You are on page 1of 6

Pelbagai jenis soalan

Soalan boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti:


a.
b.
c.
d.

soalan menumpu dan mencapah,


soalan berdasarkan kemahiran proses sains,
soalan berdasarkan aras taksonomi Bloom, dan
soalan reflektif.

a. Soalan menumpu dan mencapah


Ini merupakan cara yang paling mudah mengklasifikasikan soalan. Soalan menumpu
mempunyai jawapan betul yang terhad (biasanya satu jawapan) manakala soalan mencapah
mempunyai beberapa jawapan yang boleh diterima. Soalan menumpu baik digunakan bagi
memastikan pelajar memberi perhatian semasa pengajaran berlangsung manakala soalan
mencapah dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis sebelum memberi
jawapan. Secara amnya, soalan mencapah adalah digalakkan dalam pengajaran inkuiri kerana
ia selari dengan matlamat kaedah inkuiri yang mementingkan pembinaan kemahiran berfikir
aras tinggi. Soalan jenis ini juga menggalakkan perbincangan dan secara tidak langsung
mendidik pelajar untuk mempercayai bahawa pemikiran mereka berguna dan penting dalam
proses pembelajaran. Ini juga akan menjadikan suasana bilik darjah lebih menarik dan produktif
bagi guru dan pelajar. Sebaliknya soalan menumpu yang biasanya mempunyai satu jawapan
tepat hanya menggalakkan pelajar meneka jawapan yang dikehendaki oleh guru. Kajian
menunjukkan kebanyakan guru lebih banyak menggunakan soalan menumpu di mana pelajar
hanya perlu mengingat semula dan menjawab menggunakan sepatah atau dua patah
perkataan sahaja (Nurulhuda Abd Rahman, 2004). Namun soalan menumpu perlu bagi
memastikan pelajar mempunyai asas tertentu sebelum mereka berupaya untuk dilibatkan
dengan soalan-soalan yang lebih terbuka yang memerlukan mereka berfikir aras lebih tinggi.
Jadual 1 menunjukkan beberapa contoh soalan jenis menumpu dan mencapah.
Jadual 1 Contoh soalan menumpu dan mencapah
Soalan Menumpu

Soalan Mencapah

Apakah hukum yang memperihalkan


perkaitan antara daya, jisim dan pecutan?

Bagaimanakah caranya kita dapat


mengkaji apa yang diperlukan tumbuhan
untuk hidup?

Daripada manakah tumbuhan mendapat


makanan?

Apakah yang dapat kamu perhatikan


daripada tindakbalas yang berlaku?

Apakah bahan yang diwakili oleh simbol


H2O?

Apakah inferens yang dapat dibuat hasil


daripada pemerhatian yang dilakukan?

Bagaimanakah proses mitosis dan meiosis


berbeza?

Pada pendapat kamu, mengapakah dunia


sekarang mengalami pemanasan global?

Nurulhuda A.R 2010

Page 1

b. Soalan berdasarkan kemahiran proses sains


Soalan boleh juga diklasifikasikan berdasarkan kemahiran proses sains. Kaedah ini dapat
membantu anda memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya kemahiran proses sains
semasa pembelajaran mereka. Jadual 2 memberikan beberapa contoh soalan mengikut
kategori ini.
Jadual 2 Contoh soalan berdasarkan kemahiran proses sains
Kemahiran Proses Sains

Contoh soalan

Membuat pemerhatian

Apakah yang dapat kamu perhatikan?

Membuat Inferens

Apakah kesimpulan awal yang dapat dibuat


berdasarkan pemerhatian kamu? @ Apakah inferens
yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian kamu?

Membuat hipotesis

Apakah perkaitan antara beza keupayaan, arus


elektrik? @ Bagaimanakah beza keupayaan dan arus
elektrik berkait antara satu sama lain?

Membuat ramalan

Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku


kepada hablur ini apabila dipanaskan?

Mengawal pembolehubah

Apakah pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini?


Apakah yang patut dilakukan kepada pembolehubah
tak bersandar?

Mengeksperimen

Bagaimanakah kita boleh menguji hipotesis ini?


Apakah alatan dan radas yang diperlukan?
Bagaimanakah alat dan radas ini disusun bagi
mengumpul data?
Bagaimanakah data dapat dipersembahkan bagi
melihat perkaitan ini?
Bagaimana mentafsir graf ini?

c. Soalan berdasarkan aras taksonomi Bloom


Soalan boleh juga dikategorikan mengikut enam aras pemikiran kognitif taksonomi Bloom iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Soalan pengetahuan merupakan soalan peringkat terendah dari segi pemikiran kognitif yang
diperlukan untuk menjawabnya. Hal ini kerana soalan ini berupaya dijawab oleh pelajar jika
mereka menghafal atau ingat kepada penyataan sesuatu fakta, label, prinsip, hukum dan
sebagainya. Dengan lain perkataan, soalan jenis pengetahuan tidak dapat mentaksir
kefahaman pelajar secara terus kerana jika pelajar menghafal sesuatu konsep atau istilah,
mereka berupaya menjawab soalan pengetahuan dengan hanya meluahkannnya kembali.
Nurulhuda A.R 2010

Page 2

Secara ringkasnya, soalan pengetahuan menggunakan proses mengingat, menghafal,


mengenal pasti, dan mengingat kembali maklumat dan dikaitkan dengan kata kerja seperti
definisikan, nyatakan, kaitkan, tunjukkan, perihalkan, tuliskan, dan namakan. Soalan
pengetahuan biasanya merupakan soalan menumpu.
Contoh pangkal soalan pengetahuan

Apakah yang dimaksudkan dengan?


Berapakah?
Apakah faktor yang?
Siapakah?
Bolehkah namakan?
Apa itu?
Manakah yang salah atau benar?
Apakah yang berlaku?

Soalan kefahaman merupakan soalan yang membolehkan pelajar menunjukkan kefahaman


mereka melalui soalan yang memerlukan pelajar mentafsir, memperihalkan sesuatu
menggunakan perkataan sendiri, menyusun atur dan membuat pemilihan antara fakta dan idea,
dan menyampaikan dalam bentuk komunikasi yang berbeza. Secara ringkasnya, soalan
kefahaman dikaitkan dengan kata kerja seperti terangkan, tafsirkan, rangkakan, bincangkan,
bezakan, bandingkan, ramalkan, terjemahkan, dan perihalkan.
Contoh pangkal soalan kefahaman

Bolehkah kamu nyatakan menggunakan perkataan sendiri?


Bolehkah kamu tuliskan secara ringkas satu rangka?
Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku selanjutnya?
Pada pendapat kamu, siapakah ?
Apakah idea utama?
Bolehkah anda bezakan antara?
Bolehkah kamu berikan satu contoh tentang apa yang kamu maksudkan dengan?
Apakah tafsiran yang kamu boleh buat tentang bentuk graf?
Bolehkah kamu definisikannya menggunakan ayat kamu sendiri?

Soalan aplikasi memerlukan pelajar menggunakan maklumat, hukum, prinsip dan teori yang
diperolehi dalam situasi baru untuk menghasilkan suatu dapatan atau menyelesaikan masalah.
Soalan aplikasi dikaitkan dengan kata kerja seperti selesaikan, tunjukkan, gunakan,
illustrasikan, binakan, periksa, dan klasifikasikan.
Contoh pangkal soalan aplikasi

Bagaimanakah merupakan satu contoh?


Bagaimanakah berkaitan dengan?
Bolehkah kamu berikan satu contoh di mana?
Bolehkah ini berlaku dalam situasi lain seperti?

Nurulhuda A.R 2010

Page 3

Bolehkah kamu gunakan kaedah yang sama kepada pengalaman kamu sendiri?
Apakah faktor yang kamu boleh ubah jika?
Daripada maklumat yang diberi, bolehkah kamu bina satu set prosedur tentang?

Soalan analisis memerlukan pelajar memisah atau membahagikan suatu konsep, teori, hukum,
idea dan sebagainya kepada komponen-komponennya yang lebih asas. Pelajar perlu berupaya
untuk mencari struktur yang mendasari entiti tersebut dalam usaha menunjukkan bagaimana ia
dapat digabungkan dan membentuk entiti itu. Soalan analisis dikaitkan dengan kata kerja
seperti analisis, bezakan, selidiki, bandingkan, kategorikan, kenal pasti, terangkan, buktikan,
dan pisahkan.
Contoh pangkal soalan analisis

Apakah ciri atau bahagian?


Kategorikanmengikut...?
Bagaimanakah jika dibandingkan dengan?
Apakah bukti yang boleh disenaraikan bagi?
Bagaimanakah ini sama seperti ?
Apakah tema yang mendasari ?
Merujuk kepada , apakah kemungkinan lain yang boleh berlaku?
Mengapakah berlaku apabila?
Bolehkah kamu bezakan antara... dari segi?
Apakah sebahagian daripada masalah yang boleh timbul?
Apakah masalahnya tentang?

Soalan sintesis merupakan soalan yang memerlukan pelajar menjana suatu idea atau produk
yang unik dan asli daripada kombinasi idea yang pelbagai. Hasilnya boleh jadi dalam bentuk
suatu penyataan secara verbal atau bertulis, atau suatu objek fizikal. Soalan sintesis dikaitkan
dengan kata kerja seperti janakan, ciptakan, gubah, ramalkan, rancang, binakan, reka,
bayangkan, cadangkan, ikhtiarkan, dan rumuskan.
Contoh pangkal soalan sintesis

Bolehkah kamu reka?


Apakah penyelesaian yang mungkin kepada masalah?
Bolehkah kamu bina suatu?
Bagaimana kamu boleh membina?
Apakah idea lain yang boleh ditambah?
Apakah ramalan/inferens yang boleh dibuat berdasarkan?

Soalan penilaian memerlukan pelajar memberi jawapan selepas menilainya berdasarkan


beberapa kriteria. Soalan penilaian mempunyai ciri soalan mencapah tetapi tumpuannya lebih
Nurulhuda A.R 2010

Page 4

kepada kebolehan pelajar memberi pandangan selepas menimbangkan baik buruk atau
implikasi sesuatu perkara, dan menyelesaikan pertikaian atau perbezaan pendapat.
Contoh pangkal soalan penilaian

Adakah kamu setuju?


Apakah pendapat kamu tentang? (Contoh: Apakah pendapat kamu tentang
penggunaan stem cell dalam mengatasi masalah penyakit berbahaya?
Manakah yang lebih penting?
Bagaimana kamu memutuskan?
Apakah kriteria yang kamu gunakan untuk mentaksir?
Apakah rasional?
Apakah justifikasi kamu?
Apakah hujah-hujah yang boleh kamu berikan? (Contoh: Apakah hujah-hujah
yang boleh kamu berikan bagi membantah pembinaan kilang bahan kimia berhampiran
kawasan perumahan kamu?)

d. Soalan reflektif
Soalan reflektif menggalakkan pelajar memikirkan rasional setiap tindakan dan keputusan yang
mereka ambil. Soalan jenis ini berupaya membentuk kemahiran metakognitif pelajar kerana
tabii soalan ini memerlukan pelajar berfikir dengan mendalam dan akhirnya membawa kepada
perbincangan secara eksplisit tentang andaian dan kepercayaan yang pelajar pegang. Gunakan
soalan jenis ini sekerap mungkin.
Contoh soalan reflektif

Adakah ini cara terbaik menguji hipotesis kamu?


Adakah kamu yakin ini cara terbaik merekod data?

Adakah keputusan ini mengejutkan? Mengapa?

Mengapa kamu perlu mengulang pengukuran beberapa kali?

Adakah hasil dapatan menjawab persoalan yang dikaji?

Apakah yang kamu patut lakukan seterusnya?

Bagaimana kamu boleh membuat kesimpulan ini?

Bagaimana kamu tahu apa yang kamu tahu?

Apa lagi yang kamu tidak tahu?

Mengapa kamu percaya?

Nurulhuda A.R 2010

Page 5

Apakah perkara yang kamu hanya mengandaikan bukannya memeriksa?

Adakah kamu bersetuju dengan? Mengapa?

Adakah kamu sedar tentang kepentingan?

Bagaimanakah cara ini boleh membantu?

Adakah cara lain yang boleh memberikan keputusan yang lebih tepat?

Apakah agaknya kesilapan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan?

Apakah tindakan pembaikan yang boleh diambil?

Mengapa kamu gunakan cara ini?

Apa sebenarnya yang sedang dikaji? Apa persoalan utama yang hendak dikaji di sini?

Apakah faktor utama yang menjayakan kajian kamu?

Bagaimanakah kita tahu ini adalah benar?

Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh
diaplikasikan?

Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini?

Adakah terdapat perbezaan antara idea awal kamu dengan yang kamu baru pelajari hari
ini? Apakah perbezaan itu? Manakah yang lebih berguna dari segi menerangkan
fenomena yang kita kaji?

Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?

Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?

Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?

Nurulhuda A.R 2010

Page 6

You might also like