You are on page 1of 20

CTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK KERJA: PENGARUH KEPERCAYAAN METAFIZIK YANG


TIDAK BERLANDAS DAN KESANNYA TERHADAP PEMIKIRAN
MASYARAKAT MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM BIN 2022947395
MOHAMAD SAID
MUHAMMAD ALIF AKMAL BIN ZULKIFLI 2022919647
HIZZAT FIRDAUS BIN RAHIM
MOHAMAD HARITH BIN REDZUAN
MOHAMAD AZLAN BIN AZMAN

DISEDIAKAN KEPADA: DR BADRUL HAKIMI BIN DAUD


PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan berkat dan limpah kurniaNya kami dapat
menyelesaikan kerja khusus CTU552 ini dengan jayanya bagi memenuhi sebahagian
daripada keperluan Kami dalam subjek CTU552 Falsafah dan Isu Semasa.

Kami pengucapkan setinggi perhargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada
Dr Badrul Hakimi Bin Daud iaitu pensyarah subjek CTU552 bagi kumpulan kami kerana
telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sepanjang pembelajaran dan ilmu
yang dicurahkan sehingga kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan lancar dan
jayanya. Berbanyak terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dalam subjek
CTU552 kerana dapat berkongsi ilmu dan pendapat dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada keluarga dan rakan yang banyak membantu secara
langsung dan tidak langsung sepanjang perjuangan kami. Segala bimbingan dan dorongan
kalian membuat kami lebih bersemangat untuk lebih maju kehadapan. Semoga Allah S.W.T
memberkati segala yang dipelajari dan juga memberkati usaha mereka yang membantu
kami dalam menyiapkan kerja khusus ini. Aamiin.
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN
-DEFINISI DAN KONSEP METAFIZIK
2.0 PERNYATAAN MASALAH
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 SKOP , PERIMETER DAN METODOLOGI KAJIAN
4.1 SKOP KAJIAN
4.2 PERIMETER KAJIAN
4.3 METODOLOGI KAJIAN
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 HASIL KAJIAN BAGI MENGENAL PASTI SUMBER
PENGETAHUAN ILMU METAFIZIK DALAM KALANGAN
MASYARAKAT
5.2 HASIL KAJIAN BAGI MENGENAL PASTI PANDANGAN
MASYARAKAT MENGENAI ILMU METAFIZIK KEPADA SESEORANG
INDIVIDU DAN NEGARA
5.3 HASIL KAJIAN DALAM MENGKAJI KESAN DARIPADA
MENDALAMI ILMU METAFIZIK KEPADA AKHLAK DAN JUGA
AKIDAH SESEORANG INDIVIDU
6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKKAN
1.0 PENGENALAN

Metafizik merupakan salah satu cabang ilmu falsafah yang sangat umum dan abstrak.
Di bawah cabang ilmu metafizik ini,terdapat pelbagai kajian yang telah dilakukan dengan
membincangkan pelbagai jenis isu dan perkara .Sebelum kita melihat sudut yang lebih
dalam mengenai ilmu metafizik ini , kita kenali terlebih dahulu apa itu maksud perkataan
metafizik .Perkataan metafizik ini terbahagi kepada dua iaitu meta dan fizik. Perkataan
metafizik itu sendiri membawa maksud melangkaui alam fizik. Perkataan meta merupakan
asalnya dari perkataan yunani yang bermaksud disebalik manakala fizik itu sendiri
membawa maksud alam zahir. Ilmu metafizik ini diklasifikasikan kepada tiga unsur, iaitu
ontologi (reality), kosmologi (kesejagatan) dan Theologi (tuhan).

Secara etimologinya , metafizik menjelaskan sesuatu perkara yang disebalik


fizikal ,sesuatu yang luar biasa , hal semulajadi yang berlaku dalam dunia realiti .Bahasa
mudahnya , ia merupakan satu bidang kajian mengenai kewujudan dan dunia yang kita tidak
dapat kita lihat dengan mata kasar .Antara persoalan persoalan mengenai metafizik yang
bermain di fikiran manusia ialah , persoalan mengenai kewujudan tuhan , persoalan
mengenai kewujudan alam lain seperti syurga dan neraka , dan juga bagaimana sesuatu
perkara boleh terjadi di alam ini .Oleh itu , kita dapat faham bahawa , ilmu metafizik ini
membawa definisi dan maksud yang sangat jauh dengan ilmu fizik seperti yang kita pelajari
sewaktu kita berada di bangku sekolah menengah .Hal ini kerana ilmu fizik yang biasa kita
pelajari itu ,merupakan sesuatu yang dapat kita lihat dengan mata kasar dan dibahaskan
dengan menggunakan kaedah sains .

Terdapat tiga unsur di bawah cabang ilmu metafizik iaitu ontologi (reality), kosmologi
(kesejagatan) dan Theologi (tuhan). Antara tokoh falsafah barat yang mendalami dan arif
mengenai bidang kajian metafizik ini ialah Aristotle, Pythagoras, Socrates, Plato dan
Democritus.
2.0 Pernyataan Masalah

Ilmu metafizik atau lebih mudah difahami dengan perkara yang bercanggah dengan
alam fizik telah memberi kesan yang ketara dan pelbagai kepada masyarakat melayu
kerana ia telah mempengaruhi pemikiran dan corak peradaban kaum ini. Masyarakat
sentiasa memikirkan sesuatu yang luar dari kotak pemikiran seseorang manusia, seperti
kehidupan selepas mati, sebagai contoh syurga dan neraka. Perkara ini perlu dititik
beratkan, dan perlu untuk mendapatkan sumber dan panduan yang betul jika ingin
mendalami ilmu metafizik ini, kerana ia memerlukan fikiran yang cerdas dan tajam untuk
membuat penelitian bagi merealisasikan dan membuktikan sesuatu yang berada di sebalik
fizik yang ada. Semakin dalam dan halus tahap pemahaman manusia dalam mengkaji
sesuatu diluar batasan pemikiran mereka, maka semakin mudah untuk mereka terpesong
dari landasan ilmu yang benar.

Masalah terbesar metafizik kepada masyarakat ini adalah apabila seseorang itu
terpesong akibat ketaksuban dengan pengajian sesuatu hakikat seperti penelitian tentang
bagaimana sesuatu perkara boleh terjadi, bagaimana terhasilnya atau wujudnya sesuatu
benda , dan ini telah menyebabkan mereka berada dalam keadaan sesat pengetahuan dari
landasan ilmu yang benar dan jauh dari mengingati Allah sebagai sang pencipta. Ianya
kerana segala yang terjadi di alam semesta ini adalah dicipta, wujud dan datangnya dari
Allah S.W.T yang Maha Pencipta. Mereka mungkin tidak beriman kepada Maha Pencipta,
kerana mereka mungkin memikirkan sesuatu perkara yang terjadi itu, tiada siapa yang
menentukannya dan tiada siapa yang dapat meramal masa hadapan, juga tiada siapa yang
menetapkan sesuatu perkara. Sedangkan Al quran merupakan mukjizat agung dan
pedoman umat islam sepanjang zaman telah sekian lama menyatakan peristiwa peristiwa
yang bakal berlaku di akhir zaman.

Oleh kerana itu, kita perlu memikirkan jalan yang terbaik untuk kita sama sama
bendung masalah ini.Kita perlu meneliti sistem pendidikkan kita khususnya .Hal ini kerana ,
pendidikkan merupakan suatu perkara yang dapat mengubah dan membaiki pemikiran
sesuatu peradaban itu .Jika maju pendidikkan sesuatu peradaban masyarakat itu , maka
majulah masyarakat tersebut .Kita juga perlu meneliti sama ada sistem pendikkan kita
menitik beratkan ilmu metafizik ini atau tidak . Hal ini dapat memastikan masyarakat tidak
terlalu taksub kepada perkara yang berada diluar akal fikiran manusia. Cukup sekadar
mereka tahu bahawa segala yang berlaku ada sebab tertentu dan segala yang terjadi
adalah atas kekuasaan Allah S.W.T agar masyarakat tidak terpesong dengan pemikiran
pemikiran yang jauh dari ilmu yang sebenar. Dengan adanya kerja khusus ini, maka kita
dapat mengenal pasti sejauh mana pengetahuan ilmu metafizik ini dalam kelangan
masyarakat dan kesannya kepada pemikiran masyarakat.

3.0 Objektif kajian


1. Untuk menguji sejauh mana pengetahuan masyarakat melayu mengenai ilmu
metafizik
2. Mengenalpasti Implikasi terhadap pemikiran masyarakat melayu mengenai
pemahaman ilmu metafizik
3. Memperoleh pandangan masyarakat mengenai keberkesanan ilmu metafizik dalam
usaha mereka memperkukuhkan kepercayaan kepada Allah S.W.T.
4. Mengenalpasti jalan atau cara yang efektif untuk membendung masalah ini.
5. Memperoleh pendapat masyarakat mengenai cadangan mereka untuk
menyelesaikan masalah ini.

4.0 SKOP, PERIMETER DAN METODOLOGI KAJIAN


4.1 Skop kajian
Melalui kajian ini, kami akan meneliti dan fokus kepada golongan pemuda yang
berumur 20 ke atas dan antara target golongan kajian kami ialah pelajar. Melalui
kajian ini, kami boleh mengenal pasti bahawa sesetengah masyarakat umum kita
terutamanya golongan pelajar masih kurang akan pendedahan berkenaan
pengaruh metafizik kepada alam Melayu iaitu budaya, pemikiran serta
kepercayaan terhadap perkara seperti ghaib dan tidak boleh dilihat dengan mata
kasar dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kami juga dapat mengenal pasti
terdapat perbezaan pendapat dan pandangan dalam kalangan masyarakat
terhadap pembentukan kepercayaan, pemikiran dan budaya dan kesannya dari
sudut dan pandangan Islam.

4.2 Perimeter kajian


Kajian kami akan dijalankan di seluruh Malaysia dan akan kami kumpul data dari
golongan pelajar universiti.Akan tetapi , target kategori masyarakat bukanlah
spesifik kepada pelajar , sebaliknya kami juga akan fokus kepada golongan
golongan lain tanpa mengira pangkat dan status seseorang itu .Hal ini kerana
kami ingin melihat golongan apa yang paling terkesan di dalam isu pemahaman
mengenai ilmu metafizik .
4.3 Metodologi kajian
Kami telah menggunakan kaedah kajian yang bersifat kualitatif dan kuantitatif
dalam kajian ini. Kaedah kualitatif yang digunakan ialah sumber rujukan daripada
buku, jurnal serta artikel bagi mengenal pasti fakta dan kesahihan berkaitan
dengan permasalahan kajian iaitu pengaruh metafizik alam Melayu dan
kesannya kepada pemikiran masyarakat. Selain itu, kami juga menggunakan
kaedah kuantitatif iaitu dengan menjalankan soal selidik melalui platform “Google
Form” digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada masyarakat umum di
Malaysia berkenaan objektif kajian iaitu mengenal pasti pengaruh metafizik alam
Melayu dan kesannya kepada pemikiran masyarakat di Malaysia. Kaedah ini
digunakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan tepat berkenaan
pengaruh metafizik alam Melayu dan kesannya kepada pemikiran masyarakat
Melayu di Malaysia.

Selain itu, hasil soal selidik melalui platform dalam talian iaitu “Google Form”
digunakan sebagai sumber rujukan untuk membuktikan dan memperkukuhkan
objektif kajian kami .kajian yang lebih memfokuskan kepada budaya, pemikiran
dan kepercayaan masyarakat Melayu di Malaysia. Platform “Google Form” ini
digunakan kerana ia memudahkan kami untuk mendapatkan maklum balas dan
jawapan daripada masyarakat umum. Platform ini juga sangat mudah untuk
dikendalikan dan mudah untuk digunakan oleh responden.Ia juga cepat untuk
dijawab oleh responden berbanding kaedah lama seperti pengedaran boring
kajian dan surat yang agak renyah dan kurang produktif. Masyarakat umum juga
dapat memberikan jawapan dan maklum balas yang jelas kerana kami sudah
memberi ruang serta beberapa pilihan jawapan kepada setiap soalan di platform
tersebut. Oleh itu, hasil soal selidik ini dapat memberikan gambaran yang jelas
dan tepat secara umum. Di samping itu, bahan serta maklumat yang kami
peroleh akan digunakan semasa perbincangan, penelitian dan penganalisisan
kajian ini. Pertama sekali, kami akan menganalisis konsep metafizik bagi
membincangkan maksud sebenar metafizik. Kedua, kami turut menganalisis
pendapat serta maklumat dari para pengkaji daripada hasil carian dan sumber
rujukan.

Akhir sekali, kami menganalisis hasil soal selidik yang kami dapati dari
platform “Google Form” untuk memperkukuhkan lagi keputusan kajian kami
berkenaan kesan metafizik kepada pemikiran masyarakat serta konsep
metafizik
Kami telah menyediakan satu lampiran soal selidik yang kami ajukan di
“Google Form” dan kami mendapat mengumpul sebanyak 54 responden yang
sudi menjawab beberapa butiran soalan tersebut.

Ini merupakan butiran soalan soalan yang diajukan dalam menyiapkan


tugasan kami:

Rajah 4.3.1: Lampiran boring soal selidik


5.0 Hasil kajian

5.1 Hasil kajian bagi memperoleh dan mengenal pasti sumber pengetahuan ilmu
metafizik dalam kalangan masyarakat Melayu.

Rajah 5.1.1 Pengetahuan tentang metafizik


Rajah 5.1.1 Pengetahuan tentang metafizik
5.2 Hasil kajian bagi memperoleh dan mengenal pasti pandangan masyarakat
Melayu mengenai ilmu metafizik terhadap seseorang individu dan negara.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kami mendapati bahawa hampir dua per
tiga daripada keseluruhan responden bersetuju dengan kewujudan ilmu metafizik dan
menyedari akan kepentingan untuk mendalami ilmu metafizik di dalam kehidupan. Dalam
pada itu, hampir satu per tiga daripada keseluruhan responden masih tidak pasti atau tidak
mempunyai pandangan yang jelas tentang kepentingan ilmu metafizik di dalam diri.
Seterusnya, terdapat segelintir responden dan masyarakat tidak bersetuju tentang
kepentinganm ilmu metafizik dalam kehidupan individu.

Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan, kami mendapat padangan yang


Rajah
positif dalam kalangan 5.2.1 Kepentingan
masyarakat. Hal ini Ilmu Metafizik
kerana, masih kepada Individu
terdapat sekupulan besar individu
yang masih bersetuju dengan kepentingan ilmu metafizik kepada individu. Melalui
pengkajian metafizik sahajalah manusia akan menemui kebahagiaan sebenar. Ini bukan
asing kerana manusia terdiri daripada jasad dan jiwa. Jasad kenyang tetapi jiwa lapar masih
membuatkan manusia menjadi gelisah dan kelam.

Pada waktu yang sama, segelintir individu yang tidak bersetuju akan ilmu metafizik
ini mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan di dalam ilmu metafizik supaya
mereka dapat berpijak di bumi yang nyata. Setiap orang mempunyai falsafah tersendiri,
walaupun sedar atau tidak, kita tidak mampu menyatakannya dalam kata-kata.

Jutifikasinya, kita perlu faham, tahu, fikir dan membuat penilaian dan membuat
keputusan, yang mana baik, yang mana boleh diterima. Kita tidak mempunyai pilihan
mengenai keperluan untuk mengintegrasikan pemerhatian, pengalaman dan pengetahuan
kita ke dalam idea-idea abstrak untuk dijadikan prinsip. Jelaslah bahawa ilmu metafizik ini
mempunyai kesan yang positif terhadap individu.
Rajah 5.2.2 Kepentingan Ilmu Metafizik kepada Negara

Carta pai di atas merujuk kepada pecahan peratusan responden terhadap


kepentingan ilmu metafizik kepada negara. Sebahagian besar masyarakat di dalam negara
bersetuju bahawa ilmu metafizik merupakan aspek penting terhadap kemajuan sesebuah
negara. Lain daripada itu, masyarakat yang tidak pasti atau tidak bersetuju terhadap
kepentingan ilmu metafizik kepada negara mempunyai keputusan yang hampir sama.
Golongan masyarakat tersebut berkemungkinan tidak mempunyai visi dan misi yang jelas
tentang ilmu ini.

Hakikat kebahagiaan sebenar bagi manusia ialah kebahagiaan dicapai jiwa. Inilah
membezakan manusia dengan haiwan. Jika hanya kenikmatan jasmaniah dicari, apa
bezanya manusia dengan haiwan? Justeru, pengkajian metafizik penting bagi setiap
manusia bagi mencapai kebahagiaan sebenar. Dalam pada itu, sebelum memajukan
sesebuah negara, tindakan pertama yang perlu dilaksanakan adalah membuka minda dan
pemikiran masyarakat. Pada sudut pandangan yang lain, bagi meyakinkan golongan
masyarakat yang tidak bersetuju dengan kepentingan ilmu metafizik kepada negara adalah
memahami letak duduk ilmu metafizik ini dahulu sebelum menyentuh isu dibahaskan di
bawah tajuk besar Metafizik.
Justifikasinya, masyarakat tidak harus memandang ringan berkaitan ilmu metafizik
kerana hal ini akan mempengaruhi kemajuan sesebuah negara. Dengan adanya masyarakat
yang mempunyai keseimbangan yang baik dari segi intelek, emosi dan jasmani, maka
keutuhan sesebuah negara itu dapat dikecapi.

5.3 Hasil kajian dalam mengkaji kesan apabila mendalami ilmu metafizik terhadap
akhlak dan juga akidah dalam diri seseorang individu.
Rajah 5.3.1 Kesan Mendalami Metafizik kepada Akhlak dan Akidah Bagi Seseorang Individu

Majoriti responden tidak bersetuju bahawa ilmu metafizik mampu merosakkan akhlak
dan juga dapat menjatuhkan akidah dalam diri seseorang individu apabila mereka terlalu
taksub dalam mempelajari ilmu metafizik. Seseorang yang mempelajari ilmu metafizik ini
tidak akan terpesong mahupun terjatuh akidahnya kerana ilmu metafizik ini merupakan
salah satu daripada ilmu falsafah yang mampu memberikan pelbagai manfaat kepada setiap
yang mempelajarinya.

Ilmu metafizik ini mampu melahirkan kemahiran dan cara berfikir yang lebih baik
serta memperkenalkan kaedah berfikir yang lebih bertenang. Perkara ini dapat dibuktikan
apabila seseorang yang berfikir dalam keadaan tenang dan sejahtera, mereka akan lebih
cenderung untuk berfikir dengan lebih mendalam menggunakan kaedah berfikir yang lebih
tinggi sekaligus mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih mudah dan
pantas serta berkesan.

Namun demikian, tidak dapat dinafikan sekiranya seseorang itu terlalu mendalami
ilmu metafizik ini tanpa merujuk kepada sumber yang sahih dan tepat seperti para ulama,
kitab suci Al-Quran serta Al-Sunnah, ia mampu memesongkan akidah seseorang itu bahkan
mampu menyebabkan perkara yang lebih teruk iaitu jatuh syirik. Hal ini demikian kerana,
ilmu metafizik ini merupakan suatu ilmu yang tidak boleh dipandang remeh disebabkan isi
kandungannya yang membincangkan mengenai perkara-perkara yang melangkaui alam
fizik. Ilmu metafizik juga membincangkan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat
oleh mata kasar.

Perkara ini bukan sahaja mampu memesongkan seseorang itu malah ia mampu
menimbulkan suatu fahaman baharu yang berlainan dengan agama Islam yang benar. Hal
ini dapat dilihat sendiri melalui kes ‘kerajaan atas langit’ serta pandangan yang menolak
kewujudan Tuhan, tiada sesuatu pun yang mencipta alam semesta dan menentukan takdir
manusia.
Rajah 5.3.2 Kesan Ilmu Metafizik dan Kewarasan Seseorang Individu

Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan, carta pai menunjukkan bahawa
majoriti responden tidak begitu pasti mengenai kesan ilmu metafizik dan kewarasan
seseorang individu. Namun terdapat beberapa responden berpendapat bahawa ilmu
metafizik ini mampu mengubah kewarasan seseorang individu. Hal ini demikian kerana
apabila seseorang itu terlalu mendalami ilmu metafizik ini mampu menyebabkan kewarasan
mereka sedikit berubah disebabkan ilmu metafizik ini tersangatlah mendalam dan berat
untuk dipelajari. Namun demikian, sekiranya ilmu metafizik ini tidak dipelajari dengan begitu
mendalam serta mendapat ajaran yang benar serta panduan yang tepat ia bahkan akan
lebih menguatkan fahaman seseorang itu mengenai ilmu metafizik ini.
6.0 Kesimpulan

Secara ringkasnya, berdasarkan kajian ini jelaslah bahawa masyarakat Melayu


bukan sahaja menghadapi masalah dari segi perkara atau benda yang mampu dilihat secara
fizikal dengan mata kasar bahkan dari aspek pemikiran tentang kefahaman mereka
terhadap konsep metafizik. Apabila seseorang individu itu semakin mendalami ilmu metafizik
ini, semakin tergugat keimanan kepercayaan mereka terhadap Allah S.W.T jika ditafsirkan
dengan konsep yang salah. Justeru itu, masyarakat Melayu hendaklah membuat kajian dan
memperoleh fakta fakta yang selari dengan Al-Quran dengan lebih banyak. Hal ini kerana
dapat menghindari mereka daripada tidak terpesong dari ajaran agama Islam apabila terlalu
taksub mengenai konsep metafizik. Dengan kajian yang berlandaskan Al-Quran, ia akan
menambahkan lagi keimanan dalam diri mereka untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan
mereka terhadap Allah S.W.T. Oleh hal yang demikian, masyarakat Melayu perlulah saling
menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terlalu mudah dipengaruhi oleh
kefahaman metafizik yang tidak sahih. Seperti yang kita tahu, ita menjalani kehidupan
seharian kita secara realiti akan tetapi kita juga harus mengakui bahawa setiap perkara yang
wujud di alam semesta ini merupakan ciptaan Allah S.W.T dan segala yang berlaku di muka
bumi ini oleh kerana kehendak Nya.
7.0 SUMBER RUJUKKAN

1) "metaphysics". American Heritage Dictionary of the English Language (5th ed.). 2011.
Retrieved 24 November 2018

2) Cohen, S. Marc. "Aristotle's Metaphysics". Stanford Encyclopedia of Philosophy. The


Metaphysics Research Lab Center for the Study of Language and Information Stanford
University Stanford, CA. Retrieved 14 November 2018.

3) Hofweber, Thomas (2020). "Logic and Ontology". The Stanford Encyclopedia of


Philosophy. Metaphysics Research Lab, Stanford University. Retrieved 23 December 2020

4) J.W.N. Watkins (1 July 1958). "Confirmable and Influential Metaphysics". Mind. 67 (267):
344–365. doi:10.1093/mind/LXVII.267.344. JSTOR 2251532

5) Identity and Individuality in Quantum Theory, Stanford Encyclopedia of Philosophy

6) https://www.academia.edu/42776640/Tajuk_5_Metafizik

7) http://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/3-Idris-Zakaria-IJIT-Vol-3-June
2013.pdf

8) https://metafizikmalaysia.blogspot.com/2017/04/metafizik-dan-perspektif.html

9) https://www.academia.edu/30788977/Falsafah_Perkembangan_Pendidikan_Di_Malay

sia?email_work_card=view-paper

10) https://www.sofinahlamudin.com/2019/11/apa-itu-metafizik-apakah-maksud.html

11) https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2022/04/944255/null

12) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2416-al-afkar-12-percaya-ramalan-berdasarkan-
nombor-tarikh-lahir-melalui-ilmu-metafizik

You might also like