You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/336988601

TEORI SISTEM EKOLOGI MANUSIA DAN MODEL ASPIRASI PELAJAR


DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT) DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

Article · July 2018

CITATIONS READS
0 128

2 authors, including:

Shakila Dahalan
Universiti Kebangsaan Malaysia
21 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

LEARNING STYLE FOR STUDENTS View project

Historical Thinking Skills View project

All content following this page was uploaded by Shakila Dahalan on 02 November 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TEORI SISTEM EKOLOGI MANUSIA DAN MODEL ASPIRASI PELAJAR
DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT) DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

Irwan Fariza bin Sidik dan Shakila bt. Dahalan


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
irwanfariza.ukm@gmail.com, shakila1212@gmail.com

Abstrak

Teori Sistem Ekologi Manusia digunakan dalam kajian ini bagi melihat tahap
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sejarah pelbagai
jenis sekolah. Teori Sistem Ekologi Manusia dikaji dari aspek aktiviti
pembelajaran subjek Sejarah dalam bilik darjah dan aktiviti pelajar dalam
Persatuan Sejarah. Keterlibatan pelajar mengarah pada kemahiran berfikir aras
tinggi. Kerangka konseptual kajian menggabungkan teori dan model, iaitu teori
sistem ekologi manusia (Bronfenbrenner 1979) dan model aspirasi Sistem
Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–
2025 (2013). Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik.
Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 200 orang
pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah, iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sekolah berasrama
penuh (SBP) di Negeri Sembilan. Keseluruhan konstruk berada pada tahap
kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.926. Kajian ini menggunakan analisis
deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 24. Hasil kajian
menunjukkan Teori Ekologi Sistem Manusia berdasarkan aktiviti
pembelajaran subjek Sejarah di dalam bilik darjah dan aktiviti pelajar dalam
persatuan Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi. Kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam Model Aspirasi Pelajar berada pada tahap sederhana
tinggi. Implikasi kajian mendapati bahawa keterlibatan pelajar menerusi
aktiviti pembelajaran subjek Sejarah dan aktiviti Persatuan Sejarah dapat
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Kata kunci: keterlibatan pelajar dan kemahiran berfikir aras tinggi.

Abstract

Human Ecology System Theory is used in this study to see the High Order
Thinking Skills (HOTS) for the various subjects of History. The Human
Ecology System theory is studied from the aspect of learning activities in the
history of the classroom and student activities in the Historical Society. Student

28
involvement leads to high order thinking skills. The conceptual framework of
the study incorporates theories and models, namely the human ecological
system theory (Bronfenbrenner 1979) and the aspiration model of the
Malaysian Education System in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025
(2013). This study is a survey using questionnaires. The sample was chosen
randomly, involving a total of 200 form four students from four types of
schools namely SMK, SMJKC, SMKA and full boarding schools (SBP) in
Negeri Sembilan. The whole construct is at a high level of reliability of 0.926.
This study uses descriptive analysis of mean and standard deviation using
Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Version 24. The findings
show that Human Ecology Theory of Human System based on the history of
learning activities in the classroom and student activity in the Historical
Society is at moderate level height. The high order thinking skills (HOTS) in
the Student Aspiration Model are at moderate high levels. The implication of
the study reveals that the involvement of students through the learning
activities of the History and Historical Society activities can enhance the
students' high order thinking skills.

Keywords: student involvement and high order thinking skills.

Pengenalan

Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua pelajar secara berterusan
selama lima tahun. Penyemakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Sejarah tahun 2000 bertujuan memantapkan Akta Pendidikan 1996, memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Anuar Ahmad et. al., 2009). Seterusnya,
bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mulai
dilaksanakan pada tahun 1989, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Sejarah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017. KSSM digubal bagi
memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013–2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah setanding
dengan standard antarabangsa (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016).

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dihasilkan telah


menyatupadukan enam tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasi pengetahuan,
kamahiran dan nilai serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke–21 dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk
melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi menjayakan
pelaksanaan KSSM, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan
kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya pelajar dapat menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke–21.

29
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang
hidup dan boleh menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar
akan menyebabkan kelas tersebut akan lebih menyeronokkan (Slavin, 2006). Pelajar
didedahkan dengan pembelajaran berbentuk kumpulan. Hal ini akan membantu
pelajar untuk belajar membuat keputusan sendiri. Pembelajaran yang efektif ini akan
melahirkan pelajar yang celik sejarah, bersikap positif, mempertingkatkan kemahiran
berinteraksi bersama rakan, daya pemikiran dan seterusnya boleh mengambil iktibar
daripada pengalaman sejarah (Carr, 2007).

Kemahiran berfikir aras tinggi perlu disemaikan dalam pembangunan diri pelajar.
Pelajar perlu dilengkapi dengan kemahiran dan disemaikan budaya belajar sepanjang
hayat. Pelajar perlu diterapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi sepanjang masa
persekolahan mereka dan seterusnya perlu menguasai kemahiran tersebut. Justeru,
kertas kajian ini membincangkan tentang keterlibatan pelajar dalam meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi sebagaimana digambarkan melalui rajah berikut:

Teori Sistem Ekologi


Bronfrenbrenner
Kemahiran
Demografi
Jenis sekolah  Aktiviti pembelajaran Berfikir Aras
subjek Sejarah dalam Tinggi
bilik darjah
 Aktiviti Pelajar dalam
Persatuan Sejarah
Sumber: Lapisan mikrosistem daripada Teori Sistem Ekologi Bronfrenbrenner (1979) dan
Model Aspirasi Pelajar PPPM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

Pernyataan Masalah

Kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal menyatakan bahawa Sejarah


merupakan subjek yang membosankan. Natijahnya pelajar kurang memberi tumpuan
dan tidak bermotivasi untuk mempelajari sejarah (Anuar Ahmad et al., 2009). Aktiviti
pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah berbeza dengan mata pelajaran lain.
Dalam pendidikan mata pelajaran Sejarah, pelajar tidak sahaja diajar mendapatkan
maklumat atau pengajaran dari peristiwa sejarah, malah yang lebih penting ialah
pelajar perlu faham makna sejarah dan seterusnya dapat merealisasikan dalam
kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang (Sivachanlingam et al.,
2008).

Keterlibatan pelajar di sekolah dikaitkan dengan sokongan persekitaran pelajar


seperti sokongan guru, rakan sebaya dan ibu bapa. Penyusunan persekitaran
pembelajaran yang baik serta harapan yang jelas akan meningkatkan keterlibatan dan

30
kemahiran berfikir pelajar (Anisa, 2015 & Haslina, 2015). Sokongan persekitaran
lemah menimbulkan pelbagai masalah yang mempengaruhi perilaku pelajar.
Perubahan emosi seperti perasaan rendah diri, sunyi, bosan dan sebagainya memberi
kesan negatif kepada pelajar. Kesannya, pelajar menjadi pendiam, tidak suka bergaul,
mudah tersinggung, bermotivasi rendah, mempunyai ciri–ciri personaliti yang kurang
sesuai, pencapaian akademik yang tidak cemerlang dan tidak menguasai kemahiran
insaniah (Tan et al., 2013). Justeru, pihak sekolah perlu proaktif bagi mengatasi
fenomena ini.

Justeru, ramai pelajar mendapati pelajaran Sejarah sangat menjemukan dan tidak
merangsang pelajar untuk berfikir dan berkeyakinan dalam memberi pendapat (Khoo,
2008). Guru perlu menerapkan elemen kemahiran berfikir dalam diri pelajar, agar
mereka akan berasa yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif dalam menyelesaikan
masalah serta berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut tanggapan negatif pelajar ini
boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan inovatif, yang dapat melaksanakan
proses pengajaran dengan berkesan berserta dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk lebih berinteraksi sesama pelajar dan menimbulkan keseronokan di dalam kelas
(Zahara, 2000).

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterlibatan pelajar dikaji dari aspek
aktiviti pembelajaran subjek Sejarah dalam bilik darjah dan aktiviti pelajar dalam
Persatuan Sejarah. Keterlibatan pelajar mengarah kepada kemahiran berfikir aras
tinggi dalam kalangan pelajar.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sepenuhnya
bagi mengumpul data. Instrumen kajian dibina berdasarkan kerangka konseptual
dengan merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013) dan Teori
Sistem Ekologi Manusia Bronfrenbrenner (1979) dengan menggunakan Skala Likert
Lima Mata. Bagi tujuan kesahan muka dan kandungan, penyelidik menggunakan
khidmat pakar dalam bidang sejarah, pengujian penilaian dan bahasa. Respon pakar–
pakar dalam bidang tersebut pada aspek berkaitan diambil kira dalam pemurnian item
instrumen seterusnya. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan
seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah di Negeri Sembilan.

31
Dapatan dan Perbincangan Kajian

A) Keterlibatan Pelajar

i. Aktiviti Pembelajaran Subjak Sejarah Dalam Bilik Darjah

Jadual 1: Aktiviti pembelajaran subjek Sejarah dalam bilik darjah

No Aktiviti pembelajaran Subjek Min Sisihan Interpretasi


Sejarah dalam bilik darjah piawai
1 Saya menggunakan pelbagai kaedah 3.69 0.984 Sederhana
seperti peta minda dan peta i–think tinggi
dalam pembelajaran subjek Sejarah
2 Saya sentiasa mengambil bahagian 3.76 0.916 Sederhana
dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan Tinggi
pembelajaran subjek Sejarah.
3 Ahli kumpulan saya terdiri dari rakan 3.87 0.975 Sederhana
pelbagai etnik dan jantina. tinggi
4 Saya sentiasa melibatkan diri semasa 3.90 0.811 Sederhana
sesi perbincangan kumpulan. tinggi
5 Saya membuat pembentangan kerja 4.02 0.865 Tinggi
kumpulan di hadapan kelas dengan
menggunakan bahasa yang sesuai
dengan tahap pendengar.
6 Saya selalu berbincang bersama rakan 4.11 0.742 Tinggi
tentang tugasan mata pelajaran Sejarah
yang diberikan oleh guru.
7 Saya sentiasa menggunakan pelbagai 4.11 0.804 Tinggi
cara dan strategi dalam aktiviti
pembelajaran untuk meningkatkan
kreativti.
Sederhana
Skor keseluruhan 3.92 0.871
tinggi

Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan secara deskriptif item–item bagi aktiviti


pembelajaran subjek Sejarah dalam bilik darjah. Secara keseluruhan menunjukkan
aktiviti pembelajaran subjek Sejarah dalam bilik darjah berada pada tahap sederhana
tinggi (min = 3.92 dan sp = 0.871). Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi
ialah saya selalu berbincang bersama rakan tentang tugasan mata pelajaran Sejarah
yang diberikan oleh guru (min = 4.11 dan sp = 0.742) dan saya sentiasa menggunakan
pelbagai cara dan strategi dalam aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan kreativti
(min = 4.11 dan sp = 0.804). Manakala item yang paling rendah ialah saya
menggunakan pelbagai kaedah seperti peta minda dan peta i–think dalam
pembelajaran subjek Sejarah (min = 3.69 dan sp = 0.984).

32
ii. Aktiviti Pelajar dalam Persatuan Sejarah

Jadual 2: Aktiviti pelajar dalam persatuan Sejarah

No Aktiviti Pelajar Dalam Persatuan Min Sisihan Interpretasi


Sejarah piawai
1 Saya berbincang dengan guru dan rakan 3.70 0.993 Sederhana
berkaitan aktiviti persatuan Sejarah tinggi
untuk meningkatkan kemahiran saya
dalam membuat keputusan.
2 Saya melibatkan diri bersama rakan 3.74 1.010 Sederhana
pelbagai etnik ketika menjalankan tinggi
aktiviti Persatuan Sejarah untuk
meningkatkan keupayaan saya
berinteraksi dan bekerjasama dengan
rakan pelbagai latar belakang.
3 Saya menyertai pelbagai program 3.90 0.908 Sederhana
Persatuan Sejarah untuk meningkatkan tinggi
kemahiran saya ketika berinteraksi dan
bekerjasama dengan rakan.
4 Saya menawarkan diri menjadi ketua 3.50 1.056 Sederhana
kumpulan dalam aktiviti Persatuan tinggi
Sejarah untuk meningkatkan kemahiran
dan keyakinan diri saya.
5 Saya memberi motivasi dan 3.74 0.980 Sederhana
menggerakkan ahli kumpulan untuk tinggi
terlibat aktif ketika menjalankan aktiviti
persatuan Sejarah
6 Saya memberikan idea dan cadangan 3.48 1.027 Sederhana
dalam menganjurkan pelbagai program tinggi
Persatuan Sejarah sekolah.
7 Saya membantu guru mengendalikan 3.59 1.014 Sederhana
pertandingan yang dianjurkan oleh tinggi
Persatuan Sejarah sekolah untuk
meningkatkan kemampuan dan
mengasah bakat sebagai pemimpin.
Sederhana
Skor keseluruhan 3.66 0.998
tinggi

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan secara deskriptif item–item bagi aktiviti pelajar


dalam persatuan Sejarah. Secara keseluruhan menunjukkan aktiviti pelajar dalam
persatuan Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.66 dan sp = 0.998).
Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi ialah saya menyertai pelbagai
program Persatuan Sejarah untuk meningkatkan kemahiran saya ketika berinteraksi
dan bekerjasama dengan rakan (min = 3.90 dan sp = 0.908). Manakala item yang

33
paling rendah ialah saya memberikan idea dan cadangan dalam menganjurkan
pelbagai program Persatuan Sejarah sekolah (min = 3.48 dan sp = 1.027).

B) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Jadual 3: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

No Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Min Sisihan Interpretasi


piawai
1 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.73 0.861 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
meningkatkan kemampuan saya
mengemukakan soalan aras tinggi
dengan yakin.
2 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.80 0.852 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
meningkatkan kemampuan saya
mengingat serta dapat berfikir secara
kritis dan kreatif.
3 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.80 0.864 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
membolehkan saya memberi pendapat
dan hujah secara rasional berdasarkan
fakta yang berkaitan.
4 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.82 0.851 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
meningkatkan kemampuan saya
memberi dan menerima sesuatu idea atau
pendapat dari beberapa perspektif yang
berbeza.
5 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.68 0.896 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
membolehkan saya memberi justifikasi
sebab munasabah tentang sesuatu tajuk
yang dibincangkan.
6 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.75 0.873 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
membolehkan saya membuat refleksi
dari idea dan maklumat yang diperolehi
melalui pembacaan dan lawatan ke
tampat–tempat bersejarah
7 Penglibatan saya dalam aktiviti 3.80 0.783 Sederhana
pembelajaran dan Persatuan Sejarah tinggi
meningkatkan kemampuan saya
membuat kesimpulan dengan baik dalam
setiap perkara.

34
Sederhana
Skor keseluruhan 3.77 0.854
tinggi

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan secara deskriptif item–item bagi kemahiran


berfikir aras tinggi. Secara keseluruhan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi
berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.77 dan sp = 0.854). Item yang
mempunyai nilai min yang paling tinggi ialah penglibatan saya dalam aktiviti
pembelajaran dan Persatuan Sejarah meningkatkan kemampuan saya memberi dan
menerima sesuatu idea atau pendapat dari beberapa perspektif yang berbeza (min =
3.82 dan sp = 0.851). Manakala item yang paling rendah ialah penglibatan saya dalam
aktiviti pembelajaran dan Persatuan Sejarah membolehkan saya memberi justifikasi
sebab munasabah tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan (min = 3.68 dan sp =
0.896).

Perbincangan dan Implikasi Kajian

Aktiviti pembelajaran subjek Sejarah dalam bilik darjah berada pada tahap sederhana
tinggi. Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi ialah saya selalu
berbincang bersama rakan tentang tugasan mata pelajaran Sejarah yang diberikan
oleh guru. Aktiviti pembelajaran subjek Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang
hidup dan boleh menarik minat pelajar (Anuar Ahmad et. al., 2009). Dapatan kajian
selari dengan kajian Mahdum (2014) yang mendapati bahawa keterlibatan pelajar
dalam aktiviti berkumpulan membolehkan pelajar menyumbangkan idea dan
pendapat dalam perbincangan kumpulan selain dapat meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi, kemahiran sosial – interpersonal dan kemahiran menyelesaikan
masalah.

Bagi aspek aktiviti pelajar dalam persatuan Sejarah berada pada tahap sederhana
tinggi. Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi ialah saya menyertai
pelbagai program Persatuan Sejarah untuk meningkatkan kemahiran saya ketika
berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan. Dapatan kajian Nur Suhara (2010)
mendapati bahawa keterlibatan pelajar menerusi aktiviti kelab dan persatuan
membolehkan pelajar berinteraksi dengan lebih realistik, membentuk perasaan
kekitaan dan penerimaan antara satu sama lain. Keterlibatan pelajar menerusi
Persatuan Sejarah akan membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Sejarah di bilik
darjah serta memberi pengalaman pendidikan kepada pelajar.

Berdasarkan aspek kemahiran berfikir aras tinggi, keseluruhannya menunjukkan


berada pada tahap sederhana tinggi. Item yang mempunyai nilai min yang paling
tinggi ialah penglibatan saya dalam aktiviti pembelajaran dan Persatuan Sejarah
meningkatkan kemampuan saya memberi dan menerima sesuatu idea atau pendapat
dari beberapa perspektif yang berbeza. Dapatan kajian ini selari dengan Haslina et
al., (2015) yang menyatakan bahawa pelajar dapat mengaplikasi sesuatu yang
dipelajari dengan isu samasa, memberi idea–idea baharu, mempu membuat

35
kesimpulan dengan baik dan dapat memberi pendapat secara rasional berdasarkan
fakta.

Dalam pada itu, dapatan kajian secara keseluruhannya dilihat menyokong teori sistem
ekologi Bronfenbrenner yang mendasari kajian ini. Sosialisasi adalah faktor yang
menyokong keterlibatan pelajar dari aspek aktiviti pembelajaran subjek Sejarah
dalam bilik darjah dan aktiviti pelajar dalam persatuan Sejarah yang mempengaruhi
kanak – kanak dan remaja lebih suka bergiat aktif. Teori ini melihat persekitaran
ekologikal manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks individu tersebut
berinteraksi (Bronfenbrenner, 1979).

Seterusnya, dapatan kajian ini dilihat menyokong modal aspirasi pelajar yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013) yang
menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan
pendidikan seimbang bagi mencapai kemenjadian dan keberhasilan pelajar.
Kemahiran berfikir merujuk kepada setiap pelajar perlu menguasai pelbagai
kemahiran kognitif serta mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis
di luar konteks akademik biasa.

Kesimpulan

Keterlibatan pelajar menerusi aktiviti pembelajaran memberi peluang pelajar untuk


lebih berinteraksi, bertanggungjawab dan melatih diri untuk berdikari. Minat dan
sikap pelajar perlu dipupuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya
pencapaian pelajar lebih memberangsangkan. Pelajar bukan sahaja dapat
meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar, malah dapat menggunakan
pengetahuan yang baharu diperoleh daripada pembelajaran secara bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah dengan lebih yakin. Kemampuan pelajar menggunakan ilmu
yang dipelajari adalah pengukur kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Kesan dari minat dan sikap yang positif, mampu
mendorong pelajar berfikiran kritis, bersikap aktif di dalam kelas, boleh berkerjasama
dalam kumpulan, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi.

36
Rujukan

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. 2009. Tahap
keupayaan pengajaran guru Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian
murid di sekolah berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan 34 (1):53-66.

Anisa Saleha. 2015. Keterlibatan, sokongan pembelajaran dan pencapaian pelajar


berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi. Tesis Dr. Fal, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016. Kurikulum Standard Sekolah Menengah


Sejarah Tingkatan 1, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bronfenbrenner, U. 1979. The ecology of human development: Experiments by nature


and design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Carr, Christopher Bowring. 2007. Effective Learning in School–How to Integrate


Learning and Leadership for a Successful School. London: Pitman Publishing.

Haslina Md Yunus, Abdul Razaq Ahmad & Anisa Saleha. 2015. Kemahiran Insaniah
Ke Arah Pembantukan Potensi Pelajar. Proceeding: 7th International Seminar
on Regional Education, November: 198–215.

Kementarian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013–2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khoo Kay Kim. 2008. Sejarah - makna dan gunanya. Dlm. Sivachandralingam
Sundara Raja, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Ho Hui Ling, Noraini
Mohamed Hassan & Nurul Asnida Abu Bakar. (pnyt.). Sejarah Masih Relevan.
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Nur Suhara Fadzil. 2010. Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan di sekolah


menengah. Proceeding of the 4th International Conference on Teacher
Education; Join Conference UPSI & UPI Bandung, Indonesia. hlm 59–69.

Sivachandralingam Sundara Raja. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Ho Hui Ling,
Noraini Mohamed Hassan dan Nurul Asnida Abu Bakar. 2008. Sejarah Masih
Relevan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Slavin, R. E. 2006. Educational Psychology: Theory and Practice”. 8th.ed. United


States of America: Pearson Education, Inc.

Tan Swee Chen & Rosnah Sutan. 2013. Faktor–faktor sokongan sosial yang
mempengaruhi penghargaan kendiri remaja sekolah menengah daerah Melaka
Tengah. Journal of Social Sciences and Humanities,8(1):20–29.

37
Zahara Aziz & Md Anowar Hossian. 2011. The effects of cooperative learning on
secondary students attitudes toward mathematics in Natore, Bangladesh. The
International Journal of Knowledge, Culture and Change Management,10:69–
82.

38

View publication stats

You might also like