You are on page 1of 41

PRAKTIK KAEDAH PENGAJARAN

DAN
PEMBELAJARAN SEJARAH

KAEDAH SOCRATIC DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
PENGENALAN
                                
"I cannot teach anybody anything, I
can only make them think." 
Kaedah Socrates
Kaedah Socrates
Secara umumnya ia merujuk pada sejenis
pedagogy di mana satu siri soalan ditanya
untuk mendapatkan jawapan dan dengan
cara menyoal akan :
 menggalakkan meneroka isu-isu yang
kompleks
 mengembangkan idea dengan belajar ,
mengenengahkan salah faham yang
lazim
 menganalisis dan menilai topik dengan
lebih mendalam.
-
Kaedah Socrates
• Tidak ada satu definisi tetap untuk menjelaskan kaedah
ini sebenarnya.
• Ia merangkumi pelbagai aktiviti Socrates melibatkan
dialog antara ahli falsafah dan masyarakat sekeliling
pada eranya

• Sejenis soal siasat di mana satu soalan asal disahut oleh


satu lagi soalan seolah-olah ia adalah jawapan.

• Satu kaedah dialektik, selalunya melibatkan


perbincangan yang dipanggil ‘Dialog Socrates’ di mana
satu sudut pandangan dipersoalkan (Overholser 1996)..
Kaedah Socrates
• Kaedah sokratik (teknik penyoalan sokratik) juga dikenali
sebagai kaedah Elenchus ialah satu bentuk dialog
argumentatif antara individu-individu.
• Ia merangsang pemikiran secara kritis dan mengeluarkan
idea-idea atau pendapat seseorang individu yang
berlainan melalui medium menyoal dan menjawab.
• Secara umumnya, teknik ini sering digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru untuk
mewujudkan perbincangan dalam kalangan para pelajar.
• Sememangnya teknik penyoalan sokratik adalah penting
dalam proses pembelajaran.
 
Tujuan Kaedah Socratic
KAEDAH SOKRATIK (Socratic Method)
KONSEP :
Bertanyakan banyak soalan bukan bermaksud kaedah sokratik

 Kaedah Sokratik mempunyai persamaan dengan kaedah


Saintifik yang mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut:
o Menanyakan soalan
o Membentuk hipotesis
o Menguji hipotesis
o Menerima ataupun menolak hipotesis berdasarkan penyelidikan
o Bertindak mengikut keputusan
Jenis soalan
Soalan Tujuan
Soalan ‘mendalam’ Untuk merungkai sesuatu
phenomena atau isu yang
kompleks .

Soalan ‘tujuan’ (‘question Untuk menentukan tugas


of purpose’ ) kita
Jenis soalan
Soalan Tujuan
Soalan tentang ‘maklumat’ untuk menilai sumber
maklumat yang diperolehi serta
kualiti maklumat berkenaan.

Soalan ‘tafsiran’ untuk mengkaji bagaimana kita


menguruskan atau memberi
makna kepada maklumat

untuk mempertimbangkan cara


alternatif bagi memberi makna
kepada maklumat yang
diperolehi.
Jenis Soalan
SOALAN Tujuan

Soalan ‘andaian’ untuk mengkaji apa yang kita


dakwa yang mungkin tidak
benar.

Soalan ‘implikasi’ untuk mengikuti arah pemikiran


kita
Soalan ‘sudut pandangan’ untuk memeriksa sudut
pandangan kita dan
mempertimbangkan lain-lain
pandangan yang berkaitan
Jenis Soalan
SOALAN Tujuan
Soalan ‘konsisten’ untuk mengkaji
percanggahan.
Soalan ‘daya logik’ untuk mempertimbangkan
bagaimana kita
meletakkan keseluruhan
pemikiran kita untuk
memastikan bahawa
semua yang berkaitan
dapat dihubungkan dalam
suatu sistem yang
munasabah.
Jenis Soalan
SOALAN Tujuan
Soalan ‘ketepatan’. untuk menilai kebenaran
dan kesahihan sesuatu
fakta
Soalan ‘ketelitian’ untuk memberikan
maklumat lanjut secara
lebih khusus.
Teknik Penyoalan
Socratic
Teknik penyoalan Socratic –
sesuatu yang mudah?
Memerlukan proses soal siasat yang
berdisiplin (Mangrum 2010).
Penting untuk dipelajari jika kita mengamalkan
pemikiran kritis
Soalan socratic bukan semata-mata
mengemukakan soalan tetapi soalan
yang dibina
mestilah secara:
 sistematik
 mendalam
6 JENIS SOALAN SOCRATIC
Soalan Memperjelaskan Konsep
 

Apakah yang anda maksudkan?


Bolehkah anda menjelaskan jawapan dengan lebih
terperinci?
Boleh beri satu contoh…………?
Apakah ciri konsep ...?
Apa yang telah kita ketahui tentang perkara ini?
Adakah anda bermaksud ... atau ... ?
Apakah isu utama berhubung dengan……….?
Apakah yang menyebabkan anda membuat kesimpulan
itu?
 
 
 
 
Soalan Menyangkal Andaian dan Salah Faham

Anda nampaknya mengandaikan ….?


Apa lagi yang boleh kita andaikan tentang……..?
Bagaimana anda memilih untuk membuat andaian berkenaan?
Boleh jelaskan kenapa dan bagaimana …… ?
Bagaimana anda menyokong andaian anda ?
Bagaimana anda boleh mengesahkan atau menyangkal andaian
yang dibuat?
Apa yang akan berlaku jika ... ?
Adakah anda bersetuju atau tidak ... ?
 
Soalan Rasional (memberi sebab dan bukti)
 

Apa yang berlaku?


Kenapa ia berlaku?
Bagaimana anda tahu? Tunjuk saya…….?
Apakah bukti atau sebab untuk menyokong hujahan?
Bolehkah kita mencabar bukti itu?
Adakah maklumat lain yang membantu menyokong hujahan?
Apa lagi maklumat yang kita perlukan?
Boleh jelaskan sebab ………………..?
Adakah anda sangsi dengan bukti yang diberi?
Apa yang menyebabkan anda mempercayai bahawa………?
Ada sebab lain?
Adakah hujah anda berdasarkan sumber yang berwibawa?
 
Soalan pandangan alternatif

Adakah sesiapa melihat ini dari sudut/perspektif yang lain?


Adakah terdapat alternatif kepada poin yang dikemukakan ?
Bolehkah kita memberi pendekatan dari perspektif yang berbeza
?
Boleh cadangkan contoh yang lain?
Adakah sesiapa yang tidak bersetuju ?
Kenapa …………….diperlukan?
Siapa yang akan mendapat manfaat?
Apa perbezaan antara ... dan……...?
Kenapa ini lebih baik daripada ……..?
Apakah kekuatan dan kelemahan ………?
Apakah persamaan………dan……?
 
 
Soalan akibat, implikasi dan analisis

 Apakah implikasi jangka panjangnya?


Namun, apa yang akan berlaku jika .......
terjadi ?
Apakah implikasi…………..?
Bagaimana ……….akan memberi kesan
kepada........ ?
Bagaimana …….boleh digunakan untuk…….?
Apa yang anda boleh rumuskan daripada
pemerhatian ini?
Kenapa……..penting?
Apakah yang anda boleh kaitkan?
 
Soalan menyoal soalan terdahulu
 

Kenapa saya bertanya anda soalan itu? '


Apakah kepentingan soalan itu ?
Adakah apa yang saya tanya boleh diterima
akal? Kenapa tidak?
Apa lagi yang mungkin akan saya tanya?
Apa maksud soalan saya itu?
 
BAGAIMANA MEMBINA SOALAN
SOCRATIC
Langkah Contoh Soalan

1. Soalan utama yang menjadi Apa itu sejarah?


tumpuan perbincangan  

Jawapan:
1. Pengetahuan tentang
peristiwa masa lalu
2. Pengetahuan tentang aturan
dan tradisi yang mengatur
kehidupan masyarakat di masa
lalu
Langkah Contoh Soalan

1. Soalan utama yang menjadi Apa itu sejarah?


tumpuan perbincangan

2. Kemudian, timbulkan soalan Apakah yang ditulis oleh ahli


yang pengajar perlu jawab
sebelum pengajar boleh sejarah?
menjawab soalan yang pertama. Jawapan:
Asal-usul, keturunan, salasilah,
peristiwa yang benar-benar
berlaku pada masa lampau,
kisah, riwayat, tambo, tawarikh
dan kajian atau pengetahuan
mengenai peristiwa yang telah
berlaku
 
Langkah Contoh Soalan
3. Kemudian, teruskan, Apakah yang dimaksudkan
mengikut prosedur yang sama dengan peristiwa masa
untuk setiap soalan baru dalam lampau?
senarai soal siasatan Jawapan:
Peristiwa masa lalu yang
mempunyai catatan, rekod-
rekod atau bukti-bukti yang
kukuh
Langkah Contoh Soalan
4. Kemudian, teruskan, Adakah mungkin untuk
mengikut prosedur yang sama memerihalkan semua masa
untuk setiap soalan baru dalam lampau dalam buku sejarah ?
senarai soal siasatan.
 
 
Teknik mengurus Dialog
Socratic secara berkesan
Tujuan:

 untuk membolehkan setiap pelajar di dalam


bilik darjah untuk " memiliki " soalan

 untuk aktif menjawabnya.


Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
1. Buat senarai soalan, tumpu kepada idea pusat
yang pengajar ingin pelajar kuasai.
2. Beritahu pelajar, pengajar mahu mencuba “Soal
siasat Socrates”
3. Terangkan dialog Socrates ini memerlukan
pelajar untuk mendengar dan penglibatan aktif,
4. Tidak cukup untuk hanya memberikan komen
sekali sahaja dan kemudian pelajar senyap
sepanjang perbincangan .
Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
5. Tekankan pelajar perlu beri fokus dengan
memberi komen mengenai konsep / prinsip,
tidak boleh memberi naratif peribadi.
6. Beritahu pelajar ,pengajar tidak dibenarkan
untuk menjawab apa-apa soalan , kecuali
dengan bertanya soalan lain.
7. Tugas pelajar - menjawab soalan yang
dikemukakan .
Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
8.  Sebaik saja pelajar menjawab, fikir sejenak. Jangan
tergesa-gesa untuk menanya soalan selanjutnya.
9. Setiap soalan mesti berdasarkan pada setiap jawapan
yang di beri pelajar bagi menjawab soalan
sebelumnya.
10.Pengajar harus berusaha untkuk mendapatkan
keterlibatan ramai pelajar ke dalam perbincangan
dan biarkan pelajar sendiri menimba pengetahuan
melalui soalan rangsangan yang ditimbulkan pengajar.
Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
11.Pengajar hanya perlu menanya soalan dan
selepas itu berdiam diri buat seketika. ‘senyap’
buat seketika (dalam 30 saat) sebenarnya
adalah produktif .
12.Berdiam buat seketika mencipta sejenis
ketegangan yang membantu.
13.Pengajar disyorkan menggunakan peraturan "
menunggu 30 saat " sebelum pengajar cuba
menfrasa semula soalan yang ditanya.
Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
14. Masa tunggu memberi peluang semua pelajar
untuk erfikir secara aktif tentang soalan
daripada membiarkan mereka bergantung
secara pasif pada para pelajar yang paling
cepat menjawab .

15. Setelah menunggu buat seketik, Pengajar


meminta secara rawak seorang pelajar untuk
menjawab soalan .
Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
16. Apabila pelajar dibiasakan dengan
tabiat menunggu selepas soalan
diminta, lebih ramai daripada mereka
akan melibatkan diri dalam proses
dialog Socratic berlangsung.
17. Pengajar tidak digalakkan memberi
jawapan tetapi boleh bertanya soalan
tambahan atau lanjutan.
Teknik mengurus Dialog Socratic secara
berkesan
18.Jika pengajar asyik memberi jawapan, amalan
ini tidak menggalakkan pelajar memberi
perhatian kepada rakan-rakan mereka kerana
mereka tahu pengajar yang akan memberi
jawapan yang dikehendaki soalan.
19.Daripada mengungkap semula jawapan
pelajar, pengajar boleh bertanya soalan
tambahan, pendekatan lebih berkesan.

You might also like