You are on page 1of 47

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

(UQI 11202/ UQI 11302)

TOPIK 1

SENI DAN KAEDAH


BERFIKIR
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu Logik
dengan Ilmu Falsafah serta pelbagai kesalahan dalam berfikir
dan penghujahan atau Falasi.

Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan perbezaan


dua pendekatan utama dalam logik.

Menganalisis metodologi penghasilan dan penjanaan ilmu-ilmu


baru.
TOPIK 3
LOGIK
PERINCIAN

❑ PRINSIP LOGIK
Prinsip logik Penghujahan
Deduksi Premis
Kesimpulan
Induksi
Kaedah-kaedah lain: ❑ DEDUKSI – INDUKSI
abduksi, heuristik
❑ ABDUKSI - HEURISTIK
Falasi: formal, tidak
formal ❑ PENCEGAHAN FALASI
Faktor berlaku falasi
Falasi formal
Falasi tidak formal (informal)
Contoh falasi: serangan peribadi, jamak soalan dll
LOGIK
Semua
orang
Bagaimanakah
berfikir kaedah berfikir
yang dianjurkan
Setiap
orang
dalam ilmu
mempunyai falsafah?
Di dalam
cara berfikir konsep falsafah
terdapat
kaedah-kaedah
berfikir
Perbincangan falsafah turut merangkumi tentang
berfikir, cara berfikir ataupun kadar berfikir.

Dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah berfikir dikaitkan


dengan LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.

Apa yang dimaksudkan Perkaitannya dengan cara berfikir menurut


dengan LOGIK? falsafah.
Deduksi Abduksi
Kaedah

Induksi Heuristik

LOGIK
(penghujahan)
(argument)

Falasi Tidak
Formal Formal
❑ Logik merupakan satu kajian mengenai penghujahan (argument).
Penghujahan yang terdiri daripada premis dan kesimpulan.
❑ Apakah penghujahan (argument)? Sesuatu yang terdiri daripada dua
bahagian ayat iaitu:
✓ Pertama: bahagian yang dipanggil premis. Premis-premis ini menyokong
kesimpulan.
✓ Kedua: bahagian yang dipanggil kesimpulan.
❑ Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan kesimpulan;
sama ada kesimpulan itu dibuat secara betul atau tidak daripada
premis-premis yang dikemukakan.
LOGIK
Kajian mengenai penghujahan Kajian mengenai kaitan antara premis dan kesimpulan;
sama ada kesimpulan itu dibuat secara betul atau tidak
daripada premis-premis yang dikemukakan

Penghujahan ialah sesuatu Semua manusia mempunyai jantung [PREMIS 1]


yang terdiri daripada dua Deduktif Ahmad adalah seorang manusia [PREMIS 2]
bahagian ayat Ahmad mempunyai jantung [KESIMPULAN]

90% pelajar universiti tidak mahir berbahasa Inggeris


Premis Kesimpulan [PREMIS 1]
Ali pelajar universiti [PREMIS 2]
Ali berkemungkinan tidak mahir berbahasa Inggeris
[KESIMPULAN]
Induktif
Kita lihat ada 1, kemudian 2, dan ada 3 burung gagak
berbulu hitam dan seterusnya [PREMIS]
Semua burung gagak berbulu hitam [KESIMPULAN]
1 2
DEDUKTIF INDUKTIF
❑ Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang
terhasil daripada premis tersebut.
❑ Dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu sifatnya ialah jika
premis-premisnya benar maka kesimpulan yang terhasil daripada
premis tersebut mestilah benar.
❑ Terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih premis dari mana
kesimpulannya ditarik.
❑ Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum (universal
argument).
❑ Premis kedua tidak semestinya ada satu pernyataan umum tetapi
sebaliknya satu pernyataan yang khusus.
Berfikir secara deduktif, kita menggunakan logik deduktif. Iaitu ada
❑ Premis
❑ Kesimpulan

Jika premis itu BENAR,


Kesimpulan semestinya BENAR
CONTOH 1
PREMIS PERTAMA :
Semua manusia mempunyai jantung

PREMIS KEDUA :
Ahmad adalah seorang manusia

KESIMPULANNYA :
Ahmad mempunyai jantung
CONTOH 1
Dalam contoh pertama jika premis pertama dan kedua diterima,
maka kita tidak boleh tolak kesimpulannya, kerana kalau betul premis
pertama: yang semua manusia itu mempunyai jantung
dan betul juga premis kedua : Ahmad adalah seorang manusia
Maka kesimpulannya
= Ahmad semestinya mempunyai jantung

Jadi itu dikatakan kaedah logik secara deduktif iaitu jika premis-premisnya
benar, kesimpulannya benar.
CONTOH 2
PREMIS PERTAMA :
Semua manusia akan mati

PREMIS KEDUA :
Ali adalah seorang manusia

KESIMPULANNYA :
Ali akan mati
CONTOH 2
Contoh 2 menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana terdapat 2
premis dan 1 kesimpulan.

Jika premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar bahawa “semua
manusia akan mati” dan dalam kes ini memang benar dan “Ali adalah
seorang manusia” dan kita dapati juga benar kerana ada manusia bernama
Ali yang bersifat sebagai seorang manusia
✓ maka sudah tentulah kesimpulan yang boleh ditarik ialah “Ali juga akan
mati”.
❑ Logik induktif berbeza dari logik deduktif.
❑ Logik induktif tidak memerlukan dua premis.
❑ Ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 premis.
❑ Walaupun kebiasaannya terdapat lebih daripada satu premis
yang digunakan dan dari premis tersebut ataupun dari
premis-premis tersebut kita membuat kesimpulan.
❑ Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama seperti
logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif sekiranya premis
ataupun premis-premis BENAR, tidak semestinya bermakna bahawa
kesimpulannya juga semestinya BENAR.
BURUNG GAGAK
HARI HUJAN
❖ Kita lihat ada 1,
❖ Sekarang musim
kemudian 2, dan ada 3
tengkujuh
burung gagak berbulu
hitam dan seterusnya ❖ Maka setiap hari hujan
❖ Kesimpulan semua ❖ Disimpulkan esok juga
gagak bulu hitam ANGSA PUTIH hujan
❖ Premis bahawa gagak ❖ Di Eropah, dikatakan ❖ Tidak ada kepastian
yang pernah dilihat semua angsa berwarna kesimpulan tersebut
adalah hitam putih benar
❖ Tetapi kesimpulan ❖ Tapi bila diterokai
semua gagak adalah Benua Australia
hitam tidak semestinya didapati ada angsa
benar walau premis berwarna hitam
benar
DEDUKTIF INDUKTIF
1. Berfikir daripada umum kepada 1. Berfikir daripada khusus kepada
khusus umum
2. Terdapat sekurang-kurangnya 2. Memerlukan sekurang-kurangnya
dua atau lebih premis satu premis
-Premis 1 (pernyataan umum) -Premis (pernyataan khusus)
-Premis 2 (pernyataan khusus)
3. Tiada kepastian dalam kesimpulan
3. Ada kepastian dalam kesimpulan
4. Sekiranya premis atau premis-premis
4. Jika premis-premisnya betul, betul, tidak semestinya kesimpulan
maka kesimpulan mestilah betul juga betul
5. Kesimpulan khusus dibuat 5. Kesimpulan umum dibuat daripada
daripada pernyataan umum pernyataan khusus
DEDUKTIF INDUKTIF
Premis 1: Semua manusia akan Premis 1: 90% pelajar universiti
mati tidak mahir berbahasa Inggeris
Premis 2: Saya seorang manusia. Premis 2: Ali pelajar universiti
Kesimpulan: Oleh itu, saya akan Kesimpulan: Oleh itu, Ali
mati berkemungkinan tidak mahir
berbahasa Inggeris
3
ABDUKSI
❑ Kaedah abduksi (abduction) bermaksud berlakunya sesuatu fenomena dan
apakah keadaan yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena yang
kelihatan itu wujud.
❑ Inference to the best explanation.
❑ Dari situ kesimpulan dibuat mengenai apakah yang berlaku sebelum wujudnya
fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa fenomena tersebut wujud atau
berlaku.
❑ Bererti dengan logik abduksi, kita memberi satu penjelasan (explanation) yang
terbaik mengenai fenomena yang wujud itu.
❑ Dalam hal ini, individu akan berfikir secara ke belakang atau thinking
backwards.
Dengan melihat sesuatu fenomena→ memerhatikan kereta yang bergerak di jalan
raya dan menimbulkan persoalan:
❑ Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?
❑ Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?
❑ Apakah yang harus wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk
membolehkan fenomena kereta bergerak tadi berlaku.
• Proses ini menyebabkan seseorang berfikir ke belakang (thinking backwards).
• Kemudian bertanya, apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi atau wujud sebelum
kita melihat fenomena kereta bergerak itu berlaku, antaranya:
1: Kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang
mencukupi kerana kereta tidak mungkin bergerak tanpa adanya
petrol di dalam tangki minyak.
2. Mesti ada pemandu yang memandu kereta itu kerana walaupun
terdapat teknologi self-drive cars, tapi teknologi itu belum sampai
di negara kita dan kita masih menggunakan sistem pemandu untuk
menggerakkan kereta.
3. Terdapat empat tayar yang berfungsi dengan baik kerana tanpa
tayar yang berfungsi dengan baik iaitu jika terdapat tayar yang
pancit maka kereta tersebut mungkin sukar untuk bergerak.
ASAP JALAN BASAH PENJENAYAH
❖ Kelihatan ada asap ❖ Jalan basah sewaktu ❖ Situasi mencari
❖ Rumusan awal memandu penjenayah
menganggap api ❖ Logik abduktif ❖ Logik abduktif:
punca terbakar yang
- dikemukakan faktor -semak CCTV,
menyebabkan ada
penyebab; hujan, lokasi jenayah,
asap
lori bawa air cap jari, jejak
❖ Maka logik abduktif tumpah, pili bomba
digunakan dengan bocor
berfikir secara ke
belakang
-cari penyebab asap;
orang hisap vape,
jerebu atau hutan
terbakar
4
HEURISTIK
Edward De Bono menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang undergraduate
student di University Oxford. Di mana beliau dan rakan-rakan telah keluar lewat malam dan
apabila kembali ke tempat penginapan, beliau dan rakan-rakan mendapati bahawa pintu
pagar telah tertutup. Oleh kerana beliau ingin masuk ke dalam kawasan penginapan itu, maka
beliau dan kawan-kawan beliau memanjat pagar itu untuk masuk ke dalam kawasan
penginapan. Apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan, barulah mereka sedar
bahawa pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci cuma tertutup.
Jadi berdasarkan peristiwa tersebut, Edward De Bono mengatakan bahawa apa yang silap di
dalam pemikiran mereka adalah mereka membuat andaian yang silap iaitu menganggap
bahawa pagar yang tertutup bermaksud bahawa ianya juga berkunci. Sedangkan jika dia
mengubah andaian itu dan memeriksa semula, sudah tentulah mudah masuk ke dalam kerana
tidak perlu memanjat pagar, tetapi cuma membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu.
1. Meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang mempunyai permasalahan-
permasalahan tertentu.

2. Mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun


persoalan-persoalan tersebut.

3. Kaedah dalam heuristik antaranya ialah kaedah trial and error ataupun
‘cuba dan lihat’ akan apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan
tersebut.
❑ Tidak ada peraturan-peraturan yang sistematik atau teratur yang boleh
diaplikasikan dalam heuristik.
❑ Pemikiran heuristik bersifat penerokaan (exploratory).
❑ Walaupun logik heuristik tiada peraturan tertentu, namun ada garis panduan
bagi melaksanakan pemikirannya iaitu trial and error.
❑ Trial and error bukannya suatu kaedah yang khusus tetapi merupakan garis
panduan kasar (rule of thumb) dengan melakukan beberapa kali percubaan
mungkin dapat menemukan penyelesaian kepada masalah walau melalui
beberapa kali kegagalan.
❑ Disebabkan itu, trial and error juga adalah satu kaedah yang bersifat
heuristik.
❑ Lebih baik mencuba daripada tidak mencuba langsung.
FALASI
❑Falasi berasal daripada perkataan fallo yang bermaksud “saya
menipu”.
❑Dalam kaedah-kaedah berfikir, kadangkala kita melakukan
kesilapan, kesilapan ini dipanggil falasi.
❑Merupakan suatu kesalahan dalam berfikir yang menyebabkan
hujahan palsu dan mengelirukan diterima sebagai sah dan
benar.
❑Digunakan untuk mengelirukan atau mempengaruhi orang
supaya mempercayainya benar.
JENIS FALASI
▪ Formal (mudah dikesan)
▪ Tidak formal (sukar dikesan)

MAKSUD FALASI
▪ Kesalahan pemikiran logik
▪ Hujah yang lemah dan cacat
▪ Kesilapan/ kepalsuan cara
berfikir
HUJAH HUKUM
PREMIS 1 Semua kucing adalah binatang Benar
PREMIS 2 Semua anjing adalah binatang Benar
KESIMPULAN Maka, semua kucing ialah anjing Tidak benar

▪ Falasi formal adalah hujah yang diasaskan dari struktur atau


bentuk susunan premis yang tidak sah.
▪ Ia berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan
yang betul di dalam logik deduktif dan induktif.
▪ Apabila kita mengabaikan pengunaan peraturan-peraturan yang
betul ketika menarik kesimpulan daripada premis-premis, maka
kita telah melakukan kesilapan atau falasi.
▪ Falasi tidak formal (informal) tidak melibatkan pelanggaran apa-
apa peraturan logik dalam menarik kesimpulan daripada
premis-premis.
▪ Kelemahan atau kesalahan yang terdapat dalam suatu hujah
tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kaedah
atau struktur hujah itu.
▪ Falasi ini tidak dapat dikesan dengan mudah tanpa memahami
konsep-konsep yang terlibat dalam penghujahan yang
dilakukan.
FAKTOR BERLAKU FALASI INFORMAL
▪ Maklumat dan fakta yang tidak
cukup
▪ Sikap prejudis dan pesimis
▪ Andaian yang meleset
▪ Kesimpulan yang menyeleweng
▪ Faktor tekanan emosi
▪ Faktor paksaan
CONTOH FALASI INFORMAL
Falasi penyimpulan tidak relevan (false cause)
Penyimpulan yang dikemukakan menyimpang dari tujuan
Cth: Iraq mempunyai sumber minyak. Arab Saudi mempunyai sumber minyak. Semua negara
Timur Tengah mempunyai sumber minyak.

Falasi serangan peribadi (ad hominem)


Se Mengalih hujahan dengan isu peribadi, bukan pendapat atau prinsip.
Cth: “Awak pelajar junior, saya lebih senior. Maka awak tidak berhak menasihat saya”.

Falasi menagih simpati


Sokongan kepada hujahan dengan menagih simpati
Cth: Seseorang yang bersalah dipertahankan semata-mata kerana ia sudah tua atau ia anak
yatim piatu.
Falasi bersandarkan kekuatan (appeal to force)
Kebenaran hujahan disandarkan kepada kuasa, kekuatan, ugutan,
sokongan

Falasi kejahilan
Hujahan dianggap benar kerana pihak lawan gagal membuktikannya
salah

Falasi menagih sokongan popular


Sesuatu itu benar kerana majoriti orang menyatakannya benar atau
melakukannya

Falasi jamak soalan


Hujahan untuk memerangkap dengan bertanya soalan yang tidak
boleh dijawab ya atau tidak
Falasi serangan situasi peribadi
Serangan kepada kedudukan peribadi seseorang

Falasi merujuk kepada autoriti (appeal to authority)


Kebenaran hujahan disandarkan kepada autoriti atau pengaruh
seseorang

Falasi menolak akibat kerana sebabnya tidak berlaku


Hujahan yang mengandaikan sesuatu itu tidak berlaku kerana tiada
sebab yang lazim berlaku

Falasi cerun licin (slippery slope)


Hujahan yang mengatakan sekiranya sesuatu itu berlaku, maka
sesuatu yang lain juga akan berlaku
Falasi ekuivokasi
Istilah sama yang berlainan makna digunakan dalam hujahan untuk
mengelirukan

Falasi amfiboli
Ayat digunakan menimbulkan tafsiran lebih daripada satu

Falasi tekanan suara


Tekanan suara atau intonasi menimbulkan tafsiran yang berlainan

Falasi komposisi (composition)


Berlaku apabila seseorang menyimpulkan sesuatu adalah benar
daripada keseluruhan kenyataan
Falasi analogi lemah
Berlaku apabila tidak ada persamaan yang kuat antara dua benda yang
dibuat analogi.

Falasi hujahan berputar


Apabila kesimpulan daripada satu premis dijadikan pula premis untuk
membuat penyimpulan.

Falasi generalisasi (hasty generalization)


Membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian yang sikit

Falasi pembahagian fakta


Berlaku apabila seseorang menyimpulkan bahawa sesuatu yang
benar untuk keseluruhannya mestilah benar bagi semua atau
beberapa bahagiannya
❖Logik diperlukan dalam membuat keputusan dan
penyelesaian masalah kehidupan seharian.
❖Kaedah berfikir yang sejahtera melibatkan proses
penaakulan, penilaian dan pertimbangan yang bernas,
wajar dan sihat.
❖Logik berperanan melatih minda berfikir dengan betul.
❖Aplikasi konsep logik dan falasi membantu dalam
mengenalpasti kesalahan, kekeliruan dan andaian-
andaian yang salah.
Setiap individu perlu:
❑ Mendidik pemikiran yang baik dan
murni
❑ Mengamalkan budaya berfikir yang
sihat dan matang
❑ Mengelakkan kesilapan dalam
berfikir
❑ Memupuk seni dan kaedah berfikir
yang sejahtera dalam kehidupan
seharian
REFLEKSI
Pelajar diminta memberikan pengertian dan contoh yang
bersesuaian dengan falasi informal berikut:
-Falasi generalisasi -Falasi serangan situasi peribadi
-Falasi analogi lemah -Falasi merujuk kepada autoriti
-Falasi ekuivokasi -Falasi pembahagian fakta
-Falasi cerun licin -Falasi hujahan berputar
-Falasi komposisi -Falasi menolak akibat kerana
-Falasi amfiboli sebabnya tidak berlaku
-Falasi tekanan suara
LOGIK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN
KULIAH
PERANAN LOGIK DAN Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu ALatifS, “Logik” (ms 2-4)
PENCEGAHAN FALASI – Logik dengan Ilmu Falsafah serta Menjelaskan pelbagai AJalilH “Kedudukan Ilmu Mantiq dalam Falsafah” (ms 6-7)
KESALAHAN BERFIKIR kesalahan dalam berfikir dan penghujahan atau Falasi ASariyan, Logika (ms 50 – 58)
Hashim Musa (ms 33-54)

DEDUKSI DAN INDUKSI Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan perbezaan ALatifS, Asas-Asas Penaakulan Sains (ms 14-33)
dua pendekatan utama dalam Logik iaitu Deduksi dan ALatifS, Bentuk-Bentuk Penerangan Sains dan Kaedah
Induksi Formal (ms 34-58)

PELBAGAI METODOLOGI Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang ALatifS, Asas-Asas Penaakulan Sains (ms 14-33)
PENGHASILAN ILMU memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih ALatifS, Bentuk-Bentuk Penerangan Sains dan Kaedah
kompleks Formal (ms 34-58)

METODOLOGI Menganalisis metodologi penghasilan dan penjanaan ilmu- ShaharirMZ, Apakah Sains? (ms 33- 46)
PEMBINAAN ILMU ilmu baru ShaharirMZ, Anggapan, Andaian, Postulat, Aksiom,
PENGETAHUAN Hipotesis, Teori dan Fakta (ms 87-100)
UQI11402 Falsafah dan Isu Semasa
WAN AINAA MARDHIAH WAN ZAHARI
mardhiah@uthm.edu.my

You might also like