You are on page 1of 1

1.

3 Batasan Kajian
Kajian ini memfokuskan penelitian secara terperinci terhadap analisis berkaitan
konsep sintaksis bahasa Melayu dan konsep-konsep subjek, predikat, dan objek
dalam pembinaan ayat dasar. Kajian ini juga memfokuskan analisis yang
berkaitan aspek kesalahan bahasa Melayu daripada papan tanda di tempat
awam. Selain itu, kajian ini juga merangkumi penghasilan rancangan pengajaran
harian bagi tajuk tatabahasa yang berteraskan elemen Pedagogi Abad 21.
1.4 Kaedah Kajian
Untuk mencapai objektif kajian ini, pelajar telah menggunakan ruang pusat
sumber dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sebagai tempat pencarian
maklumat dan membuat pelbagai rujukan dengan menggunakan buku, majalah,
artikel dan melayari beberapa laman sesawang untuk mendapatkan maklumat
dan informasi yang mengenai tajuk kajian ini. Pelajar juga berbincang dan
bergerak secara kolaborasi sesama pelajar lain. Pelajar juga menggunakan
Tatabahasa Dewan edisi ketiga sebagai rujukan.

You might also like