You are on page 1of 40

FALSAFAH DALAM KURIKULUM

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


(BMP6014)
 DEFINISI,
KONSEP DAN SEJARAH
PERKEMBANGAN BIDANG FALSAFAH
BAHASA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
BAHASA
FALSAFAH?
 Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu
yang tertinggi dan menjadi dasar ilmu-ilmu lain.
 Hashim Hj.Musa (2006), ilmu yang mengkaji dan meneliti
objek yang abstrak dan logikal yang merupakan sifat benda-
benda dan kejadian dalam alam semesta yang dilihat dan
dihuraikan secara holistik dan menyeluruh berdasarkan
paradigma berfikir secara logikal melalui kaedah renungan,
penaakulan, hujahan yang logikal dan rasional dengan nilai
kebenarannya diukur berdasarkan akal yang rasional.
 Falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan
tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai
kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
 Secara umumnya, falsafah sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para
ahli fikir yang merupakan hasil pengemblengan buah fikiran
daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik
dan berunsurkan logik akal (Abdul Rahman Hj.Abdullah,
2005).
FALSAFAH BAHASA
 Hashim Hj.Musa (1994), Falsafah Bahasa Melayu
Beberapa Aspek Kajian, matlamat utama
pembelajaran bahasa bukan sekadar mengetahui
selok-belok bahasa, bunyi dan ejaan, perkataan dan
kosa kata tetapi melebihi itu semua.
 Menggunakan bahasa untuk mencapai ilmu yang
benar dalam membimbing manusia kepada
pengenalan, pengecaman, dan pengesahan
kedudukan yang tepat dan benar bagi segala benda
dalam penarafan ciptaan alam semesta kepada
kedudukan yang tepat dan benar bagi Tuhan.
 Pelita Bahasa Januari 2005, “Bahasa Melayu dalam
Pendidikan Negara” oleh Hashim Hj.Musa menegaskan
bahawa pendidikan dan penyemaian aspek moral, etika dan
kerohanian tidak boleh diabaikan, iaitu menyampaikan ilmu
fardu ain kepada semua anak bangsa Melayu.
 Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang
berupaya mendidik anak bangsa Malaysia itu sendiri.
 Falsafah bahasa ialah bidang untuk mengkaji ilmu bahasa itu
sendiri dan wahana pemikiran manusia yang ada perkaitan antara
bahasa dengan akal fikiran manusia (Hashim Hj.Musa 1996).
 Kenyataan ini dapat dilihat dari perspektif Islam, hakikat tujuan
Allah mengurniakan akal kepada manusia yang mampu
mengembangkan bahasa.
 Bahasa mempunyai kaitan dengan kejadian diri manusia, kejadian
alam, akal dan juga pengetahuan manusia serta agama dan Tuhan.
FALSAFAH BAHASA BERSUMBER
AL-QUR’AN
 Menurut HHM(2006), Whorf mengatakan realiti
kewujudan manusia ialah bahasanya. Jika tiada
bahasanya maka hilanglah kesedaran dan kefahaman
tentang realitinya.
 Al-Qur’an mampu menyatupadukan manusia yang
berbeza-beza bahasanya, fikiran, sistem nahu dan
sebagainya.
 Al-Qur’an digunakan di seluruh dunia oleh manusia
yang berbeza bahasa tetapi bahasa Al-Qur’an hanya satu
(bahasa Arab). Rujuk surah al-Hujuraat 49:13
 Awang Sariyan, Perkembangan Falsafah Bahasa dan
Pemikiran dalam Linguistik, falsafah bahasa khususnya yang
berkaitan dengan hakikat asal-usul bahasa, dikaji dalam teologi
dialektik (ilmu kalam), dalam perundangan atau fiqah, dan
dalam falsafah bukan bahasa (2007).
 Beliau turut merumuskan, para cendekiawan pada abad
pertama hijrah ialah ahli bahasa yang memusatkan kajian dan
analisis mereka berasaskan teks al-Qur’an dan al-Sunnah.
SEJARAH FALSAFAH BAHASA
 Sejarah perkembangan falsafah telah wujud sejak zaman
Pra-Yunani hingga kini. Terdapat pelbagai aliran falsafah
yang memiliki ciri-ciri tersendiri dalam menghuraikan
sesuatu perkara bagi memperoleh kebenaran.
 Banyak metodologi falsafah tetapi tiada satu pun yang
terlepas daripada kelemahan.
 Satu aliran falsafah muncul pada abad ke-20 iaitu
falsafah analitis. Falsafah ini dikenali juga sebagai
Falsafah Bahasa.
FALSAFAH BAHASA
 Didukung oleh beberapa tokoh termasyhur iaitu Socrates,
Aristotle, Descartes, David Hume, Immanuel Kant, dan
G.E.Moore.
 Benih-benih falsafah analitis telah ada sebelum kemunculan
falsafah ini pada abad ke-20.
 Terdapat tiga gerakan yang merupakan tahap-tahap
perkembangan metodologi falsafah iaitu atomisme logik,
positifisme logik dan falsafah bahasa.
ALIRAN PERKEMBANGAN
METODE FALSAFAH DI EROPAH
FALSAFAH EMPIRISME

FALSAFAH RASIONALISME

FALSAFAH POSITIFISME

FALSAFAH IDEALISME

FALSAFAH ANALITIS
FALSAFAH ANALITIS
 Falsafah ini bertujuan membersih dan menyembuhkan
(therapy) pemakaian bahasa dalam falsafah.
 Para ahli falsafah menerapkan teknik analisis bahasa
yang berbeza antara satu sama lain dan berlainan istilah
yang bermakna dengan tidak bermakna.
 Metodologi analisis bahasa menandai kelahiran atau
munculnya suatu metodologi baharu yang bercorak
“logosentrisme”.
 Harry Hamersma(1992:141) mentakrifkan “logosentrisme”
sebagai pandangan yang menganggap bahasa sebagai objek
terpenting dalam pemikiran.
 Falsafah analitis telah tersebar luas ke serata dunia dan
kedudukan metodologi analisis bahasa setaraf dengan
metodologi falsafah-falsafah lain.
 Corak pemikiran falsafah ini dikelompokkan kepada tiga, iaitu
Zaman Yunani Kuno (7-5 SM), Zaman Klasik Yunani
(5SM-2M), Abad Pertengahan (2-14M), Zaman
Renaissance (14-16M), Abad Moden (16-19M) dan Abad
Pascamoden (20-21M).
ZAMAN YUNANI KUNO
 Falsafah bercorak “Kosmosentrik”, para ahli falsafah
menumpu perhatian kepada masalah yang berkaitan dengan
asal bermulanya kejadian alam semesta.
 Mencari prinsip pertama daripada alam semesta, lebih dikenali
“para ahli falsafah alam”.
 Tokoh; Thales, Anaximandros, dan Anaximenes.
ZAMAN KLASIK YUNANI
 Falsafah bercorak “antroposentrik”, iaitu para ahli falsafah
menjadikan manusia sebagai objek dalam pemikiran falsafah
mereka.
 Mencari jawapan tentang masalah nilai dan etika dan juga
tentang hakikat manusia.
 Tokoh; Socrates, Plato, dan Aristotle.
ABAD PERTENGAHAN
 Falsafah yang bercorak “teosentrik”, para ahli falsafah pada
zaman itu menjadikan falsafah sebagai sebahagian daripada
agama atau falsafah diarahkan kepada masalah ketuhanan.
 Sesuatu karya falsafah akan dinilai benar selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Kristian.
 Tokoh; Augustinus dan Thomas Aquinas.
ZAMAN RENAISSANCE
 Ahli falsafah mula melepaskan diri daripada dogma-dogma
agama.
 Ahli falsafah zaman ini mengagungkan zaman klasik Yunani.

 Mereka mahukan falsafah yang bebas dan tidak terikat dengan


agama.
 Hasrat mereka wujud dengan baik disebabkan pudarnya
kewibawaan dewan gereja.
 Masyarakat ketika itu tidak mempercayai nilai-nilai universal
yang dianggap terlalu abstrak kerana mereka lebih suka nilai-
nilai individual dan menggunakan akal fikiran secara bebas.
ABAD MODEN
 Zaman ini mengubah corak pemikiran falsafah pada abad itu
kembali kepada masalah “antroposentrik”, namun lebih
mengagungkan kemampuan akal fikiran manusia.
 Tokoh; Descartes, Hume, Immanuel Kant, Hegel, dan
A.Comte.
 Contoh; Pendewaan akal fikiran manusia dalam semboyan
Descartes, iaitu “Cogito Ergo Sum”.
ABAD PASCAMODEN
 Zaman ini sukar untuk menentukan corak pemikiran falsafah,
namun banyak ahli falsafah yang menganggap falsafah
bercorak “logosentrik”.
 “Logosentrik” bererti kebanyakan ahli falsafah melihat bahasa
sebagai objek terpenting dalam pemikiran mereka.
 Tokoh; G.E.Moore, Russel, Wittgenstein, Ryle, dan Austin.
FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
LAPORAN BARNES
1950
 Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan
dengan sekolah kebangsaan

 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperingkat


sekolah rendah

 Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sekolah


Menengah dan peringkat lebih tinggi

 Ditentang oleh orang Cina kerana bahasa ibundanya


tergugat
LAPORAN FENNWU
1952
 Sekolah Cina patut dikekalkan. Malah, sukatan
pelajarannya juga hendaklah berasaskan kepada negara
China.
 Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan
menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
 Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) harus
dikekalkan.
 Sekolah-sekolah vokasional pula terus dikembangkan
untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk pembangunan negara.
ORDINAN PELAJARAN
1952
 Mengambil kira laporan Barnes dan Fenn Wu

 Sistem persekolahan menggunakan dua bahasa


pengantar iaitu BI dan BM

 Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan

 BM wajib diajar di sekolah Inggeris

 BI wajib diajar disekolah Melayu


* (tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan kewangan
dan ancaman komunis)
PENYATA RAZAK
1956
 Sistem persekolahan yang sama untuk semua penduduk
 Menyeragamkan kurikulum bercorak kebangsaan

 Penubuhan sekolah umum rendah yang menggunakan


BM sebagai bahasa pengantar
 Penubuhan sekolah jenis umum rendah dengan BI ,bhs
Cina danTamil sebagai bhs pengantar
 BM bhs pengantar di sekolah menengah Melayu

 BI sebagai bhs pengantar sekolah Inggeris

 BI dan BM wajib diajar disemua sekolah


LAPORAN RAHMAN TALIB
1960
 Sekolah umum dan jenis umum dijadikan Sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk
memupuk perpaduan kaum

 Semua pelajar sekolah rendah kerajaan diberi pelajaran


percuma tanpa kira kaum

 BM bhs pengantar di sek rendah dan sek menengah

 Semua peperiksaan awam dalam bahasa kebangsaan


AKTA PELAJARAN
1961
 Berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang
dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956

 Diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang


bersatu padu.

 Untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang


bercorak kebangsaan
JAWATANKUASA KABINET
1974
 Mengkaji semula pelaksanaan sistem Pelajaran
kebangsaan
 Menilai keberkesanan dasar pelajaran kebangsaan
 Mengenal pasti melahirkan masyarakat Bersatu padu
dan berdisiplin
 penekanan kemahiran 3M
 Kenaikan darjah secara automatik
 BM sebagai m/pel wajib dalam peperiksaan
 Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin
 KBSR 1982 dan KBSM 1988 penekanan terhadap
Perkembangan JERI
AKTA PENDIDIKAN
1996 (AKTA 550)
 Lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961

 Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar


dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi
pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi
dan bertaraf dunia.

 Mengemukakan satu undang-undang baharu tentang


pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan
negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK).
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”
FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA

 Bidang ini masih baharu dalam dunia pendidikan.

 Menurut Awang Sariyan (2010), Falsafah Pendidikan


Bahasa itu mestilah selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

 Mohd Rashid Md Idris dan Abu Hassan Abdul (2010),


menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Bahasa di
semua peringkat.
 Falsafah Pendidikan Bahasa juga merupakan kesepaduan
antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah
Bahasa yang merangkumi inti pati konsep JERI dan tiga
Prinsip Asas Kesempurnaan Bahasa. (Mohd Rashid Md
Idris, 2012).

 Ini jelas menunjukkan FPK dan FPB mempunyai kaitan


yang rapat dan saling berkait melalui konsep JERI dan
Prinsip Asas Kesempurnaan Bahasa.
PRINSIP KESEMPURNAAN BAHASA
(TEORI RASHID)
 Berbahasa mengikut nahunya agar maksud yang hendak
disampaikan itu mencapai objektifnya.

 Berbahasa untuk menyampaikan maklumat atau fakta


yang betul dan benar.

 Berbahasa untuk tujuan beribadah


PRINSIP 1:
BERBAHASA MENGIKUT NAHUNYA
 Berbahasa agar maksud yang hendak disampaikan itu
mencapai objektifnya.

 Seseorang bukan sahaja hanya berfikir tetapi harus


menyuarakannya.

 Komunikasi antara dua pihak haruslah difahami dengan


jelas agar maksud yang hendak disampaikan jelas dan
tidak kabur.
PRINSIP 2:
MENYAMPAIKAN MAKLUMAT ATAU FAKTA
YANG BENAR
 Meluahkan buah fikiran atau maklumat berlandaskan
kebenaran agar maklumat atau fakta yang disampaikan
betul.

 Seseorang tidak boleh menyuarakan pendapat


berdasarkan kepercayaan sendiri ataupun mengikut
emosi.
PRINSIP 3:
BERBAHASA UNTUK BERIBADAH
 Seseorang berbahasa bertujuan untuk beribadah dan
mentauhidkan Allah.

 Seseorang perlu mempertimbangkan kebenaran dalam


ujaran atau pertuturan.
KESIMPULAN
 Berdasarkan huraian, jelas menunjukkan:

 Falsafah Pendidikan Bahasa berkait rapat dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan.

 Bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang berjaya menyatupadukan


kaum di Malaysia.

 Rakyat berbangga menggunakan bahasa kebangsaan bukan sahaja


kerana keperluan tetapi kerana imej bahasa itu sendiri.

 Diharap Falsafah Pendidikan Bahasa dapat diaplikasikan agar


masyarakat dan negara menjadi lebih harmonis dan makmur.
RUJUKAN
 Awang Sariyan, 2007. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

 Awang Sariyan, 2010. Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam.
Kuala Lumpur: Penerbit Ilham Baru.

 Hashim Hj Musa, 1994. Falsafah Bahasa Melayu: Beberapa Aspek Kajian. Petaling
Jaya: DJ Gemilang UIAM

 Hashim Hj. Musa, 1996. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

 Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan, 2010. Falsafah Pendidikan Bahasa. Tanjong
Malim: Emeritus Publications.

 Mohd Rashid Md Idris, 2012. Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Tanjong
Malim: Penerbit UPSI.

 Akta Pendidikan 1996,


http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf
TAMAT

Created by :‫عطيف‬

You might also like