You are on page 1of 12

1. 1.

Soalan 1 “Guru Bahasa Melayu Memerlukan Pengetahuan dalam Bidang


Semantik: Bincangkan” PENGENALAN Semantik ialah bidang yang mengkaji
dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas
dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat,
emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula,
semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud
penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa,
semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M.
Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang
objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan,
semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan
erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-
lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna
dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. ILMU
SEMANTIK Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantikos yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa
maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan
(Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut
Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud
makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat
digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga
kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
2. 2. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 1 Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam
pengertian lain. Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna;
antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang
dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang ruwet.
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang
mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang
yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.
Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan
konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan,
perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-
kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang
mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada
segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang
berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna
perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang
sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna
yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu
makna). PERTALIAN ILMU SEMANTIK DENGAN ILMU LAIN Setiap bidang
disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang
disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian
sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. 
Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang
menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah
tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah
memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika.
Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir
yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut.
Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah
‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’
membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami
pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila
diujarkan.
3. 3. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 2  Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu
jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku
manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang
kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’
berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam
perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh
seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut
melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan
pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan
rangsangan atau tindak balas.  Hubungan Semantik dengan Antropologi dan
Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat
tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula
ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam
perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu
masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam
sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’
daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman
hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang
ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah
berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).
 Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza
dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera
sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru
terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat
(makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak
pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan
makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja).
Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi
pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat
difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun
tempatnya tetap akan baik juga.
4. 4. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 3  Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah
sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa.
Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah,
menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang
bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah
disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”.
Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah
dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini
perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang
berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa
kelak.  Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu
penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan
makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi
kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara
struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para
penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih
makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun
komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu
penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna
yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik
dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya
makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. 
Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa
secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan
penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan
pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan
‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang
ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus
kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat
kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga
berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian
dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai
5. 5. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 4 makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah
hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ
menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. KESIMPULAN
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini
semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting untuk guru
dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa
meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada
sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah
deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan
menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting
dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan
ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu
semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang
menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun
ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S +
P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat
semantik amat penting dalam linguistik.
6. 6. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 5 Soalan 2  Makna Leksikal  Makna Gramatikal  Makna
Kontekstual  Makna Referensial  Makna Asosiatif PENGENALAN ASPEK
MAKNA Semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang
mengkaji tentang makna sesuatu perkataan ,frasa, ayat dan ujaran.Unsur makna
amat penting kerana tidak dianggap sempurna sesuatu bahasa itu jika tidak ada
unsur makna di dalamnya.Dalam bidang semantik, terdapat beberapa makna
yang pengguna bahasa perlu tahu.Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang
mendokong makna tertentu,terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa
makna yang lain, terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga
makna sampingan.Setelah mempelajari dan memahami jenis makna, pengguna
bahasa diharapkan dapat menggunakan jenis makna ini bersesuaian dengan
konteks penggunannya. Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer
Pateda ada empat hal, iaitu:  Pengertian (sense) Pengertian disebut juga
dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan
bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa
yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda,
2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan
yang berbeda dengan kata lain di dala kosa kata.  Nilai rasa (feeling) Aspek
makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara
terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan
makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang
berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai
makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna
yang berhubungan dengan perasaan.
7. 7. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 6  Nada (tone) Aspek makna nada menurut Shipley adalah
sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalamMansoer Pateda, 2001:94).
Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan
kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan
sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan.  Maksud (intention)
Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan
maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud
yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi,
rekreasi atau politik. Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai
pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini
akan dijelaskan seperti apa keterkaitan aspek-aspek makna dalam semantik
dengan jenis-jenis makna dalam semantik. MAKNA LEKSIKAL Makna leksikal
bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya,
perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan
huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki
makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.  Kelompok kata Makna
dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu
bermakna ada ‘lima ekor lembu’.  Kata paduan Kata paduan ialah dua
perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi
maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api
dsb.  Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang
mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang
daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya
mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
8. 8. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 7 Merujuk kepada beberapa definisi konsep asas berkaitan
bidang pengkamusan biasanya melibatkan leksikal.leksikografi,leksikologi dan
leksikon.Leksikal di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 912)
didefinisikan sebagai bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu
bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya
dalam ayat. Leksikografi di dalam Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar (1985 :
316) di definisikan sebagai penyusunan kamus serta hal-hal yang berkaitan
dengan kamus dan dalam Kamus Linguistik ( 1997 : 188) pula mendefinisikan
lewksikografi sebagai cabang leksikologi terapan yang berhubung dengan prinsip
amalan kamus ,yang termasuk penyusunan ,perbandingan, penakrifan dan
penggolongan butir-butir leksikal untuk dibukukan. Perkataan leksikologi pula
merujuk kepada kajian tentang makna dan penggunaan kata. John T.Jensen
(1990 :16) telah memberikan definisi yang berbeza beliau menganggap leksikon
hanya sebagai suatu senarai tentang apa yang tidak dapat diramalkan tentang
morfem dalam sesuatu bahasa ,dalam organisasi dalaman terutamamya
berdasarkan anggapan Bloomfield (1993 : 274) bahawa leksikon sebenarnya
adalah hamparan tatabahasa ,iaitu suatu senarai tentang ketaklanaran yang
asas. Akhir sekali, leksikal didefinisikan sebagai kamus, perbendaharaan kata
sesuatu bahasa atau sesuatu bidang. Menurut (J.W.M.Verhaar ,1996 : 13), istilah
leksikon dalam ilmu lingustik bererti perbendaharaan kata-kata yang sering
disebut leksem.Leksikal pula cabang linguistik yang berurusan dengan leksikon
dan istilah ini merupakan urusan utama para ahli leksikologi iaitu penyusunan
kamus atau leksikografi.Bagi Maslov (1987 : 90), beliau berpendapat bahawa
makna leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi
satu perkataan hanya sebagai perbedaan dengan semua perkataan lain. Maslov
juga membezakan makna leksikal dengan memberikan tiga komponen iaitu
hubungan dengan denotasi, hubungan dengan kategori logik dan hubungan
dengan makna konseptual dan konotatif (dalam Fauziah ,2003) Menurut
Zainuddin(1992) dan Fatimah Djajasudarma(1993 : 14) makna leksikal adalah
makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain.Maka
leksikal ini dimiliki unsur-unsur bahasa secara tersendiri. Semua makna (baik
bentuk dasar atau imbuhan) yang ada di dalam kamus disebut makna
leksikal.Kata-kata tersebut memiliki makna dan dapat dibaca di dalam
kamus.Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa makna leksikal adalah
9. 9. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H A
S A M E L A Y U | 8 makna kata-kata yang dapat berdiri sendiri ,baik dalam
bentuk berimbuhan atau dalam bentuk dasar. Menurut Abdul Chaer
(1995)leksikal adalah bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina
leksikon (vocabular, kosa kata, perbendaharaan kata).Satuan dari leksikon
adalah leksem iaitu perbendaharaan kata, maka leksem dapat kita persamakan
dengan kata. Rumusannya makna leksikal dapat diertikan sebagai makna yang
bersifat leksikon, bersifat kata dan bersifat leksem.Dengan kata lain makna
leksikal adalah makna yang sesuai dengan referen,makna yang sesuai dengan
hasil penyelidikan alat indera atau makna yang sungguh-sungguh nyata dalam
kehidupan. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian,
pelaridan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk
dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+,
(pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu
perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima
ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’. Kata paduan Kata paduan ialah dua
perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi
maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api
dan lain-lain. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang
mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang
daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya
mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
10. 10. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 9 Semantik Leksikal Dalam semantik leksikal ,kita boleh
memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau perhubungan antara unsur-
unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan.Struktur makna
perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, homonim, homofon,
homograf, hiponim ,hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan.  Sinonim
Menurut (O’Grady,2000:118)sinonim bermaksud perkataan yang berlainan
bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh perkataan ibu dan emak bapa dan ayah. Dalam semantik, ada beberapa
jenis sinonim ,iaitu sinonim pinjaman,konteks ,laras sosial, dan kolokasi. 
Antonim Menurut (Kuiper & Allan ,2004: 57),antonim ialah perkataan berlainan
bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Terdapat
tiga jenis antonim iaitu antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan
Kata antonim selalunya difahamkan sebagai merujuk kepada perkataan-
perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007: 69) memberi maksud antonim ialah kata yang berlawanan
maknanya dengan kata lain, misalnya tinggi lawan rendah. Perkataan antonim
berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu “anoma” yang bererti “nama” dan
“anti” yang bererti “melawan” (Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2004 dlm.
BML3083). Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap
berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Huraian tersebut dilihat
menyokong pendapat terdahulu yang dikemukakan oleh Abdulllah Hasan (1992:
164, dlm. Darwis Harahap, 1994: 33) menyatakan, yang dimaksudkan dengan
antonim ialah dua perkataan atau lebih yang maknanya seolah-olah berlawanan.
Dikatakan seolah-olah berlawanan kerana makna kedua-dua perkataan tersebut
merupakan kebalikan daripada makna perkataan yang satu lagi. Maksud lawan
atau kebalikan di sini dilihat dari sudut pemahaman, bukan dari sudut gerak.
Terdapat banyak lagi takrif yang diberi oleh ramai ahli bahasa bagi menjelaskan
definisi kata antonim. Pertentangan makna dipanggil antonym (Kamarudin dan
Siti Hajar, 1997). Siti Hajar (2009) menjelaskan antonym ialah pertentangan
makna perkataan atau kata-kata yang
11. 11. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 10 mempunyai makna yang tidak sama. Kemudiannya
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994, dlm. BML3083) memberikan definisi,
antonim merupakan kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain seperti
besar lawannya kecil. Manakala menurut Abdullah (2005, dlm. BML3083) pula,
antonim dipanggil sebagai perkataan berlawanan. Sebagai contoh, perkataan
baru berlawanan makna dengan perkataan buruk dan perkataan. Secara
umumnya, antonim disebut dan diterima sebagai perkataan berlawan seperti
pandai lawannya bodoh, putih lawannya hitam, kaya lawannya miskin, tolak
lawannya terima, masuk lawannya keluar, dan lain-lain. Terdapat beberapa jenis
antonim berdasarkan penelitian dan pendapat ahli bahasa. Dalam hal ini,
penerangan dibuat dengan berdasarkan hasil pembacaan dari beberapa sumber.
Rujukan pertama yang akan diberi disini adalah melalui modul BML3083.
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Mohd Ra’in Shaari (2009, dlm.
BML3083), antonim dapat dibahagikan kapada tiga bahagian yang utama iaitu 
antonim berpasangan  antonim berperingkat  antonim berhubungan. 
Homonim Menurut (Finegfan ,2004: 195-196), homonim merujuk kepada
homofon dan homograf. Homofon bererti sebutan adalah sama tetapi ejaan
berlainan(O’Grady,2000: 120-121).Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi
sebutan berlainan (finegan ,2004: 195) MAKNA GRAMATIKAL Makna gramatikal
adalah makna yang berubah-ubah sesuai dengan konteks pemakainya.Kata ini
sudah mengalami proses gramatikalisasi, baik pengimbuhan,pengulangan,
ataupun pemajmukan.yang akan melahirkan makna-makna yang
gramatis.Menurut Ahmad Khair Mohd Nor(2007: 10) proses pengimbuhan
merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar. Beliau menambah
bahawa dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.Misalnya kata dasar lari,kita boleh memberikan
pelbagai
12. 12. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 11 imbuhan pada kata dasar tersebut seperti pelari, pelarian,
berlari, berlarian,selari, melarikan dan larian.Kesemua perkataan yang telah
melalui proses pengimbuhan ini mempunyai makna yang tersendiri. MAKNA
KONTEKSTUAL Berdasarkan Kamus Dewan (2007) makna kontekstual ialah
berkaitan dengan atau menurut konteks.Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd
Yatim & Mohd Ra’in Shaari ,(2009) pula mengatakan makna kontekstual sebagai
makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks.Makna
konteks juga boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu, dan lingkungan
penggunaan bahasa itu.Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui
dengan melihat konteks penggunannya. Dengan kata lain makna kontekstual
ialah makna sebuah kata yang berada di dalam suatu konteks. Contoh: a. Kaki
adik terluka kerana terpijak pecahan kaca. b. Nenek mencari kayu api di kaki
gunung. c. Pensel aku terjatuh di kaki meja. d. Luka di kakinya bernanah kerana
dijangkiti kuman. Penggunaan kata kaki dalam ayat di atas, pada konteks
ayatnya memiliki makna yang berbeza. Berdasarkan ayat (a), kata kaki
bermaksud bahagian bawah anggota badan pada tubuh makhluk hidup’.
Sedangkan ayat (b), kata kaki bermaksud‘bahagian bawah dari sebuah tempat’.
Untuk ayat (c), kata kaki merupakan ‘bahagian bawah dari sebuah benda’.
Berbeza dengan ayat (d), kata kaki bermakna ‘bahagian dari anggota bahagian
bawah makhluk hidup’. Kata kaki pada hakikatnya,bermaksud bahagian
terbawah dari sebuah objek. Tetapi, dalam penggunaa kata tersebut juga harus
disesuaikan dengan konteks, sehingga tidak terjadi kekeliruan dalam pengertian
kata kaki.
13. 13. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 12 MAKNA REFERENSIAL Menurut Nik Safiah Karim,
apabila sesuatu perkataan mempunyai referen maka perkataan tersebut
mempunyai makna referensial.Terdapat juga istilah nonreferensial.Perbezaan
antara makna referensial dengan makna nonreferensial adalah berdasarkan ada
tidak adanya referen dari kata-kata itu. Apabila kata-kata itu mempunyai referen,
iaitu sesuatu di luar bahasa yang diacu oleh kata itu, maka kata tersebut disebut
kata bermakna referensial. Contoh perkataan yang mempunyai referensial ialah
meja kerana mempunyai referen iaitu sejenis perabot rumah tangga yang disebut
meja.Contoh lain seperti, kereta, haiwan, kuih dan banyak lagi. Perkataan yang
tidak mempunyai referen pula ialah seperti kerana, tetapi, walaupun, namun dan
sambil. MAKNA ASOSIATIF Pada pandangan Abdullah Yusof(2009: 6), makna
asosiatif adalah merujuk kepada makna yang dimiliki sebuah lesem atau kata
berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di
luar biasa.Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa makna asosiatif ini
sebenarnya sama dengan lambang atau perlambangan yang digunakan oleh
sesuatu masyarakat pengguna bahasa untuk menyatakan konsep lain, yang
mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata
tersebut. Satu lagi pendapat iaitu menurut Leech(1976), dalam makna asosiatif
terangkum beberapa makna seperti makna konotatif, makna stilistik, makna
afektif, dan makna kolokatif. Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana
sesuatu ujaran itu berlaku.Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan
bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita dapat
menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial
antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat
mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku
(RobertSibarani et.al., 2003). Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat
daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan
tempoh masa ia dituturkan.Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk
iaitu, media (samada yangdituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan
(dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada,
laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja, slanga,
jargona), dan modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan
sebagainya).
14. 14. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 13 Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan
antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status
seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini:
Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka
kau!- Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap
penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus,
atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita
berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh : “Rasalah masakan yang
dimasak oleh ibu saya ” Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan
terhadap penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati dan pemurah. Jadi
penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa
penuturnya, status, dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara
pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu
mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik,
berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi. Menurut Kushartanti pula makna
asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang jika
mendengar kata tertentu. Menurutnya lagi, asosiasi dipengaruhi oleh unsur-unsur
psikis, pengetahuan, dan pengalaman seseorang.Selain itru, beliau menambah
bahawa makna asosiatif juga memiliki peranan yang penting untuk pemahaman
wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata
sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Contohnya kata merah yang
berasosiasi dengan sifat atau mempunyai semangat keberanian bertepatan
dengan warnanya yang terang. Manakala warna kuning melambangkan kerabat
diraja, ini berpadanan dengan warna diraja iaitu warna kuning. Putih pula tidak
boleh dilarikan dari maksudnya iaitu melambangkan kesucian. Perpaduan pula
sinonim dengan warna biru. Keempat-empat warna ini terdapat dalam bendera
Negara kita iaitu Jalur Gemilang. Begitu juga dengan kata harimau memberi
makna konseptualnya sejenis binatang yang garang yang digunakan kepada
sikap orang yang cepat marah. Kata gajah pula memberi makna konseptualnya
sejenis haiwan yang besar yang digunakan untuk melambangkan tubuh yang
besar.
15. 15. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 14 Kesimpulannya, makna asosiatif atau asosiasi ialah
perkaitan perlambangan dan perkaitan yang digunakan oleh masyarakat yang
mempunyai persamaankonsep asal perkataan tersebut. KESIMPULAN Kajian
hubungan perkataan dengan maknanmemperkayakan perbendaharaan kata
bahasa Melayu. Penggunaan kata yang pelbagai makna dapat mengindahkan
bahasa di samping menyatukan kepelnagaian kaum di Negara ini. Menurut
Abdullah Hassan(1981) “kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-
kata itu behubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna
sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan
yang berbentuk kata-kata. Dengan mengetahuii makna perkataan, komunikasi
yang terjalin akan dapat membantu menambah keberkesanan bahasa dan
kegramatisan kata atau ayat yang digunakan.
16. 16. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 15 Soalan 3 Petikan Analisis: Tajuk : Cegah Flu Melalui
Vaksinasi Penulis : Julie Roshana Akma bt Shafee Petikan asal : Majalah
Mingguan Wanita (Edisi Mei 2007) Flu atau influenza merupakan penyakit
berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Penyakit ini selalu dikenali
sebagai penyakit sistem pernafasan tetapi hakikatnya penyakit ini boleh
menjejaskan tubuh badan. Selama beberapa tahun, pihak berkuasa kesihatan
Malaysia dan Singapura menjadi sebahagian program pemantauan flu Badan
Kesihatan Dunia (WHO). Hasil penyiasatan mereka membuktikan bahawa flu itu
wujud di Malaysia dan Singapura. Meraka juga mendapati bahawa flu itu wujud
sepanjang tahun. Selain itu, mereka juga mendapati terdapat 2 tempoh jangkitan
itu meningkat di Malaysia dan Singapura. Tempoh tersebut ialah dari April hingga
Jun dan November hingga Januari. Masih ramai yang terkeliru antara flu dan
selesema. Kedua-dua ini merupakan dua penyakit yang berbeza. Agak mudah
untuk membezakan kedua-danya. Flu meyebabkan penyakit yang teruk dan
kerumitan yang mengancam nyawa orang tetapi selesema tidak. Flu sangat
berjangkit. Anda boleh dijangkiti melalui udara: daripada sesorang yang bersen
atau batuk: daripada pergaulan dari orang yang dijangkiti flu atau daripada
menyentuh objek yang dicemari lalu memindahkan kuman tersebut ke dalam
sistem pernafasan. Sesiapa pun boleh dijangkiti flu. Sihat dan segar sepanjang
hari tidak menghalang anda daripada dijangkiti. Anda juga boleh mengjangkiti
orang lain tanpa menyedarinya kerana penyakit ini mengambil masa 1 hingga 4
hari untuk menunjukkan tanda-tandanya. Sebilangan masyarakat menghadapi
risiko lebih tinggi untuk mengalami kerumitan yang boleh mengancam
17. 17. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 16 nyawa jika mereka dijangkiti itu. Contohnya orang tua,
dewasa dan kanak-kanak yang menghidapi asma, penyakit peparu, kencing
manis, masalah jantung dan sebagainya. Flu berbahaya dikalangan orang tua.
Jika seseorang yang berumur dijangkiti virus itu, kemungkinan mereka akan
menderita akibat kerumitan dada adalah tinggi. Seramai 73 peratus mereka yang
berumur 70 ke atas dan 36 peratus orang tua dalam lingkungan umur 60 hingga
69 tahun akan menderita akibat kerumitan dada jika dijangkiti virus itu. Flu boleh
dicegah melaui vaksinasi. Keberkesanan vaksin itu telah terbukti secara klinikal.
Dikatakan 7 daripada 10 orang yang mengambil vaksin dilindungi. Bagi 3 orang
lain, jika mereka dijangkiti flu, tanda-tandanya sederhana. Banyak negara di
seluruh dunia menyarankan supaya vaksinasi itu diambil semasa musim itu.
Vaksin flu selamat dan diterima baik. Kesan yang paling biasa dikaitkan dengan
vaksinasi flu ialah pembengkakan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir
dalam masa 24 hingga 48 jam. Jika anda mempunyai alahan kepada telur, anda
dinasihatkan tidak mengambil vaksin flu. Tardapat hanya satu vaksin flu di
Malaysia yang tidak mempunyai kesan merkuri. Doktor akan mengesyorkan
jenama yang betul jika anda mahu mendapatkannya. Jenis virus yang di kenal
pasti kemudiannya dimasukkan dalam formula vaksin yang baru untuk memberi
perlindungan yang terbaik. Masa yang terbaik untuk mendapatkan vaksinasi flu
dalah bila-bila masa sahaja walaupun amat disarankan untuk mendapatkan
vaksinasi sebelum puncak aktiviti flu. Vaksinasi mengambil masa 10 hingga 15
hari untuk mencapai tahap imunisasi maksimum selepas disuntik.
18. 18. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 17 ANALISIS PETIKAN MENGIKUT PERENGGAN
Perenggan 1 Flu atau influenza merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan
oleh virus influenza. Penyakit ini selalu dikenali sebagai penyakit sistem
pernafasan tetapi hakikatnya penyakit ini boleh menjejaskan tubuh badan.
Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal flu Bahasa Inggeris flu influenza
Bahasa Inggeris influenza virus Bahasa Inggeris virus sistem Bahasa Inggeris
system hakikat Bahasa Arab hakiki tetapi Bahasa Sanskrit tatapi Perenggan 2
Selama beberapa tahun, pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan Singapura
menjadi sebahagian program pemantauan flu Badan Kesihatan Dunia (WHO).
Hasil penyiasatan mereka membuktikan bahawa flu itu wujud di Malaysia dan
Singapura. Meraka juga mendapati bahawa flu itu wujud sepanjang tahun. Selain
itu, mereka juga mendapati terdapat 2 tempoh jangkitan itu meningkat di
Malaysia dan Singapura. Tempoh tersebut ialah dari April hingga Jun dan
November hingga Januari. Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal
program Bahasa Inggeris programme wujud Bahasa Arab wujud tempoh Bahasa
Portugis tempo April Bahasa Inggeris April Jun Bahasa Inggeris June November
Bahasa Inggeris November Januari Bahasa Inggeris January
19. 19. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 18 Perenggan 3 Masih ramai yang terkeliru antara flu dan
selesema. Kedua-dua ini merupakan dua penyakit yang berbeza. Agak mudah
untuk membezakan kedua-danya. Flu meyebabkan penyakit yang teruk dan
kerumitan yang mengancam nyawa orang tetapi selesema tidak.
Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal antara Bahasa Sanskrit antara
Perenggan 4 Flu sangat berjangkit. Anda boleh dijangkiti melalui udara: daripada
sesorang yang bersen atau batuk: daripada pergaulan dari orang yang dijangkiti
flu atau daripada menyentuh objek yang dicemari lalu memindahkan kuman
tersebut ke dalam sistem pernafasan. Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah
asal objek Bahasa Inggeris object Perenggan 5 Sesiapa pun boleh dijangkiti flu.
Sihat dan segar sepanjang hari tidak menghalang anda daripada dijangkiti. Anda
juga boleh mengjangkiti orang lain tanpa menyedarinya kerana penyakit ini
mengambil masa 1 hingga 4 hari untuk menunjukkan tanda-tandanya.
Sebilangan masyarakat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami
kerumitan yang boleh mengancam nyawa jika mereka dijangkiti itu. Contohnya
orang tua, dewasa dan kanak-kanak yang menghidapi asma, penyakit peparu,
kencing manis, masalah jantung dan sebagainya. Perkataan/Istilah
Pinjaman/Serapan Istilah asal masa Bahasa Sanskrit masa risiko Bahasa
Inggeris risk dewasa Bahasa Sanskrit dewasa asma Bahasa Inggeris asthma
20. 20. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 19 Perenggan 6 Flu berbahaya dikalangan orang tua. Jika
seseorang yang berumur dijangkiti virus itu, kemungkinan mereka akan
menderita akibat kerumitan dada adalah tinggi. Seramai 73 peratus mereka yang
berumur 70 ke atas dan 36 peratus orang tua dalam lingkungan umur 60 hingga
69 tahun akan menderita akibat kerumitan dada jika dijangkiti virus itu.
Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal berbahaya (kata dasar : bahaya)
Bahasa Sanskrit bhaya menderita (kata dasar : derita) Bahasa Sanskrit derita
Perenggan 7 Flu boleh dicegah melaui vaksinasi. Keberkesanan vaksin itu telah
terbukti secara klinikal. Dikatakan 7 daripada 10 orang yang mengambil vaksin
dilindungi. Bagi 3 orang lain, jika mereka dijangkiti flu, tanda-tandanya sederhana.
Banyak negara di seluruh dunia menyarankan supaya vaksinasi itu diambil
semasa musim itu. Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal klinikal
Bahasa Inggeris clinical diaktifkan (kata dasar : aktif) Bahasa Inggeris active
dunia Bahasa Arab dunya negara Bahasa Sanskrit negara Perenggan 8 Vaksin
flu selamat dan diterima baik. Kesan yang paling biasa dikaitkan dengan
vaksinasi flu ialah pembengkakan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir
dalam masa 24 hingga 48 jam. Jika anda mempunyai alahan kepada telur, anda
dinasihatkan tidak mengambil vaksin flu. Tardapat hanya satu vaksin flu di
Malaysia yang tidak mempunyai kesan merkuri.
21. 21. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 20 Doktor akan mengesyorkan jenama yang betul jika anda
mahu mendapatkannya. Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal selamat
Bahasa Arab selamat merkuri Bahasa Inggeris mercury mengesyorkan (kata
dasar : syor) Bahasa Mandarin shuo Perenggan 9 Jenis virus yang di kenal pasti
kemudiannya dimasukkan dalam formula vaksin yang baru untuk memberi
perlindungan yang terbaik. Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal
formula Bahasa Inggeris formula Perenggan 10 Masa yang terbaik untuk
mendapatkan vaksinasi flu dalah bila-bila masa sahaja walaupun amat
disarankan untuk mendapatkan vaksinasi sebelum puncak aktiviti flu. Vaksinasi
mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasi maksimum
selepas disuntik. Perkataan/Istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal aktiviti Bahasa
Inggeris activity imunisasi Bahasa Inggeris immunisation maksimum Bahasa
Inggeris maximum KESIMPULAN Dalam analisis petikan di atas, dapat
disimpulkan bahawa penggunaan istilah pinjaman Bahas Inggeris telah banyak
digunakan. Hal ini adalah kerana petikan menggunkan laras bahasa sains dan
perubatan yang menggunakan istilah-istilah sepertu flu, vaksinasi, program dan
sebagainya. Namun terdapat juga istilah-istilah pinjaman dan serapan daripada
bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan bahasa Portugis iaitu
tempoh yang berasal dari perkataan tempoh yang bermakna waktu.
22. 22. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 21 Soalan 4 Baca dengan teliti artikel bertajuk PERSOALAN
RELATIVITI BUTIRAN LEKSIKAL DENGAN RUJUKAN KHUSUS KEPADA
KATA KERJA BAHASA MINANG SILUNGKANG oleh Amir Arif Abdul Latip,
Universiti Malaya. Ringkaskan artikel tersebut kepada 3 halaman dengan
berfokus kepada isi penting. PENGENALAN Artikel pendek ini secara ringkas
mengutarakan persoalan kerelatifan bahasa manusia dari segi butir leksikal yang
setiap satunya dianggap sebagai jalinan (boleh secara arbitrari atau tidak arbitrari)
antara komponen bentuk dengan komponen makna. Penulis telah membuat
perbincangan tentang beberapa kata kerja dalam bahasa Minang Silungkang
yang berkaitan dengan pergerakan tangan dan kaki. Dari dapatan penulis,
didapati bahawa banyak kata kerja tersebut tidak boleh diberikan padanannya
yang seratus peratus tepat dalam bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Melayu
standard yang berasaskan dialek Johor-Riau dan bahasa Inggeris kerana
membawa makna yang amat spesifik. Hal inilah yang dirujuk sebagai relativiti
butir leksikal; banyak perkataan tidak mempunyai padanan atau pasangan
semakna yang merentasi bahasa-bahasa yang berbeza, apatah lagi semua
bahasa. Walau bagaimanapun, beberapa kata kerja yang menjadi data makalah
ini diyakini turut wujud sama ada dalam dialek-dialek Minang yang lain atau
dalam bahasa-bahasa rumpun Austronesia yang lain (walaupun ada sedikit
perbezaan makna). Data-data yang terpilih diberikan ulasan semantik dengan
penilaian sejauh manakah kebolehterjemahannya dalam bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris. Penulis telah membincangkan isu pemerolehan bentuk dan
makna butir leksikal. RUMUSAN DATA DAN ULASAN SEMANTIK Kumpulan
data yang pertama ialah kata kerja pergerakan tangan yang berkaitan dengan
tindakan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Kata kerjanya ialah
binjek dan kupia. Penulis mendapati, walaupun kedua-dua kata kerja ini berada
dalam mandala makna yang sudah cukup spesifik, iaitu kuantiti makanan yang
diambil mestilah kecil, penutur Minang Silungkang memperhalusi lagi jenis
tindakan ini untuk diberikan label yang berasingan, iaitu dengan
mempertimbangkan ciri fizikal makanan tersebut. Perbezaan antara binjek
dengan kupia ialah
23. 23. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 22 kupia merupakan perbuatan mengambil makanan yang
boleh dikatakan lebih bersifat ‘pejal’, berbentuk ‘kebongkahan’, agak keras, dan
boleh ‘dipotong’, manakala binjek untuk makanan yang tidak atau kurang bersifat
demikian. Hal ini menunjukkan bahawa penutur Minang Silungkang dengan teliti
telah meletakkan kriteria tekstur makanan bagi memaujudkan dua kata kerja
tersendiri yang berbeza dalam paradigma yang sama. Perincian makna sebegini
amat halus dan sukar ditemui kesejajarannya dalam bahasa-bahasa lain. Data
yang kedua ialah kata kerja pergerakan tangan dalam kumpulan perbuatan
“memukul”, iaitu lampang, lapuak, cakuih, lacuik, dan lameh. Bagi menunjukkan
kerelatifan butir leksikal daripada kumpulan kedua ini, ambillah kata cakuih
sebagai contoh. Cakuih boleh diterjemahkan sebagai sekeh, duku, atau luku
dalam bahasa Melayu, dan knock dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, knock
ternyata bukan padanan yang seratus peratus menyamai cakuih, kerana selain
head (kepala), kata knock boleh mempunyai hubungan sintagmatik dengan door
(pintu), walhal cakuih khusus hanya berkolokasi dengan kepala. Kata lampang
dan lapuak boleh sahaja diterjemahkan sebagai kepasa satu perkataan dalam
bahasa Inggeris, iaitu slap, tetapi kedua-duanya hanya berkongsi persamaan
pada komponen makna sasaran pukulan dan tidak bagi komponen-komponen
makna yang lain, misalnya dari segi tujuan. Lapuak bertujuan untuk melepaskan
geram, iaitu perasaan sakit hati yang tahapnya lebih rendah daripada marah.
Oleh itu, lampang dan lapuak masing-masing mempunyai nilai semantik yang
lebih kecil daripada slap. Data yang terakhir ialah kata kerja pergerakan kaki,
yang terdiri daripada mandudu, malalah, dan manggalapua. Penulis menyatakan
bahawa antara ketiga-tiga kata kerja dalam kumpulan ini, mandudu dilihat
mempunyai makna yang paling khusus. Mandudu ialah perbuatan yang
dilakukan dalam proses untuk melakukan perbuatan yang lain; sebagai contoh,
seseorang itu boleh mandudu jika dia ingin mendapatkan beg duitnya yang
tertinggal di atas meja makan di restoran. Jelas di sini bahawa konteks kejadian
memainkan peranan yang besar dalam mencirikan makna kata kerja ini. Kata
malalah mungkin boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai
wandering, tetapi kata wandering ini tidak memiliki komponen makna tujuan yang
khusus untuk bersenang-senang hati seperti malalah. Oleh itu, kata wandering
mempunyai nilai semantic yang lebih besar.
24. 24. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 23 RUMUSAN MISTERI PEMEROLEHAN BENTUK DAN
MAKNA BUTIR LESIKAL Penulis telah memetik pendapat Adger iaitu seorang
ahli nahu generatif menyatakan tentang pemerolehan bentuk dan mankna lesikal
iaitu: There is absolutely no necessity that different languages should have words
that cover the same set of semantic concepts...it should come as no surprise that
a language might have, say, colour terms that do not match the color terms of
other languages. The basic underlying semantics atoms are the same, but the
lexical items, that is the molecules that they build up, vary across languages.
Selain itu, penulis juga menguatkan pendapatnya dengan memetik pendapat
Lyons (1969: 472) menyatakan bahawa pendirian yang sama sudah lazim
ditemui dalam dunia spekulasi linguistik dan falsafah pada abad ke-17 dahulu,
dan tentunya dipegang oleh Chomsky. Walau apapun, kenyataannya, andaian
kesejagatan fitur semantik yang diyakini oleh ahli-ahli linguistik
mentalis/rasionalis ini sangat sukar untuk diterima oleh ahli-ahli linguistik empiris,
kerana anggapan seolah-olah semua fitur semantik itu ‘bertaburan’ dalam bentuk
primordialnya, kemudian ‘ditangkap’ oleh setiap bahasa dengan ‘kaedah
tangkapan’ masing-masing, dan fitur- fitur itu seterusnya ‘dipaketkan’ dalam
‘bungkusanbungkusan’ butir leksikal, ialah satu idea yang terlalu abstrak dan
dilihat sebagai alas an dangkal bagi menegakkan gagasan kesejagatan bahasa
semata-mata. Tambahan lagi, ahli-ahli linguistik mentalis/rasionalis tersebut
menumpukan kajian bahasa mereka kepada aspek struktur ayat sahaja dan
aspek makna butir leksikal hanyalah perkara sampingan (walaupun dalam versi
teori nahu generatif yang tekini). Oleh itu, penulis telah menegaskan bahawa
aliran-aliran lain melihat bahawa makna butir leksikal dibentuk sepenuhnya oleh
penggunaan bahasa dalam masyarakat (tentunya melibatkan persetujuan yang
tegar); tidak ada yang wujud secara a-priori. Tetapi bagaimanakah sebenarnya
keseluruhan proses yang mewujudkan komponen bentuk dan makna butir
leksikal itu bermula dan berjalan sehingga selesai, dengan lengkap membina
perbendaharaan kata asli satu-satu rumpun bahasa? Kita tidak akan dapat
menjawab pertanyaan ini secara mutlak kerana ia memerlukan kita meneroka
sejarah asal-usul bahasa-bahasa manusia itu sendiri. Sebagai Muslim, kita
tentunya meyakini bahawa bahasa yang dituturkan oleh Adam itulah bahasa
pertama
25. 25. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 24 manusia. Namun begitu, bagaimanakah daripada bahasa
Adam yang satu itu, lahir bahasa-bahasa lain dengan kosa kata aslinya yang
tersendiri. Kajian hal ini nampaknya berada di luar kemampuan manusia.
KESIMPULAN Rumusannya, taburan makna dalam butiran leksikal bahasa-
bahasa manusia adalah tidak sekata. Oleh itu, penterjemahan tidak mungkin
akan dapat memindahkan bentuk bersama-sama makna dengan selengkap-
lengkapnya dari satu bahasa ke bahasa yang lain kerana sifat relatif butiran
leksikal. Aspek butiran leksikal atau kosa kata inilah yang sebenarnya
membentuk identiti unik satu-satu bahasa itu; iaitu kriteria yang paling jelas
membezakan bahasa A daripada bahasa B. Inilah fitrah bahasa-bahasa manusia
yang ada di dunia.
26. 26. E S P 3 2 3 S E M A N T I K D A N P E R I S T I L A H A N D A L A M B A H
A S A M E L A Y U | 25 RUJUKAN 1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994).
Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Amat
Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Azman Wan Chik.1985. Mengajar
Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka 4. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. 5. Puteri Roslina Abdul
Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang –
Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Teuku Iskandar.2008.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 7.
Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan, (2012) BML 3083 Semantik dan
Pragmatik Bahasa Melayu, Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI). 8. Abdullah Yusof, Alias Mohd. Yatim dan Mohd.Ra’in Shaari(2009).
Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Pustaka Salam Sdn.Bhd.
9. Dr. Adenan Ayob & Dr.Nathesan Sellapan, (2009) HBML3303 Psikolinguistik.
dan Semantik, Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia(OUM). 10.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like