You are on page 1of 22

KULIAH 3: LOGIK

Semua orang berfikir

Setiap orang mempunyai


cara berfikir.

Di dalam konsep falsafah


terdapat kaedah-kaedah
berfikir.

Bagaimanakah kaedah
berfikir yang dianjurkan di
dalam ilmu falsafah
PENGENALAN
Perbincangan Falsafah turut merangkumi tentang berfikir, cara berfikir
ataupun kadar berfikir.
Di dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah befikir dikaitkan dengan
LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.
Apa yang dimaksudkan dengan Logik?
Perkaitannya dengan cara berfikir menurut falsafah.
MAKSUD LOGIK
Logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan.

Bahasa Inggeris = arguments. Logic is the study of arguments.

Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)?

Argument ialah sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu

Pertama - bahagian yang dipanggil premis.

Premis-premis ini menyokong kesimpulan.

Kedua - bahagian yang dipanggil kesimpulan.

Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis dan kedua


dipanggil kesimpulan.
MAKSUD LOGIK
Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan
kesimpulan; sama ada kesimpulan itu ditarik (dibuat) dengan
secara betul ataupun dengan secara sah daripada premis-premis
yang dikemukakan.
Logik adalah pengkajian tentang argument. Argument yang
terdiri daripada premis dan kesimpulan.
LOGIK DEDUKTIF
Terdapat 2 jenis logik iaitu Logik Deduktif dan Logik Induktif.

Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang


terhasil daripada premis tersebut.

Di dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu sifatnya ialah
jika premis-premisnya benar maka kesimpulan yang terhasil
daripada premis tersebut mestilah benar.

Contoh, di dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua


atau lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik.

Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum


ataupun universal argument

Premis kedua tidak semestinya ada satu universal argument atau


premis yang umum tetapi sebaliknya satu pernyataan yang khusus.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh 1

• Premis pertama: mengandungi pernyataan umum “semua manusia mempunyai jantung”

• Premis kedua: mengatakan bahawa “Ali ialah seorang manusia”

• Kesimpulan: Jadi dari premis-premis tersebut boleh dibuat kesimpulan bahawa “Ali
juga mempunyai jantung”.

• Jadi disini kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa “semua manusia mempunyai
jantung” dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis kedua bahawa “Ali juga
seorang manusia” maka tidak boleh tidak kita harus menarik kesimpulan bahawa “Ali
semestinya mempunyai jantung”. Ini adalah kerana jika kenyataan yang menyatakan
bahawa “semua manusia itu mempunyai jantung” adalah benar dan kenyataan “Ali
ialah seorang manusia” adalah benar, maka kita tidak boleh lari daripada membuat
kesimpulan bahawa “Ali juga mempunyai jantung”.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh 2

• Premis pertama: “semua manusia akan mati”

• Premis kedua: “Ali seorang manusia”

• Kesimpulan: “Ali akan mati”.

Terdapat 2 Premis dan 1 Kesimpulan. Premis yang pertama yang


mengatakan bahawa “semua manusia akan mati” adalah satu ayat
ataupun pernyataan yang Umum darimana kita dapati ianya
berbeza daripada premis yang kedua yang berupa satu pernyataan
Khusus yang mengatakan bahawa Ali ialah seorang manusia dan
dari premis-premis tersebut maka ditarik kesimpulan bahawa “Ali
juga akan mati”.
LOGIK DEDUKTIF

Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana


terdapat 2 premis dan 1 kesimpulan. Jika premis-premis tersebut
adalah benar iaitu jika benar bahawa “semua manusia akan mati” dan
dalam kes ini memang benar dan “Ali adalah seorang manusia” dan
kita dapati juga benar kerana ada manusia bernama Ali yang bersifat
sebagai seorang manusia maka sudah tentulah kesimpulan yang boleh
ditarik ialah “Ali juga akan mati”.
LOGIK INDUKTIF
Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif.

Logik Induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan


sekurang-kurangnya 1 premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih
daripada satu premis yang digunakan dan dari premis tersebut ataupun dari
premis-premis tersebut kita membuat kesimpulan.

Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama seperti
logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif sekiranya premis
ataupun premis-premis betul, tidak semestinya bermakna bahawa
kesimpulannya juga semestinya betul.
LOGIK INDUKTIF
Contoh 1:
• Premis pertama: “semua burung gagak yang saya lihat selama ini mempunyai bulu yang
berwarna hitam”.
• Kesimpulan: dibuat secara induktif bahawa “semua burung gagak, maksudnya semua burung
gagak di dunia ini mempunyai bulu hitam, bulu ataupun bulu yang berwarna hitam”.
• Oleh itu, dari premis yang boleh dikatakan bersifat khusus (kerana ia merujuk kepada
pemerhatian yang telah dibuat mengenai burung gagak dalam jumlah yang terhad) kesimpulan
dihasilkan mengatakan bahawa semua burung gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam.
• Jadi daripada sebahagian kepada semua ini adalah suatu sifat logik induktif dan walaupun
premis ini benar iaitu walaupun benar bahawa semua burung gagak yang pernah dilihat
sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna hitam, ini tidak semestinya bermakna bahawa
kesimpulan yang dibuat yang mengatakan bahawa “semua burung gagak iaitu termasuk yang
belum saya lihat lagi juga berwarna hitam”.
• Jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat didalam premis yang diberi ini tidak
menjamin akan kebenaran kesimpulan tersebut. Jadi adanya elemen ketidakpastian dalam
penggunaan logik induktif itu membezakannya daripada logik deduktif dimana kepastian
terdapat dalam kesimpulan yang ditarik daripada premis-pemis itu.
• Rumusannya, logik induktif tak semestinya memberi kesimpulan yang benar pada akhirnya.
LOGIK INDUKTIF
Contoh 2:
• Premis pertama: “Ali seorang datuk yang berkepala botak”
• Premis kedua: “Ahmad seorang datuk yang berkepala botak”
• Kesimpulan: “semua datuk berkepala botak”
• Contoh yang diberikan di atas menepati syarat-syarat penggunaan logik induktif yang betul
kerana dalam contoh yang diberikan terdapat dua premis yang mana setiap premis itu
mengandungi ayat yang berupa ayat khusus iaitu; Premis pertama mengatakan bahawa “Ali
adalah seorang datuk yang berkepala botak”, premis kedua mengatakan “Ahmad adalah
seorang datuk yang berkepala botak” dan dari dua kes itu maka disimpulkan bahawa
“semua datuk mempunyai kepala botak”. Ini merupakan satu kesimpulan umum
berdasarkan kepada premis-premis yang khusus ditarik satu kesimpulan umum mengenai
datuk-datuk yang dikatakan mempunyai kepala botak.
• Dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat didalam kesimpuan itu tidak
semestinya benar walaupun premis-premisnya benar. Ini adalah kerana mungkin terdapat
datuk-datuk yang mempunyai cucu yang masih lagi mempunyai rambut dan tidak berkepala
botak. Jadi, jika ada datuk-datuk yang masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah
tentulah bermakna bahawa kesimpulan yang mengatakan bahawa semua datuk mempunyai
kepala botak itu adalah tidak benar (palsu). Ini juga adalah satu sifat logik induktif yang
mana dari premis-premis yang benar kita menarik kesimpulan umum yang tidak semestinya
benar tetapi berdasarkan kepada premis-premis yang telah diberi itu.
ABDUKSI
Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti kaedah Abduksi dan kaedah
Heuristik.

Kaedah abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi. Abduction atau di dalam
Bahasa Inggeris juga disebut sebagai inference to the best explanation - berlakunya
sesuatu phenomena dan kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu fenomena. Dari situ
kesimpulan dibuat mengenai apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang
boleh menjelaskan kenapa fenomena tersebut wujud atau berlaku.

Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik berdasarkan
kepada fenomena yang wujud itu. Dalam hal ini kita berfikir dengan berfikir secara ke
belakang ataupun thinking backwards.

Contohnya, kita melihat sesuatu fenomena, contohnya memerhatikan kereta yang


bergerak di jalan raya dan kita bertanya:

• bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

• Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?

• Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk
membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku.
ABDUKSI
• Proses ini menyebabkan seseorang berfikir ke belakang dan bertanya apakah syarat-syarat yang perlu
dipenuhi ataupun yang wujud sebelum kita boleh melihat fenomena kereta bergerak itu berlaku. Antaranya,

• pertama, syarat-syarat seperti kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang mencukupi
kerana kereta tidak mungkin bergerak tanpa adanya petrol di dalam tangki minyak.

• Kedua, kita boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu kereta itu kerana walaupun
terdapat teknologi self-drive cars, tapi teknologi itu belum sampai di negara kita dan kita masih
menggunakan sistem pemandu untuk menggerakkan kereta.

• Kita boleh juga membuat kesimpulan-kesimpulan yang lain seperti misalnya terdapat empat tayar yang
berfungsi dengan baik kerana tanpa tayar yang berfungsi dengan baik iaitu jika terdapat tayar yang pancit
maka kereta tersebut mungkin sukar untuk bergerak.

• Oleh itu, dari satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang bergerak kita boleh menyimpulkan
perkara-perkara yang tidak kita lihat dengan mata kita sendiri tetapi boleh dibuat penta’kulan ataupun
inferens dengan memikir ke belakang dengan cara bertanyakan apakah syarat-syarat yang perlu ada
sebelum kereta itu boleh bergerak.

• Kita sudah dapat mengetahui tentang benda-benda yang kita tidak lihat dengan memeriksa keadaan kereta
itu tetapi secara logiknya kita kata mesti wujud kerana kalau misalnya kereta itu tidak ada pemandu atau
kereta itu tidak ada minyak ataupun semua tayarnya pancit maka mustahil kereta itu dapat bergerak di
jalan raya. Jadi cara berfikir begini dipanggil abduction ataupun memikirkan tentang apakah keadaan
yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena yang kelihatan itu wujud.
HEURISTIK
Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir secara logik
dimana terdapat peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan.
Walau bagaimanapun, bagi kaedah heuristik ianya berbeza daripada
kaedah-kaedahdeduktif, induktif dan abdukdi. Ini kerana, kaedah heuristik
tidak ada peraturan-peraturan yang sistematik ataupun yang teratur yang
boleh diaplikasikan seperti di dalam logik diduktif dan induktif.
Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai suatu jenis
berfikir yang berlainan daripada permikiran logik yang lain.
Walaupun logic heuristik ini tidak mempunyai peraturan yang tertentu
namun ada garis panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik.
Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun exploratory.
Ianya bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik deduktif
dan induktif dimana kaedah logik digunakan untuk menilai samada
sesuatu penghujahan atau pendalilan ataupun argumen itu boleh diterima
sebagai sah ataupun tidak sah.
HEURISTIK
Sebaliknya dalam heuristik kita cuba:
meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang mempunyai
permasalahan-permasalahan tertentu.
mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah
ataupun persoalan-persoalan tersebut.
Sekiranya kita mencari penyelesaian kepada masalah kita tidak
mempunyai kaedah yang khusus kerana jika kita mempunyai kaedah
yang khusus yang boleh diaplikasikan dengan menjamin akan
pencapaian kesimpulan ataupun jawapan yang memuaskan dalam erti
kata memberi penyelesaian yang memuaskan maka sudah tentulah
tidak ada masalah lagi yang tidak diselesaikan dalam dunia ini.
HEURISTIK
Tetapi adanya masalah-masalah yang masih belum diselesaikan menunjukkan bahawa
kaedah heuristik itu walaupun mempunyai garis-garis panduan yang boleh digunakan
ianya tidak menjamin akan tercapainya satu penyelesaian. Namun begitu ianya
berguna kerana boleh meningkatkan kemungkinan ataupun kebarangkalian
tercapainya sesuatu penyelesaian iaitu ia boleh membantu ke arah penyelesaian
masalah. Antara cara-cara yang boleh difikirkan dalam kaedah heuristik ialah
antaranya kaedah trial and error ataupun ‘cuba dan lihat’ akan apakah keputusan
yang dicapai melalui percubaan tersebut.

Jadi, apabila kita menggunakan cara ini yang bukannya satu kaedah yang khusus
tetapi boleh dikatakan sebagai satu rule of thumb ataupun garis panduan kasar,
maka kita akan lihat bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati bahawa
masih juga gagal dan kita cuba cara yang lain pula, maka mungkin dengan
mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan ini didalam penyelesaian masalah ataupun
cara-cara penyelesaian masalah yang berbeza. Jika kita bernasib baik mencapai satu
penyelesaian tetapi tidak ada suatu jaminan.

Namun begitu, ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung. Oleh itu, trial
and error adalah satu kaedah juga yang bersifat heuristik.
HEURISTIK
Contoh lain ialah lateral thinking yang digunakan oleh Edward De Bono. Lateral
thinking dianggap sebagai sejenis pemikiran heuristik kerana ia boleh membantu kearah
penyelesaian masalah. Contoh lateral thinking yang diajar oleh Edward De Bono ialah
dimana kadang-kadang kesilapan kita ataupun kebolehan kita ataupun kegagalan kita untuk
menyelesaikan masalah konseptual itu ialah kerana kita mengambil satu pendekatan yang
salah ataupun membuat andaian ataupun tanggapan yang silap. Jika kita ubah andaian atau
tanggapan itu mungkin kita akan dapat meyelesaian masalah itu.

Contohnya, Edward De Bono menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang


undergraduate student di University Oxford. Di mana beliau dan rakan-rakan telah
keluar lewat malam dan apabila kembali ke tempat penginapan beliau dan rakan-rakan
mendapati bahawa pintu pagar telah tertutup. Oleh kerana beliau ingin masuk ke dalam
kawasan penginapan itu maka beliau dan kawan-kawan beliau memanjat pagar itu untuk
masuk ke dalam kawasan penginapan. Apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan
barulah mereka sedar bahawa pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci cuma tertutup. Jadi
berdasarkan peristiwa tersebut Edward De Bono mengatakan bahawa apa yang silap di
dalam pemikiran mereka adalah mereka membuat andaian yang silap iaitu menganggap
bahawa pagar yang tertutup bermaksud bahawa ianya juga berkunci sedangkan jika dia
mengubah andaian itu dan ataupun memeriksa semula sudah tentulah mudah masuk ke dalam
kerana tidak perlu memanjat pagar tetapi cuma membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu.
FALASI
Dalam kaedah-kaedah berfikir kadangkala kita melakukan kesilapan, kesilapan ini dipanggil
falasi.

Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik


berfikir seperti logik deduktif, logik induktif dan lain-lain lagi.

Jadi, umumnya falasi merujuk kepada kesilapan di dalam mengunakan kaedah-kaedah berfikir.

Contohnya, di dalam logik deduktif dan induktif kesimpulan dibuat dengan secara tidak sah
daripada premis-premis ataupun menarik kesimpulan yang tidak betul daripada premis-premis
tersebut. Semua ini melibatkan kesilapan di dalam penggunaan logik-logik tersebut.

Secara umumnya terdapat 2 jenis falasi:

1. Falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy

Formal falasi berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul di
dalam logik deduktif dan induktif.

Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang betul didalam menarik
kesimpulan daripada premis-premis, maka kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.
FALASI
2. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy

Falasi informal pula ianya tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam
menarik kesimpulan daripada premis-premis. Contoh non ataupun informal fallacy:

1. Ad Hominem iaitu serangan peribadi ke atas orang yang membuat kenyataan ataupun
yang mengeluarkan pandangan itu dan bukannya kepada pandangan ataupun penghujahan
yang dibuat oleh seseorang itu. Serangan peribadi ini merupakan satu kesilapan di dalam
berhujah ataupun di dalam berfikir kerana ia tidak ada kena mengena dengan kandungan
ucapan itu ataupun penghujahan yang dibuat ataupun idea-idea yang diberi tetapi
sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak boleh diterima kerana sifat peribadi
seseorang itu.

• Contohnya pertama , seseorang itu mengeluarkan suatu teori, misalnya teori sains dan
dikritik oleh seseorang yang tidak bersetuju dengan teori itu dengan mengatakan bahawa
orang itu adalah seorang Yahudi. Kritikan tersebut bukan terhadap idea ataupun teori
saintifik yang dikemukakannya tetapi di atas dasar bahawa orang yang mengeluarkan teori
itu berbangsa Yahudi. Ini dianggap sebagai satu falasi kerana tidak menunjukkan apakah
kesilapan didalam pemikiran orang itu tapi sebaliknya menyerang peribadi orang itu kerana
ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata ditolak oleh kebanyakan rakyat yang beragama
Islam di negara ini. Jadi ini merupakan satu jenis retorik dan bukannya merujuk kepada satu
kritikan yang berasaskan kepada pemikiran yang logikal.
FALASI
Contoh kedua ialah apa yang dikatakan dalam Bahasa Latin, post hoc ergo
propter hoc. maksudnya apa sahaja yang berlaku maka apa yang berlaku
sebelumnya dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu. Contohnya,
seseorang masuk ke hutan dan terlanggar tunggul dan keesokannya orang
tersebut derma atau jatuh sakit. Oleh itu, tersepak tunggul di hutan itu ialah
penyebab kepada orang tersebut jatuh sakit. Iaitu dikaitkan sesuatu itu dengan
apa yang berlaku selepas itu iaitu tersepak tunggul berlaku sebelum seseorang
itu jatuh sakit dan ini dikatakan sebagai penyebab kepada jatuh sakit.
Sedangkan tidak ada kaitan sebab dan akibat (causal relation) yang sebenar
di antara tersepak tunggul dan jatuh sakit. Oleh kerana sesuatu itu berturutan
dengan sesuatu yang lain, maka dianggap ada hubungan sebab akibat di situ
tetapi tidak semestinya. Jadi apabila seseorang membuat kesimpulan yang
sedemikian, ia dikatakan telah membuat kesilapan tetapi kesilapan secara
informal kerana tidak membuat pelanggaran hukum-hukum logik.
KESIMPULAN

You might also like