You are on page 1of 9

PEMBELAJARAN

BERPUSATKAN PELAJAR
PEMBELAJARAN INDIVIDU
PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU
• Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira
perbezaan antara individu.

• Jenis-jenis pembelajaran individu.


• Pembelajaran Masteri (PM)
• Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
• Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
• Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
Pembelajaran Masteri (PM)
• Berdasarkan kepercayaan bahawa setiap pelajar mempunyai
kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang
diajarkan kepada mereka
• Syarat:
• mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan
mereka
• mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.
Peranan Guru
• Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa
subunit pembelajaran yang untuk tempoh waktu satu hingga
dua minggu.
• Ujian diberi untuk menguji apa-apa yang telah dipelajari.
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
• Pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran sendiri

• Peranan guru
• sediakan bahan pembelajaran yang diperingkatkan kepada tahap-tahap
tertentu dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan
kemajuan pembelajarannya (Keller Plan),
• Contoh:
• Modul, program, buku teks
• program penggunaan komputer yang terancang,
• CD interaktif.
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
• Pembelajaran yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran
• Membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari
• Pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan
dan gaya pembelajaran mereka.
Peranan Guru
• Sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan
berkenaan dengan topik-topik yang tertentu
• ditempatkan di suatu tempat khusus, seperti Pusat Akses
Kendiri.
• Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum
balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
• Usaha oleh seseorang atau individu untuk memperbaiki diri
• Objektif
• mempertingkatkan pembelajaran sendiri
• menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat.
• Menekankan
• sikap lebih utama daripada teknik-teknik atau mod-mod
pengajaran pembelajaran yang lain
• perkaitan aktiviti-aktiviti pembelajaran pelajar, guru dan interaksi
mereka.
Peranan Guru
• membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi
kandungan pembelajaran;
• memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran
pembelajaran;
• mengadakan inferens, dan perbincangan mengenai kemajuan
pembelajaran pelajar.

You might also like