You are on page 1of 50

TOPIK 3

SENI DAN KAEDAH


BERFIKIR
jpippuk2019@gmail.com
intan@uthm.edu.my
HASIL PEMBELAJARAN TOPIK 3
1.Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu
Logik dengan Ilmu Falsafah serta pelbagai kesalahan
dalam berfikir dan penghujahan atau Falasi.

2.Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan


perbezaan dua pendekatan utama dalam logik

3.Menganalisis metodologi penghasilan dan


penjanaan ilmu-ilmu baru.
PERINCIAN KULIAH 3
SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

-Induktif / Aruhan (Induction)


-Deduktif (Deduction)
-Intuitif
-Falasi
-Kaedah-kaedah lain eg:
simbolik, ilham, linguistik, abduksi,
dialog
-Inkuiri falsafah melalui komuniti
(COPI): ciri-ciri, kandungan dan
prosesnya
PENGENALAN SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

Semua Bagaimanakah
orang
berfikir kaedah berfikir
Setiap yang dianjurkan
orang dalam ilmu
mempunyai falsafah?
cara Di dalam
berfikir konsep falsafah
terdapat
kaedah-kaedah
berfikir
Perbincangan Falsafah turut merangkumi tentang berfikir,
cara berfikir ataupun kadar berfikir.

Dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah berfikir dikaitkan


dengan LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.

Apa yang dimaksudkan Perkaitannya dengan cara berfikir menurut


dengan Logik? falsafah.
PENGERTIAN LOGIK
 Logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan.
 Bahasa Inggeris = arguments. Logic is the study of arguments.
 Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)?
- Argument ialah sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian ayat
iaitu
 Pertama - bahagian yang dipanggil premis. Premis-premis ini
menyokong kesimpulan.
 Kedua - bahagian yang dipanggil kesimpulan.
Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis dan kedua
dipanggil kesimpulan.
PENGERTIAN LOGIK
 Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan kesimpulan;
sama ada kesimpulan itu ditarik (dibuat) dengan secara betul
ataupun dengan secara sah daripada premis-premis yang
dikemukakan.

 Logik adalah pengkajian tentang argument. Argument yang terdiri


daripada premis dan kesimpulan.
LOGIK INDUKTIF DAN LOGIK
DEDUKTIF
LOGIK DEDUKTIF

 Terdapat 2 jenis logik iaitu Logik Deduktif dan Logik Induktif.


 Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang
terhasil daripada premis tersebut.
 Dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu sifatnya ialah jika
premis-premisnya benar maka kesimpulan yang terhasil daripada
premis tersebut mestilah benar.
LOGIK DEDUKTIF

 Contoh, dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua atau


lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik.
 Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum
ataupun universal argument .
 Premis kedua tidak semestinya ada satu universal argument atau
premis yang umum tetapi sebaliknya satu pernyataan yang khusus.
CONTOH 1
PREMIS PERTAMA :
Semua manusia mempunyai jantung

PREMIS KEDUA :
Ahmad adalah seorang manusia

KESIMPULANNYA :
Ahmad mempunyai jantung
KAEDAH LOGIK DEDUKTIF
Dalam contoh pertama jika premis pertama dan kedua diterima maka
kita tidak boleh tolak kesimpulannya, kerana kalau betul premis
pertama : yang semua manusia itu mempunyai jantung
dan betul juga premis kedua : Ahmad adalah seorang manusia
Maka kesimpulannya
= Ahmad semestinya mempunyai jantung
Jadi itu dikatakan kaedah logik secara deduktif iaitu jika premis-
premisnya benar, kesimpulannya benar.
CONTOH 2
PREMIS PERTAMA :
Semua manusia akan mati

PREMIS KEDUA :
Ali adalah seorang manusia

KESIMPULANNYA :
Ali akan mati
KAEDAH LOGIK DEDUKTIF
Contoh 2 menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana terdapat
2 premis dan 1 kesimpulan.

Jika premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar bahawa


“semua manusia akan mati” dan dalam kes ini memang benar dan “Ali
adalah seorang manusia” dan kita dapati juga benar kerana ada
manusia bernama Ali yang bersifat sebagai seorang manusia
 maka sudah tentulah kesimpulan yang boleh ditarik ialah “Ali juga
akan mati”.
KAEDAH LOGIK DEDUKTIF

Berfikir secara deduktif, kita menggunakan logik deduktif. Iaitu ada


 Premis
 Kesimpulan

Jika premis itu BENAR,


Kesimpulan semestinya BENAR
LOGIK INDUKTIF

 Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif.

 Logik Induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan


sekurang-kurangnya 1 premis. Walaupun kebiasaannya terdapat
lebih daripada satu premis yang digunakan dan dari premis tersebut
ataupun dari premis-premis tersebut kita membuat kesimpulan.
LOGIK INDUKTIF

 Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama


seperti logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif
sekiranya premis ataupun premis-premis betul, tidak semestinya
bermakna bahawa kesimpulannya juga semestinya betul.
CONTOH LOGIK INDUKTIF
BURUNG GAGAK
HARI HUJAN
 Kita lihat ada 1,
kemudian 2, dan ada 3  Sekarang musim
burung gagak berbulu tengkujuh
hitam dan seterusnya ANGSA PUTIH  Maka setiap hari hujan
 Kesimpulan SEMUA  Di Eropah, dikatakan  Disimpulkan esok juga
gagak bulu hitam semua angsa hujan
 Premis bahawa gagak yg berwarna putih
PERNAH dilihat adalah  Tidak ada kepastian
 Tapi bila diterokai kesimpulan tersebut
hitam
Benua Australia benar
 Tetapi kesimpulan didapati ada angsa
SEMUA gagak adalah berwarna hitam
hitam tidak semestinya
benar walau premis
benar
LOGIK INDUKTIF
 Walaupun premis benar, kesimpulannya TIDAK SEMESTINYA BENAR
PERBEZAAN INDUKTIF DAN
DEDUKTIF
PERBEZAAN
DEDUKTIF INDUKTIF
1. Berfikir daripada 1. Berfikir daripada khusus
umum kepada khusus kepada umum

2. Ada kepastian dalam 2. Tiada kepastian dalam


kesimpulan kesimpulan
CONTOH PERBEZAAN
DEDUKTIF INDUKTIF
Premis 1: Semua manusia Premis 1: 90% pelajar UA tidak
akan mati mahir berbahasa Inggeris
Premis 2: Saya seorang Premis 2: Joey pelajar UA.
manusia. Premis 3: Oleh itu, Joey
Kesimpulan: Oleh itu, saya berkemungkinan tidak mahir
akan mati berbahasa Inggeris
LOGIK ABDUKSI

 Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti


kaedah Abduksi dan kaedah Heuristik.

 Kaedah abduction atau abduksi. Abduction dalam Bahasa Inggeris


disebut sebagai inference to the best explanation - berlakunya
sesuatu fenomena dan kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu
fenomena.
LOGIK ABDUKSI

 Dari situ kesimpulan dibuat mengenai apakah yang berlaku sebelum


wujudnya fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa fenomena
tersebut wujud atau berlaku.

 Bererti dengan logik abduksi, kita memberi satu penjelasan atau


explanation yang terbaik mengenai fenomena yang wujud itu. Dalam
hal ini individu berfikir dengan berfikir secara ke belakang ataupun
thinking backwards.
LOGIK ABDUKSI

Contohnya, dengan melihat sesuatu fenomena memerhatikan kereta


yang bergerak di jalan raya dan menimbulkan persoalan:
 bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?
 Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?
 Apakah yang harus wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti
ada untuk membolehkan fenomena kereta bergerak tadi berlaku.
CONTOH LOGIK ABDUKTIF
ASAP
 Kelihatan ada asap PENJENAYAH
JALAN BASAH  Situasi mencari
 Rumusan awal
dianggap api punca  Jalan basah sewaktu penjenayah
terbakar yang memandu  Logik abduktif:
menyebabkan ada  Logik abduktif -
asap -Semak CCTV
dikemukakan faktor
 Maka logik abduktif penyebab; mungkin -Lokasi jenayah- cap jari,
digunakan dengan hujan turun, @ ada jejak
berfikir secara ke lori sebelum itu bawa
belakang air tumpah@ pili
bomba bocor
-cari penyebab asap;
orang hisap vape atau
jerebu atau hutan terbakar
Sifat pemikiran abduktif
 satu teknik berfikir secara ke belakang
ataupun thinking backwards dalam
bahasa Inggeris

 Terdapat fenomena yang berlaku dan individu ingin


mengetahui ataupun menemui apakah faktor-faktor ataupun
keadaan yang wujud sebelum fenomena itu berlaku yang
membawa kepada terjadinya fenomena tadi
KAEDAH BERFIKIR LOGIK

1 2 3
INDUKTIF DEDUKTIF ABDUKTIF
HEURISTIK

 Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir secara
logik di mana terdapat peraturan pemikiran yang boleh
diaplikasikan.

 Walau bagaimanapun, bagi kaedah heuristik ianya berbeza


daripada kaedah-kaedah deduktif, induktif dan abduktif. Ini kerana,
kaedah heuristik tidak ada peraturan-peraturan yang sistematik
ataupun yang teratur yang boleh diaplikasikan seperti di dalam
logik diduktif dan induktif.
HEURISTIK

 Pemikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun


exploratory.
 Ianya bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik
deduktif dan induktif di mana kaedah logik digunakan untuk
menilai samada sesuatu penghujahan atau pendalilan ataupun
argumen itu boleh diterima sebagai sah ataupun tidak sah.
HEURISTIK

 Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai suatu jenis


berfikir yang berlainan daripada pemikiran logik yang lain.

 Walaupun logik heuristik ini tidak mempunyai peraturan yang


tertentu namun ada garis panduan untuk melaksanakan pemikiran
heuristik.
HEURISTIK
Proses heuristik:
1. Meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang mempunyai permasalahan-
permasalahan tertentu.

2. Mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun


persoalan-persoalan tersebut.

3. Kaedah dalam heuristik antaranya ialah kaedah trial and error ataupun
‘cuba dan lihat’ akan apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan
tersebut.
HEURISTIK

 Jadi, trial and error bukannya satu kaedah yang khusus tetapi boleh
dikatakan sebagai satu rule of thumb ataupun garis panduan kasar.
Dengan melakukan beberapa kali percubaan mungkin dapat
menemukan penyelesaian kepada masalah walau melalui beberapa
kali kegagalan.

 Disebabkan itu, trial and error juga adalah satu kaedah yang
bersifat heuristik. Lebih baik mencuba daripada tidak mencuba
langsung.
HEURISTIK

 Tetapi masih wujud masalah yang belum diselesaikan menunjukkan


bahawa kaedah heuristik itu walaupun mempunyai garis-garis
panduan yang boleh digunakan tidak dapat menjamin akan
tercapainya satu penyelesaian.

 Tetapi ia berguna kerana boleh meningkatkan kemungkinan ataupun


kebarangkalian tercapainya sesuatu penyelesaian iaitu ia boleh
membantu ke arah penyelesaian masalah.
HEURISTIK

Apa contoh-contoh masalah yang


boleh dilakukan penyelesaian
secara pendekatan heuristik?
FALASI
FALASI

 Dalam kaedah-kaedah berfikir kadangkala kita melakukan


kesilapan, kesilapan ini dipanggil falasi.
 Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-
kaedah ataupun teknik-teknik berfikir seperti logik deduktif, logik
induktif dan lain-lain lagi.
 Jadi, umumnya falasi merujuk kepada kesilapan di dalam
mengunakan kaedah-kaedah berfikir.
FALASI

 FALASI adalah hujahan palsu digunakan untuk mengelirukan atau


mempengaruhi orang supaya mempercayainya benar.

 Logik berfungsi membezakan penghujahan berfalasi daripada


penghujahan sah
JENIS FALASI
 Formal (mudah dikesan)
MAKSUD FALASI
 Kesalahan pemikiran logik
 Hujah yang lemah dan cacat
 Kesilapan/ kepalsuan cara
berfikir
JENIS FALASI
 Secara umumnya terdapat 2 jenis falasi
1. Formal (mudah dikesan)
 Falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy
Fallacy
 Formal falasi berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-
JENIS FALASI
1. Formal (mudah dikesan)

 Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang


JENIS FALASI

2. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy


FAKTOR BERLAKU FALASI INFORMAL
 Maklumat dan fakta yang tidak
CONTOH FALASI INFORMAL
Falasi penyimpulan tidak relevan (False Cause)
Penyimpulan yang dikemukakan menyimpang dari tujuan
Contoh: Masalah pengangguran dalam negara disebabkan masalah
ekonomi dunia.
Falasi bersandarkan kekuatan (appeal to force)
Kebenaran hujahan disandarkan kepada kuasa, kekuatan, ugutan,
sokongan
Contoh: Hujah menuntut kenaikan gaji pekerja disandarkan kepada
sokongan dari majoriti pekerja.

Falasi serangan peribadi


Mengalih hujah dengan isu peribadi, bukan pendapat atau prinsip
Contoh: Pendapat Ali benar disebabkan cara pemakaiannya yang baik
CONTOH FALASI
Falasi jamak soalan
Hujahan untuk memerangkap dengan bertanya soalan yang tidak boleh
dijawab ‘ya’ atau ‘tidak’
contoh: Adakah awak sudah berhenti memukul isteri awak?

Falasi cerun licin (slippery slope) :Hujahan yang mengatakan sekiranya sesuatu
itu berlaku, maka sesuatu yang lain juga akan berlaku
Contoh: Jika diberikan hak pelarian untuk bekerja, mereka pasti menuntut
khidmat kesihatan pendidikan percuma, dan akhir sekali mereka menuntut untuk
menjadi warganegara.

Falasi ekuivokasi : Istilah sama yang berlainan makna digunakan dalam


hujahan untuk mengelirukan
Contoh: Ali dituduh menghina tetamunya kerana menghidangkan tetamunya
dengan air tuak (tuak bagi orang Kelantan adalah air nira kelapa segar).
fallacies

Penguins are black and white


Some old tv shows are black
and white
Therefore, some penguins are
old tv shows
PERANAN LOGIK DAN PENCEGAHAN FALASI –
KESALAHAN BERFIKIR

Logik sebagai seni dan kaedah berfikir diperlukan


dalam pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah
kehidupan seharian

Kaedah berfikir yang sejahtera melibatkan proses


penaakulan, penilaian dan pertimbangan yang bernas,
wajar dan sihat.
PERANAN LOGIK DAN PENCEGAHAN FALASI –
KESALAHAN BERFIKIR

 Logik berperanan melatih minda untuk berfikir dengan betul


 Dengan mengetahui falasi, sesuatu perkara akan dipertimbangkan
sama ada benar atau salah/ batil
 Aplikasi konsep logik dan falasi membantu dalam mengenal pasti
kesalahan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah
 Melalui kaedah berfikir yang tepat dapat mengaplikasikan kaedah
berfikir yang betul dalam menentukan kebenaran dan kesalahan
KEPENTINGAN SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

Setiap individu perlu:


 Mendidik pemikiran yang baik dan
murni
 Mengamalkan budaya berfikir yang
sihat dan matang
 Mengelakkan kesilapan dalam
berfikir
 Memupuk seni dan kaedah berfikir
yang sejahtera dalam kehidupan
seharian
REFLEKSI

Apakah kaedah berfikir yang sering anda


gunakan dalam pembuatan keputusan?

You might also like