You are on page 1of 10

BAB 3 LOGIK DAN METODOLOGI

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat,

1. Mengetahui maksud logik dan jenis-jenis logik dalam ilmu falsafah.


2. Memahami kaedah dan teknik berhujah yang betul mengikut ilmu logik.
3. Mengenal pasti hujah yang sah dan tidak sah.

3.1 PENGENALAN
• Kita lihat semua orang berfikir. Semua orang mempunyai cara berfikir.
• Dalam konsep falsafah, termasuklah tentang berfikir, cara berfikir ataupun
kaedah- kaedah berfikir. Cara atau kaedah berfikir dikaitkan dengan logik.
• Logik dapat diertikan sebagai kaedah berfikir yang benar.
• Logik bermula di Yunani sekitar 600 tahun SM dan antara ahli logik
Yunani yang terkenal seperti Socrates, Plato dan Aristotle.

3.2 DEFINISI LOGIK


▪ Logik berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “logos” yang bermaksud
pengucapan, pernyataan, pemikiran dan pemikiran akal iaitu sebab akibat.
▪ Logik adalah satu kajian mengenai penghujahan (logic is the study of
arguments).
▪ Logik dalam falsafah memberi panduan kepada kaedah dan peraturan
berfikir serta berhujah seperti membina alasan yang logik atau diterima akal.
Berfikiran logik juga merupakan proses mencari maklumat, ilmu, data dan
fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara.
▪ Berpandukan prinsip-prinsip logik, seseorang dapat mengenal pasti serta
membezakan hujah yang betul dan salah atau hujah yang sah (valid) dan
tidak sah (invalid) mengikut logiknya.
▪ Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)? Penghujahan
terdiri daripada premis dan kesimpulan. Penghujahan mengandungi turutan
pernyataan di mana salah satu pernyataan tersebut merupakan kesimpulan yang
dibuat.
▪ Penghujahan logik terdiri daripada turutan premis di mana satu kesimpulan cuba
dibuat daripada premis-premis tersebut. Contohnya:
Premis 1 (P1) : Semua manusia akan mati.
Premis 2 (P2) : Ali ialah seorang manusia.
Kesimpulan (K) : Ali akan mati.
▪ Logik mengkaji kaitan di antara premis dan kesimpulan; sama ada
kesimpulan itu dibuat dengan betul ataupun secara sah dari premis yang
dikemukakan. Jika semua premis adalah benar, dan kesimpulan yang dibuat
adalah benar, maka penghujahan adalah sah.
1
▪ Rumusannya, logik ialah kaedah berfikir dan membuat kesimpulan.
• Contoh pemikiran logik:
(a) Mengikut logik : Api boleh membakar, air memadamkan api.
(b) Berlawanan dengan logik : Air boleh terbakar.
(c) Tidak logik: Air boleh memahami percakapan.

3.3 JENIS-JENIS LOGIK:

(I) LOGIK DEDUKTIF


• Logik deduktif adalah kaedah analisis di mana satu bentuk ‘kesimpulan khusus’
terhasil daripada usul berbentuk umum dan dianggap benar. Pemikiran secara
deduktif juga dikenali sebagai penyeluruhan.
• Sifat dan ciri-ciri logik deduktif:
(1) Jika premis-premisnya benar, maka kesimpulan mestilah benar.
(2) Dalam logik deduktif, terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih premis.
(3) Kemudian, kesimpulan yang akan terhasil dari premis-premis tersebut.
Premis Pertama : Biasanya pernyataan yang diberi adalah secara umum atau
universal argument.
Premis Kedua : Satu pernyataan yang lebih khusus.
Kesimpulan
Contoh 1: Premis Pertama : Contoh ini memenuhi ciri deduktif
Semua manusia mempunyai yang sah kerana:
jantung. ✓ Jika premis-
premisnya memang benar,
Premis Kedua :
✓ Maka, kesimpulan yang
Ahmad ialah seorang manusia.
dibuat menjadi hujah yang
Kesimpulan : benar.
Ahmad juga mempunyai jantung.
Contoh 2: Premis Pertama : Contoh ini memenuhi ciri
Semua manusia akan mati. deduktif yang sah kerana:
✓ Terdapat dua
Premis Kedua : premis (1.umum dan
Ali seorang manusia. 2.khusus)
✓ Satu kesimpulan
Kesimpulan :
Ali akan mati.

• Penyelesaian masalah menerusi kaedah gaya deduktif melibatkan proses:


(a) Mengenal pasti dan memahami premis masalah.
(b) Mencari sebab atau punca masalah.
(c) Menilai cara-cara penyelesaian.
(d) Membuat kesimpulan.
2
(II) LOGIK INDUKTIF
• Logik induktif tidak mempunyai kriteria atau sifat yang sama seperti deduktif.
• Logik induktif tidak memerlukan dua premis, ia memerlukan sekurang-
kurangnya satu premis.
• Sifat dan ciri-ciri logik induktif:
(1) Hanya perlukan sekurang-kurangnya atau boleh juga dengan satu premis.
(2) Mempunyai elemen ketidakpastian.
(3) Kesimpulannya tidak semestinya benar walaupun premisnya benar.

Contoh Premis Pertama:


1 Semua burung gagak yang saya ✓ Premis ini bersifat khusus.
lihat selama ini mempunyai ✓ Pemerhatian ke atas burung gagak yang
bulu yang berwarna hitam. dilihat jumlahnya adalah sangat terhad.
✓ Kesimpulan yang dibuat : semua burung
Ciri-ciri : mempunyai elemen gagak mempunyai bulu yang berwarna
ketidakpastian. hitam.
✓ Walaupun premis ini benar semua burung
Maka, dari premis tersebut gagak yang yang pernah kita lihat
disimpulkan secara induktif mempunyai bulu
bahawa: berwarna hitam.
“Ini tidak semestinya benar
bahawa semua burung gagak Hal ini kerana :
di dunia ini mempunyai bulu (1) Kesimpulan yang dibuat yang mengatakan
hitam.” bahawa: “semua burung gagak termasuk
yang belum saya lihat lagi juga berwarna
hitam”.
(2) Kesimpulan ini melangkaui batas yang
terdapat di dalam premis yang diberikan.
(3) Ini mewujudkan elemen ketidakpastian.
(4) Ini tidak menjamin kebenaran
kesimpulan tersebut.

3
Contoh Premis Pertama: Logik Induktif mengatur bahawa: Walaupun
2 Ali seorang datuk yang premis-premisnya benar, kenyataan
berkepala botak. umum yang perlu dihujah dalam kesimpulan
mempunyai ciri/elemen tidak semestinya benar.
Premis Kedua:
Ahmad seorang datuk Hal ini kerana:
yang berkepala botak. (1) Mungkin ada datuk-datuk yang telah
mempunyai cucu masih lagi mempunyai
Kesimpulan: rambut dan tidak berkepala botak.
(Perlu ada elemen (2) Maka, jika ada datuk-datuk yang masih lagi
tidak semestinya belum botak kepalanya, maka:
benar)

Hujah kesimpulan yang perlu dibuat


mengikut peraturan logik induktif adalah:
Tidak semestinya benar semua lelaki yang
sudah menjadi datuk berkepala botak.

• Penyelesaian masalah menerusi gaya induktif melibatkan proses:


(a) Mengadakan hipotesis/anggapan.
(b) Mengumpul maklumat.
(c) Membuat kesimpulan.

3.4 LAIN-LAIN KAEDAH BERFIKIR


• Di dalam ilmu falsafah, terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti:
✓ Kaedah Abduksi
✓ Kaedah Heuristik
✓ Falasi

(I) KAEDAH ABDUKSI (ABDUCTION)


• Abduksi adalah teknik berfikir yang menggunakan penghujahan secara ke
belakang ataupun thinking backwards.
• Disebut sebagai inference to the best explanation merujuk kepada satu fenomena
yang berlaku di mana kita mengaitkan kejadian dengan faktor-faktor, sebab-
akibat sebelum kejadian itu berlaku.
• Ciri kaedah abduksi:
(1) Dapat melihat ada berlakunya sesuatu fenomena,
(2) Dari situ kita cuba mencari penjelasan berdasarkan beberapa hipotesis,
(3) Apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu,
(4) Mencari kebarangkalian atau penjelasan kenapakah fenomena tadi wujud/terjadi.
4
Contoh Fenomena Asap Kita cari penyebab asap :
1 - Kita lihat ada asap dari - Mungkin hutan terbakar / jerebu
jauh, tetapi tidak nampak / orang hisap vape / orang
pun apinya. bakar sampah.
- Kita anggap api itu
sebagai akibat terbakar,
kerana itu
ada asap.
Contoh Fenomena Jalan Basah Kita mungkin beranggapan:
2 - Ketika memandu,kita - Mungkin hujan turun / ada
nampak jalan basah. lori yang membawa air lalu
- Kita fikir sebelum kita tertumpah / paip bocor bawah
sampai di jalan itu, kita tanah.
kemukakan faktor
penyebab punca jalan itu
basah.

(II) KAEDAH HEURISTIK


• Kaedah heuristik adalah bersifat penerokaan atau exploratory. Tidak ada
peraturan- peraturan yang sistematik ataupun yang teratur.
• Kaedah ini cuba meneroka keadaan baharu yang mempunyai permasalahan
tertentu – mencari penyelesaian atau jawapan kepada masalah atau persoalan
tersebut bermakna tidak ada kaedah yang khusus kepada permasalah tersebut.
• Namun, ada dua garis panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik ini, iaitu:
(1) Kaedah trial and error (cuba dan lihat).
(2) Lateral thinking.

5
Kaedah trial and error (cuba dan lihat) Contoh :
✓ Untuk melihat apakah keputusan yang - Usaha saintis dan pakar perubatan di dalam
dicapai melalui percubaan tersebut? menghasilkan vaksin bagi merawat pesakit
Boleh dikatakan sebagai satu rule of yang dijangkiti virus Covid-19.
thumb atau garis panduan kasar. - Ahmad mencuba beberapa teknik belajar
✓ Kita akan lihat bahawa jika kita cuba untuk mencari teknik yang berkesan
beberapa cara dan mendapati masih untuknya. Kesimpulannya Ahmad membuat
juga gagal, kita cuba cara yang lain nota bergambar adalah teknik berkesan
pula. untuknya.
Maka, mungkin dengan mengulangi
kaedah-kaedah yang berlainan, jika
bernasib baik mungkin kita mencapai
satu penyelesaian.
✓ Begitu juga sebaliknya. Tidak ada
suatu jaminan.
Ini adalah lebih baik daripada tidak
mencuba langsung.

Kaedah Lateral Thinking Contoh:


✓ Sejenis pemikiran yang boleh Pengalaman Edward sebagai pelajar di Uni.Oxford.
membantu kita ke arah penyelesaian Beliau dan rakan-rakannya telah keluar lewat malam.
masalah. Apabila kembali ke tempat penginapan, pintu pagar
✓ Kadang-kadang kesilapan/kegagalan telah ditutup rapat.
kita menyelesaikan masalah itu kerana Maka, beliau dan rakan-rakannya berusaha masuk
kita mengambil: dengan cara memanjat pagar itu untuk masuk ke
(a) Satu pendekatan yang salah; dalam kawasan penginapan.
(b) Membuat andaian/tanggapan yang Apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan,
silap. barulah mereka sedar bahawa pintu pagar itu
✓ Jika kita ubah andaian atau sebenarnya tidak berkunci, cuma tertutup.
tanggapan itu, mungkin kita
akan dapat menyelesaikan
masalah itu. Jadi, apa yang silap di situ adalah di dalam
pemikiran mereka. Mereka membuat andaian yang
silap, iaitu menganggap bahawa pagar yang tertutup
bermaksud bahawa ianya juga berkunci.
Sedangkan jika mereka mengubah andaian itu
ataupun memeriksa semula, sudah tentulah mereka
dapat masuk ke dalam dengan lebih mudah.

6
(III) FALASI
• Falasi bermaksud “kesilapan pada cara berfikir”. Terdapat banyak falasi atau
kesilapan yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak.
• Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah atau teknik berfikir.
Secara umumnya, falasi terjadi kerana hujah yang lemah disebabkan oleh
kesilapan dalam menggunakan kaedah berfikir.
• Kesilapan berfikir akan menyebabkan kesilapan dalam penghujahan dan
menjadikan hujah tidak sah.
• Terdapat dua bentuk falasi, iaitu:
(1) Falasi Formal (formal fallacy)
- berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul;
- hanya terdapat di dalam logik deduktif dan logik induktif.
(2) Falasi Tidak Formal (informal fallacy)
- tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam menarik
kesimpulan daripada premis-premis.
- boleh berlaku kerana beberapa faktor antaranya data dan fakta yang tidak
mencukupi, prejudis, kesimpulan yang menyeleweng, andaian dan kepercayaan
menyeleweng, emosi dan paksaan.
• Jenis-jenis falasi:

1. Falasi Kejahilan / ✓ Falasi ini boleh berlaku apabila seseorang mempertahankan


argumentum ad idenya dengan mengatakan “mana ada bukti sahih yang
ignoratium mengatakan saya bersalah”.
✓ Kesilapan pada falasi ini adalah berhujah tanpa bukti.
✓ Falasi ini mengatakan sesuatu itu betul kerana tidak ada bukti
ianya salah.
Contoh:
Sekumpulan orang kampung menolak untuk menerima rawatan
klorin daripada pejabat kesihatan daerah untuk dimasukkan ke
dalam perigi-perigi mereka. Tujuan lorin dimasukkan untuk
mengawal penyakit taun atau penyakit bawaan air yang sedang
merebak di kampung mereka. Bagi mereka, air telaga yang mereka
minum selama hayat mereka ini aalah sumber yang paling bersih dan
terpelihara. Mereka juga berpendapat bahawa penyakit taun itu
bukan disebabkan masalah air telaga tetapi berpunca daripada ada
orang yang mengusik kesejahteraan moyang penjaga kampung
tersebut yang menetap di puncak gunung di hujung kampung
tersebut. (Ros Aiza & Latifah, 2022)

7
2. Falasi Ad Populum ✓ Falasi ini bermakna generalisasi yang dibuat terhadap kumpulan
(kumpulan, popular) atau sesuatu yang popular.
✓ Ini berlaku apabila kita mungkin bersetuju dengan pandangan
arus perdana dalam masyarakat atau apabila ramai orang
bersetuju dengan sesuatu perkara, kita terpengaruh serta
mengikut arus berfikir yang sama.
✓ Contoh:
Lelaki mata keranjang, Perempuan mata duitan. Iphone adalah
jenama telefon terbaik..
3. Falasi Post Hoc Ergo ✓ Frasa diterjemahkan sebagai “selepas itu, maka oleh sebab
Propter Hoc itu”
(Sebab Akibat) ✓ Apa sahaja yang berlaku sebelumnya dianggap sebagai
penyebab berlakunya perkara itu.
✓ Contoh:
(a) Sebuah keluarga berpindah ke rumah baru, tidak lama
kemudian anaknya jatuh sakit, maka orang berpendapat
bahawa kematian itu berpunca daripada pindah rumah baru
itu.
(b) Seorang lelaki berkahwin dengan wanita garang, beberapa
lama kemudian dia dan isterinya bercerai, maka orang
berpendapat wanita itu adalah punca penceraian.

4. Falasi Ad Hominem ✓ Ad Hominem bermaksud menentang orangnya bukan ideanya.


✓ Merupakan serangan peribadi ke atas orang yang membuat
kenyataan ataupun mengeluarkan pandangan.
✓ Contoh:
Shamsul: Saya cadangkan kita tubuhkan pasukan bola
sepak.
Hakim : Saya tidak setuju. Shamsul ini kaki bangku.

5. Falasi Domino ✓ Falasi jenis berlaku apabila d i a n d a i k a n satu


kejadian akan diikuti oleh satu siri kejadian lain, dan akhirnya
menghasilkan akibat tertentu.
✓ Falasi ini dilakukan melalui andaian-andaian atau ramalan tanpa
fakta atau bukti sahih..
✓ Contoh:
Aishah menasihati jirannnya seperti berikut:
“Kita kena berhati dengan anak-anak kita. Jangan biarkan mereka
merayau-rayau di taman berseorangan, mungkin mereka akan ke luar
ke jalan, bertemu pula orang asing yang menculik mereka untuk dibawa
ke sempadan. Kanak-kanak tersebut akan dijual kepada orang lain di
negara lain, akhirnya kita tidak dapat mengesan mereka selama-
lamanya. Sebab itu, kita kena jaga mereka supaya tidak keluar dari
rumah.” (satu peristiwa kepada peristiwa yang lain sehingga kepada
kesimpulan diluar jangkauan) (Ros Aiza & Latifah, 2022)

8
6. Falasi Hitam Putih ✓ Kita menganggap setiap perkara boleh dibahagi dan
dibeza-bezakan dengan jelas.
✓ Seseorang cenderung melakukan falasi hitam putih apabila
dia berdepan dengan dua pilihan sahaja, sedangkan ada
banyak lagi pilihan lain sebenarnya.
✓ Contoh:
R menerima lamaran S, walaupun mengetahui S seorang kaki
pukul dan pemabuk. Bagi R, hanya S seorang sahaja yang
mencintainya sampai bila-bila. Jika tidak berkahwin dengan S,
R berpandangan bahawa tiada lagi jodohnya pada masa
depan. (Ros Aiza & Latifah, 2022)

7. Falasi Inferens ✓ Inferens adalah kesimpulan yang dibuat berdasarkan bukti-


bukti ataupun andaian-andaian yang sudah ada dalam
pemikiran.
✓ Contoh:
(a) Apabila memetik lampu, kita membuat inferens, lampu
akan menyala.
(b) Apabila kita duduk, kita membuat inferens,
kerusi itu tidak akan patah.
8. Falasi Label ✓ Perkataan adalah label, istilah-istilah adalah label, label
adalah nama.
✓ Benda yang sama boleh diberi macam-macam label.
✓ Falasi ini berpunca daripada andaiaan apabila labelnya
diubah, maka maknanya yang sebenar turut berubah.
✓ Contoh:
(a) Kita percaya hanya kerana kedai itu memasang
sepanduk jualan murah, maka barang-barang di
dalamnya adalah murah.
(b) Betina – Wanita ; Pembantu rumah – Orang
gaji ; Kanak-kanak istimewa – kanak-kanak cacat.

9
3.5 KESIMPULAN

• Pemikiran logik adalah kemahiran berfikir yang berasaskan kemahiran menaakul


(reasoning), iaitu memberi sebab atau alasan kepada sesuatu perkara atau
memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara.
• Dengan kata lain, suatu kajian untuk mencari kebenaran ataupun membezakan
antara yang benar dengan yang salah.
• Dalam bab ini, kita belajar tentang penghujahan yang betul berdasarkan struktur
logik yang asas, iaitu premis atau premis-premis dan kesimpulan.

Rujukan

1. Amran Muhammad (2022). Modul Falsafah dan Isu Semasa. Islamic And
Strategic
Studies Institute.
2. Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Mohd Syariefudin Abdullah & Ahmad
Zahiruddin Mohd Zabidi. (2022). Pengantar Falsafah dan Isu Semasa
Rujukan Mahasiswa Universiti Awam & Swasta. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
3. Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan Mohd Noor &
ShahrulAnuar Mohamed.(2021). Modul Falsafah dan Isu Semasa. Universiti
Teknikal Malaysia Melaka.
4. Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syarina Abdullah, Mohd Hazim Shah
Abdul Murad (2021). Falsafah dan Isu Semasa. Universiti Utara Malaysia.
5. Ros Aiza Mohd Mokhtar & Latifah Abdul Latiff.(Eds.).(2022). Falsafah & Isu
Semasa. Penerbit USIM.

10

You might also like