You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan
Persidangan damai yang dicapai selepas perang dunia pertama merupakan satu
pencapaian yang dicapai dalam triti yang ditandatangani antara negara yang menang
dan yang kalah dalam perang dunia pertama. Persidangan ini diadakan dan
dibincangkan di Paris dalam tahun 1919 dan 1920. 1 Setiap pemimpin dunia bertemu di
Paris dalam Bulan Januari 1919

bagi membincangkan masalah dan mencapai

perdamaian dengan kuasa pertengahan iaitu antara Negara yang menang dalam perang
dan Negara yang kalah .Triti yang paling besar yang dibincangkan dalam persidangan
damai Paris ini adalah mengenai Triti Versailles yang berkenaan dengan penyelesaian
ke atas Jerman yang terlibat dalam perang dunia pertama. Triti ini telah ditandatangani
di Istana Versaiiles pada bulan Jun 1919. Triti ini juga telah mengubah peta utama
benua Eropah terutama selepas perang dunia pertama.
Melalui persidangan damai ini juga ada membincangkan penyelesaian ke atas
empayar uthmaniyah yang juga tewas dalam perang dunia pertama. Penyelesaian ke
atas empayar uthmaniyah dicapai dalam beberapa triti seperti Triti Sevres dan Triti
Lausane.

Persidangan damai ini juga adalah dengan harapan untuk mencapai

perdamaian dan keselamatan yang sekali gus mempromosikan kepada dunia mengenai
kepentingan kerjasama antarabangsa. Melalui persidangan ini juga satu pertubuhan
yang baru telah diwujudkan iaitu liga bangsa bangsa yang terkandung dalam triti
Versailles.
2.0 Empayar Uthmaniyah Menyertai Perang Dunia Pertama
Perang Dunia 1 meletus disebabkan perebutan antara perikatan Negara Negara
Eropah. Pada 28 Jun 1914, pejuang kebangsaan Serbia telah membunuh waris takta
kerajaan Austria Hungary, iaitu Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, ibu negeri

Christoper Condon, The Making Modern World, Macmillan Education Australia,


Australia, 1994, hlm 177
1

Bosnia.2 Dalam perang dunia pertama ini penduduk di Timur Tengah djuga terlibat dalam
peperangan ini. Walaupun Empayar Uthmaniyah mempunyai hubungan yang erat
dengan Jerman, namun ada beberapa perkara yang menyatakan Turki Muda lebih
cenderung

untuk

mengadakan

perikatan

dengan

Perancis.

Apabila

Empayar

Uthmaniyah mendapat tahu bahawa Perancis menjadi sekutu, Empayar Jerman telah
mengadakan hubungan dengan Jerman sekali gus mengadakan hubungan sulit dengan
Jerman. Perkara ini berlaku pada 2 Ogos 1914 apabila tentera Jerman menyerbu
Luxembourg dan Belgium. Hubungan antara Empayar Uthmaniyah dengan Rusia mula
rengang setelah Utmaniyah telah membeli kapal perang Jerman sehinggakan Rusia
memprotes bahawa Empayar Uthmaniyah telah melanggar deklarasi bahawa mereka
berkecuali dalam perang dunia pertama ini3.
Setelah sahaja kapal perang Uthmaniyah menyerang Rusia, Rusia sekali gus
mengistiharkan perang ke atas Uthmaniyah pada 5 November 1914.4 Perkara ini juga
telah menyebabkan Sultan Uthmaniyah iaitu Shiekh al-Islam mengistiharkan perang
jihad ke atas tiga kuasa besar iaitu Britain, Perancis dan Rusia. Semasa perang dunia
pertama berlaku di Eropah pada Ogos 1914, Empayar Uthmaniyah telah ditawarkan
beberapa pilihan iaitu5:
i.

Menyertai perang secepat mungkin dan menyertai Jerman

ii.

Menyertai perang dan menyebelahi Triple Entente

iii.

Memberikan bantuan moral dan peralatan perang kepada Triple Entente

iv.

Memberikan bantuan kepada Triple Entente tetapi tidak menyertai perang

Lois A. Aroian Et All ( Terjemahan Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan
Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm166
3
Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 161
4
Pihak tentera Uthmaniyah telah melancarkan serangan ke atas kapal perang Rusia
yang berpengkalan di Laut Hitam. Perkara ini telah menyebabkan kabinet Rusia itu
mengadakan mesyuarat tergempar yang menyatakan untuk mengistiharkan perang
ke atas Uthmaniyah.
5
A.L Macfie, The End of The Ottman Empire, Longman, London, 1998 hlm 120
2

v.

Tidak menyertai apa apa bentuk perkara atau pun apa juga yang
melibatkan perang ( Dasar Berkecuali)

Tawaran yang diberikan kepada Empayar Uthamaniyah ini adalah bertujuan untuk
menhindarkan Uthmaniyah dari bahaya. Sementara pihak Uthmaniyah percaya kepada
pihak Jerman mengenai kekuatan tenteranya sekaligus dapat mengatasi kekalahan
dalam perang. Sekiranya Uthmaniyah menyertai Jerman boleh membantu pada
kemerdekaan masa depan.6sekiranya menyertai Triple Entente keselamatan terhadap
wilayah memang terjamin tetapi Uthmaniyah akan kehilangan banyak wilayah kerana
terpaksa diserahkan kepada Triple Entente atas sumbangan mereka menjaga
keselamatan wilayah Empayar Uthmaniyah.7
Pengistiharan Sultan Uthmaniyah akan memberikan kesan yang buruk kepada
Uthmaniyah walaupun ia hanya memberikan kesan yang sedikit ke atas kawasan
kawasan yang bukan dalam Empayar Uthmaniyah. Istilah jihad merupakan salah satu
perkara yang bukan boleh dibawa bergurau pada umat Islam. Perkara ini telah
menyebabkan pihak British berasa bimbang kerana khuwatir umat Islam dari India dan
Afrika akan menyebelahi Uthmaniyah berikutan seruan jihad. Dalam penyertaan perang
oleh Uthmaniyah ini, Empayar Uthmaniah yang bersekutu dengan Jerman telah
mengalami kekalahan yang teruk kepada Triple Entente.

2.1

Persetujuan Sulit Sykes-Picot


Perjanjian ini merupakan salah satu perjanjian yang membawa kepada

penyelesaian selepas perang dunia 1. Perjanjian ini dilakukan antara British, Perancis
dan Rusia. Britain diwakili oleh Sir Mark Sykes yang akan berbincang dengan Perancis
mengenai masa depan Empayar Uthmaniyah. Wakil Perancis iaitu Francois GeorgeIbid hlm 121
Rusia boleh mengawal selat dan akan mengambil kesempatan perang di Eropah
untuk menguasai beberapa negeri yang berada di selat. Begitu juga terhadap Britain
yang berminat kepada Mesopotamia, Perancis yang berminat kepada Syria dan Itali
berminat untuk menguasai selatan Anatolia.
6
7

Picot begitu memberikan pandangan mereka kepada masa depan Syria. 8 Dalam
perjanjian ini ada beberapa agenda yang tersorok dalam kalangan negara yang
menyertainya iaitu mengenai pembahagian tanah yang subur di Empayar Uthmaniyah.
Persetujuan ini menghadkan negara Arab yang merdeka kepada apa yang kini dikenali
sebagai Arab Saudi dan Yaman. Dalam persetujuan ini Rusia akan mendapat beberapa
Selat dan barat Laut Anatolia dan perancis akan mendapat Cilicia.
Namun persetujuan ini tidak sesuai dan mendapat tentangan daripada penduduk
setempat dan mengalami ketakselarasan kuasa kuasa raja Arab. Perjanjian ini
dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan Raja raja Arab. Pihak British juga telah
memohon untuk menyemak semula persetujuan Sykes-Picot ini kerana bertujuan untuk
kepentingan pihak British sendiri dan sekutunya di Arab. Walau bagaimanapun, pihak
Perancis telah menolak permohonan pihak British ini kerana mereka juga mempunyai
agenda sendiri iaitu untuk mendapatkan kekuasaan warga Kristian di Maronites dan
sumber kekayaan minyak di tanah Arab. Pihak British juga menolak penyerahan Mosul
kepada British kerana hasil minyaknya yang banyak.9 Walau bagaimanapun,
penyerahan Mosul ini akan diselesaikan melalui perjanjian San Remo. Dalam
persetujuan Sykes-Picot ini pihak British akan mula mentadbir selatan Iraq dan Palestine
terutama di Haifa. Pihak Rusia pula berminat pada Gereja Ortodok di Palestine dan
Sazanov iaitu wakil Rusia menolak pentadbiran pihak Perancis di Palestine. Palestine
penting buat British kerana Palestine hampir dengan terusan Suez. Oleh yang demikian,
Perjanjian Sykes-Picot ini akan menyebabkan pihak British akan mendapat Palestine
dengan kawasan yang lebih besar termasuklah tempat Suci untuk pentadbiran
antarabangsa.

8
9

Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 167


Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 167

2.2 Peristiharan Balfour


Janji ketiga yang kurang jelas yang telah dibuat ialah berkaitan dengan Palestin yang
terkandung dalam satu surat yang kini dikenali sebagai Pengisytiharan Balfour. Ia dikirim
oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Britain, Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild,
seorang pejuang Zionis Inggeris.10 Surat itu berbunyi:
kerajaan Yang di Pertuan baginda memandang baik pembentukan di Palestin
sebuah tempat kediaman nasional bagi orang Yahudi dan akan berusaha bersungguhsungguh untuk memberi kemudahan-kemudahan bagi tujuan tersebut,

dengan

memahami sepenuhnya bahawa tiada tindakan yang tidak wajar yang boleh
menimbulkan prasangka dalam hak awam dan keagamaan bagi masyarakat bukan
Yahudi yang telah sedia ada di Palestin atau apa-apa hak atau taraf politik yang
dipunyai oleh orang Yahudi di Negara-negara lain.11
Sebelum tahun 1917, kerajaan Inggeris tidak mempedulikan usaha melobi oleh
Zionis untuk mendapatkan sokongan umum di Palestin. Walau bagaimanapun, apabila
revolusi Mac di Rusia mula melemahkan usaha Pihak Berikat, pemimpin-pemimpin
Britain semakin menerima idea tersebut. Inggeris bukan sahaja mahu Rusia terus
menyertainya dalam peperangan tetapi juga berharap untuk menarik minat Amerika
terhadap peperangan.

Lord

balfour

berhasrat

untuk

memperbetulkan

kesalahannya

kerana

menggunakan pengaruhnya sebagai seorang Perdana Menteri dengan memberi


kelulusan kepada Akta Orang Asing 1905. Akta itu telah mengurangkan kemasukan
orang Yahudi ke England. Terdapat juga spekulasi bahawa Inggeris ingin memberikan
10

The Roots Of Arab Bitterness, hlm 191


Hurewitz, Middle East and North Africa in World Politics,Jil 2 British French Supremacy 1914-1945,
New Haven dan London, Percetakan University Yale, 1979, hlm 101-106
11

ganjaran kepada Chaim Weizmann di atas sumbangannya merekacipta bahan letupan


bagi peperangan. Sejarawan pula berpendapat bahawa Inggeris inginkan Perancis
keluar dari Palestin tetapi pihak Zionis telah mendapat persetujuan dari Perancis dan
Itali terlebih dahulu tentangan rancangan penempatan mereka. Sebagai tambahan,
Inggeris mungkin telah diyakinkan dengan cadangan Zionis bahawa dengan adanya
Palestin Yahudi ia akan memberikan Britain sahabat di anjung Palestin.

12

Pada tahun 1914, gerakan Zionis beribu pejabat di Berlin. Sekutu penting
kepada kempen Zionis ini berkemungkinan besar Jerman, manakala sekutu Jerman
pada masa perang ialah Empayar Uthmaniah yang menguasai Palestin.

3.0 Persidangan Damai Paris 1919


Pemimpin berikat bertemu di Paris pada bulan Januari 1919 untuk mencari
mekanisme penyelesaian ke atas kuasa pusat terutama ke atas Negara yang kalah
dalam perang dunia pertama. Persidangan ini juga mengenakan beberapa triti
penyelesaian ke atas Negara yang kalah terutama dalam empayar uthmaniyah. 13
Terdapat pelbagai cadangan untuk diutarakan kepada segala tinggalan empayar
uthmaniyah. Dengan hanya menggunakan konflik yang melanda empayar Uthmaniyah,
negara yang menang ( The Victors) berminat untuk menyelesaikan segala masalah yang
ada dengan menggunakan keprihatinan mereka ke atas negara yang kalah dalam
perang dunia pertama.14 Terdapat sedikit perbezaan antara deligasi Negara Britain dan
Perancis iaitu mereka tidak datang semata mata untuk Negara Turki tetapi juga ada
agenda lain iaitu ingin menguasai keseluruhan Negara Arab.

12

Mohammad Redzuan Othman (terj.), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur, Percetakan Maziza
Sdn.Bhd, 1991, hlm 172
13
Glenn E. Perry, The Middle East: Foutteen Islamic Centuries Third Edition, Prentice
Hall, New Jersy 1997, hlm 176
14
The Rise of modern Turkey (1808 1975) hlm330

Emir Faisal datang dalam persidangan damai ini sebagai wakil utama arab,
kebinggungan dengan tindakan diplomasi Eropah15. Kemunculan utama Faisal dalam
persidangan ini adalah disebabkan oleh tuntutan utama kemerdekaan tanah Arab16.
Permohonan Emir Faisal ini ditolak oleh The Victors.

Lawrence yang hadir dalam

persidangan tersebut sebagai penasihat dan penterjemah kepada Emir Faisal.


Lawrence menyokong sepenuhnya faisal menentang Perancis tetapi tidak menyokong
sebarang tindakan membelakangi pihak Zionis yang juga pada masa itu ada kaitan
dengan dasar British. Pihak Zionis yang hadir dalam persidangan tersebut diketuai oleh
Weizman, menyatakan mengenai pembentukan Negara kebangsaan Yahudi di Palestin
yang juga meliputi sebahagian besar daripada Jordan, Lubnan, dan Syria dan sedikit
bahagian Arab. Mesyuarat yang diadakan di London, Weizman dan Faisal mencapai
persetujuan dalam bulan Januari sebagai kerjasama antara masa depan Negara Yahudi
dan Arab, walau bagaimanapun dalam mesyuarat tersebut Faisal lebih menumpukan
mengenai kemerdekaan ke atas Arab secepat yang mungkin.17
Perancis bimbang dan curiga dengan British, iaitu kuasa yang amat besar dalam
perang dengan Empayar Uthmaniyah. British juga muncul sebagai kuasa yang dominan
di Timur Tengah dan mengikut pihak Berikat untuk melakukan beberapa perkara di
dalam bekas Negara Empayar Uthmaniyah sebagai satu keprihatinan mereka terhadap
Negara Empayar Utmaniyah yang kalah dalam perang dunia pertama.
Dalam perjanjian damai 1919 ini, terdapat beberapa Triti yang wujud sebagai salah
satu daripada syarat utama ke arah perdamaian wilayah yang kalah. Antara Triti yang
yang wujud dalam perjanjian damai 1919 ini adalah seperti Triti Versailles yang
membincangkan mengenai tindakan yang perlu diambil ke atas Jerman kerana
Emir Faisal mengaku dirinya sebagai Raja seluruh tanah Arab. Walau
bagaimanapun, Eropah hanya mengiktiraf dirinya sebagai Raja di Hijaz sahaja bukan
sepertimana tuntutannya sebagai Raja seluruh tanah Arab.
16
Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 177
17
Glenn E.Perry. Op. Cit. hlm 177
15

mencetuskan peperangan, Triti St Germain yang memerdekakan Czezhoslovakia,


Poland, Yugoslavia dan Hungary, Triti Trianon yang membincangkan mengenai Hungary
dan Triti Neuilly yang membincangkan mengenai Bulgaria. Terdapat juga beberapa Triti
yang wujud untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam Empayar Uthmaniyah iaitu
Triti Sevres dan Triti Lausanne.
3.1 Perjanjian Lausanne: Pengiktirfan Turki Baru
Perjanjian Lausanne ditandatangani pada 24 Julai 1923 antara Bulgarian,
England, Perancis, Greece, Itali, Jepun, Rumania, Soviet Union, Turki dan Yugoslavia.
Walaupun Amerika Syarikat pada awalnya beminat kepada kawasan ini, tetapi
kemudiannya menarik diri daripada hal ehwal dunia. Amerika Syarikat hanya
menghantar pemerhatiannya sahaja ke Lausanne. Dalam perbincangan secara berhati
hati, Presiden Ismet dari Turki tidak mahu dipermainkan oleh Lord Curzon dari Britain
dan wakil wakil Negara berikat yang lain. Sebagai penyelesaian muktamad, Turki,
Greece, dan Itali membahagikan kepulauan Aegean yang menjadi rebutan. Rusia
berusaha supaya Turki menguasai sepenuhnya selat selat. Persetujuan Mudanya
tentang Thrace juga disahkan. Pertukaran wajib dilakukan antara orang Greek dan
orang Turki, kecuali Istanbul ataupun orang Turki di barat Thrace. Ini menyebabkan
orang Greek dan Armenia masih terdapat di Istanbul sehingga ke hari ini. Walau
bagaimana pun, 1.5 juta orang Greek (orang Turki Greek Ortodoks) berpindah dari
Anatolia ke Greece, manakala 500 000 orang Turki (Orang Greek Islam).
Terdapat juga peruntukan ekonomi yang penting dalam perjanjian Lausane. Turki
berjaya mendapat penghapusan dasar kapitalis dan pentadbiran hutang. Kawasan
kawasan Empayar Uthmaniyah tetapi kini diduduki oleh tentera asing bersetuju untuk
bertanggungjawab ke atas hutang hutang tersebut mengikut pembahagian tertentu.
Pihak berikat pula bersetuju membatalkan persetujuan ekonomi dan konsesi yang dibuat
sebelum perang manakala pihak Turki pula bersetuju mengekalkan tingkat tarif yang

sedang digunakan. Dengan itu, Turki telah mendapat kebebasan untuk membentuk satu
rangka konsesi pada masa akan datang dan kemudiannya digunakan dalam satu
persetujuan dengan Amerika Syarikat yang berminat dengan hasil minyak dan
komunikasi. Amerika Syarikat berjaya mendapat hak minyak di Asia Barat buat kali
pertama. Dalam proses ini Turki telah dapat mengekalkan kemerdekaannya yang telah
diperjuangkan dengan gigih di kawasan yang penting.
Negera baru yang kini bersifat majmuk yang dilahirkan di Anatolia telah
memindahkan ibu negerinya ke Ankara. Pada 29 Oktober 1923, Turki menjadi sebuah
republik. Menjelang bulan Mac 1924, dibawah arahan Presiden Mustafa Kemal,
kerajaan Turki membuat keputusan bahawa pemerintahan berkhalifah tidak sesuai
dalam sebuah republik yang mempunyai kuasa pemerintahan sendiri. Dengan in, Abdul
Majid II dan keluarganya dibuang negeri. Kerajaan kini mengambil alih segala urusan
yang sebelum ini ditadbirkan oleh allim ulama. Empayar Uthmaniyah telah lenyap tetapi
sebuah kerajaan Turki di Anatolia dan barat Thrace telah menggantikannya. Ibu kota
diraja Istanbul yang ditinggalkan, serangan ke atas urusan urusan keagamaan
merupakan tanda tanda yang menunjukkan ke arah mana tujuan kepimpinan baru
Turki.
3.3 Perjanjian Sevres
Pihak berikat terus membahagikan Empayar Uthmaniyah tanpa menghiraukan
rancangan Empayar Uthmaniyah. Pihak Berikat telah menyerahkan barat dan timur
Thrace dan Edirne kepada Greece. Dalam perjanjian ini juga pihak Berikat memperakui
kemerdekaan Armenia dan autonomi Kurdistan. Greek memperoleh Smyra dengan
syarat satu pungutan suara mesti diadakan selepas lima tahun bagi menentukan
tarafnya. Pihak Berikat menyerahkan kuasa ke atas selat kepada sebuah suruhanjaya
antarabangsa. Inggeris, Itali dan Perancis tidak menghapuskan kapitulasi yang dibenci,
tetapi sebaliknya mentadbir segala bentuk hutang Uthmaniyah yang lalu dan sekali gus

menguasai kewangan Turki.18 Daripada pembahagian yang dilakukan di Asia Barat ini,
orang Turki dapat melihat bahawa mereka yang menang itu kurang berminat dengan
usaha ke arah pemerintahan sendiri tetapi lebih cenderung kepada memperbesarkan
tanah jajahan masing masing. Dengan menghadkan bilangan tentera kepada 50 000
orang dan dengan menguasai kelengkapan senjata Turki, pihak Eropah menjangkakan
bahawa mereka dapat menyekat segala usaha Turki menggangu penyelesaian tersebut.
Dalam perjanjian ini juga akan wujud negara negara yang akan ditadbir oleh Liga
Bangsa Bangsa sehingga satu masa yang membolehkan mereka memerintah negara
mereka sendiri tanpa campur tangan asing. Istilah yang sesuai dalam pentadbiran Liga
Bangsa Bangsa ini ialah sistem mandat seperti mana yang diperoleh di Palestine,
Mesopotamia (Iraq), Tranjordan yang berada di bawah mandat British dan Syria dan
Lubnan berada di bawah mandat Perancis.19
3.4 Sistem Mandat
Perlantikan Samuel, seorang Yahudi Zionis oleh Inggeris sebagai seorang
Pesuruhjaya Tinggi bagi Palestin menandakan bahawa mereka memandang serius janji
dan tanggungjawab bagi mencari sebuah kediaman bagi orang Yahudi. Keputusan San
Remo untuk memberikan mandate Pelestin kepada Britain disambut dengan tunjuk
perasaan oleh orang Arab dan orang Yahudi di Baitulmaqdis dan Jaffa.
Setelah mengiktiraf Faysal di Syria sebagai seorang pemimpin Arab yang
popular sebelumnya, kepimpinan Zionis melantik Weizmann untuk menemui beliau bagi
mendapatkan kerjasama antara orang Arab dan Yahudi di Palestin. Pada tahun 1918
dan 1919, kedua-duanya, Faysal dan Weizmann telah mengadakan perbincangan di
Palestin dan England untuk menyatakan aspirasi masing-masing. Weizmann dan rakan
Yahudinya dari Rusia, Nahum Sokolow telah dipilih oleh orang Yahudi di Palestin untuk
Lois A. Aroian Et All ( Terjemahan Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan
Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 183
19
Christoper Condon, The Making Modern World, Macmillan Education Australia,
Australia, 1994, hlm 181
18

mewakili kepentingn mereka dalam Persidangan Paris. Mereka adalah perunding rasmi
masyarakat Yahudi Palestin. Faysal juga diminta menghadiri persidangan tersebut.
Kemuncak kepada persidangan mereka telah membawa kepada persetujuan
Faysal-Weizmann pada bulan Januari 1919. faysal mengiktiraf pengisytiharan Balfour
dan membenarkan kemasukan orang Yahudi di Palestin. Sebagai balasan, Weizmann
akan menjaga dan membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Arab. Perkara
terpenting yang dimasukkan oleh Faysal dalam persetujuan tersebut ialah bahawa
beliau tidak akan tertakluk oleh walaupun satu perkataan dalam persetujuan yang
dibuat itu yang dikira batal dan tidak sah, sekiranya permintaan bagi mendapatkan
kemerdekaan orang Arab tidak dipedulikan.20
Setelah diberitahu tentang persetujuan Faysal-Weizmann, perwakilan Syria di
Persidangan Damai Paris tanpa ragu-ragu membuat tuntutan ke atas Palestin tetapi
membenarkan orang Yahudi untuk membuat penempatan disitu. Walaupun Zionis
membuat perbincangan dengan Faysal, namun mereka tetap mendesak agar Palestin
disediakan untuk membentuk sebuah Komanwel Yahudi akhirnya.
Mandat Palestin yang disahkan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1923 tidak
berkuatkuasa sepenuhnya kemudiannya, kerana pendukung Zionis mahukan bukan
kawasan kediaman di Palestin, tetapi sebaliknya keseluruhan bumi Palestin dijadikan
Negara Yahudi.
3.3.1 Pembentukan Sistem Mandat
Di kawasan-kawasan yang penduduknya bertutur bahasa Arab dalam Empayar
Uthmaniah, penyertaan beberapa ratus ribu orang Arab terutamanya orang Mesir dalam
peperangan, gagal untuk memenuhi janji pihak bersekutu kea rah pemerintahan sendiri.
Anggapan orang Arab bahawa mereka mempunyai taraf yang sama seperti mereka
yang menang sebenarnya tidak kekal lama. Mereka tidak memandang ringan sikap
20

George Antonius, The Arab Awakening, Philadelphia, New York, J.B. Lippincott, 1939, hlm 439.

mungkir janji yang ditunjukkan ini. Di setiap wilayah, orang Arab terus menentang
penjajahan cara baru., dimana kuasa asing mengambil alih pemerintahan daripada
golongan pemerintah tempatan. Hanya Arab Saudi sahaja, iaitu sebuah Negara tandus
yang dianggap tidak berguna sahaja, dibenarkan membentuk sebuah kerajaan bebas di
bawah pemerintahan tempatan.
3.3.2 Penentangan Syria
Kerana khuatir hasrat mereka tidak dilayani, nasional kongres Damsyik
mengisytiharkan kemerdekaan Syria pada bulan mac 1920 di bawah Faysal dengan
kongres sebagai perundangan kebangsaan. Pada bulan april 1920, di San Remo, pihak
berikat telah menyetujui mandat Perancis ke atas Syria, satu keputusan yang diperakui
oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922. Jeneral Perancis, Gouraud yang telahpun
berada di pantai mengarahkan Faysal mengakui mandat pada bulan Julai.
Sebelum mandat menerima pengesahan secara rasmi, pihak Perancis terus
menjalankan dasar pecah dan perintah. Pada tahun 1920, Lubnan dan Syria telah
dipecahkan kepada empat bahagian mengikut kumpulan etnik dan agama. Perancis
tidak cuba membentuk sebuah kerajaan satu bangsa di Lubnan tetapi sebaliknya
menempatkan orang islam di sepanjang kawasan pantai dan pedalaman. Sehingga kini,
Syria dan Lubnan masih lagi menerima akibat daripada keputusan ini.
Seperti Iraq dan Transjordan, Syria juga terletak di bawah kategori Mandat Kelas
A, satu kawasan yang telah bersedia menerima taraf kemerdekaan tetapi masih
memerlukan pengawasan daripada satu kuasa besar. Walau bagaimanapun. Iraq dapat
mengelakkan diri daripada dikuasai oleh satu bentuk mandat yang rasmi. Pada mulanya
pihak Inggeris telah menempatkannya di bawah jajahan India. Tidak seperti Jajahan Hal
Ehwal Luar, pegawai-pegawai pentadbir di India mengelakkan diri daripada mencampuri
hal pemerintah tempatan. Mereka mulai menganggap Iraq sebagai sebuah tanah

jajahan, iaitu dengan mengekalkan kuasa ke atas kerajaan dan pentadbirannya di


bawah pimpinan Sir Arnold Wilson.21

3.4 Suruhanjaya King-Crane


Suruhanjaya King-Crane ini telah dicadangkan oleh Woodrow Wilson. Ia adalah
bertujuan bagi memastikan sama ada Perancis benar-benar diperlukan di Syria, Inggeris
di Iraq dan Zionis di Palestin. Suruhanjaya ini juga mempersoalkan sama ada perlu atau
tidak pembentukan negara Armenia dan Kurdistan. Memandangkan perjumpaan itu
diadakan antara bulan Mei dan Ogos 1919, Kongres Nasional Arab Khas telah diadakan
di Damsyik bagi memberi bukti sokongan penuh mereka terhadap ancaman tersebut. Ia
telah memperkukuhkan lagi matlamat mereka untuk perpaduan Syria termasuklah
Lubnan dan Palestin, tetapi dengan memberi taraf autonomi kepada Lubnan dan hakhak orang Yahudi di Palestin. Negara bebas ini akan berpusat di Damsyik dan dipimpin
oleh Faysal, iaitu calon yang telah dipilih oleh umat islam, Greek Ortodoks dan Druze.
Rakyat Syria pula membantah sistem mandat separa-merdeka itu, tetapi jika
dibuktikan perlu, kongres lebih menyukai pengawasan dari Amerika. Hanya orang
Maronite Lubnan sahaja yang menerima mandat Perancis. Di Palestin, para
pesuruhjaya mendapati tentangan menyeluruh terhadap Zionisme kecuali oleh beberapa
kumpulan kecil penduduk Yahudi. Orang Armenia dan Kurdistan telah menyatakan
hasrat mereka untuk mendapat taraf kemerdekaan.
Berdasarkan beberapa penyiasatan yang dijalankan, King dan Crane telah
mencadangkan kepada sidang tersebut satu mandat terhad bagi Syria. Faysal pula
dilantik menjadi ketua negara. Iraq pula menerima sistem mandat. Mereka memutuskan
bahawa dakwaan selama 2000 tahun orang Yahudi terhadap palestin adalah tidak wajar.

21

Mohammad Redzuan Othman (terj.), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur, Percetakan Maziza
Sdn.Bhd, 1991, hlm 185

Pelaksanaan Pengisytiharan Balfour pula memerlukan tidak kurang daripada 50 000


orang tentera disebabkan oleh penentangan yang meluas daripada penduduk.
Disebabkan

orang

Eropah

menentang

penyiasatan

tersebut,

mereka

tidak

menghiraukan keputusannya. Malahan, Presiden Wilson yang terpaksa meninggalkan


perjumpaan itu kerana sakit mungkin tidak pernah melihat laporan tersebut. Dengan
penarikan diri Amerika dari arena dunia serta bantahan daripada pihak Inggeris,
Perancis dan Zionis, laporan King-Crane itu dirahsiakan dan tidak diterbitkan sehingga
tahun 1922, ketika sistem mandat telahpun diwujudkan.
Penilaian (tidak penuh lagi perlu di edit)
Kehancuran Empayar Uthmaniyah bermula lebih kurang dalam tahun 1908
1923, dan menjadikan ini sebagai satu turning point kepada sejarah timur tengah atau
pun timur dekat. Perkara ini dapat dilihat dalam proses tranformasi dalam struktur politik
dan sosial. Perkara ini juga sama seperti yang melanda Empayar Tsar dan Jerman.
Dalam kehancuran Empayar Uthamaniyah ini juga kita dapat melihat beberapa Negara
yag dahulunya dikuasai oleh Utmaniyah telah dipecah

- pecahkan tanpa mengira

ideoogi, perasaan orang Arab pada ketika itu. Hasilnya banyak negara yang dulunya
dalam Empayar Uthmaniyah telah menerima satu istilah dalam pemenerintah iaitu
sistem mandat yang telah diberikan kepada negara Palestine, Iraq, Syria dan
sebagainya. Sistem mandat yang diberikan ini terbahagi kepada 2 iaitu sistem mandat A
dan sistem mandat B.
Kesan yang wujud setelah berakhirnya Empayar Utmaniyah ini ialah menjadikan
Timur Tengah atau Timur Dekat itu yang dahulunya begitu gemilang dengan
pemerintahan Islam disana menjadi tidak lagi bermakna. Bagi Jerman, berakhirnya
Empayar mereka bermaksud berakhir juga persoalan timur, hubungan yang erat antara
2 buah Empayar, keagamaan, ekonomi dan persoalan strategik yang dahulunya
mendominasi dalam Politik Eropah dan hubungan diplomasi sesebuah negara. Tidak

begitu

panjang

adalah

menjadi

keperluan

kepada

pemerintah

Rusia

untuk

menggunakan temannya di Eropah mencipta halangan dalam struktur pemerintahan


Uthmaniyah yang sememangnya sudah hancur. Tidak begitu panjang juga menjadi
keperluan kepada British dan Perancis untuk membina pengaruh mereka dalam
Empayar Uthmaniyah dan pada masa yang sama untuk menghalang kekuasaan Rusia
dan kemudiannya Jerman menguasai Uthmaniyah.

You might also like