You are on page 1of 7

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN

: SITI ROHANI BINTI MOHD RAMADZAN : PISMP PENGAJIAN MELAYU : SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM (BANDAR) : PROJEK FOLIO BAHASA : 7 18 JULAI 2013

OBJEKTIF Pada akhir program, guru pelatih dapat; 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek dipersetujui oleh pihak sekolah. 2. Menarik minat murid-murid untuk lebih mengenali sastera Melayu. 3. Menambah ruang ilmu dan maklumat di sudut sastera dalam perpustakaan. 4. Melahirkan murid yang cintakan ilmu di samping memartabatkan Bahasa Kebangsaan. 5. Menyumbang tenaga dan buah fikiran terhadap sekolah. 6. Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah. sebagai sumbangan yang

STRATEGI PELAKSANAAN : 1. Perbincangan berbincang dengan guru pembimbing. Berjumpa dan

dengan

guru

pembimbing

untuk

mendapatkan

cadangan dan idea. Idea yang dicadangkah ialah Folio Bahasa. 2. Membuat perancangan dan persediaan. Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Kulim (Bandar). Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan dan alatan yang diperlukan. 3. Menjalankan aktiviti membuat Folio Bahasa untuk murid tahun 5. 4. Mempamerkan hasil kerja murid di perpustakaan untuk menjadi tatapan dan rujukan murid lain.

REFLEKSI

Sepanjang projek ini dijalankan, terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat kami pelajari. 1. KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI Terdapat banyak kekuatan yang ada semasa projek Folio Bahasa dilaksanakan. Antaranya ialah murid-murid dapat mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai sastera-sastera Melayu yang terdapat di Malaysia. Jika dahulu murid tidak tahu mengenai jenisjenis pantun, jenis-jenis sajak namun selepas projek buku skrap ini dijalankan murid mula mengenali dan meminati sedikit sebanyak sastera Melayu.

Buku Skrap Sastera Melayu Bukan itu sahaja, murid juga belajar bagaimana cara menghasilkan sebuah buku skrap. Ini merupakan salah satu persediaan kepada muridmurid sebelum melangkah ke sekolah menengah nanti. Jika mereka mempunyai asas dalam membina sebuah buku skrap atau folio maka mudahlah untuk murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan kelak. Murid-murid juga tahu cara untuk mengumpul bahan-bahan mentah

sebelum ditapis dan diproses untuk dimasukkan ke dalam buku skrap nanti.

Bahan yang diperlukan bagi sebuah folio. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat mempelajari erti kerjasama dalam satu pasukan. Apabila murid menghasilkan buku skrap secara berkumpulan murid perlu bersama-sama berganding bahu untuk cuba menyiapkan buku skrap kumpulan mereka. Jika sebelum ini muridmurid kurang didedahkan kepada latihan berkumpulan, kini mereka tahu bagaimana pengalaman dan perasaan apabila bekerja secara

berkumpulan. Perkara ini juga dapa merapatkan lagi hubungan semasa murid. Hubungan yang baik dapat menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif kelak.

Murid membuat buku skrap secara berkumpulan. Hasil daripada projek buku skrap ini akan diletakkan di

perpustakaan. Oleh yang demikian murid-murid lain dapat membaca dan memahami sastera-sastera Melayu yang ada. Guru-guru juga boleh menjadikan buku skrap sastera ini sebagai bahan rujukan. Bahan-bahan sastera ini boleh dimanfaatkan secara maksimum oleh warga Sekolah Kebangsaan Kulim (Bandar).

Hasil kerja murid yang dipamerkan di perpustakaan

2. KELEMAHAN AKTIVITI / PROJEK i. Murid kurang pendedahan tentang karya sastera Melayu Kurangnya pendedahan tentang karya kesusasteraan Melayu

mengakibatkan murid-murid teragak-agak untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru kerana mereka agak keliru tentang penggunaan tanda baca. Mereka sering mendapatkan kepastian guru sebelum menyalin kerana bimbang akan berlaku kesalahan.

ii.

Masa yang diperuntukkan untuk murid singkat Masa untuk murid menyiapkan tugasan folio bahasa ini agak singkat. Kebanyakan murid tidak dapat menyiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Perkara ini menyebabkan mereka tidak sempat untuk menghias karya yang telah dihasilkan. Murid turut merungut kerana masa tidak mencukupi.

iii.

Kurang komitmen daripada murid Segelintir murid-murid tidak member komitmen dalam menghasilkan folio bahasa. Mereka lebih gemar untuk bermain-main sewaktu aktiviti dijalankan. Selepas ditegur beberapa kali barulah mereka dapat member focus yang baik kepada aktiviti. Namun begitu, kesannya, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: i. Peruntukan masa Pada masa akan datang, sekiranya saya ingin menjalankan projek folio bahasa, saya akan pastikan masa yang diperuntukkan bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Masa yang diperuntukkan ini haruslah meliputi masa untuk penghasilan karya, kekemasan dan juga hiasan.

ii.

Kawalan murid Sewaktu menjalankan aktiviti, pembahagian kumpulan amat penting bagi memastikan murid-murid akan lebih terkawal. Jarak antara setiap kumpulan juga perlu diteliti supaya murid-murid lebih selesa untuk menjalankan aktiviti secara beramai-ramai.

RUMUSAN : Kesimpulannya, projek folio bahasa ini amat memberI kesan yang positif kepada kami dan juga murid-murid. Selain memberi pendedahan kepada murid-murid tentang karaya kesusasteraan, folio bahasa ini juga dapat dipamerkan di perpustakaan untuk tatapan pengunjung. Walaupun masa kami menjalankan projek ini agak singkat namun, kami dapat menimba pengalaman tugas pengurusan aktiviti sebagai seorang guru yang sebenar. Kami percaya pengalaman yang kami perolehi ini sememangnya akan kami aplikasikan dan gunakan apabila berada di sekolah kelak.

You might also like