You are on page 1of 10

BAB 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Hasil Pembelajaran:
1. Mengetahui maksud logik dan jenis-jenis logik dalam ilmu falsafah.
2. Memahami kaedah dan teknik berhujah yang betul mengikut ilmu logik.
3. Mengenal pasti hujah yang sah dan tidak sah.

PENGENALAN
 Kita lihat semua orang berfikir. Semua orang mempunyai cara berfikir.
 Dalam konsep falsafah, termasuklah tentang berfikir, cara berfikir ataupun kaedah-
kaedah berfikir. Cara atau kaedah berfikir dikaitkan dengan logik.
 Logik dapat diertikan sebagai kaedah berfikir yang benar.
 Logik bermula di Yunani sekitar 600 tahun SM dan antara ahli logik Yunani yang
terkenal seperti Socrates, Plato dan Aristotle.
 Ciri logik:
Ciri Logik Klasik - Menumpukan pada pembetukan teori
- Logik berkait rapat dengan bidang falsafah
- Logik berkait rapat dengan bahasa dan retorika
- Logik berkait rapat dengan teologi
- Logik sebagai dalil penghujahan
Ciri Logik Islam - Logic boleh digunakan asalkan ia tidak bercanggah dengan
al-Quran dan al-Sunnah.
- Asas hujah boleh membincangkan perkara ranting tetapi
perkara pokok tetap mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah.
- Logik mestilah berasaskan naqli, agar tidak membawa kepada
kesesatan.
- Allah SWT menyuruh manusia menggunakan akal dan
pancaindera semaksimum mungkin untuk mencapai
pengetahuan yang sahih, tetapi tidak sampai menyesatkan.
Ciri logik Zaman - Ciri-ciri logic mempunyai sedikit penambahan yang
Moden melibatkan kaedah empirical dalam sesuatu kajian.
- Dinamakan sebagai pendekatan saintifik – ia dibentuk secara
kuantitatif atau kualitatif.
- Berdasarkan deduksi (silogisme) dan induksi akal.
- Mengandungi kaedah pemerhatian, cerapan serta ujikaji.
- Kaedah penyelidikan lebih bersifat ilmiah ( mengandungi
teori, hipotesis, statistik dan sebagainya.

1
DEFINISI LOGIK
 Logik berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “logos” yang bermaksud pengucapan,
pernyataan, pemikiran dan pemikiran akal iaitu sebab akibat.
 Logik adalah satu kajian mengenai penghujahan (logic is the study of arguments).
 Logik dalam falsafah memberi panduan kepada kaedah dan peraturan berfikir serta
berhujah seperti membina alasan yang logik atau diterima akal. Berfikiran logik juga
merupakan proses mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu
perkara.
 Berpandukan prinsip-prinsip logik, seseorang dapat mengenal pasti serta membezakan
hujah yang betul dan salah atau hujah yang sah (valid) dan tidak sah (invalid) mengikut
logiknya.
 Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)? Penghujahan terdiri
daripada premis dan kesimpulan. Penghujahan mengandungi turutan pernyataan di
mana salah satu pernyataan tersebut merupakan kesimpulan yang dibuat.
 Penghujahan logik terdiri daripada turutan premis di mana satu kesimpulan cuba dibuat
daripada premis-premis tersebut. Contohnya:

Premis 1 : Semua manusia akan mati (P1)


Premis 2 : Ali ialah seorang manusia (P2)
Kesimpulan : Ali akan mati (K)

 Logik mengkaji kaitan di antara premis dan kesimpulan; sama ada kesimpulan itu
dibuat dengan betul ataupun secara sah dari premis yang dikemukan. Jika semua premis
adalah benar, dan kesimpulan yang dibuat adalah benar, maka penghujahan adalah sah.
 Logik : kaedah berfikir dan membuat kesimpulan.
Contoh pemikiran logik:

(a) Mengikut logik : Api boleh membakar, air memadamkan api.


(b) Berlawanan dengan logik : Air boleh terbakar.
(c) Tidak logick: Air boleh memahami percakapan.

 Dalam logik, ada dua jenis logik iaitu:


(a) Logik Deduktif
(b) Logik Induktif

(1) LOGIK DEDUKTIF


 Logik deduktif adalah kaedah analisis di mana satu bentuk ‘kesimpulan khusus’ terhasil
daripada usul berbentuk umum dan dianggap benar. Pemikiran secara deduktif juga
dikenali sebagai penyeluruhan.
 Sifat dan ciri-ciri logik deduktif:
(1) Jika premis-premisnya benar, maka kesimpulan mestilah benar.
(2) Dalam logik deduktif, terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih premis.
(3) Kemudian, kesimpulan yang akan terhasil dari premis-premis tersebut.

2
Premis Pertama : Biasanya pernyataan yang diberi adalah secara umum atau universal
argument.
Premis Kedua : Satu pernyataan yang lebih khusus.
Kesimpulan

Contoh 1: Premis Pertama : Contoh ini memenuhi ciri deduktif


Semua manusia mempunyai jantung. yang sah kerana:
 Jika premis-premisnya
Premis Kedua : memang benar,
Ahmad ialah seorang manusia.  Maka, kesimpulan yang
dibuat menjadi hujah yang
Kesimpulan : benar.
Ahmad juga mempunyai jantung.

Contoh 2: Premis Pertama : Contoh ini memenuhi ciri deduktif


Semua manusia akan mati. yang sah kerana:
 Terdapat dua premis
Premis Kedua : (1.umum dan 2.khusus)
Ali seorang manusia.  Satu kesimpulan

Kesimpulan :
Ali akan mati.

 Penyelesaian masalah menerusi kaedah gaya deduktif melibatkan proses:


(a) Mengenal pasti dan memahami premis masalah.
(b) Mencari sebab atau punca masalah.
(c) Menilai cara-cara penyelesaian.
(d) Membuat kesimpulan.

(2) LOGIK INDUKTIF


 Logik induktif tidak mempunyai kriteria atau sifat yang sama seperti deduktif.
 Logik induktif tidak memerlukan dua premis, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu
premis.
 Sifat dan ciri-ciri logik induktif:
(1) Hanya perlukan sekurang-kurangnya atau boleh juga dengan satu premis.
(2) Mempunyai elemen ketidakpastian.
(3) Kesimpulannya tidak semestinya benar walaupun premisnya benar.

3
Contoh 1 Premis Pertama:
Semua burung gagak yang saya  Premis ini bersifat khusus.
lihat selama ini mempunyai bulu  Pemerhatian ke atas burung gagak
yang berwarna hitam. yang dilihat jumlahnya adalah
sangat terhad.
Ciri-ciri : mempunyai elemen  Kesimpulan yang dibuat : semua
ketidakpastian. burung gagak mempunyai bulu
yang berwarna hitam.
Maka, dari premis tersebut  Walaupun premis ini benar semua
disimpulkan secara induktif burung gagak yang yang pernah
bahawa: kita lihat mempunyai bulu
berwarna hitam.
“Ini tidak semestinya benar
bahawa semua burung gagak di Hal ini kerana :
dunia ini mempunyai bulu hitam.” (1) Kesimpulan yang dibuat yang
mengatakan bahawa: “semua
burung gagak termasuk yang
belum saya lihat lagi juga
berwarna hitam”.
(2) Kesimpulan ini melangkaui batas
yang terdapat di dalam premis yang
diberikan.
(3) Ini mewujudkan elemen
ketidakpastian.
(4) Ini tidak menjamin kebenaran
kesimpulan tersebut.
Contoh 2 Premis Pertama: Logik Induktif mengatur bahawa:
Ali seorang datuk yang berkepala Walaupun premis-premisnya benar,
botak. kenyataan umum yang perlu dihujah dalam
kesimpulan mempunyai ciri/elemen tidak
Premis Kedua: semestinya benar.
Ahmad seorang datuk yang
berkepala botak. Hal ini kerana:
(1) Mungkin ada datuk-datuk yang
Kesimpulan: telah mempunyai cucu masih lagi
(Perlu ada elemen tidak mempunyai rambut dan tidak
semestinya benar) berkepala botak.
(2) Maka, jika ada datuk-datuk yang
masih lagi belum botak kepalanya,
maka:

4
Hujah kesimpulan yang perlu
dibuat mengikut peraturan logic
induktif adalah:
Tidak semestinya benar semua
lelaki yang sudah menjadi datuk
berkepala botak.

 Penyelesaian masalah menerusi gaya induktif melibatkan proses:


(a) Mengadakan hipotesis/anggapan.
(b) Mengumpul maklumat.
(c) Membuat kesimpulan.

LAIN-LAIN KAEDAH BERFIKIR


 Di dalam ilmu falsafah, terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti:
- Kaedah Abduksi
- Kaedah Heuristik
- Falasi

(3) KAEDAH ABDUKSI (ABDUCTION)


 Abduksi adalah teknik berfikir yang menggunakan penghujahan secara ke belakang
ataupun thinking backwards.
 Disebut sebagai inference to the best explanation merujuk kepada satu fenomena yang
berlaku di mana kita mengaitkan kejadian dengan faktor-faktor, sebab-akibat sebelum
kejadian itu berlaku.
 Ciri kaedah abduksi:
(1) Dapat melihat ada berlakunya sesuatu fenomena,
(2) Dari situ kita cuba mencari penjelasan berdasarkan beberapa hipotesis,
(3) Apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu,
(4) Mencari kebarangkalian atau penjelasan kenapakah fenomena tadi wujud/terjadi.

Contoh 1 Fenomena Asap Kita cari penyebab asap :


- Kita lihat ada asap dari jauh, - Mungkin hutan terbakar / jerebu /
tetapi tidak nampak pun orang hisap vape / orang bakar
apinya. sampah.
- Kita anggap api itu sebagai
akibat terbakar, kerana itu
ada asap.
Contoh 2 Fenomena Jalan Basah Kita mungkin beranggapan:
- Ketika memandu, kita
nampak jalan basah.

5
- Kita fikir sebelum kita - Mungkin hujan turun / ada lori
sampai di jalan itu, kita yang membawa air lalu tertumpah
kemukakan faktor penyebab / paip bocor bawah tanah.
punca jalan itu basah.

(4) KAEDAH HEURISTIK


 Kaedah heuristik adalah bersifat penerokaan atau exploratory. Tidak ada peraturan-
peraturan yang sistematik ataupun yang teratur.
 Kaedah ini cuba meneroka keadaan baharu yang mempunyai permasalahan tertentu –
mencari penyelesaian atau jawapan kepada masalah atau persoalan tersebut bermakna
tidak ada kaedah yang khusus kepada permasalah tersebut.
 Namun, ada dua garis panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik ini, iaitu:
(1) Kaedah trial and error (cuba dan lihat).
(2) Lateral thinking.

Kaedah trial and error (cuba dan lihat) Contoh :


 Untuk melihat apakah keputusan yang
dicapai melalui percubaan tersebut? - Usaha saintis dan pakar perubatan
Boleh dikatakan sebagai satu rule of di dalam menghasilkan vaksin bagi
thumb atau garis panduan kasar. merawat pesakit yang dijangkiti
 Kita akan lihat bahawa jika kita cuba virus Covid-19.
beberapa cara dan mendapati masih - Ahmad mencuba beberapa teknik
juga gagal, kita cuba cara yang lain belajar untuk mencari teknik yang
pula. berkesan untuknya. Kesimpulannya
Maka, mungkin dengan mengulangi Ahmad membuat nota bergambar
kaedah-kaedah yang berlainan, jika adalah teknik berkesan untuknya.
bernasib baik mungkin kita mencapai
satu penyelesaian.
 Begitu juga sebaliknya. Tidak ada
suatu jaminan.
Ini adalah lebih baik daripada tidak
mencuba langsung.
Kaedah Lateral Thinking Contoh:
 Sejenis pemikiran yang boleh
membantu kita ke arah penyelesaian Pengalaman Edward sebagai pelajar di
masalah. Uni.Oxford. Beliau dan rakan-rakannya
 Kadang-kadang kesilapan/kegagalan telah keluar lewat malam. Apabila kembali
kita menyelesaikan masalah itu kerana ke tempat penginapan, pintu pagar telah
kita mengambil: ditutup rapat.
(a) Satu pendekatan yang salah;

6
(b) Membuat andaian/tanggapan yang Maka, beliau danrakan-rakannya berusaha
silap. masuk dengan cara memanjat pagar itu
 Jika kita ubah andaian atau tanggapan untuk masuk ke dalam kawasan
itu, mungkin kita akan dapat penginapan.
menyelesaikan masalah itu.
Apabila sudah masuk ke dalam kawasan
penginapan, barulah mereka sedar bahawa
pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci,
cuma tertutup.

Jadi, apa yang silap di situ adalah di dalam


pemikiran mereka.

Mereka membuat andaian yang silap, iaitu


menganggap bahawa pagar yang tertutup
bermaksud bahawa ianya juga berkunci.

Sedangkan jika mereka mengubah andaian


itu ataupun memeriksa semula, sudah
tentulah mereka dapat masuk ke dalam
dengan lebih mudah.

(5) FALASI
 Falasi bermaksud “kesilapan pada cara berfikir”. Terdapat banyak falasi atau kesilapan
yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak.
 Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah atau teknik berfikir. Secara
umumnya, falasi terjadi kerana hujah yang lemah disebabkan oleh kesilapan dalam
menggunakan kaedah berfikir.
 Kesilapan berfikir akan menyebabkan kesilapan dalam penghujahan dan menjadikan
hujah tidak sah.
 Terdapat dua bentuk falasi, iaitu:
(1) Falasi Formal (formal fallacy)
- berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul;
- hanya terdapat di dalam logik deduktif dan logik induktif.
(2) Falasi Tidak Formal (informal fallacy)
- tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam menarik kesimpulan
daripada premis-premis.
- boleh berlaku kerana beberapa faktor antaranya data dan fakta yang tidak mencukupi,
prejudis, kesimpulan yang menyeleweng, andaian dan kepercayaan menyeleweng,
emosi dan paksaan.
 Jenis-jenis falasi:

7
1. Falasi Kejahilan /  Falasi ini boleh berlaku apabila seseorang
argumentum ad mempertahankan idenya dengan mengatakan
ignoratium “mana ada bukti sahih yang mengatakan saya
bersalah”.
 Kesilapan pada falasi ini adalah berhujah tanpa
bukti – bukanlah bukti.
 Falasi ini mengatakan sesuatu itu betul kerana
tidak ada bukti ianya salah.
2. Falasi Ad Populum  Falasi ini bermakna generalisasi yang dibuat
(kumpulan, popular) terhadap kumpulan atau sesuatu yang popular.
 Contoh:
Melayu pemalas, Cina suka menipu, India pandai
putar belit, lelaki mata keranjang, perempuan
sensitive.
3. Falasi Post Hoc Ergo  Frasa diterjemahkan sebagai “selepas itu, maka
Propter Hoc oleh sebab itu”
(Sebab Akibat)  Apa sahaja yang berlaku sebelumnya dianggap
sebagai penyebab berlakunya perkara itu.
 Contoh:
(a) Sebuah keluarga berpindah ke rumah baru,
tidak lama kemudian anaknya jatuh sakit,
maka orang berpendapat bahawa kematian itu
berpunca daripada pindah rumah baru itu.
(b) Seorang lelaki berkahwin dengan wanita
garang, beberapa lama kemudian dia dan
isterinya bercerai, maka orang berpendapat
wanita itu adalah punca penceraian.
4. Falasi Ad Hominem  Ad Hominem bermaksud menentang orangnya
bukan ideanya.
 Merupakan serangan peribadi ke atas orang yang
membuat kenyataan ataupun mengeluarkan
pandangan.
 Contoh:
(a) En Shamsul tidak perlu komen apa-apa
berkenaan mutu permainan pasukan bola kita
kerana dia sendiri pun kaki bangku.
(b) Puan Cindy tidak layak bercakap tentang
teknik dan motivasi cara hidup berkeluarga
bahagia kerana beliau sendiri baru bercerai dan
tidak mempunyai anak.
5. Falasi Domino  Tanpa bukti-bukti sahih, kita andaikan satu
kejadian akan diikuti oleh satu siri kejadian lain,
dan akhirnya menghasilkan akibat tertentu.

8
 Anggap ramalan adalah fakta.
 Contoh:
(a) Sudah diberi betis, hendakkan paha.
(b) Kita tidak boleh layan kes ini, kalau kita layan
nanti semua orang akan datang dan meminta
layanan yang sama.
6. Falasi Hitam Putih  Kita menganggap setiap perkara boleh dibahagi
dan dibeza-bezakan dengan jelas.
 Seseorang cenderung melakukan falasi hitam putih
apabila dia berdepan dengan dua pilihan sahaja,
sedangkan ada banyak lagi pilihan lain
sebenarnya.
 Contoh:
(a) Menganggap pelajar yang lemah akademiknya
sebagai gelap masa depan, dan pelajar yang
berjaya akan memperolehi masa depan yang
baik.
7. Falasi Inferens  Inferens adalah kesimpulan yang dibuat
berdasarkan bukti-bukti ataupun andaian-andaian
yang sudah ada dalam pemikiran.
 Contoh:
(a) Apabila memetik lampu, kita membuat
inferens, lampu akan menyala.
(b) Apabila kita duduk, kita membuat inferens,
kerusi itu tidak akan patah.
8. Falasi Label  Perkataan adalah label, istilah-istilah adalah label,
label adalah nama.
 Benda yang sama boleh diberi macam-macam
label.
 Falasi ini berpunca daripada andaiaan apabila
labelnya diubah, maka maknanya yang sebenar
turut berubah.
 Contoh:
(a) Kita percaya hanya kerana kedai itu memasang
sepanduk jualan murah, maka barang-barang
di dalamnya adalah murah.
(b) Betina – Wanita ; Pembantu rumah – Orang
gaji ; Kanak-kanak istimewa – kanak-kanak
cacat.

9
KAEDAH-KAEDAH LAIN MEMPEROLEHI ILMU PENGETAHUAN

Wahyu  Merupakan sumber pemberian Tuhan kepada manusia yang


dipilihNya.
 Dalam perspektif Islam, wahyu disampaikan oleh para nabi
dan rasul yang diyakini kebenarannya.
 Keyakinan itu menjadi kepercayaan yang diterima tanpa
bantahan oleh pengikut kerana hujah dan penjelasannya datang
dalam bentuk transcendent.
Ilmu Ilham  Merupakan suatu bentuk keyakinan adanya sumber
(suara hati, suara pengetahuan lain selain daripada benda-benda atau keadaan
rasa) / Intuisi yang boleh dilihat secaraa fizikal.
 Ia bersifat personal, tidak semua orang mengalami dan boleh
merasakannya.
 Contoh : dalam al-Quran disebutkan mengenai Nabi Khidir
yang memiliki pengetahuan luas dan mengetahui hal-hal yang
akan terjadi di masa mendatang.
Ilmu Linguistik  Bagaimana bahasa boleh dikaitkan dengan aktiviti berfikir?
 Apabila kita berfikir – tujuannya adalaah untuk mentafsir atau
memberi makna kepada sesuatu hal.
 Begitu juga apabila kita bertutur – tujuannya untuk
menyampaikan maksud atau makna yang ada dalam fikiran
agar difahami oleh individu yang lain.
Inkuiri Falsafah  COPI merupakan applied philosophy yang cuba mendidik
Melalui Komuniti masyarakat untuk melaksanakan teori falsafah dalam
(COPI) / kehidupan sebenar.
Community of  Isu yang cuba ditangani seperti:
Philosophical (a) Isu kebersihan.
Inquiry (b) Isi kemasyarakatan.
(c) Isu alam sekitar.
(d) Isu kesihatan dan kesejahteraan.

KESIMPULAN
 Proses berfikir menurut peraturan logik akan membuahkan pengetahuan.
 Namun, untuk memastikan bahawa pengetahuan tersebut mempunyai dasar kebenaran
maka proses berfikir hendaklah dilakukan dengan cara tertentu mengikut peraturannya.

10

You might also like