You are on page 1of 3

1

ANIS FIRDAUS BT ASMI P73757


TUGASAN 2 : ULASAN BUKU ( BAB 1 )
GGGE6943
ULASAN BUKU / BOOK REVI EW
Educational Research (Quantitative, Qualitative and Mixed Approaches)
oleh : Burke Johnson dan Larry Christensen, SAGE Publication, 2008. pp 637
Ulasan disediakan oleh : Anis Firdaus bt Asmi

__________________________________________________________________________________
BAB 1
Introduction to Educational Research ( Pengenalan kepada Penyelidikan dalam pendidikan)
Dalam bab pertama, penulis menyatakan bahawa matlamat penyelidikan dalam pendidikan
ialah menggunakan kemahiran kritis dalam membuat pentafsiran terhadap keterangan-keterangan
yang ada dalam topik kajian. Kemahiran kritis ini membantu dalam pembelajaran dan tugasan
profesional. Mempelajari tentang kaedah kajian mampu membantu menajamkan pemikiran kritis.
Matlamat penyelidikan pendidikan ialah satu aktiviti yang berkaitan dengan usaha memperoleh dan
menganalisis maklumat bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang wujud dalam
pendidikan.
Selain itu, penyelidikan dalam pendidikan dilaksanakan bertujuan untuk memahami lebih
mendalam tentang perbincangan pengajian yang diperoleh menerusi media, televisyen, internet dan
dalam perbincangan profesional. Menerusi penyelidikan dalam pendidikan pengkaji akan mempelajari
untuk menanyakan soalan tepat tentang penyelidikan pendidikan dan tahu untuk membuat rumusan
dalam dapatan kajian. Pengkaji perlu memahami bagaimana untuk meneliti dan mentafsir kajian bagi
mengenal pasti pelan tindakan atau saranan berdasarkan kajian terhadap topik yang dijalankan .
Memahami terminologi kajian, ciri-ciri pelbagai jenis kajian dan bagaimana kajian boleh digunakan
sebagai rujukan dan keterangan membantu pengkaji mentafsir keputusan kajian dan membuat
keputusan terhadap kajian literatur.
Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis kajian penyelidikan dan ciri-cirinya.
Jenis-jenis kajian : Ciri-ciri :
1) Penyelidikan asas Fokus untuk menjana pengetahuan asas
2) Penyelidikan gunaan Fokus kepada aplikasi/soalan kehidupan sebenar
3) Penyelidikan penilaian Fokus terhadap kekuatan dan kelemahan, hala
tuju, hubung kait serta sumbangan sesuatu
program pendidikan.


2

ANIS FIRDAUS BT ASMI P73757
TUGASAN 2 : ULASAN BUKU ( BAB 1 )
GGGE6943
4) Penyelidikan tindakan Fokus kepada penyelesaian masalah sistematik
5) Penyelidikan orientasi Fokus kepada menangani kelemahan

Matlamat utama penyelidikan asa ialah memahami, mengetahui serta menghuraikan sesuatu
pengetahuan atau teori. Penyelidikan asas berkaitan dengan pembentukan teori dan penemuan fakta
asas untuk memperkembangkan sempadan ilmu. Penyelidikan gunaan berfokus kepada menjawab
kepada persoalan dunia sebenar dan juga soalan-soalan praktikal yang menyediakan penyelesaian
segera. Penyelidikan gunaan bergantung pada dapatan /teori yang dibentuk dalam penyelidikan asas.
Penyelidikan penilaian dilaksanakan untuk menilai keberkesanan suatu projek untuk mengetahui sama
ada objektif asalnya telah dicapai atau tidak. Fokus penyelidikan tindakan ialah sebarang penyelesaian
sistematik yang dikendalikan oleh pihak yang terbabit secara khusus dalam pendidikan yang
memutuskan penyelesaian segera masalah-masalah pendidikan. Penyelidikan orientasi berfokus
kepada mengumpul maklumat untuk membantu pengkaji melanjutkan ideologi spesifik atau orientasi
yang menjadi pegangan untuk memperbaiki sesuatu masalah dalam kalangan komuniti. Penyelidikan
orientasi juga dikenali sebagai kajian teori kritikal.
Sumber pengetahuan yang biasa digunakan dalam menyelesaikan masalah pada umumnya
terbahagi kepada pemikiran empirik menerusi pengalaman. Selain itu, sumber pengetahuan diperoleh
daripada pandangan pakar. Kita sering merujuk kepada pandangan pakar untuk memperoleh jawapan
dengan maklumat diperlukan. Sumber pengetahuan juga datang dari cara berfikir deduktif atau logik.
Penulisan deduktif adalah satu proses berfikir yang bermula dari pernyataan yang bersifat umum
kepada khusus. Cara pemikiran ini dapat membantu para penyelidik untuk membina serta
menghasilkan hipotesis berdasarkan perkaitan antara teori-teori berkaitan.
Metodologi merupakan kaedah saintifik untuk menghuraikan pendekatan dan kaedah yang
digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Dalam penyelidikan pendidikan kaedah saintifik yang
digunakan mengikut susunan tertentu seperti mengenal pasti masalah, merancang penyelesaian,
mengumpul maklumat dan membuat tafsiran/kesimpulan. Objektif penyelidikan pendidikan
dijalankan ialah exploration, description, explanation, prediction dan influence.
Rajah 1 menunjukkan rajah kitaran penyelidikan.



Penyelidikan Pengesahan
Teori
Hipotesis/Jangkaa
n
Pemerhatian Data
Rekabentuk
Deskriptif


3

ANIS FIRDAUS BT ASMI P73757
TUGASAN 2 : ULASAN BUKU ( BAB 1 )
GGGE6943

Kesimpulannya, melalui pembacaan dalam bab ini dalam menghasilkan satu penyelidikan
yang berkesan dan jaya saya sebagai penyelidik perlu mencari artikel yang berkaitan kajian yang
ingin dijalankan, menilai sesuatu artikel penyelidikan, dan mencadangkan dan menjalankan kajian
penyelidikan sendiri.

You might also like