You are on page 1of 39

LOGIK

DISCLAIMER
COPYRIGHT©
SEMUA BAHAN DALAM SLIDE INI TIDAK BOLEH DIULANG CETAK ATAU
DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN
PENULIS.
Semua orang berfikir

Setiap orang mempunyai


cara berfikir.

Di dalam konsep falsafah


terdapat kaedah-kaedah
berfikir.

Bagaimanakah kaedah
berfikir yang dianjurkan di
dalam ilmu falsafah
PENGENALAN
Perbincangan Falsafah turut merangkumi tentang berfikir,
cara berfikir ataupun kadar berfikir.

Di dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah berfikir dikaitkan


dengan LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.

Apa yang dimaksudkan dengan Logik?

Perkaitannya dengan cara berfikir menurut falsafah.


MAKSUD LOGIK
Logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan.

Logik daripada logos dalam bahasa Yunani bererti “pengucapan, pernyataan,


pemikiran dan pemikiran akal”

Bahasa Inggeris = arguments. Logic is the study of arguments.

Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)?

Argument ialah sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu

Pertama - bahagian yang dipanggil premis.

Premis-premis ini menyokong kesimpulan.

Kedua - bahagian yang dipanggil kesimpulan.

Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis dan kedua dipanggil


kesimpulan.
MAKSUD LOGIK
Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan
kesimpulan; sama ada kesimpulan itu ditarik (dibuat)
dengan secara betul ataupun dengan secara sah daripada
premis-premis yang dikemukakan.

Logik adalah pengkajian tentang argument. Argument


yang terdiri daripada premis dan kesimpulan.

Fungsi logik adalah alasan yang dikemukakan untuk


mengukuhkan kebenaran yang boleh diterima akal

Proses mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai


kebenaran sesuatu perkara
MAKSUD LOGIK
Yang dipentingkan ialah keabsahan
(validity) sesuatu argument, bukan
kebenaran premis atau kesimpulan.

Perkataan “jika” adalah sangat penting.


“Jika” premis-premis adalah benar, tetapi
tidak mensyaratkan premis-premis mestilah
benar bagi argument menjadi sah
LOGIK DEDUKTIF
Terdapat 2 jenis logik formal iaitu Logik Deduktif dan Logik Induktif.

Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang


terhasil daripada premis tersebut.

Di dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu sifatnya ialah jika
premis-premisnya benar maka kesimpulan yang terhasil daripada
premis tersebut mestilah benar.

Contoh, di dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua


atau lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik.

Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum ataupun


universal argument

Premis kedua tidak semestinya ada satu universal argument atau


premis yang umum tetapi sebaliknya satu pernyataan yang khusus.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh 1

• Premis pertama: mengandungi pernyataan umum “semua manusia mempunyai jantung”

• Premis kedua: mengatakan bahawa “Ali ialah seorang manusia”

• Kesimpulan: Jadi dari premis-premis tersebut boleh dibuat kesimpulan bahawa “Ali juga
mempunyai jantung”.

• Jadi di sini kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa “semua manusia mempunyai
jantung” dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis kedua bahawa “Ali juga seorang
manusia” maka tidak boleh tidak kita harus menarik kesimpulan bahawa “Ali semestinya
mempunyai jantung”. Ini adalah kerana jika kenyataan yang menyatakan bahawa “semua
manusia itu mempunyai jantung” adalah benar dan kenyataan “Ali ialah seorang manusia”
adalah benar, maka kita tidak boleh lari daripada membuat kesimpulan bahawa “Ali juga
mempunyai jantung”.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh 2

• Premis pertama: “semua manusia akan mati”

• Premis kedua: “Ali seorang manusia”

• Kesimpulan: “Ali akan mati”.

Terdapat 2 Premis dan 1 Kesimpulan. Premis yang pertama yang


mengatakan bahawa “semua manusia akan mati” adalah satu ayat
ataupun pernyataan yang Umum dari mana kita dapati ianya berbeza
daripada premis yang kedua yang berupa satu pernyataan Khusus
yang mengatakan bahawa Ali ialah seorang manusia. Daripada
premis-premis tersebut maka ditarik kesimpulan bahawa “Ali juga
akan mati”.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang sah
kerana terdapat 2 premis dan 1 kesimpulan.

Jika premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar


bahawa “semua manusia akan mati” dan dalam kes ini memang
benar

“Ali adalah seorang manusia” dan kita dapati juga benar kerana
ada manusia bernama Ali yang bersifat sebagai seorang manusia

Maka sudah tentulah kesimpulan yang boleh ditarik ialah “Ali


juga akan mati”.
Berikan contoh anda berfikir menggunakan logik deduktif.
Bina premis dan kesimpulan berdasarkan cara pemikiran deduktif.
LOGIK INDUKTIF
Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif.

Logik Induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan sekurang-


kurangnya 1 premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih daripada satu premis
yang digunakan dan daripada premis tersebut ataupun daripada premis-premis
tersebut kita membuat kesimpulan.

Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama seperti logik
deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif sekiranya premis ataupun
premis-premis betul, tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga
semestinya betul.
LOGIK INDUKTIF
Contoh 1:
• Premis pertama: “semua burung gagak yang saya lihat selama ini mempunyai bulu yang
berwarna hitam”.
• Kesimpulan: dibuat secara induktif bahawa “semua burung gagak, maksudnya semua
burung gagak di dunia ini mempunyai bulu hitam, bulu ataupun bulu yang berwarna
hitam”.
• Oleh itu, daripada premis yang boleh dikatakan bersifat khusus (kerana ia merujuk kepada
pemerhatian yang telah dibuat mengenai burung gagak dalam jumlah yang terhad) kesimpulan
dihasilkan mengatakan bahawa semua burung gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam.
• Jadi daripada sebahagian kepada semua ini adalah suatu sifat logik induktif dan walaupun
premis ini benar iaitu walaupun benar bahawa semua burung gagak yang pernah dilihat
sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna hitam, ini tidak semestinya bermakna bahawa
kesimpulan yang dibuat yang mengatakan bahawa “semua burung gagak iaitu termasuk
yang belum saya lihat lagi juga berwarna hitam”.
• Jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat di dalam premis yang diberi ini tidak
menjamin akan kebenaran kesimpulan tersebut. Jadi adanya elemen ketidakpastian dalam
penggunaan logik induktif itu membezakannya daripada logik deduktif di mana kepastian
terdapat dalam kesimpulan yang ditarik daripada premis-pemis itu.
• Rumusannya, logik induktif tak semestinya memberi kesimpulan yang benar pada akhirnya.
LOGIK INDUKTIF
Contoh 2:
• Premis pertama: “Ali seorang datuk yang berkepala botak”
• Premis kedua: “Ahmad seorang datuk yang berkepala botak”
• Kesimpulan: “semua datuk berkepala botak”
• Contoh yang diberikan di atas menepati syarat-syarat penggunaan logik induktif yang betul
kerana dalam contoh yang diberikan terdapat dua premis yang mana setiap premis itu
mengandungi ayat yang berupa ayat khusus iaitu; Premis pertama mengatakan bahawa “Ali
adalah seorang datuk yang berkepala botak”, premis kedua mengatakan “Ahmad adalah
seorang datuk yang berkepala botak” dan daripada dua kes itu maka disimpulkan bahawa
“semua datuk mempunyai kepala botak”. Ini merupakan satu kesimpulan umum berdasarkan
kepada premis-premis yang khusus ditarik satu kesimpulan umum mengenai datuk-datuk yang
dikatakan mempunyai kepala botak.
• Dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat di dalam kesimpulan itu tidak semestinya
benar walaupun premis-premisnya benar. Ini adalah kerana mungkin terdapat datuk-datuk yang
mempunyai cucu yang masih lagi mempunyai rambut dan tidak berkepala botak. Jadi, jika ada
datuk-datuk yang masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah tentulah bermakna bahawa
kesimpulan yang mengatakan bahawa semua datuk mempunyai kepala botak itu adalah tidak
benar (palsu). Ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana daripada premis-premis yang
benar kita menarik kesimpulan umum yang tidak semestinya benar tetapi berdasarkan kepada
premis-premis yang telah diberi itu.
ABDUKSI
Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain yakni Logik Tidak Formal seperti
kaedah Abduksi dan kaedah Heuristik.

Kaedah abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi. Abduction atau di dalam
Bahasa Inggeris juga disebut sebagai inference to the best explanation - berlakunya
sesuatu fenomena dan kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu fenomena. Dari situ
kesimpulan dibuat mengenai apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang
boleh menjelaskan kenapa fenomena tersebut wujud atau berlaku.

Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik berdasarkan
kepada fenomena yang wujud itu. Dalam hal ini kita berfikir dengan berfikir secara ke
belakang ataupun thinking backwards.

Contohnya, kita melihat sesuatu fenomena, contohnya memerhatikan kereta yang bergerak
di jalan raya dan kita bertanya:

• Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

• Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?

• Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk
membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku.
ABDUKSI
• Proses ini menyebabkan seseorang berfikir ke belakang dan bertanya apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi ataupun
yang wujud sebelum kita boleh melihat fenomena kereta bergerak itu berlaku. Antaranya,

• pertama, syarat-syarat seperti kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang mencukupi kerana kereta tidak
mungkin bergerak tanpa adanya petrol di dalam tangki minyak.

• Kedua, kita boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu kereta itu kerana walaupun terdapat teknologi
self-drive cars, tapi teknologi itu belum sampai di negara kita dan kita masih menggunakan sistem pemandu untuk
menggerakkan kereta.

• Kita boleh juga membuat kesimpulan-kesimpulan yang lain seperti misalnya terdapat empat tayar yang berfungsi dengan
baik kerana tanpa tayar yang berfungsi dengan baik, iaitu jika terdapat tayar yang pancit maka kereta tersebut mungkin
sukar untuk bergerak.

• Oleh itu, dari satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang bergerak kita boleh menyimpulkan perkara-perkara
yang tidak kita lihat dengan mata kita sendiri tetapi boleh dibuat penta’kulan ataupun inferens dengan memikir ke
belakang dengan cara bertanyakan apakah syarat-syarat yang perlu ada sebelum kereta itu boleh bergerak.

• Kita sudah dapat mengetahui tentang benda-benda yang kita tidak lihat dengan memeriksa keadaan kereta itu, tetapi
secara logiknya kita kata mesti wujud kerana kalau misalnya kereta itu tidak ada pemandu atau kereta itu tidak ada
minyak ataupun semua tayarnya pancit maka mustahil kereta itu dapat bergerak di jalan raya. Jadi cara berfikir begini
dipanggil abduction ataupun memikirkan tentang apakah keadaan yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena
yang kelihatan itu wujud.
Contoh abduksi

Bongkar misteri Royal Belum, hutan tertua dunia.

GERIK - Berkeluasan 117,500 hektar dengan usia lebih 130 juta, hutan
hujan tropika ini lebih tua daripada hutan Amazon, menjadikannya
hutan tertua di dunia, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri. Bagi
penulis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Taman Negeri Royal
Belum, segala-gala yang dilihat begitu memukau, baik hutan dara, tasik
dan sungai serta pelbagai flora dan fauna….
Heuristik
Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir secara logik di
mana terdapat peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan.

Walau bagaimanapun, bagi kaedah heuristik ianya berbeza daripada kaedah-


kaedah deduktif, induktif dan abduksi. Ini kerana, kaedah heuristik tidak ada
peraturan-peraturan yang sistematik ataupun yang teratur yang boleh
diaplikasikan seperti di dalam logik deduktif dan induktif.

Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai suatu jenis berfikir


yang berlainan daripada pemikiran logik yang lain.

Walaupun logik heuristik ini tidak mempunyai peraturan yang tertentu namun
ada garis panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik.

Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun exploratory. Ianya


bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik deduktif dan
induktif di mana kaedah logik digunakan untuk menilai sama ada sesuatu
penghujahan atau pendalilan ataupun argument itu boleh diterima sebagai sah
ataupun tidak sah.
Heuristik
Sebaliknya dalam heuristik kita cuba:

meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang mempunyai permasalahan-


permasalahan tertentu.

mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun


persoalan-persoalan tersebut.

Sekiranya kita mencari penyelesaian kepada masalah, kita tidak mempunyai


kaedah yang khusus kerana jika kita mempunyai kaedah yang khusus yang
boleh diaplikasikan dengan menjamin pencapaian ataupun jawapan yang
memuaskan dalam erti kata memberi penyelesaian yang mencukupi, maka
sudah tentulah tidak ada masalah lagi yang tidak diselesaikan dalam dunia
ini.
Heuristik
Tetapi adanya masalah-masalah yang masih belum diselesaikan menunjukkan bahawa
kaedah heuristik itu walaupun mempunyai garis-garis panduan yang boleh digunakan,
ianya tidak menjamin akan tercapainya satu penyelesaian. Namun begitu ianya
berguna kerana boleh meningkatkan kemungkinan ataupun kebarangkalian
tercapainya sesuatu penyelesaian iaitu ia boleh membantu ke arah penyelesaian
masalah. Antara cara-cara yang boleh difikirkan dalam kaedah heuristik ialah
antaranya kaedah trial and error ataupun ‘cuba dan lihat’ akan apakah keputusan
yang dicapai melalui percubaan tersebut.

Jadi, apabila kita menggunakan cara ini yang bukannya satu kaedah yang khusus tetapi
boleh dikatakan sebagai satu rule of thumb ataupun garis panduan kasar, maka kita
akan lihat bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati bahawa masih juga
gagal dan kita cuba cara yang lain pula, maka jalan keluarnya mungkin dengan
mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan di dalam penyelesaian masalah ataupun
cara-cara penyelesaian masalah yang berbeza. Jika kita bernasib baik, satu
penyelesaian boleh dicapai, namun tidak ada suatu jaminan.

Walaupun begitu, ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung. Oleh itu,
trial and error adalah satu kaedah yang juga bersifat heuristik.
Heuristik
Contoh lain ialah lateral thinking yang digunakan oleh Edward De Bono. Lateral thinking
dianggap sebagai sejenis pemikiran heuristik kerana ia boleh membantu ke arah penyelesaian
masalah. Contoh lateral thinking yang diajar oleh Edward De Bono ialah di mana kadang-
kadang kesilapan kita ataupun kebolehan kita ataupun kegagalan kita untuk menyelesaikan
masalah konseptual itu ialah kerana kita mengambil satu pendekatan yang salah ataupun
membuat andaian ataupun tanggapan yang silap. Jika kita ubah andaian atau tanggapan itu
mungkin kita akan dapat menyelesaian masalah itu.

Misalnya, Edward De Bono menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang


undergraduate student di University Oxford. Beliau dan rakan-rakan telah keluar lewat
malam dan apabila kembali ke tempat penginapan beliau dan rakan-rakan mendapati bahawa
pintu pagar telah tertutup. Oleh kerana beliau ingin masuk ke dalam kawasan penginapan itu
maka beliau dan kawan-kawan beliau memanjat pagar itu untuk masuk ke dalam kawasan
penginapan. Apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan barulah mereka sedar
bahawa pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci, cuma tertutup. Jadi berdasarkan peristiwa
tersebut Edward De Bono mengatakan bahawa apa yang silap di dalam pemikiran mereka
adalah mereka membuat andaian yang silap iaitu menganggap bahawa pagar yang tertutup
bermaksud bahawa ianya juga berkunci sedangkan jika dia mengubah andaian itu dan ataupun
memeriksa semula sudah tentulah mudah masuk ke dalam kerana tidak perlu memanjat pagar
tetapi cuma membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu.
Lateral Vs Analytical
Edward De Bono
6 thinking hats
Lateral Thinking Quiz
Falasi
Dalam kaedah-kaedah berfikir kadangkala kita melakukan kesilapan, kesilapan ini dipanggil
falasi.

Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik


berfikir seperti logik deduktif, logik induktif dan lain-lain lagi.

Jadi, umumnya falasi merujuk kepada kesilapan di dalam mengunakan kaedah-kaedah berfikir.

Contohnya, di dalam logik deduktif dan induktif kesimpulan dibuat dengan secara tidak sah
daripada premis-premis ataupun menarik kesimpulan yang tidak betul daripada premis-premis
tersebut. Semua ini melibatkan kesilapan di dalam penggunaan logik-logik tersebut.

Secara umumnya terdapat 2 jenis falasi:

1. Falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy

Falasi Formal berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul di
dalam logik deduktif dan induktif.

Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang betul di dalam menarik
kesimpulan daripada premis-premis, maka kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.
Falasi
2. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy

Falasi informal pula ianya tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam menarik
kesimpulan daripada premis-premis. Contoh non ataupun informal fallacy:

1. Ad Hominem iaitu serangan peribadi ke atas orang yang membuat kenyataan ataupun yang
mengeluarkan pandangan itu dan bukannya kepada pandangan ataupun penghujahan yang dibuat oleh
seseorang itu. Serangan peribadi ini merupakan satu kesilapan di dalam berhujah ataupun di dalam
berfikir kerana ia tidak ada kena mengena dengan kandungan ucapan itu ataupun penghujahan yang
dibuat ataupun idea-idea yang diberi, tetapi sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak boleh
diterima kerana sifat peribadi seseorang itu.

• Contohnya pertama , seseorang itu mengeluarkan suatu teori, misalnya teori sains dan dikritik oleh
seseorang yang tidak bersetuju dengan teori itu dengan mengatakan bahawa orang itu adalah seorang
Yahudi. Kritikan tersebut bukan terhadap idea ataupun teori saintifik yang dikemukakannya tetapi di
atas dasar bahawa orang yang mengeluarkan teori itu berbangsa Yahudi. Ini dianggap sebagai satu falasi
kerana tidak menunjukkan apakah kesilapan dalam pemikiran orang itu tapi sebaliknya menyerang
peribadi orang itu kerana ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata ditolak oleh kebanyakan rakyat
yang beragama Islam di negara ini. Jadi ini merupakan satu jenis retorik dan bukannya merujuk kepada
satu kritikan yang berasaskan kepada pemikiran yang logikal.
Falasi
Contoh kedua ialah apa yang dikatakan dalam Bahasa Latin, post hoc ergo propter
hoc. maksudnya apa sahaja yang berlaku maka apa yang berlaku sebelumnya
dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu.

Contohnya, seseorang masuk ke hutan dan terlanggar tunggul dan keesokannya orang
tersebut demam atau jatuh sakit. Oleh itu, tersepak tunggul di hutan itu dikatakan
penyebab kepada orang tersebut jatuh sakit. Iaitu dikaitkan sesuatu itu dengan apa
yang berlaku selepas itu, yakni tersepak tunggul berlaku sebelum seseorang itu
demam dan ini dikatakan sebagai penyebab kepada jatuh sakit. Sedangkan tidak ada
kaitan sebab dan akibat (causal relation) yang sebenar di antara tersepak tunggul
dan jatuh sakit.

Oleh kerana sesuatu itu berturutan dengan sesuatu yang lain, maka dianggap ada
hubungan sebab akibat di situ, tetapi tidak semestinya. Jadi apabila seseorang
membuat kesimpulan yang sedemikian, ia dikatakan telah membuat kesilapan tetapi
kesilapan secara informal kerana tidak membuat pelanggaran hukum-hukum logik.
Heuristik
Ringkasan

 Logik adalah kaedah berfikir untuk mencari kebenaran atau membezakan yang
sah daripada sesuatu yang tidak sah
 Penghujahan atau argument terdiri daripada 2 bahagian, “premis” dan
“kesimpulan”
 Premis yang benar tidak akan membawa kepada kesimpulan yang palsu
 Logik Deduktif adalah kaedah analisis di mana satu bentuk “kesimpulan
khusus” terhasil daripada usul berbentuk umum
 Kesimpulan yang terhasil dalam Logik Induktif terbina mengikut peraturan
atau di atas asas kebarangkalian atau probability
 Abduksi adalah berkenaan penghujahan atau penjelasan atau explanation yang
terbaik yang dibuat berdasarkan kepada fenomena yang berlaku
 Abduksi melibatkan kaedah berfikir ke belakang atau thinking backwards
Ringkasan
 Pemikiran Heuristik adalah bersifat penerokaan atau exploratory
 Pemikiran Heuristik cuba meneroka keadaan baharu yang mempunyai
permasalahan tertentu – mencari penyelesaian atau jawapan kepada masalah
atau persoalan tersebut
 Kaedah trial and error atau “cuba dan lihat” adalah antara kaedah dalam
pemikiran heuristik
 Falasi adalah kesilapan dalam kaedah berfikir atau disebut juga sebagai
rumusan yang tersilap
 Falasi merangkumi sebarang kesilapan sama ada pada premis atau kesimpulan
sesebuah hujahan
 Falasi Formal berlaku apabila mengabaikan peraturan dalam Logik Deduktif
dan Logik Induktif
 Falasi Tidak Formal boleh berlaku kerana beberapa faktor, antaranya data dan
fakta yang tidak mencukupi, prejudis, kesimpulan yang menyeleweng, andaian
dan kepercayaan menyeleweng dan emosi serta paksaan
 Ad Hominem di dalam Informal Fallacy berlaku apabila pandangan atau hujah
seseorang ditolak atau tidak diterima kerana watak atau peribadi seseorang
Kesimpulan
Terdapat pelbagai kaedah berfikir.
Setiap kaedah mempunyai teknik tersendiri.

You might also like