You are on page 1of 28

PEMIKIRAN LOGIK

Definisi pemikiran
Definisi pemikiran
Mengikut E. Moore;
pemikiran ialah mencari cara
penyelesaian masalah atau hal.
Edward de Bono
pemikiran ialah mencipta atau
mereka cara menyelesaian masalah
berdasarkan pengalaman.
Def
Atan Long pemikiran ialah pengolahan
bahan-bahan pengalaman terhadap
fenomena atau keadaan sedia ada untuk
menghasilkan keputusan.

Rumusan pemikiran semuanya menjurus
kepada penyelesaian masalah, melalui
kemampuan otak, pengalaman dan
pembacaan sendiri.
Definsi pemikiran logik.
Tumpuan kepada pemikiran yang sistematis,
gunakan ilmu logik yang tercetus dari
hemisfera otak kiri atau hoki.
Mengikut buku Logic, Language and
Composition (19 75) Hulon Wills ilmu logik
ialah sains penaakulan atau pemikiran yang
jelas untuk penulisan atau penuturan yang
jelas.

Penaakulan atau pemikiran ialah proses ke
arah pencapaian kesimpulan berdasarkan
bukti-bukti konkrit.
Kesimpulan pula ialah fakta,
keputusan,pendapat atau hukuman yang
dilahirkan daripada penaakulan.
Konsep ilmu logik
Irving M. Copi- Pemikiran logik ialah
keseluruhan proses yang membawa kepada
keputusan melalui penaakulan yang
berdasarkan bukti yang jelas dan konkrit.
Bidang logik
Logik ialah mukadimah ilmu. Ia juga dikenali
sebagai ilmu alat. Merupakan alat atau asas
ilmu lain. Semua ilmu ada kaitan dengan
ilmu logik (mantik)eg dalam ilmu akidah,
dalil-dalil logik akal untuk membuktikan
kewujudan Allah.
Iman al-Ghazali , logik adalah ilmu kepada
segala ilmu atau neraca segala ilmu
Logik
Asas logik yang kuat
agama
falsafah
sains gunaan
bahasa
matematik
moral dll.
Perkembangan logik
Zaman klasik (600 sm- zaman Islam)
Eg, Herakleitos, Euklid, Pythagoras, Scorates,
Plato
lebih kepada falsafah, pembentukan teori,
bahasa dan retorika, teologi
Zaman Islam (Abab ke 7 hingga ke 13, banyak
buku logik Greek diterjemah oleh Al-farabi, al
Kindi , iman al Ghazali, Ibnu al Nadim,
Syekh Muhammad Abduh, dll
Zaman Islam
Hujah tentang al quran dan ketuhanan,
matematik, asas penulisan sejarah ,bahasa
dan kesasteraan.
Zaman moden
berdasarkan deduksi (silogisme ) dan induksi
akal, pemerhatian, cerapan uji , keadah
penyelidikan ilmiah,
Tokoh, Berkeley, Copernicus, Francis Bacon
Zaman moden
John Dewey
Roger Bacon
Martin Luther King
Newton
Konsep Ilmu Logik
Mengikut Hulon Wills (logic, language and
Composition),
Istilah-istilah
andaian , premis, pernyataan umum, pernyataan
khusus, kualifikasi, refutasi, deduksi, silogisme dan
falasi.
. Andaian-
sebagai asumsi, angggapan atau sangkaan
keputusan atau pendapat yang dianggap benar
sungguhpun tidak begitu pasti benar atau tidak dan
dianggap benar.
Konsep
Premis sebagai satu andaian atau satu fakta
atau kenyataan , boleh dijadikan asas untuk
sesuatu hujah untuk mencari sesuatu
keputusan, ada satu umun dan satu khusus
Umum seperti hujan lebat menyebabkan
banjir,
Khusus hujan lebat petang kelmarin
menyebabkan banjir kilat di Alor Setar dari
jam 5.00 hingga 8.00 malam.
kualifikasi
Banyak kenyataan umum tidak munasabah,
dalam keadaan ini kita gunakan kualifikasi
.frasa seperti sebahagian besar, seringkali,
kebanyakan. Eg, dalam keadaan tertentu ,
hisapan marijuana akan membawa kepada
penagihan dadah,
Reputasi
Untuk musnah asas logik atau premis orang
lain yang telah diterima dan dipercayai oleh
orang ramai buat sekian lama. Eg
kemakmuran sesebuah negara disebabkan
oleh presidennya . Tapi orang lain buat
reputasi bahawa kemakmuran sesebuah
negara bukan oleh presiden tapi kerana hasil
mahsul negera. Orang terima sebagai benar.
Dua jenis penaakulan
Logik induksi- satu keputusan diambil
daripada misalan yang khusus kepada yang
umum. logik ini kadang-kadang tidak
munasabah.baik untuk kajian sains dari
fakta-fakta khusus kepada umum.- buat
hipotesis, dan terori
Logik deduksi- pernyataan umum kepada
khusus.
Silogisme
Silgoisme bermaksud struktur ke arah satu
deduksi atau kesimpulan yang khusus.
Tiga perkara.
Premis besar; Mahasiswa di universiti itu
pandai-pandai
Premis kecil ; Din mahasiswa universiti itu
Kesimpulan ; Din mahasiswa yang pandai.
contoh
P1 : semua mamalia mempunyai paru-
paru
P2: semua ikan paus ialah mamalia
P3 : Jadi semua ikan paus mempunyai
paru.
Semua premis umum kesimpulan umum
contoh
Contoh P2 kenyataan khusus maka
kesimpulan perlu khusus
P1: semua serangga mempunyai enam kaki
P2: nyamuk ialah sejenis serangga
P3: Jadi nyamuk harus mempunyai enam
kaki
P1 dan P2 benar maka kesimpulan juga perlu
benar.
falasi
Konsep terakhir
Falasi satu huraian, alasan, pendapat atau
kesimpulan yang keliru akibat daripada
penyalahgunaan proses taakulan atau
silogismenya.
Jenis, seperti kenyataan yang sewenang-
wenang, analogi palsu, salah tafsir sebab
akibat, alasan songsang.dan alasan
menentang pendapat umum.
Perbincangan
Orang kaya bertambah kaya, orang miskin
bertambah miskin. Mengapakah orang
beranggapan demikian . Apakah hujah-hujah
yang menolak anggapan tersebut
Orang miskin biasanya malas. Adakah ini
benar? Kalau benar, apa hujahnya? Kalau
tidak benar, apa hujahnya?
Perbincangan
Pihak polis trafik adakalanya tidak begitu percaya
dengan alasan yang diberi oleh pemandu-pemandu
apabila mereka ditangkap kerana sesuatu
kesalahan? Apakah sebab-sebabnya pihak polis
bersikap demikian.
Pendatang haram tidak digemari di mana-mana
negara pun. Mengapakah demikian halnya? Berikan
alasan-alasan yang membuktikan pendatang haram
mengancam sesebuah negara.
perbincangan
Jelaskan langkah-langkah positif untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum di negara kita. Kemudian gambarkan
masyarakat kita dua puluh tahun akan
datang.
Latihan
Jelaskan jenis-jenis yang membawa kepada
kesimpulan berikut

A. ibu bapa yang baik akan membentuk
keluarga yang baik
B. suasana damai membawa ketenangan
C. cuaca mendung akan menyebabkan
hujan
Soalan
D. wajah yang tenang melambangkan jiwa
yang suci
E. sebarang latihan jasmani menjadikan
badan sihat.
F. Pelajar yang rajin berusaha akan lulus
peperiksaan
G. Peniaga yang sombong akan kehilangan
pelanggan
soalan
H. Latihan tubi dan konsisten dalam
pelajaran akan membawa kejayaan
cemerlang kepada pelajar
i. Seniman selalunya sensitif terhadap
manusia dan alamnya.
perbincangan
Merujuk kepada teks yang diberi cuba anda catatkan
contoh-contoh ayat yang menggunakan istilah ilmu
logik berikut:
Andaian deduksi
Premis silogisme
Pernyataan umun falasi.
Pernyataan khusus
Kualifikasi
Refutasi
Induksi,

Sekian selamat belajar.

You might also like