menjalankan penyelidikan untuk membuktikan sesuatu. Apakah penyelidikan?

 Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk
menambahkan ilmu pengetahuan, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu
secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-
langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad
Mahzan Ayob, 1983).

 Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati,


mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek
spesifik dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan
sejagat (Manheim, 1997).

 Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada


pengetahuan dan penemuan baru dengan mengenal pasti soalan yang hendak
dijawab dan menggunakan kaedah untuk menjawab soalan tersebut
(Helmstadter, 1970).

 Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik


mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang
didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu.
Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan
dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan
dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah.
(Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

 Penyelidikan ialah usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji
sesuatu hipotesis atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya
ataupun tidak sesuatu persoalan itu. (J. Supranto, 1986)

 Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal secara


sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan generalisasi,
prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian (Best, 1991).

4
Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan atau penyelidikan saintifik?. Menurut
Kerlinger (1973), penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik,
terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena
semulajadi yang boleh diperhatikan. Terdapat tiga perkataan penting dalam definisi ini
yang perlu diberi perhatian; iaitu sistematik, terkawal dan empirikal.

 Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan


penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan.
 Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji
dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think
mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang
terdiri daripada langkah-langkah berikut:

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti Masalah


2. Menggubal Soalan Kajian atau Hipotisis
3. Mereka Bentuk Kajian untuk Menjawab Soalan Kajian
atau Menguji Hipotesis
4. Mengumpul dan Menganalisis Data
5. Menjawab Soalan Kajian atau Menerima/Menolak
Hipotesis

Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa:

“Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan”.

Berikutan kenytaan itu, ratusan surat, email dan SMS diterima daripada orang ramai
memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang
dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas
yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa
yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak
cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Pendapat yang diberikan orang ramai
kebanyakkan berdasarkan:

 ‘Pengalaman peribadi’
 ‘Intuisi atau Gerak Hati’
 Rasionalisme [hujah-hujah yang dihuraikan dengan terperinici]

5
 Kepercayaan

Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?.
Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan saintifik perlu dijalankan untuk
menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan
berkesan. Penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau
maklumat tentang sesuatu perkara dengan tujuan membongkar fakta.

a) Kenal pasti perkataan-perkataan penting dalam beberapa definisi


penyelidikan
b) Bagaimana ilmu pengetahuan diperolehi melalui ‘rasionalisme’?
c) Bolehkah ‘pengalaman’ seseorang diterima sebagai ilmu?
d) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘penyiasatan saintifik’?

1.4 Penyelidikan dalam Pendidikan

Setiap tahun berjuta-juta ringgit dibelanja untuk penyelidikan. Dalam bidang farmasi,
wang dibelanjakan untuk mencipta ubat-ubatan yang dapat menyembuh pelbagai jenis
penyakit seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain. Dalam bidang zoologi, penyelidikan
dijalankan untuk memahami habitat dan tabiat haiwan dengan tujuan menyelamatkan
haiwan yang menghadapi kepupusan.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan dijalankan untuk memahami dengan lebih


mendalam fenomena-fenomena yang melibatkan PELAJAR, GURU, PENTADBIR, IBU
BAPA dan KOMUNITI. Dalam kehidupan seharian pelbagai pernyataan dibuat bagi
menerangkan fenomena yang berlaku. Contohnya;

‘Remaja terlibat dengan jenayah kerana pengaruh television’


‘Pelajar ponteng sekolah kerana pengajaran membosankan’.
‘Ramai pelajar tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris’.
‘Pelajar pada masa kini kurang patriotik’
‘Gejala mat rempit disebabkan remaja bosan hidup di bandar’
‘Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak memuasakan’

6
“Guru dibebankan dengan tugas-tugas penkeranian”

Pernyataan-pernyataan seumpama ini tidak


boleh diterima selagi tidak ada data untuk
menyokongnya. Oleh itu penyelidikan
dijalankan untuk memerihal, menjelas dan
membukti (Christensen, 1988). Contohnya,
hanya dengan penyelidikan dapat kita
menentukan faktor-faktor yang menyebabkan
‘penguasaan Bahasa Inggeris rendah kerana
sikap negatif terhadap bahasa tersebut’ atau
‘pelajar terlibat dengan gengsterisme kerana
harga diri yang rendah’. Dengan
menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan
(yang kita membincang dalam bab-bab
seterusnya) tertentu, penyelidik dapat mengenal pasti faktor-faktor (variabel-variabel)
yang wujud dan interaksi antara faktor-faktor berkenaan dalam menerangkan sesuatu
fenomena. Contohnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Jean Piaget, beliau memerhati
dengan terperinci anak-anaknya sendiri dan mencatat pemerhatiannya. Dengan
memerihal apa yang diperhatikan dia berjaya mengenal pasti variabel-variabel yang
wujud dan mencadang teori perkembangan kognitif yang kamu telah mempelajari dalam
kursus-kursus sebelum ini.

[sumber: Lim Boon Yann, 2009]

7
1.5 Ciri-Ciri Penyelidikan

 Penyelidikan bermula dengan sesuatu pertanyaan atau soalan dalam minda


penyelidik. Lihat keadaan sekeliling untuk mengenal pasti fenomena yang
menarik perhatian anda. Mengapa pencapaian pelajar perempuan lebih baik
berbanding dengan pelajar lelaki? Mengapa kegiatan buli wujud disekolah
rendah?. Penyelidikan berasal daripada sesuatu soalan yang ditanya tentang
sesuatu fenomena yang menragui anda. Dengan bertanya soalan-soalan yang
relevan, kita dapat mewujud suasana yang inkuisitif.

 Penyelidikan memerlukan pernyataan masalah yang jelas. Penyelidikan yang


berjaya bermula dengan pernyataan yang nyata dengan terperinci, penggunaan
bahasa yang tepat, mengemukakan apa yang ingin diterokai dan membolehkan
orang lain memahami apa yang hendak diselidiki.

 Penyelidikan bermula dengan sesuatu masalah umum yang kemudian


dibahagikan kepada beberapa masalah kecil yang merupakan soalan kajian atau
hipotesis. Data dikumpulkan untuk menjawab soalan-soalan kajian atau membukti
hipotesis-hipotesis yang disenaraikan.

 Penyelidikan memerlukan perancangan teliti yang terdiri daripada arah dan reka
bentuk untuk membongkar kebenaran atau merangkan fenomena tertentu.

1.6 Proses Penyelidikan

2. Mengenal Pasti
1. Penghasilan Idea
Permasalahan
Penyelidikan

5. Menganalisis Data 4. Mengumpul Data 3. Mereka Bentuk


Kajian

6. Menulis Laporan
Rajah 1.2 Proses Penyelidikan dalam Pendidikan

8
Lihat Rajah 1.2 yang menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam proses
menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

1. Penghasilan Idea

Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber.

 Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekiling anda.


Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud
dalam bilik darjah seperti ciri-ciri pelajar, kaedah
mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.

 Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk


penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir
sesuatu organisasi pendidikan.

 Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu


semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan remaja,
minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya.
Bagaimana isu-isu ini berkaitan dengan teori dan kajian-kajian lampau?

 Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan
idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian
mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah
variabel tertentu.

 Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber


penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. Contohnya, anda
minat membuktikan teori perkembangan kognitif Piaget atau teori perkembangan
moral Kohlberg.

2. Mengenal Pasti Permasalahan Penyelidikan dan Menggubal Soalan


Kajian

Setiap pelajar akan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan
langkah pertama ke arah menjadi penyelidik matang. Apabila anda membaca bahan
literatur anda merasa bahawa banyak kajian telah dijalankan dalam bidang pendidikan
dan tidak ada lagi yang hendak diterokai. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah
sukar bagi kebanyakkan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan
pengajian. Berikut ini adalah panduan yang dapat membantu anda mengenal pasti
permasalahan penyelidikan.

Langkah 1: Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik
minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. Misalnya, anda
mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar menguasai kemahiran

9
menulis, bagaimana hendak menjadikan pengajaran bacaan lebih menarik,
bagaimana mempertingkatkan pengajaran kemahiran mendengar, bagaimana
menggunakan teknologi dalam pengajaran bahasa, stail kepimpinan yang
memotivasi guru berusaha dan sebagainya.

Langkah 2: Kemudian anda dikehendaki memperincikan permasalahan


penyelidikan kepada beberapa soalan penyelidikan. Soalan penyelidikan
merupakan soalan atau pernyataan yang akan dijawab dalam kajian anda.
Contohnya,

 Adalah murid perempuan dapat menulis karya kreatif yang lebih baik
berbanding dengan murid lelaki?
 Apakah mendorong murid perempuan untuk menghasil karya penulisan
yang lebih kreatif berbanding dengan murid lelaki?

Memang diakui ini bahawa langkah ini adalah sukar dalam bagi penyedik novis.
Biasanya, dia mempunyai gambaran yang umum tentang apa yang hendak dikaji
tetapi tidak dapat memfokus masalah umum itu kepada soalan-soalan penyedikan
yang dapat memandu penyelidikannya.

Sesuatu Soalan Penyelidikan yang Baik


 menerangkan hubung kaitan antara beberapa variabel
 boleh diuji dengan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada
 boleh diuji dengan sumber fizikal dan kewangan yang sedia ada
 terdiri daripada variabel yang boleh diukur
 boleh diuji dengan tidak membawa kesan buruk kepada subjek yang
dikaji

[Kita membincangkan ‘permasalahan penyelidikan’ dan ‘soalan penyelidikan dengan


lebih terperinci dalam Bab 2]

3. Pemilihan Kaedah
Mereka bentuk penyelidikan untuk menjawab
Soalan Penyelidikan memerlukan perancagan yang
teliti. Kaedah yang dipilih tertakluk kepada Soalan
Penyelidikan yang hendak dijawab. Sekiranya
kaedah eksperimental digunakan untuk menunjukkan keberkesanan, usaha perlu
dilakukan bagi memastikan variabel-variabel extraneous terkawal. Tindakan ini penting
untuk meyakinkan orang lain bahawa penemuan yang diperolehi adalah sah dan
bolehdipercayai. Sekiranya, kaedah survey digunakan untuk menunjukkan hubung
kaitan, sampel yang dipilih hendaklah mewakili populasi yang dipilih secara rawak.
Soalselidik yang ditadbirkan kepada subjek harus mempunyai kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi untuk meyakinkan orang lain tentang data yang diperolehi.

10
[Kita membincangkan beberapa jenis ‘kaedah-kaedah penyelidikan’ dengan lebih
terperinci dalam Bab-Bab seterusnya]

4. Mengumpul dan Menganalisis Data


Dalam pendidikan, teknik pengumpulan data yang lazim digunakan
ialah ujian, soalselidik, ujian, semak senarai temubual atau
pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya. Data yang
dikumpul dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif atau kedua-
duanya untuk menjawab soalan penyelidikan.

[Kita membincangkan beberapa jenis ‘teknik pengumpulan data’


dengan lebih terperinci dalam Bab-Bab seterusnya]

5. Menjawab Soalan Kajian


Data yang analisis ditafsir bagi menjawab soalan penyelidikan. Pada peringkat ini,
penyelidik dapat memastikan sejauh manakah sesuatu soalan penyelidikan yang
digubal itu dapat dijelaskan dengan data yang diperolehi. Contohnya, adakah bukti
yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagi kerap guru menyoal dalam bilik darjah, lagi
baik kebolehan meneyelesai masasalah murid. Sebaliknya, dapatkah dibuktikan bahawa
pelajar perempuan lebih berjaya dalam kemahiran penulisan kreatif apabila diajar dengan
dengan kaedah inkuiri.

6. Menulis Laporan
Diakhir proses penyelidikan ialah penulisan laporan.
Lazimnya, sesuatu laporan itu terdiri daripada LIMA Bab.
 Bab 1 – Pengenalan
 Bab 2 – Tinjauan Literatur Berkaitan
 Bab 3 – Metodologi
 Bab 4 – Penemuan / Dapatan
 Bab 5 – Rumusan
 Rujukan
 Lampiran

Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai
satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan pendidikan
ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena baru pada masa akan datang.

11
a) Apakah tujuan penyelidikan?
b) Jelaskan ciri-ciri penyelidikan.
c) Nyatakan ciri-cirisoalan penyelidikan yang baik.
d) Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan kaedah
penyelidikan?
e) Senaraikan kandungan sesuatu laporan penyelidikan.

1.7 Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

Sepertimana dijelaskan di atas, setelah menetapkan soalan penyelidikan, langkah


seterusnya ialah pemilihan kaedah penyelidikan. Adalah salah sekiranya anda
menentukan kadah sebelum dapat menetapkan soalan penyelidikan. Kaedah-kaedah yang
digunakan dalam penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori umum:

 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif


 Kaedah Penyelidikan Kualitatif

Kaedah Penyelidikan Kuantitatif – Perkataan ‘kuantitatif’ dipinjam daripada perkataan


Bahasa Inggeris ‘quantitative’ yang berasal daripada perkataan ‘quantity’ yang bermakna
boleh dianggarkan dengan mengirakan jumlah. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka
dan data numerikal. Contohnya, penyelidik memberi satu ujian kefahaman bacaan kepada
100 murid, buat pemarkahan dan mengira bilangan yang lulus dan sebagainya. Juga
penyelidik boleh menggunakan statistik untuk mengiran min, peratusan atau sisihan
lazim dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai
darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai
penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh
melibatkan responden yang besar.

Kaedah Penyelidikan Kualitatif – Perkataan ‘kualitatif’ dipinjam daripada perkataan


Bahasa Inggeris ‘qualitative’ yang berasal daripada perkataan ‘quality’ yang bermakna
makna. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara
yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang
berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi
bilangan responden yang kecil.

12
PERBEZAAN DI ANTARA KAEDAH KUANTITATIF DAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Data berbentuk angka yang boleh diukur. Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temubual atau yang
direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Penyelidik menggunakan instrument Penyelidik adalah instrumen utama
seperti soal selidik dan ujian pencapaian memungut data. Penyelidik perlu berada
bagi memungut data. Instrumen berfungsi dalam situasi yang dikaji, mendengar dan
sebagai alat pengukur dan menjadi alat memerhati sendiri fenomena yang ingin
perantaraan antara penyelidik dan peserta dikaji.
kajian.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Reka bentuk ditetapkan sebelum data Reka bentuk bersifat mudah lentur /
dipungut fleksibel, boleh diubahsuai mengikut
keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta Penyelidik adalah sebahagian daripada
kajian adalah sampel yang dipilih dengan peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh
menggunakan teknik persampelan tertentu. secara langsung daripada peserta kajian.

v) Sampel

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Penyelidik mengkaji populasi atau sampel Saiz sampel kecil dan dipilih secara
yang mewakili populasi. Saiz sampel besar bertujuan dan tidak berasaskan
dan dipilih berasaskan kebarangkalian. kebarangkalian.

vi) Jenis Kaedah

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Eksperimental, Survey, Temu Bual Kajian Tindakan, Pemerhatian, Temu Bual,
Berstruktur, Pemerhatian Berstruktur Kajian Kes, Analisis Dokumen, Etnografi

13
Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya
merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal
mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam
prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat
penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu
daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang
akan kita laksanakan.

Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi
empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih
bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih.
Sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan
menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan.

Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah
yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan
kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif
dalam satu kajian yang sama.

Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah
permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap
penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan
barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.

1.8 Etika

Isu-isu etika memerlukan perhatian pengkaji dalam setiap peringkat penyelidikan.


Masalah-masalah etika yang dihadapi dalam penyelidikan akan dibincangkan mengikut
kitaran penyelidikan iaitu:

Peringkat Masalah-masalah Etika Yang Sering Dihadapi


Penyelidikan

 Tujuan Kajian Tidak Melanggar Nilai-nilai


Sejagat
Pemilihan
 Kejujuran Dalam Kajian Literatur
Permasalahan
 Meniru Kajian Tanpa Pengiktirafan
 Objektiviti Pengkaji

Reka Bentuk  Memelihara Hak Privacy & Digniti Responden


Penyelidikan  Perlindungan Responden

14
 Kegagalan Memberi Rawatan Kepada
Kumpulan Kawalan

 Keterbukaan Dalam Memugut Data


Memugut Data  Penyalahgunaan Status Pengkaji
 Penggunaan Alat Pengukur Berhak Milik

 Kejujuran Menganalisa Data


Penganalisaan Data
 Keselamatan Data

 Penjelasan Dan Pembetulan Interpretasi


Interpretasi Data &
 Pengitirafan Kolaborasi
Laporan
 Tekanan Untuk Melapor

Ciri-ciri penyelidikan yang baik merangkumi perspektif saintifik dan etika. Isu menjadi
lebih ketara dalam penyelidikan sosial di mana subjeknya ialah manusia yang
mempunyai perasaan, intelek dan dipengaruhi nilai-nilai sosial dan agama.

a) Apakah kaedah penyelidikan kuantitatif?


b) Apakah kaedah penyelidikan kualitatif?
c) Nyatakan beberapa perbezaan antara penyelidikan kuantitatif
dan penyelidikan kualitatif.
d) Jelaskan isu-isu etika dalam peringkat-peringkat penyelidikan.

15

You might also like