You are on page 1of 53

BAB 3

SENI DAN KAEDAH BERFIKIR


(Logik dan Metodologi)

UHC1012 – FALSAFAH & ISU SEMASA


PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan definisi, peranan, kedudukan dan hubungan
ilmu Logik dengan ilmu Falsafah serta menjelaskan
pelbagai falasi dan cara pencegahannya.
2. Menghuraikan perkembangan, kegunaan, dan perbezaan
dua pendekatan utama dalam logik iaitu Deduksi dan
Induksi.
3. Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang
memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih
kompleks.

2
PERINCIAN BAB

Seni & Kaedah Berfikir

(3) Pelbagai
(1) Definisi Logik (2) Pendekatan
Metodologi dalam
dan Falasi Utama dalam Logik
Penghasilan Ilmu

3
PENGENALAN
• Manusia makhluk berfikir. Soalan berunsur Logik:
• Cara dan kadar berfikir berbeza2. • Kenapa anda hadir kuliah
Falsafah?; Ingin tahu,
brdasrkan kategori manusia, kerjaya,
ingin berfikir kritis, ingin
pendidikan, tahap kesukaran topik dll.
lulus, ia kursus wajib. +
• Cenderung betul@salah@tak Apa Buktinya?.
pasti. Jadi, perlu kpd ilmu Logik.
• Adakah UMP sebuah IPT
• Logik = Sains ttg kaedah berfikir swasta?. Bukan. UMP IPT
secara benar dan tepat (science of awam. + Apa Buktinya?
accurate thinking) @ Sains
Penaakulan (science of reasoning).

• Kegunaan Logik = Membantu dlm kemukakan hujah yg sistematik dan


munasabah, serta menilai sama ada hujah tersebut bernas/bermakna
(sound), hujah sahih (valid) atau hujah berfalasi (fallacious).
• Hujah memerlukan Penaakulan (reasoning) iaitu proses kemukakan
“Sebab/Alasan” + dikukuhkan dgn “Bukti/Dalil”.
4
Cabang falsafah Logik dalam Kursus
UHC1012 & Falsafah Sejahtera

5
Bahagian 1
LOGIK, “HUJAHAN & PENAAKULAN”,
& FALASI
• Logik dalam Ilmu Falsafah
• Hujahan & Penaakulan
• Hujahan Palsu: Falasi

6
Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...

• Menjelaskan definisi, peranan,


Hasil kedudukan dan hubungan ilmu Logik
Pembelajaran dengan ilmu Falsafah serta
menjelaskan pelbagai falasi dan cara
pencegahannya.

• Logik
Kata Kunci • Hujahan & Penaakulan
• Falasi

7
Definisi Logik
Dari segi Definisi
Asal kata drp perkataan Yunani/Greek ‘Logos’ yg bermaksud Kata
Bahasa (utterance); Pernyataan (statement); Pemikiran (thought); Akal-Fikiran
(reason); bersifat Rasional (rational)
• Satu cabang falsafah berkaitan ilmu tentang prinsip dan cara
penaakulan yg betul/benar dan sahih (true & valid reasoning) dlm
Istilah struktur hujahan (argument).
• Ilmu berfikir secara teratur dan sistematik dlm struktur hujahan yg
memerlukan penaakulan yg betul (Premis/Sebab/Alasan + Bukti/Dalil)

Satu rangkaian pernyataan tertentu yg mempunyai urutan (iaitu


*Hujahan
Sebab/Alasan- Reason/Premise + Bukti/Dalil- evidence) yg akan
(argument) menyokong pernyataan lain (iaitu Kesimpulan-Conclusion).
Satu proses berfikir yg menggunakan Hujah-dan-Alasan (Argument-
*Penaakulan and-Reason) bagi menyokong Kesimpulan (Conclusion). Manusia
(reasoning) sering beri penjelasan, justifikasi, dan ramalan ttg sesuatu perkara
atau isu melalui Proses Penaakulan.
8
Peranan Logik dalam Falsafah
Berfikir secara lebih sistematik, Analisis sesuatu fenomena@
kritis dan benar berbanding situasi mengikut kaedah yg betul
berfikir tahap biasa@ [Cth; Bagaimana COVID-19
mudah@rendah merebak begitu cepat?; Isu
[Cth; Bagaimana bekerja utk globalisasi; IR4.0; Endemik]
dapatkan makanan? vs Hari ini nak
makan apa?]

Logik sebagai Alat & Kaedah untuk …

Buat kesimpulan ttg sesuatu Hindari kesilapan@kekeliruan dlm


secara ilmiah dan meyakinkan dgn pernyataan yg mendorong kpd
bukti dan hujah yg bernas kesimpulan tidak rasional@tidak
[Cth; Adakah bumi mendatar tepat
atau bulat?; Isu vaksin & Imunisasi] [Cth; Hindari falasi; Berita palsu]
9
Logik dalam Hujahan dan Penaakulan
Tujuan Membuat Keputusan
Premis 1 Saya amat meminati bidang kimia.
Banyak peluang pekerjaan yg menarik dlm bidang
Premis 2
kejuruteraan khususnya kejuruteraan kimia.
Kesimpulan Justeru, saya akan bekerja sebagai jurutera kimia.

Tujuan Memberi Penjelasan


Saya lambat keluar rumah krn jiran memerlukan
Premis 1
bantuan kecemasan.
Perjalanan saya semakin lambat krn berlaku kesesakan
Premis 2
trafik yg berpunca drp kemalangan motosikal dan lori.
Kesimpulan Justeru, saya lewat hadir ke mesyuarat di pejabat.

*Premis = Usul/Sebab/Alasan
10
Perniagaan
Politik Adakah perniagaan akan maju Sains & Teknologi
Adakah krisis politik yang JIKA berniaga secara online? Adakah bumi bulat atau
berpanjangan memberi mendatar?
impak kepada rakyat? CONTOH PENGGUNAAN
LOGIK DALAM ASPEK
KEHIDUPAN

Kesihatan
Jenayah Pendidikan Adakah produk herba X
Bagaimana polis menyiasat berkesan merawat masalah
Adakah kaedah merotan
kes pembunuhan bersiri itu? kolestrol tinggi?
berkesan dalam mendidik anak?
11
Aplikasi Logik dalam Berita
1) Berita Kesihatan- COVID-19 (dari laman web BH
Online): Restoran tak patuh SOP PKPB diarah tutup.

2) Unsur logik dalam berita tersebut:


• Peranan logik: Memberi penjelasan dan kenal
pasti cara pencegahan COVID-19 (dari segi apa,
kenapa, bagaimana, kesimpulan & tindakan
seterusnya).
• Premis (Kenapa): Rantaian COVID-19 tidak dapat
dicegah@diputuskan jika SOP tidak dipatuhi.
• Kesimpulan: COVID-19 semakin merebak (spt
Wujud perhimpunan dan kluster baharu; Wujud
penularan skala yg lebih besar dll); pengesanan
kontak rapat dan rawatan semakin mencabar.

3) Justifikasi: Ya, logik ini benar/betul dan munasabah


berdasarkan bukti pengesahan kajian oleh saintis,
virologis, KKM dan diperakui oleh WHO.
12
Aktiviti 3-1: Logik dalam Berita
Merujuk contoh Logik dalam Berita di atas:
1) Layari salah satu laman Berita Online berikut (Berita Harian, Harian Metro,
Astro Awani, Sinar Harian, BERNAMA).

2) Baca satu Berita bertulis atau tonton Berita TV yang mengandungi isu yang
ada kaitan dengan unsur Logik dalam Hujahan dan Penaakulan (#contoh isu
politik, ekonomi, sosial, pendidikan, agama, sukan, hiburan, antarabangsa,
teknologi, jenayah dll).

3) Nyatakan pengunaan unsur Logik dalam hujahan dan penaakulan dalam isu
tersebut dari segi (a) Peranannya dan (b) Struktur Premis-Kesimpulan.

4) Adakah Logik yang dinyatakan itu benar/betul dan munasabah? Bawakan


bukti sebagai justifikasi anda.

5) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama
penuh, no. ID, dan Section anda.
13
Definisi Falasi (Fallacy)
• Falasi turut dibincangkan dlm ilmu Logik. Ia adalah lawan kpd
hujahan yg benar dan bermakna/bernas*.

• Falasi ialah Hujahan palsu (unsound arguments) yg digunakan utk


mengelirukan atau mempengaruhi penilaian dan pembuatan
keputusan orang lain agar mempercayainya sebagai benar,
munasabah, tepat atau sah. (#Cth: keputusan membeli, membuat
pilihan, menyertai satu2 kumpulan, memahami isu dan berita dll).

• Nama lain Falasi: (1) Penaakulan palsu (pseudo-reasoning); (2)


Penaakulan salah (wrong reasoning); (3) Silap fikiran; (4) Salah
konsepsi (misconception); (5) Salah pengertian.

*Hujahan bermakna/bernas (sound argument) = Hujah yang mengikut peraturan dan


struktur penghujahan yang sahih (valid) dan mempunyai kandungan Sebab-Alasan
(iaitu premis-premis) yang betul/benar (true) dari segi fakta.
14
Kenapa Falasi adalah Hujahan Palsu?
• Kesan Falasi: Mampu mempengaruhi fikiran, emosi, dan tingkah laku
manusia, walaupun ia seolah-olah kelihatan seperti benar,
munasabah, sah dan masuk akal.

• Sedangkan, Falasi adalah hujahan palsu kerana ...

o Lemah dari segi struktur penghujahan (Premis & Kesimpulan)


o Tidak cukup fakta dan data
o Premis atau alasan tidak sah
o Berunsurkan berat sebelah (bias), prejudis, stereotaip
o Berunsurkan emosi, paksaan, menakut-nakutkan
o Andaian dan kepercayaan yang menyeleweng
o Kesimpulan yang salah, terburu-buru dan tidak sah
o Gambaran kelemahan aspek rasionaliti dan objektiviti pemikiran
manusia

15
Bentuk Falasi
(1) FALASI FORMAL: Falasi yg ada kecacatan/kelemahan dlm STRUKTUR/
BENTUK hujahan yg menjadikan hujahan itu tidah sah (invalid). Berlaku dlm
Hujah Deduktif.
Contoh:
• Premis 1: Semua orang Cina adalah pandai berniaga.
• Premis 2: Ah Chong pandai berniaga.
• Kesimpulan: Ah Chong adalah orang Cina (#Kesimpulan yang salah)

(2) FALASI TIDAK FORMAL: Falasi yg ada kecacatan/kelemahan dlm


KANDUNGAN PREMIS hujahan yg menjadikan hujahan itu tidak bernas
(unsound). Berlaku dlm Hujah Induktif.

Contoh:
• Premis 1: Berlaku kes-kes melibatkan ahli sukan yg handal, ambil dadah utk
kekal bertenaga semasa bersukan.
• Premis 2: Ahli sukan X, Y, dan Z yg handal ambil dadah, kekal bertenaga
semasa besukan.
• Kesimpulan: Semua ahli sukan yg handal, juga akan ambil dadah utk kekal
bertenaga semasa bersukan. (#Kesimpulan yang salah)
16
Kategori dan Jenis Falasi

Kategori Falasi Jenis-jenisnya


• Generalisasi Terburu-buru (Hasty Generalization)
1) Falasi Generalisasi • Generalisasi Salah Tafsir (Sweeping Generalization)
Salah (Fallacies of False • Dilema Salah/Falasi Hitam Putih (False Dilemma/
Generalization) Black-or-White Fallacy)

2) Falasi Sebab-Akibat • Hubungkait Sebab-Musabab yg Dipersoalkan


(Questionable Cause)
@Falasi Hubungkait • Cerun licin@Kejatuhan domino (Slippery Slope)
(Causal Fallacies)
• Rujukan Autoriti (Appeal to Authority)
• Menagih Simpati (Appeal to Pity)
3) Falasi Kerelevanan • Ancaman Takut (Appeal to Fear@Scare Tactics)
(Fallacies of Relevance) • Serangan Peribadi (Appeal to Personal Attack)
• Mengabui Mata@Tipu Muslihat (Red Herring)
17
FALASI GENERALISASI SALAH:
1) Generalisasi Terburu-buru (Hasty Generalization)
• Falasi ini berlaku apabila kesimpulan yg dibuat adalah berdasarkan sampel kecil
drp populasi keseluruhan. Generalisasi ini melibatkan kesilapan dlm proses
menganalisis dan mengumumkan konsep, penyataan atau isu tertentu.

• Contoh:
 Stereotaip- “Semua orang Jepun kreatif”; “Semua lelaki tidak sensitif
terhadap wanita”; “Semua Muslim adalah teroris”
 “Saya ada 3 pelajar dari Negara X tahun lepas. Mereka bertiga pemalas.
Umumnya, semua pelajar dari Negara X adalah pemalas!”.
 “Siapa sahaja boleh beli 4 buah rumah selepas bergraduat!. Saya sendiri
sudah membuktikannya pada usia 23 tahun!”.

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Buat kajian perbandingan di antara analogi betul dan salah. Adakah ia boleh
diaplikasikan kpd semua orang?
b) Buat kajian yg melibatkan faktor silang budaya (cross-cultural), keupayaan
dan perbezaan individu dlm isu itu. 18
FALASI GENERALISASI SALAH: (samb.)
2) Generalisasi Salah Tafsir (Sweeping Generalization)
• Falasi ini berlaku apabila kesilapan dan kesukaran dlm proses mentafsir
dan mengumumkan sesetengah konsep, penyataan atau isu.

• Contoh:
 “Universiti adalah pusat pembangunan holistik dan jaminan peluang
kerjaya”. Jadi, Semua orang perlu dan mesti masuk universiti krn jika
tak masuk, tidak akan dapat kerja, malah tidak berjaya dlm hidup.
 “Senaman intensif bagus utk kesihatan yg baik secara keseluruhan”.
Jadi, Semua pesakit jantung yg kritikal perlu dan mesti mengamalkan
senaman intensif utk kekal sihat.

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Buat analisis kritis tentang isu, perbezaan dan keadaan semasa individu.
b) Buat analisis punca-kesan bagi kondisi individu tertentu yg menghidapi
keadaan kritikal (spt pesakit jantung kritikal)
19
FALASI GENERALISASI SALAH: (samb.)
3) Dilema Salah@Falasi Hitam-Putih
(False Dilemma/Black-or-White Fallacy)
• Falasi ini berlaku apabila kita diminta memilih satu di antara dua pilihan
sahaja tanpa adanya pilihan tambahan (pilihan alternatif). Anda berada dlm
keadaan serba-salah dan dilema di antara dua persimpangan.

• Contoh:
 “Pilih antara dua, anda menyokong saya atau menentang saya”.
 “Anda cakap anda prihatin akan nasib mangsa banjir, tapi saya tak
nampak pun kelibat anda dlm program khidmat masyarakat tadi”.

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Jarang dlm kehidupan sebenar hanya ada 2 pilihan sahaja. Akan ada
alternatif lain@jalan tengah yg terbaik mengikut masa yg sesuai.
b) Lakukan Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity & Threat)
atau Analisis Senario Kes Teruk (worst case senario).
c) Rujuk pihak tertentu sebagai perantara atau orang tengah.
20
FALASI SEBAB-AKIBAT:
1) Hubungkait Sebab-Musabab yg Dipersoalkan
(Questionable Cause)

• Falasi ini berlaku apabila seseorang membawakan hubungan sebab-


akibat tanpa wujudnya bukti yg betul dan kukuh.

• Contoh:
Kepercayaan tradisi, kepercayaan karut, dan pantang larang:
 “Jangan bersiul dlm rumah, nanti ular masuk rumah”.
 “Suka menyanyi di dapur, akan dapat jodoh lelaki tua”.
 “Jangan berkeliaran waktu senja, nanti disorok hantu”.
• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?
a) Selidik apakah punca dan sebab yang sebenar dan konkrit.
b) Siasat@analisis sebahagian drp kebanyakan bentuk kesilapan yang berlaku.
c) Rujuk penjelasan drpd sumber dan justifikasi ilmu wahyu (revealed
knowledge). 21
FALASI SEBAB-AKIBAT: (samb.)
2) Cerun licin@Kejatuhan domino (Slippery Slope)
• Falasi ini berlaku jika kita membenarkan kejadian pertama (A) berlaku, maka
kejadian kedua (B) juga akan ikut berlaku. Oleh itu, kejadian pertama (A) tidak
patut dibenarkan berlaku. Falasi ini menegaskan tindakan yg tidak diingini
akan membawa kpd keadaan yg lebih buruk sama spt keadaan “tergelincir@
tergolek dari cerun yg tinggi”.

• Contoh:
 “Jika anda gagal Ujian 1 (A), kemudian, Ujian 2 juga akan gagal (B), Jadi,
sila pastikan Ujian 1 (A) tidak akan gagal”
 “Saya bagi amaran!, Jika anda mula ponteng kelas (A), anda akan tercicir
dan dibuang sekolah (B). Akibatnya, masa depan anda akan hancur dan
tiada harapan lagi (B). Jika tidak mahu ia berlaku, sila hadir ke kelas (A)”

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Apa punca utama dan apakah kesan dalam isu tersebut?
b) Rujuk kpd pakar tentang perkara tersebut.
c) Buat penyelidikan tindakan (action research). 22
FALASI KERELEVANAN:
1) Rujukan Autoriti (Appeal to Authority)
• Falasi ini berlaku apabila seseorang cuba mempengaruhi audien utk menerima
sesuatu kepercayaan atau tingkah laku berdasarkan rujukan autoriti (spt
reputasi, kredibiliti, dan populariti seseorang personaliti yg dihormati,
berpengaruh dan terkenal).

• Contoh:
 “Selebriti X ialah duta produk Y dan dia sentiasa sihat. Jadi minumlah
produk Y utk kekal muda, sihat dan kuat”.
 “8 drp 10 pakar memilih telefon pintar jenama X berbanding jenama lain,
Jadi, belilah telefon pintar jenama X!”
 “Profesor Z pun amalkan budaya Copy-Paste dan plagiat, kenapa kami
pelajar tak boleh buat?

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Selidik latar belakang pakar tersebut dan kelayakan profesional@
kewibawaannya dlm hal tersebut.
b) Sejauh mana kaitan dan relevan autoriti itu dgn produk atau amalan. 23
FALASI KERELEVANAN: (samb.)
2) Menagih Simpati@Kasihan (Appeal to Pity)
• Falasi ini berlaku apabila alasan digunakan utk menagih simpati dan
meraih belas kasihan sehinggakan orang lain terpengaruh dan membuat
kesimpulan atas dasar simpati. Walaupun keadaan ini selalu berkesan,
tetapi hujahan adalah tidak sah dan bermakna.

• Contoh:
 Pujukan pelajar kpd pensyarah... “Encik tak boleh beri selain Gred A+ bagi
subjek Falsafah ini, kerana saya sudah berusaha keras dgn berjaga sepanjang
malam utk ulangkaji subjek ini. Jika tidak dapat, biasiswa saya tidak akan
disambung dan pasti ibu bapa saya akan kecewa”.

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Berjaga malam tiada kaitan dgn kualiti hasil tugasan yg telah dilakukan. Elak
rasa kasihan dlm berhujah. Ia jelas membuktikan hujah anda lemah!.
b) Emosi sering sukar digunakan sama ada secara baik atau dimanipulasi
berbanding bersikap berterus terang dan informatif.
24
FALASI KERELEVANAN: (samb.)
3) Ancaman Takut (Appeal to Fear@Scare Tactics)
• Falasi ini berlaku apabila seseorang menggunakan unsur menakut-nakutkan,
rasa cemas dan tidak berasas (spt ancaman, ugutan, propaganda, penipuan dll)
utk mempengaruhi audien agar menerima dakwaannya.
• *Juga digunakan sbgai “reversed tool” utk ubah sikap dan tingkah laku negatif.

• Contoh:
 “Ayah saya penyumbang dana terbesar sekolah ini. Jadi, Encik perlu
pertimbangkan semula gred C bagi Ujian Akhir kertas Matematik saya”.
 Hujah ahli politik… “Jika kita tidak menaikkan cukai@memperkenalkan cukai
baharu, negara akan dibebani hutang sedia ada yg berbilion ringgit”.
 *Video kemalangan tragis krn guna telefon semasa memandu (reversed
tool).

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Buat kajian dan penilaian ttg sejauh mana unsur ancaman ini benar2
mempengaruhi prinsip, nilai utama, peraturan dan memberi kesan negatif
dalam kehidupan anda. Adakah wujud unsur emosi yg sengaja difalasikan.
b) Falasi ini mungkin sesuai ditujukan kpd individu yg terlibat secara langsung
bagi memberi kesedaran kpd mrk (reversed). 25
FALASI KERELEVANAN: (samb.)
4) Serangan Peribadi (Personal Attack@ad-hominem)
• Falasi ini berlaku apabila seseorang menyerang sama ada watak,
kelayakan atau tingkah laku peribadi seseorang lain yg bertujuan utk
melemahkan atau meremehkan hujah atau dakwaan seseorang.

• Contoh:
 “Kenapa anda dengar cakap kaunselor itu!. Anda berhak di atas diri
sendiri. Jika saya jadi anda, saya tolak mentah-mentah nasihat dia”
 “Doktor A merupakan perokok yg bertubuh gemuk dan suka makan
makanan laut. Jadi, dia tak layak beri nasihat ttg gaya hidup sihat”

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Selidik kelayakan sijil profesional dan pengalaman individu itu.
b) Selidik keselarian di antara dakwaan, tingkah laku dan pengalaman
profesional.
26
FALASI KERELEVANAN: (samb.)
5) Mengabui Mata@Tipu Muslihat (Red Herring)
• Falasi ini digunakan utk mengalihkan/memesongkan perhatian orang
drpd isu sebenar atau isu utama. Juga disebut sebagai Lempar umpan
ke topik lain.
• Contoh:
 “Kenapa perlu risau sangat tentang isu wabak COVID-19, sedangkan
isu pencemaran alam sekitar dan pemanasan global juga kritikal!”
(#Respon falasi kpd isu peningkatan kes wabak COVID-19)
 “Alah tidak merokok pun boleh mati juga” (#Respon falasi isu kpd
larangan merokok yg boleh membawa maut)

• Bagaimana menilai dan mencegah Falasi ini?


a) Tujuan sebenar falasi ini ialah utk mengalih perhatian orang lain. Jadi,
kita perlu menilai dan konsisten dengan isu utama yg dibahaskan.
b) Kenal pasti hujah atau alasan yg tidak bersangkut-paut dgn isu sebenar.
c) Setiap isu ada platform atau forum khas utk dibincangkan.
27
Aktiviti 3-2: Kenal & Cegah Falasi
Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3:

1) Buat carian di Internet dalam bentuk Berita@Klip video@Klip filem tentang


Falasi dalam apa jua bidang sama ada Politik, Ekonomi, Sosial, Kesihatan
COVID-19, Pendidikan, Media, Pengiklanan, dan sebagainya.

Contoh:
 Nyatakan Kategori Falasi: Falasi Kerelevanan (Fallacy of Relevance)
 Nyatakan Jenis: Rujukan kepada Autoriti (Appeal to Authority)
 Nyatakan Bidang: Pengiklanan (produk sukan).

2) Skop perbincangan:
 Kenapa mereka menggunakan Falasi sebagai hujah?.
 Adakah kaedah Falasi itu diterima akal, wajar dan beretika?
 Bagaimana anda menilai dan mencegah Falasi itu?

3) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama
penuh, no. ID, dan Section anda.
28
Kesimpulan
• Manusia makhluk berakal dan berfikir dlm pelbagai perkara dan
situasi. Cth; berhujah, mencari jawapan, membuat pilihan dan
membuat keputusan.

• Logik = Sains ttg kaedah berfikir secara benar dan tepat (science
of accurate thinking) @ Sains Penaakulan (science of reasoning).

• Falasi = Hujahan palsu yg nampak seolah-olah spt benar dan


munasabah yg bertujuan mengelirukan atau mempengaruhi
penilaian dan pembuatan keputusan orang lain.

• Falasi perlu dikenal pasti, dianalisis dan dinilai dgn teliti supaya
kita tidak terbiasa menggunakannya (oleh diri sendiri) dan
mudah terpengaruh dgn hujahan palsu tersebut (oleh org lain).

29
Bahagian 2
PENDEKATAN UTAMA DALAM LOGIK:
DEDUKSI & INDUKSI
• Definisi Deduksi, Proses, Kegunaan dan Contoh
• Definisi Induksi@Aruhan, Proses, Kegunaan dan Contoh

30
Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...

• Menghuraikan perkembangan,
Hasil kegunaan, dan perbezaan dua
Pembelajaran pendekatan utama dalam logik iaitu
Deduksi dan Induksi

• Deduksi
Kata Kunci
• Induksi@Aruhan

31
Pendekatan Deduksi
(Deductive Reasoning)

• Satu kaedah penaakulan di mana satu KESIMPULAN


KHUSUS terhasil melalui aktiviti taakulan berdasarkan DUA
PREMIS UMUM (iaitu Premis Major & Premis Minor) yg
Definisi dianggap benar.
• Kebiasaannya, kesimpulan khusus yg dibuat adalah
mengikut logik premis umum yg diberikan.
• Kaedah ini juga disebut sebagai Silogisme.
• Premis Major (Umum-Prinsip sedia ada): SETIAP manusia akan mati.
Contoh • Premis Minor (Contoh-Pemerhatian): Socrates seorang manusia.
asas • Kesimpulan (Khusus-Pengesahan): Justeru, Socrates akan mati.

32
Proses Deduksi
Contoh: Kajian Gaya Kepimpinan dengan Prestasi Organisasi

Kenal pasti Peraturan@ Kenal pasti *Hipotesis


Buat Kesimpulan KHUSUS
Premis UMUM @Teori khusus yg berkait dgn sama ada terima@tolak
Sedia Ada Premis Umum & Jalankan Premis@Teori umum
Pemerhatian (kumpul
*Kesimpulan sentiasa benar
Kata Kunci: Semua data) yang berkaitan
jika peraturan@ teori sedia
@Setiap hipotesis khusus tadi
ada itu benar

Teori Kepimpinan Transformasi • Tentukan Pembolehubah


(Transformational Leadership) (variables), Hipotesis, Kumpul Justeru, CEO X, mampu
(Bass,1985, 1996; Burns,1978): data & Analisis data. meningkatkan prestasi
• CEO X adalah pemimpin yg Organisasi Y.
Setiap pemimpin yg ada ciri- ada ciri-ciri gaya Kepimpinan
ciri gaya Kepimpinan Transformasi A, B, C, & D.
Transformasi A, B, C, & D, • Adakah Prestasi Organisasi Y
mampu meningkatkan prestasi akan meningkat?
organisasi.

33
Kegunaan Deduksi
Deduksi bertujuan MENGUJI Peraturan umum@Teori sedia ada (Premis
Major) sama ada boleh diaplikasikan terhadap isu atau kes baharu dgn menguji
hipotesis-hipotesis (Premis Minor) yg disandarkan kpd teori umum/sedia ada
tersebut bagi menghasilkan Kesimpulan Khusus.
Kajian ttg “Bahan Memabukkan” dgn merujuk dan mengaplikasi teori@
hukum sedia ada berkaitan bahan tersebut
Premis Major Semua/Setiap yang memabukkan dan mengkhayalkan
(Umum-Teori) adalah bahaya dan haram.
Premis Minor 1 Arak memabukkan dan mengkhayalkan.
(Pemerhatian 1)
Premis Minor 2 Pil Ekstasi ‘Molly’ juga memabukkan dan mengkhayalkan.
(Pemerhatian 2)

Kesimpulan Justeru, Arak dan Pil Ekstasi ‘Molly’ adalah bahaya dan
(Khusus-Pengesahan) haram.
#Ulasan: Secara logiknya, pengujian Teori Sebab-Akibat Y (teori sedia ada) adalah
benar dan teori itu boleh diaplikasikan dlm isu@kes baharu. 34
Contoh Deduksi
Contoh 1:
Premis Major SETIAP yang bernyawa pasti akan mati.
Premis Minor 1 Ali memiliki nyawa/makhluk bernyawa.
Premis Minor 2 Kucing memiliki nyawa/makhluk bernyawa.
Kesimpulan Justeru, Ali dan Kucing pasti akan mati.

Contoh 2:
SEMUA subjek melibatkan nombor dan pengiraan
Premis Major
mengambil masa yg lama utk diselesaikan.
Subjek Matematik ialah subjek berasaskan
Premis Minor
Pengiraan Nombor.
Justeru, subjek Matematik mengambil masa yg
Kesimpulan
lama utk diselesaikan.
35
Pendekatan Induksi@Aruhan
(Inductive Reasoning)

• Satu kaedah penaakulan di mana satu KESIMPULAN UMUM


terhasil melalui aktiviti taakulan berdasarkan PREMIS KHUSUS
(Premis 1 & Premis 2, Premis...) (Cth, pemerhatian terhadap kes-
Definisi kes khusus@tertentu) yg diketahui benar.
• Kesimpulan umum yg dibuat adalah disokong oleh premis yg
diberikan TETAPI tidak semestinya mengikut logik drp premis.

• Premis 1: Logam emas, perak, dan besi dapat mengalirkan haba.


• Premis 2: Ciri X, Y dan Z ada pada emas, perak dan besi tersebut
dapat mengalirkan haba.
Contoh
• Kesimpulan: Justeru, Semua logam yang ada ciri-ciri X, Y, dan Z,
asas dapat mengalirkan haba.
• Tindakan: Berkemungkinan semua jenis logam yg ada ciri-ciri X, Y
dan Z dpt mengalirkan haba dan digunakan utk tujuan inovasi.

36
Proses Induksi@Aruhan
Contoh: Kajian Punca Pengangguran Graduan
Buat Pemerhatian Buat Kesimpulan
terhadap Fenomena@ Kenal pasti Corak/Pola UMUM
Situasi@Kes KHUSUS (pattern) Kes@ Premis
Khusus & Rumuskan Hipotesis *Kesimpulan mungkin
yang berkaitan
sementara@ awal (tentative benar@mungkin salah.
Kata Kunci: Kes 1, Kes 2, hypotheses) Perlu buat pemerhatian
Kes 3, ... @kajian lanjutan
Pola kes berkaitan dgn
Kes khusus berkaitan isu aspek Kemahiran Insaniah: Justeru, Semua ciri-ciri yg
pengangguran graduan: berkaitan ketidakupayaan
• Bilangan kes, batch, jantina,
lokasi, kekerapan, syarikat dll. menguasai aspek
• Ada ijazah tapi tiada kerja
• Didapati ada kes yg berkaitan kemahiran insaniah,
tetap@dibuang kerja.
dgn aspek “Kemahiran menyumbang kpd
• Ada ijazah tapi personaliti
Insaniah” spt: peningkatan kadar
kurang unggul (introvert).
 Komunikasi pengangguran graduan.
• Ada ijazah tapi masih belum
bersedia kerja.  Kerja Berpasukan
• Ada ijazah tapi CGPA rendah.  Etika profesionalisme
 Penyelesaian Masalah 37
Kegunaan Induksi@Aruhan
Induksi bertujuan MEMBINA dan membentuk peraturan khusus atau teori
baharu (Kesimpulan Umum) dgn melakukan pemerhatian (observation) dan
kajian mendalam terhadap kes-kes khusus (Premis 1, Premis 2, …).

Kajian ttg pengunaan “Aplikasi dalam Talian” dlm sesi pembelajaran dgn
memerhati kes-kes khusus penggunaannya
Premis 1 Penggunaan 3 “Aplikasi dlm Talian” (iaitu Google Classroom,
(Khusus- Google Meet, Padlet.com) meningkat secara mendadak dlm sesi
Pemerhatian) pembelajaran semasa COVID-19
Premis 2 Ciri-ciri X, Y dan Z ada pd “Aplikasi dlm Talian” tersebut dapat
(Pola/Corak) meningkatkan kefahaman belajar dgn lebih cepat
Kesimpulan Justeru, semua “Aplikasi dlm Talian” yg ada ciri-ciri X, Y, dan Z,
(Umum-Teori) dapat meningkatkan kefahaman belajar dgn lebih cepat
#Ulasan: Secara logiknya, pembinaan dan pembentukan gagasan atau Teori
Pembelajaran yg baharu (iaitu Pembelajaran dalam Talian) adalah benar dan
munasabah, berdasarkan kpd kes-kes khusus yg dikaji secara terperinci. 38
Contoh Induksi@Aruhan
Premis 1 Pemerhatian terhadap kes-kes keadaan kebersihan dan
kesihatan yg teruk di kawasan perumahan X
Premis 2 Berlakunya gejala demam, muntah, pengsan dan jangkitan
kuman pada mata dan kulit di kawasan perumahan X
Kesimpulan Justeru, keadaan kebersihan dan kesihatan yg teruk
menyebabkan gejala demam, muntah, pengsan, dan jangkitan
kuman pada mata dan kulit.
Tindakan@ 1) Mengamalkan gaya hidup sihat, gotong royong.
Respons 2) Melakukan pemeriksaan kesihatan.

Contoh lain:
• Laporan undian menunjukkan 95% rakyat Malaysia percaya LGBT tidak wajar
diiktiraf oleh perundangan atas alasan A, alasan B, alasan C...
• COVID-19 merebak begitu cepat berbanding SARS dan H1N1 adalah melalui
medium A, medium B, medium C ...
• Melalui kaji selidik pelaksanaan P&P semasa Perintah Kawalan COVID-19,
pendekatan paling efektif digunakan ialah kaedah A, kaedah B, kaedah C ... 39
Aktiviti 3-3:
Berfikir dan Berhujah secara Deduktif & Induktif
Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3:

1) Buat carian dalam internet (menerusi Google atau YouTube)


tentang isu@kes berdasarkan bidang berikut.

2) Pilih satu bidang sahaja daripada Kluster Deduksi atau Kluster


Induksi

Kluster Deduksi Kluster Induksi


Politik- Pecah Amanah *Jenayah- Profil Penjenayah (Rujuk contoh)
Perniagaan- Profil Alam Sekitar- Pencemaran alam sekitar
Usahawan Berjaya
Gejala Sosial- LGBT Pendidikan- Pengangguran Graduan

40
Aktiviti 3-3 (samb.):
Berfikir dan Berhujah secara Deduktif & Induktif
3) Ikut format seperti di bawah.
4) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan
menulis nama penuh, no. ID, dan Section anda.

Isu@Kes
Soalan provokasi Kenapa masih berlaku?; Adakah ia betul?
Premis 1
Premis 2
Kesimpulan
Respon/Tindakan
Cadangan 1)
penambahbaikan 2)
41
Aktiviti 3-3: Contoh Jawapan
* Kluster Induksi: Profil Penjenayah

Isu@Kes Siasatan kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah


Soalan provokasi Adakah betul dia penjenayah?. Adakah penjenayah memiliki ciri-ciri
tertentu?, Apa kaitan jenayah dengan ciri-ciri tersebut?
Premis 1 Kajian terhadap kes-kes jenayah fizikal (membunuh, merompak,
mencuri) dan kaitannya dgn profil seseorang penjenayah
Premis 2 Ciri-ciri spt psikopat, ada senjata api, pandai manipulasi adalah profil
penjenayah
Kesimpulan Justeru, SEMUA orang yang ada ciri-ciri di atas adalah profil
penjenayah
Tindakan/Respon Sikap berwaspada (precaution) kerana melibatkan unsur bahaya,
ancaman, cedera, maut dll
Cadangan 1) Mendalami ilmu analisis watak dan psikologi manusia.
penambahbaikan 2) Menganalisis Modus Operandi dan taktik penjenayah.
3) Sediakan alat pertahanan diri (CCTV, pepper spray dll)
42
Bahagian 3
PELBAGAI METODOLOGI DALAM
PENGHASILAN ILMU
• Abduksi (Abduction)
• Heuristik (Heuristics)
• Logik Bersimbol (Symbolic Logic)

43
Di akhir bab ini, pelajar mampu untuk...

• Menghuraikan kepelbagaian
Hasil metodologi yang memperkayakan
Pembelajaran perkembangan ilmu-ilmu yang
lebih kompleks

• Pelbagai Metodologi Ilmu


Kata Kunci
• Abduksi, Heuristik, Logik Bersimbol

44
Metodologi Penghasilan Ilmu (1): Abduksi
• Abduksi ialah satu kaedah penaakulan dgn meneliti data empirikal
sedia ada, meneliti data di lapangan, mengkaji hipotesis@faktor dan
teori yg berkaitan dgn isu, dan membuat penjelasan sebaik mungkin@
terbaik yg mungkin dpt menghasilkan idea baharu terhadap
fenomena yg dikaji.
• Untuk kenal pasti punca@faktor sebenar tentang kesan yg berlaku,
perlu buat kajian tambahan@lanjutan@rujuk pakar.
• Contoh:
X mengalami… (1) Batuk > (2) Selsema > (3) Sakit kepala > (4)
Premis Demam > (5) Muntah > (6) Sukar bernafas > dan (7)
Simptom2 ini dialami selama 14 hari. >>>>
Kesimpulan X menghidapi jangkitan influenza
#Ulasan: Berdasarkan maklumat ini, penjelasan terbaik ialah X mengalami
simptom influenza. Tetapi belum pasti secara mutlak dan perlu kajian lanjutan. 45
Metodologi Penghasilan Ilmu (2): Heuristik
• Bahasa: Asal kata drp Greek ‘Eurisko’ yg bermaksud “saya cari”, “saya teroka”,
dan “saya temui”. Ia adalah usaha utk dapatkan jawapan@jalan keluar bagi
sesuatu perkara@masalah.

• Istilah: Heuristik ialah satu kaedah penaakulan yg menggunakan prinsip


panduan (guiding principles) sbgai jalan pintas (shortcut) yg memfokuskan kpd
satu penyelesaian dan alternatif terbaik secara lebih cepat dan mudah apabila
berhadapan keadaan sama ada santai, kompleks atau ketidaktentuan
(uncertainty) (#Cth: Tentukan keputusan pilihan raya, Pertimbangan juri mahkamah,
Turun naik nilai ringgit pd masa depan, Kebarangkalian peristiwa itu berlaku, dll).

• Kaedah ini praktikal tetapi boleh terjadi bias pertimbangan atau silap. Jadi,
perlu kpd penilaian terperinci dlm membuat keputusan.

• Contoh teknik heuristik: Peraturan Kebiasaan (rule of thumb), Cuba-Cuba (trial


& error), Tekaan berdasarkan Pengetahuan (educated guess), Pemprofilan
(profiling), Pendapat umum yg diterima akal (common sense), Pemikiran Lateral
(lateral thinking), Lukis (draw).
46
Metodologi Penghasilan Ilmu (2):
Heuristik (samb.)
Contoh penggunaan Heuristik dlm kehidupan seharian
• Mudah berfikir seseorang sebagai agamawan dgn melihat profil keagamaan spt
memakai serban, jubah, berjanggut, santun berbicara, fasih berdoa, sering ke
masjid memberikan ceramah.
• Cepat berfikir seseorang sebagai orang jahat dgn melihat profil gangsterisme spt
pakaian yg koyak rabak, berparut di muka, berambut panjang.
• Cenderung membeli produk yg sering dilihat dlm iklan TV. Semakin kerap
menonton iklan itu, semakin berfikir produk itu berkualiti dan terbaik.
• Cenderung tidak menaiki kapal terbang dan memilih kenderaan darat utk bergerak
kerana sering menonton berita ttg kes kemalangan tragis yg melibatkan kapal
terbang.
• Cuba lukis gambar@model jika anda sukar memahami sesuatu idea@masalah.
• Buat tekaan ketika bermain catur, teka silang kata.
• Fikir alternatif lain dgn segera spt tumpang kereta rakan, naik bas@teksi, jalan kaki
dll jika sering hadapi masalah lewat ke kelas, selain drp terus ambil keputusan tidak
hadir kelas@rancang keluar lebih awal pd hari berikutnya.
47
Metodologi Penghasilan Ilmu (3):
Logik Bersimbol (Symbolic Logic)
• Logik Bersimbol ialah satu kaedah mewakili ungkapan logik (logical
expressions) melalui penggunaan simbol tertentu berbanding bahasa
harian biasa. Kaedah ini digunakan bagi mengelak kekaburan (ambiguity)
yg biasa berlaku jika menggunakan bahasa harian.

• Interaksi Bersimbol (symbolic interaction) merupakan kajian ttg simbol


sepunya yg memberi maksud tertentu dlm interaksi manusia (khusus dlm
konteks sosial). (#Cth, interaksi dlm bidang komputeran, kejuruteraan,
matematik, keselamatan, kesihatan, pendidikan, makanan, pengiklanan,
agama, dll).

• Kajian Interaksi Bersimbol melibatkan 2 peringkat proses:


1) Tentukan simbol yg digunakan oleh kumpulan atau pihak tertentu.
2) Tentukan hubungkait di antara simbol tersebut dgn pihak atau
kumpulan yg menggunakannya sama ada dari segi maksud, tujuan,
bentuk, proses, impaknya dll.
48
Metodologi Penghasilan Ilmu (3):
Logik Bersimbol (samb.)
Contoh Simbol dalam interaksi manusia:

49
Aktiviti 3-4:
Berfikir Pantas secara Heuristik
Merujuk kepada Slaid dan Video Kuliah Bab 3:
Analisis dan bincang isu di bawah:
Isu pengangguran graduan semakin meningkat saban tahun. Ada graduan yg
masih tidak dapat kerja dlm tempoh yg lama. Lantaran itu, timbul istilah seperti
“Ijazah Gantung Tepi”, “Penganggur Terhormat”, “Tanam Anggur” dan lain-lain
istilah bagi memberi gambaran betapa serius dan kritikalnya isu ini.
Berdasarkan kaedah Heuristik seperti “Rule of Thumb”, “Pemprofilan graduan”,
“Cuba-Cuba”, “Cari Alternatif Lain”, “Lukis Model”, “Pemikiran Lateral” atau
kaedah Heuristik yg lain;
1) Pilih SATU kaedah sahaja dan Buat senarai strategi pantas sebagai
perancangan masa depan tentang bagaimana anda bertindakbalas jika anda
merupakan graduan yg terkesan dgn situasi tersebut.
2) Buat serahan jawapan anda dalam platform e-learning dengan menulis nama
penuh, no. ID, dan Section anda. 50
KESIMPULAN
Proses Melahirkan Insan Sejahtera melalui Logik...

Input Process Output Impact


• KENAPA LOGIK: Untuk Melalui Medium... Maka, IMPAK MAKRO
membuat penilaian, • Sistem Pendidikan yg LAHIRNYA iaitu
pertimbangan, keputusan, bertunjangkan Ilmu SUMBANGAN
INSAN
selesaikan masalah dgn Falsafah, FPK, & Rukun
SEJAHTERA OLEH INSAN
sistematik & munasabah. Negara.
• JASMANI: Keadaan tubuh • Interaksi sosial yg baik. (MIKRO) SEJAHTERA:
badan yg sihat. • Hujah yg bernas/ Insan yg • Impak kpd
• EMOSI: Keadaan psikologi bermakna, & sah. Stakeholders:
memiliki (individu sbg key
yg sihat. • Cegah Falasi. KUALITI JERIS player, ibubapa,
• ROHANI: Keadaan • Penaakulan Deduktif & penaja, masyarakat,
dan NILAI
kerohanian yg sihat. Induktif. negara, “TUHAN” )
ETIKA yg
• INTELEK: Keadaan akal • Kaedah Abduksi, tinggi • Impak dlm aspek:
fikiran yg sihat. Heuristik, & Logik (negara, politik,
• SOSIAL: Pendedahan awal Bersimbol. ekonomi, sosial,
potensi interaksi sosial budaya, ekologi,
dlm diri dan masyarakat. agama, reputasi, dll)
51
RUJUKAN
Abdul Jalil Hassan. (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Sunawari Long. (2008). Sejarah Falsafah (Ed. ke 2) Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Hashim Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan.
Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Muhamed Awang. (1999). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Ed. ke 3) Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
52
SEKIAN

Ahmad Fazullah M.Z.A.


fazullah@ump.edu.my
Versi 4.0-10/10/2021
53

You might also like