You are on page 1of 41

BAB 3

LOGIK & METODOLOGI


(seni dan kaedah
berfikir)
HASIL PEMBELAJARAN
KULIAH
Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu Logik dengan
Ilmu Falsafah serta Menjelaskan pelbagai kesalahan dalam berfikir dan
penghujahan atau Falasi

Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan perbedaan dua


pendekatan utama dalam Logik iaitu Deduksi dan Induksi

Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang memperkayakan


perkembangan ilmu-ilmu yang lebih kompleks
3.1 Pengenalan
3.2 Deduktif

Liputan
3.3 Induktif
3.4 Intuitif
3.5 Falasi - Formal dan Tidak Formal Perbincangan
3.6 Kaedah lain – Abduksi dan Heuristik
3.7 COPI (Community of Philosophy
Inquiry)
3.1 PENGENALAN ILMU LOGIK

• Definisi Logik
Logik boleh ditakrifkan sebagai ilmu, disiplin atau peraturan akal
yang jika dipatuhi boleh menghindarkan diri daripada kesalahan
berfikir. Fokus ilmu logik ialah menjelaskan kaedah dan prinsip
yang perlu dipatuhi untuk membezakan antara hujahan yang
sah dan benar dengan hujahan yang tidak sah dan tidak benar
(Hashim, 2001).
3.1 PENGENALAN ILMU LOGIK

Bertujuan untuk menjelaskan kaedah berfikir yang benar dan sah.

Pemikiran logik banyak mempengaruhi kaedah manusia berfikir


(kerap dan gemar digunakan)

Logik berasal dari perkataan Greek iaitu “logos” yang bermaksud


pengucapan, pernyataan, pemikiran dan pemikiran akal iaitu sebab
akibat

Logik adalah satu kajian mengenai penghujahan.


Logic is the study of arguments.
Apakah yang dimaksudkan dengan
penghujahan (arguments)?
Penghujahan terdiri daripada 2 bahagian ayat
iaitu:
Premis
Kesimpulan
Logik adalah kajian mengenai kaitan di antara
premis dan kesimpulan (penghujahan)
LOGIK ITU:
Kaedah berfikir dan membuat kesimpulan.
Kaedah berfikir….
• Terdapat pelbagai kaedah serta perincian untuk memastikan
proses berfikir yang dilakukan adalah sah dan benar.

• Kaedah deduktif dan induktif dianggap sebagai kaedah yang


paling asas serta penting dalam bab ini.
Kaedah
Berfikir

Deduktif Induktif Intuitif Falasi Abduksi Heuristik

Lateral
Formal Tidak Formal Trial and Error
Thinking

Post Hoc Ergo


Ad Hominem
Propter Hoc

Hasty Strawman
generalization fallacy

Appeal to
Red Hering
emotion

Appeal to
authority /
halo effect
3.2 Logik Deduktif

• Definisi
Deduktif merujuk kepada pengaplikasian kaedah umum ke atas
masalah khusus bagi menjelaskan hukum masalah khusus
tersebut. Proses ini melibatkan penyusunan beberapa
pernyataan (premis) mengikut struktur tertentu, yang apabila
setiap pernyataan tersebut dibuktikan benar dan sah, akan
menatijahkan hasil yang sah dan benar (Nayif, 2016 dan
Hashim, 2001)
• Sifat dan ciri-ciri Logik Deduktif
1) Jika premis benar maka kesimpulan mesti

benar.
2) Terdapat sekurang-kurangnya 2 atau lebih

premis.
3) Kemudian kesimpulan yang benar akan

dibuat.
Logik Deduktif
Premis Pertama
secara umum / universal / general / benar

Premis Kedua
bersifat lebih khusus dan benar

Kesimpulan khusus yang benar


Logik Deduktif
Contoh 1
Premis 1 – Semua manusia mempunyai otak.
Umum

Premis 2 – Sara seorang manusia.


Khusus

Kesimpulan Sara juga mempunyai otak.


Logik Deduktif
Contoh 2
Premis 1 – Semua manusia akan mati.
Umum

Premis 2 – Ally seorang manusia.


Khusus

Kesimpulan Ally juga akan mati.


Logik Deduktif
Contoh 3
Premis 1 – Semua pelajar UTAR adalah bijak.
Umum

Premis 2 – Alisa adalah pelajar UTAR.


Khusus

Kesimpulan Alisa juga adalah seorang yang bijak.


3.3 Logik Induktif
• Definisi
Kaedah induktif merujuk kepada penalaran daripada kes khusus
kepada kesimpulan atau rumusan umum (Hashim, 2001)

Kebanyakan situasi kaedah induktif hanya menjanjikan


kebarangkalian yang tinggi bahawa natijah yang terhasil
daripada premis-premis tertentu adalah benar (Van Cleave,
2016)

Jadi kebarangkalian natijah yang dicapai dalam kaedah induktif


mungkin tidak benar walaupun kemungkinannya adalah kecil.
• Sifat dan ciri-ciri Logik Induktif
1) Hanya perlukan sekurangnya satu premis.

2) Mempunyai elemen ketidakpastian.

3) Kesimpulan tidak semestinya benar


walaupun premisnya benar.
Logik Induktif – (1) ada elemen tidak pasti
Contoh 1
Premis 1 Semua burung bangau yang saya lihat selama ini
mempunyai bulu yang berwarna putih.

Premis ini benar – burung bangau yang saya lihat selama ini warna putih,
tetapi jumlah yang saya lihat agak terhad, kesimpulan “semua burung
bangau” yang saya belum pernah lihat mesti warna putih juga.
Logik Induktif – (1) ada elemen tidak pasti
Contoh 2
Premis 1 Semua pelajar FICT, ICS dan FAS di dalam kelas saya
sangat bagus dan memberi kerjasama yang sangat baik.

Premis ini benar – ini pelajar yang saya jumpa di dalam kelas saya. Tetapi
ada elemen tidak pasti kerana masih ramai lagi pelajar FICT ICS dan FAS
yang tidak berdaftar di dalam kelas saya.
Logik Induktif – (2) kesimpulan tidak semestinya benar.
Premis Pertama
khusus dan benar

Premis Kedua (jika ada)


khusus dan benar

Kesimpulan umum yang tidak semestinya benar


Logik Induktif (2) kesimpulan tidak semestinya benar.
Contoh 1
Premis 1 – benar Ali seorang datuk berkepala botak.

Premis 2 – benar Abu seorang datuk yang berkepala botak.

Kesimpulan – tidak Semua datuk yang mempunyai cucu mesti berkepala botak.
semestinya benar

Walaupun premis benar – kesimpulan tidak semestinya


benar. Berdasarkan contoh di atas mungkin ada datuk
yang mempunyai cucu masih mempunyai rambut dan
tidak berkepala botak.
Logik Induktif (2) kesimpulan tidak semestinya benar.
Contoh 2
Premis 1 Abu, Bakar dan Ali adalah rakan saya dari negeri Kelantan
dan suka makan makanan manis.

Kesimpulan Jadi semua orang Kelantan memang suka makanan


manis.

Kesimpulan ada elemen tidak semestinya benar kerana


ada orang Kelantan yang tidak suka makan makanan
manis.
Latihan Deduktif atau Induktif

Penghujahan (Arguments) Kaedah Logik

Stella tidak pernah lihat burung gagak melainkan berwarna hitam. Maka,
dia membuat kesimpulan bahawa semua burung gagak berwarna hitam.

Semua ahli falsafah bijaksana. Robert ialah seorang yang bijaksana.


Maka, Robert ialah ahli falsafah.

Semua wakil pertandingan catur ialah ahli Persatuan Matematik. Johnny


ialah wakil pertandingan catur. Maka, Johnny ialah ahli Persatuan
Matematik.

Johan, Mimi, Ali dan Kenneth berasal dari negeri Melaka dan mereka suka
bercakap kasar. Maka semua orang dari negeri Melaka suka bercakap
kasar.
3.4 Logik Intuitif
• Seperti “suara hati kecil” yang memberitahu
sesuatu akan berlaku.
• Hanya mengikut gerak hati tanpa melihat fakta
atau situasi.

Contoh:
Peniaga makanan yang masak jumlah makanan
banyak atau sedikit bergantung kepada gerak
hatinya.
3.5 Falasi
• Definisi
Falasi boleh ditakrifkan sebagai kesalahan dalam berfikir yang
menyebabkan hujahan palsu dan mengelirukan diterima sebagai sah
dan benar (Sariyan, 2007).

Falasi berasal daripada perkataan fallo yang bermaksud “saya menipu”.

Hujahan yang pada sekali imbas nampak benar dan sah, tetapi
sebenarnya tidak, kesimpulan Nampak sah tetapi hakikatnya tidak sah.

Setelah diperiksa terbukti tidak betul dan tidak sah. Oleh itu hujahan
falasi boleh mengelirukan.
• Jenis-jenis Falasi
1) Falasi Formal
- peraturan premis dalam logik deduktif dan induktif diguna dengan cara salah

2) Falasi Tidak Formal


a) Ad Hominem
b) Post Hoc Ergo Propter Hoc
c) Generalisasi yang terburu-buru (hasty generalization).
d) Falasi orang-orang (strawman fallacy)
e) Falasi Pemesongan (Red Hering)
f) Falasi menagih simpati (appeal to emotion)
g) Falasi rujukan kepada autoriti (appeal to authority / halo effect)
1) Falasi Formal
- Berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan
yang betul di dalam logik deduktif dan logik induktif.

Contoh 1: Contoh 3:
Semua manusia mempunyai otak. Semua kucing adalah binatang.
Ali ialah seorang manusia. Semua anjing adalah binatang.
Ali tidak mempunyai otak. Maka, semua kucing adalah anjing.

Contoh 2: Contoh 4:
Semua manusia akan mati. Setiap hari media lapor remaja terlibat jenayah.
Ali adalah seorang manusia. Jadi semua remaja memang bermasalah.
Ali tidak akan mati.
2) Falasi Tidak Formal
a) Ad Hominem (serangan peribadi)
Adalah serangan peribadi ke atas orang yang membuat kenyataan ataupun yang mengeluarkan
pandangan itu. Bukannya serangan ke atas pandangan atau hujah yang diberikan.
Serangan peribadi ini merupakan satu kesilapan di dalam berhujah atau berfikir kerana:
- Tidak ada kena mengena dengan kandungan ucapan itu atau idea yang diberikan.
- Tetapi sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak boleh diterima kerana sifat peribadi
seseorang itu.

Contoh 1
Puan Mona tidak layak bercakap tentang teknik dan motivasi cara hidup keluarga bahagia kerana
beliau sendiri baru bercerai dan tidak mempunyai anak.

Contoh 2
Nasihat Danny tentang bahaya terjebak dengan dadah telah ditertawakan kerana beliau sendiri
adalah penagih dadah.
b) Post Hoc Ergo Propter Hoc (sebab akibat)
- Bahasa Latin yang bermaksud sebab akibat.
- Apa sahaja yang berlaku sebelumnya dianggap sebagai penyebab
berlakunya sesuatu perkara.

Contoh 1
Setiap kali pasukan bola sepak Mambang memakai jersi warna hitam pasti akan kalah. Jadi
pasukan kalah sebab pakai jersi warna hitam.

Contoh 2
Selepas berpindah ke rumah baru, keluarga tersebut sering jatuh sakit.

Contoh 3
Selepas mengambil anak angkat, si suami telah dinaikkan pangkat.
c) Generalisasi yang terburu-buru (hasty generalization).
Falasi ini berlaku apabila seseorang melihat satu fenomena dan
menganggapnya sebagai bukti yang cukup untuk menghukumnya
sebagai satu fenomena yang umum.

Contoh:
Abu membeli kereta Proton. Sepanjang tahun kereta tersebut
telah rosak beberapa kali. Abu membuat kesimpulan bahawa
kereta Proton tiada kualiti.
d) Falasi orang-orang (strawman fallacy)
Apabila lawan memberi hujah yang kuat dan sukar untuk ditolak,
antara cara untuk menolak hujah ini ialah dengan
memesongkan hujah tersebut supaya ia lebih mudah
dipatahkan.

Contoh:
Hujah A: Pengguguran adalah salah kerana membunuh nyawa
yang tidak berdosa dan salah dari segi moral.

Hujah B: Tindakan menggugurkan bayi tidak salah. Siapa yang


kata salah mereka cuba memaksa pemikiran sempit
ke atas orang lain.
e) Falasi Pemesongan (Red Hering)
Mengemukakan pandangan yang tidak relevan dengan isu yang
diperkatakan. Tujuannya adalah untuk memesongkan
pernyataan asal hujahan dan secara langsung memberikan
implikasi terhadap isu yang diperkatakan.

Contoh:
Hujah asal: “Merokok boleh membawa maut”.
Hujah dipesongkan: “Orang yang tidak merokok pun boleh mati
juga!”.
f) Falasi menagih simpati (appeal to emotion)
Hujahan jenis ini bukan berasaskan hujah logik, tetapi untuk
mendapat simpati pihak lain.

Contoh:
Pencuri dipertahankan kerana seorang anak yatim.
Pemandu cuai hingga sebabkan kematian dipertahankan kerana
sudah tua.
g) Falasi rujukan kepada autoriti (appeal to authority / halo
effect)
Hujahan yang tidak didasarkan kepada pemikiran logik, tetapi
disandarkan pada kuasa atau pengaruh pihak tertentu.

Contoh:
Apabila orang yang berkuasa atau berpengaruh membuat
sesuatu, maka diandaikan bahawa semua tindakannya adalah
betul.
Falasi Formal atau Tidak Formal
Penghujahan Formal / Tidak
Formal

Ahli-ahli falsafah Yunani terkenal sebagai pengamal homoseksual. Jadi, teori


mereka bahawa alam semesta ini terbina daripada atom sepatutnya ditolak.

Jika dolfin adalah mamalia, maka ia bukan sejenis ikan. Dolfin adalah sejenis
ikan. Jadi dolfin bukan mamalia.

Kita tidak nampak walau seekor pun burung di kawasan ini. Jadi, pasti tiada
burung yang hidup di sini.

Jika dia tidak bersalah, dia pasti bertegas menyatakan bahawa dia tidak
bersalah. Nampaknya dia bertegas menyatakan bahawa dia tidak bersalah.
Jadi, memang dia tidak bersalah.

“Jika kamu tidak bersetuju dengan saya, kamu akan dipukul”.


3.6 Kaedah Lain - Abduksi
Inference to the best explanation.
Kita cuba beri satu penjelasan atau explanation yang terbaik berdasarkan
kepada fenomena yang berlaku.
Sifat pemikiran Abduksi adalah:
- satu teknik berfikir ke belakang (thinking backwards)
- kita nampak satu kejadian – kita hendak tahu punca atau faktor kejadian
berlaku – jadi kita fikir apakah kebarangkalian punca atau faktor
tersebut.

Contoh:
- Dari jauh nampak kepulan asap – jadi kita fikir apa punca asap tersebut.
- Jalan raya basah semasa memandu – jadi kita akan fikir apakah punca
jalan raya basah.
- Hendak cari penjenayah – melihat CCTV, mencari cap jari.
3.6 Kaedah Lain - Heuristik
• Bersifat penerokaan (exploratory)
• Tidak ada peraturan yang sistematik.

• Ada 2 garis panduan pemikiran ini boleh

digunakan:
a) Kaedah trial and error

b) Kaedah lateral thinking


a) Trial and error
- Kita mencuba beberapa cara untuk selesai masalah.
- Jika masih gagal kita cuba cara lain pula.
- Mungkin dengan cara berlainan yang kita cuba akan dapat
selesaikan masalah kita.

Contoh:
- Mencari teknik belajar paling berkesan.

- Jika sedang menghadapi masalah kewangan.


b) Lateral thinking
Kadang-kadang kita gagal selesai masalah mungkin kerana:
- Kita guna pendekatan yang salah; atau
- Kita membuat andaian yang salah
Jadi kita kena ubah pendekatan dan andaian tersebut untuk
selesaikan masalah.

Contoh:
- Nampak pagar tertutup terus panjat pagar, rupanya pagar tidak
berkunci (andaian pagar berkunci)
- Buka skru memutar ke kiri atau ke kanan.
- Minum kopi untuk hilang mengantuk, tetapi malam tidur lambat
(pendekatan salah)
3.7 Inkuiri Falsafah Melalui Komunity /
COPI (Community of Philosophy Inquiry)
• COPI merupakan applied philosophy yang cuba mendidik
masyarakat untuk melaksanakan teori falsafah dalam kehidupan
sebenar.
• Menggunakan kaedah berfikir yang telah dipelajari:
- Deduktif
- Induktif
- Intuitif
- Falasi
- Abduksi
- Heuristik
Isu kebersihan di Malaysia.
Kaedah Berfikir

Deduktif Kebersihan adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Jenny adalah rakyat
Malaysia. Jenny juga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan.

Induktif Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah dibawah Pihak Berkuasa Tempatan


sepenuhnya. Oleh itu rakyat Malaysia boleh membuang sampah merata-merata.

Intuisi “Banyaknya sampah, lebih baik saya tolong bersihkan sebelum longkang tersumbat dan
banjir kilat”.

Falasi Sungai Pinang tercemar di tahap kritikal. Semua penduduk Pulau Pinang buang sampah
ke dalam sungai.

Abduksi Hari ini terhidu bau busuk sampah, pasti sudah beberapa hari pihak berkuasa tempatan
tidak datang pungut sampah (thinking backwards)

Heuristik Kita boleh membuang sampah di tempat yang di larang kerana nanti pihak berkuasa
tempatan akan datang membersihkannya juga (lateral thinking – andaian salah)
Rujukan
Hashim bin Haji Musa (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan
Etika Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu.
Nayif bin Nahar (2016). Muqaddimah Fi ‘Ilm al-Mantiq. Doha:
Muassasah Wa’y Li al-Dirasat Wa al-Abhath.
Sariyan, Awang (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
Van Cleave, Matthew J. (2016). Introduction to Logic and Critical
Thinking. Lansing Community College.

You might also like