You are on page 1of 2

b) Ulasan umum kandungan artikel

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk

mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai

objektif (Muhammad Fahmi Abd Jalil, 2012).

2.1 Populasi dan Persampelan

Menurut Syed Arabi Idid (1992), persampelan merupakan satu usaha yang dijalan oleh
pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan
populasi. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidikan terhadap sampel kajian bagi
mewakili keseluruhan populasi kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih sekumpulan
pelajar Tingkatan 5 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membincangkan
aspek latar pendidikan ilmu sejarah dan kurikulum Pendidikan sejarah di negara Malaysia.

2.2 Pengumpulan Data

Menurut Magbool dan Mohamad Abu Huzaifah (2012), pengertian data sekunder adalah
data yang diperoleh daripda pihak lain, tidak langsung diperoleh oleh peneliti dari subjek
penilitiannya. Secara umumnya, data sekunder ini adalah data yang diperoleh daripada
pengkaji lain yang dijadikan sebagai rujukan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data
sekunder untuk membuat persamaan dan perbandingan ke atas perspektif pelajar terhadap
mata pelajaran Sejarah bagi mencapai matlamat kajian iaitu meninjau tentang masalah
dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah, khususnya Malaysia. Pengkaji
memperolehi data sekunder melalui sumber pembacaan seperti bahan ilmiah, jurnal, buku
teks dan artikel. Selain itu, data sekunder yang digunakan oleh pengkaji juga meliputi kajian
yang dijalankan ke atas pelajar di negara luar iaitu Britain, Canada, Amerika Syarikat dan
Australia mengenai tanggapan mereka terhadap subjek Sejarah yang disampaikan melalui
media akhbar seperi persidangan, berita, kajian atau surat rasmi kerajaan.
3.0 HASIL KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapat beberapa hasil kajian berkaitan dengan
perkembangan ilmu sejarah. Melalui hasil kajian pengkaji juga dapat dibincangkan cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh negara-negara maju untuk menyampaikan pendidikan Sejarah
agar dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Beberapa isu utama yang diperdebatkan
ialah mengenai kandungan buku teks, kesahihan fakta serta penerimaan pelajar. Kajian yang
dilakukan terhadap mata pelajaran Sejarah di Australia dan Kanada didapati bahawa
mempunyai faktor-faktor yang sama berlaku di Malaysia. Antara cabaran yang perlu dihadapi
oleh negara maju dan negara membangun dalam mengembangkan mata pelajaran Sejarah
termasuklah tajuk-tajuk yang berulang. Selain itu, penggunaan sumber dan perkembangan
profesional oleh guru-guru Sejarah serta persoalan mengenai kandungan buku teks Sejarah.
Keperluan kemahiran kepada guru-guru Sejarah juga merupakan satu cabaran kepada
negara Malaysia dalam mengembangkan mata pelajaran Sejaran. Pada masa kini, seorang
guru diberikan tanggungjawab untuk mengajar dua atau tiga subjek telah menjadi beban
kepada mereka untuk mengajar. Guru-guru terpaksa memberi fokus kepada lebih daripada
dua subjek untuk diajar kepada murid-murid. Seterusnya, cabaran untuk menarik perhatian
pelajar dalam pembelajaran dalam kelas menimbulkan persoalan tentang bagaimana untuk
menarik minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah. Penggunaan dokumen,
manuskrip atau artifak sebagai alat pengajaran dapat membantu dalam mengatasi cabaran-
cabaran yang dihadapi dalam mengembangkan ilmu Sejarah. Para guru dan pelajar perlu
didedahkan kepada pembuktian ilmu sejarah. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan lebih
berminat untuk mendalami ilmu sejarah tersebut.

Rujukan:

Muhammad Fahmi Bin Abd Jalil (2012). Penguasaan Pelajar STAM terhadap Imbuhan Kata
Bahasa Arab [Tesis Ijazah Sarjana]. Universiti Malaya.

You might also like