You are on page 1of 7

SEJARAH PENGLIBATAN BUMIPUTRA KRISTIAN DI DALAM PARTI USNO

DAN BERJAYA DI SABAH (1961-1994)


1.0

PENGENALAN

Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh


Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura merupakan satu detik
penting yang membawa kepada perkembangan parti politik di Sabah. (Sunday
Mail 1961, Sunday Times 1961) Lanjutan daripada cadangan pembentukan
Malaysia ini, wujud kesedaran politik yang membawa kepada pembentukan partiparti politik di Sabah. (Whelan 1970; Ness 1965) Antara parti-parti politik
tempatan awal yang muncul seperti United Kadazan Nation Organization (UNKO),
United Sabah National Organization (USNO), United National Pasok-Momugun
Organization (PASOK MOMOGUN), Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
dan

Parti

Bersatu

Sabah

(PBS).

Pertubuhan-pertubuhan

parti

ini

memperjuangkan hak peribumi di Sabah yang rata-rata penduduknya menganuti


agama Islam dan Kristian.
2.0

PERMASALAHAN KAJIAN

Jika ditelusuri penubuhan dan perkembangan parti-parti politik di Sabah adalah


agak unik berbanding di Semenanjung Tanah Melayu. Perkara ini dijelaskan oleh
Ismail Yusof (2004) yang mana beliau menyatakan bahawa

di Semenanjung

Tanah Melayu pembentukan parti politiknya adalah berasaskan

perkauman,

namun di Sabah asas pembentukan parti politiknya adalah berasaskan agama.


Sabihah Osman (1986) menyatakan bahawa senario parti berasaskan agama ini
berlaku dalam parti politik USNO dan BERJAYA yang dilabel dan dikecam sebagai
parti Pro-Islam, walaupun pada asasnya parti ini ditubuhkan sebagai sebuah parti
multireligious dan multiracial. Walaubagaimmana pun, kedua-dua parti ini tetap
disokong oleh golongan bukan beragama Islam. Keadaan ini menimbulkan
persoalan mengapa masih terdapat penglibatan dan sokongan yang ditunjukkan
oleh masyarakat peribumi bukan beragama Islam terhadap kedua-dua parti ini? .
Oleh itu, adalah diharapkan kajian ini akan merungkai faktor-faktor penglibatan
bumiputra Kristian dalam parti USNO dan BERJAYA di Sabah.
3.0
Kajian

OBJEKTIF KAJIAN
ini

akan

memberi

fokus

terhadap

tiga

objektif

iaitu

pertama

membincangkan tentang sejarah penubuhan parti USNO dan BERJAYA. Perkara

ini penting bagi membentuk pemahaman

mengenai asas-asas pembentukan

kedua-dua parti ini daripada pelbagai sudut seperti objektif penubuhan,visi dan
lain-lain.

Objektif

kedua

pula

adalah

menfokuskan

tentang

penglibatan

bumiputra Kristian dalam parti USNO dan BERJAYA dan objektif ketiga adalah
meneliti faktor-faktor penglibatan masyarakat bumiputra Kristian dalam keduadua parti ini.
4.0

SOROTAN LITERATUR

Setelah melakukan banyak pembacaan dan penelitian terhadap sejarah politik di


Sabah, pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat satu penulisan khusus yang
menyentuh secara menyeluruh mengenai penglibatan Bumiputra Kristian di
dalam parti-parti politik yang didominasikan oleh orang Islam.
Namun, kebanyakan penulisan yang sedia ada hanya memfokuskan
tentang perkembangan parti-parti politik di Sabah dan penglibatan Bumiputra
Kristian secara jelas itu masih belum ada. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan
tesis penulisan Hamdan Bin Aziz, 2005 iaitu Parti Politik USNO dan BERJAYA di
Sabah 1961-1996 untuk membantu pengkaji dalam memahami kedua-dua parti
ini dari aspek punubuhan dan perjuangan parti ini sekaligus perjuangan
pemimpin-pemimpin parti tersebut.
Selain itu juga, pengkaji telah menggunakan hasil penulisan James
P.Ongkili iaitu Political Development in Sabah,1963-1988

yang begitu jelas

menyentuh mengenai politik di Sabah. Sepanjang pembacaan pengkaji, tulisan


beliau telah memberikan gambaran yang boleh dijadikan sebagai bahan kajian
ini yang mana era parti USNO dan BERJAYA memerintah negeri Sabah itu sangat
jelas sehingga pengkaji dapat menggambarkannya. Di samping itu, beliau turut
menjelaskan bahawa akan wujudnya parti yang disokong oleh sesetengah
kumpulan etnik sepertimana dilihat etnik Melayu misalnya Bajau, Bisaya,Suluk
serta Brunei akan mendominasi pemimpin-pemimpin dalam parti USNO.
Setelah melakukan pembacaan terhadap buku Sabah Dilemma: The
Political History Of Sabah (1960-1994) hasil penulisan Herman J. Luping yang
mana

merupakan

satu

tulisan

yang

memberikan

gambaran

menyeluruh

mengenai politik di negeri Sabah, walaupun ianya tidak pula menyentuh


mengeni penglibatan etnik ataupun individu tertentu dalam politik tetapi amat
berguna sebagai sumber rujukan yang penting bagi pengkaji. Tulisan ini juga
telah menceritakan dengan lebih jelas mengenai konflik, cabaran-cabaran serta

pergolakan yang wujud mewarnai politik Sabah sepanjang limitasi tempoh


tersebut.
Selain daripada perkembangan politik di Sabah, pengkaji juga telah
membuat pembacaan lanjut mengenai kesedaran awal masyarakat di Sabah
yang mana menyedari bahawa pentingnya kegiatan berpolitik di era sebelum
dan selepas merdeka dalam buku Sabah Perubahan dalam Pembangunan. Buku
ini juga tidak ketinggalan dalam membicarakan tentang pertumbuhan dan
perkembangan parti-parti politik

awal di Sabah yang tidak lari daripada

pengaruh sentimen perkauman dan keagamaan yang berperanan penting dalam


perjalanan politik di Sabah sehingga munculnya parti-parti politik seperti
UNKO,USNO,BERJAYA serta PBS. Bagi pendapat pengkaji buku ini sangat penting
dalam membantu pengkaji meningkatkan pengetahuan tentang pergolakan dan
konflik politik di Sabah. Di samping itu, sejarah penubuhan parti-parti politik juga
difokuskan yang mana didominasikan oleh kaum Melayu yang beragama Islama
khususnya parti USNO dan BERJAYA.
Pengkaji turut melakukan pembacaan terhadap buku tulisan Yahya Ismail
yang bertajuk Politik Islam di Sabah. Buku ini ada menyentuh mengenai konflik
dalam politik di Sabah yang dipengaruhi oleh sentimen agama. Begitu juga buku
tulisan Ismail Yusoff berjudul Politik dan Agama di Sabah telah menonjolkan
sentimen agama dalam perkembangan politik di Sabah itu sendiri. Kedua-dua
buku ini juga tidak lari daripada membicangkan mengenai konflik-konflik yang
berlaku dalam politik di Sabah. Di samping itu, pengkaji juga membaca buku
Kassim Thukiman yang bertajuk Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik yang
mana telah membantu pengkaji untuk memahami tentang perjuangan parti-parti
politik di Sabah,selain mempunyai pemimpin yang hebat seperti Tun Fuad
Stephen, Tun Mustapha dan lain-lain. Tambahan lagi, buku ini menjelaskan
mengenai gerakan-gerakan yang dilakukan oleh parti-parti politik di Sabah dalam
memperjuangkan hak kebebasan negeri Sabah walaupun ianya dipengaruhi oleh
sentimen agama dan kaum.
Sejarah penubuhan parti politik USNO jelas diceritakan dalam buku
Abdullah Hussain iaitu Tun Mustapha: Bapa Kemerdekaan Sabah dan

buku

tulisan Margaret Roff yang berjudul The Rise and Demise of Kadazan Nationalism,
walaupun hanya menyentuh dari segi penubuhan parti USNO itu sendiri. Mazlan
Abdullah dalam tulisannya Sejarah Malaysia Timur turut menyumbang kepada
pemahaman pengkaji dalam memahami aspirasi penubuhan parti-parti politik di

Sabah khususnya parti USNO dan BERJAYA. Khabar Gembira: A History of The
Catholic Church in East Malaysia and Brunei,1880-1976 adalah karya dari John
Rooney ada menyentuh mengenai penubuhan BERJAYA telah disambut baik oleh
orang Kristian dan dianggap sebagai harapan baru bagi mereka setelah parti
BERJAYA telah mengalahkan parti USNO dalam pilihan raya. Lanjutan daripada
pembacaan pengkaji, William Poilis juga turut menyokong penyataan John
Rooney dalam bukunya A Popular History of The Catholic in Sabah yang mana
beliau menyatakan bahawa pada tahun 1975 telah muncul satu harapan baru
bagi masyarakat Kristian apabila berakhirnya pemerintahan Ketua Menteri Sabah
iaitu Tun Mustapha dan digantikan oleh Parti BERJAYA.
5.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang berguna kepada orang ramai khususnya
penduduk di negeri Sabah. Kajian ini akan mendedahkan dan menjelaskan
sesuatu persoalan yang kurang dikaji dan diketahui oleh masyarakat umum
sebelum ini. Justeru, kajian ini akan menonjolkan atau memperlihatkan persoalan
mengenai penglibatan Pemimpin bumiputra kristian di dalam parti USNO dan
BERJAYA.
Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan
awal dan perintis kepada pengkaji akan datang dalam menjawab persoalan
mengenai mengapa pemimpin bumiputra Kristian melibatkan diri di dalam partiparti politik yang didominasikan dalam kedua-dua parti politik ini. Di samping itu,
menurut pandangan penulis adalah sangat penting untuk memperkayakan lagi
bahan-bahan sejarah khususnya dalam bidang sejarah Politik.
6.0

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini bermula dari tahun 1961 sehingga tahun 1994 kerana pemilihan
tahun ini telah dilakukan mengikut hasil pembacaan oleh pengkaji. Penulis
memulakannya pada tahun 1961 kerana pada waktu itu lah merupakan zaman
kemunculan pelbagai parti politik moden di Sabah. Pada tahun 1994 pula
merupakan zaman kejatuhan Parti USNO dan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
(BERJAYA)

setelah

berusaha

dalam

menyatukan

keuda-dua

parti

untuk

mengalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan akhirnya perjuangan mereka


berakhir apabila pada pilihan raya tahun 1994, Parti Barisan Nasional (BN) telah
menang dan automatik mentadbir Sabah.

Selain itu, kajian ini juga hanya membataskan dan meneliti penglibatan
pemimpin Bumiputra Kristian dan latar belakang penubuhan kedua-dua iaitu
USNO dan BERJAYA sahaja. Mengapa pengkaji memilih kedua-dua parti ini adalah
kerana parti USNO dan BERJAYA memperlihatkan ramai pemimpin Islam
berbanding parti-parti lain. Demikian lah, kajian ini tidak akan menyentuh
dengan mendalam mengenai penglibatan pemimpin Islam di dalam parti-parti
politik yang lain seperti UNKO dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

7.0

METODOLOGI KAJIAN

Dalam memastikan kajian ini dapat mencapai objektifnya, pengkaji akan


menggunakan sepenuhnya kaedah penyelidikan Sejarah iaitu dengan cara
sintesis sumber-sumber primer dan sumber sekunder. Pengkaji memilih sumber
primer seperti dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang tidak diterbitkan, laporan
politik, jurnal, artikel kerajaan dan pengkaji terdahulu serta katalog. Manakal
sumber

sekunder

pula

seperti

buku-buku

ilmiah,monograf,

ulasan

artikel,tesis,surat khabar dan sebagainya.


Selain itu, pengkaji akan menjalankan tinjauan perpustakaan atau arkib
sebagai kaedah lain dalam menjawab kepada persoalan kajian tersebut.
Penggunaan kaedah ini juga memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan
kajian ini. Pengkaji akan mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk
mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Bahan-bahan
yang diperolehi pengkaji adalah seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah, kertas
kertas seminar, akhbar dan lain-lain. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk
memastikan penilaian ataupun hasil dapatan kajian yang diperolehi kelak dapat
diintepretasi dengan seadil-adilnya tanpa ada unsur bias. Antara perpustakaan
yang dikunjungi oleh pengkaji untuk mendapatkan sumber rujukan data dan
fakta

ialah

Arkib

Negara,

Arkib

negeri

Sabah,

Muzium

Negeri

Sabah,

Perpustakaan Yayasan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Negeri Sabah dan
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.
Dalam

kajian

ini,

kaedah

temubual

akan

banyak

digunakan

bagi

melengkapi data perpustakaan selain membantu pengkaji untuk mendapatkan


maklumat-maklumat yang baru, ini adalah kerana tidak semua maklumat boleh

didapati di perpustakaan. Temu bual akan member fokus terhadap dua


responden sasaran sama ada ahli politik bumiputra Kristian yang pernah terlibat
dalam kedua-dua parti tersebut dan responden sasaran kedua pula ialah ahli
keluarga mereka.
8.0

PEMBAHAGIAN BAB

BAB 1 : PROPOSAL
BAB 2 : SEJARAH PENUBUHAN PARTI USNO DAN BERJAYA
BAB 3 : PENGLIBATAN MASYARAKAT BUMIPUTRA KRISTIAN DALAM PARTI
USNO
DAN BERJAYA
BAB 4 : FAKTOR FAKTOR PENGLIBATAN MASYARAKAT BUMIPUTRA
KRISTIAN
DALAM PARTI USNO DAN BERJAYA
BAB 5 : ANALISIS KAJIAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

9.0

PERANCANGAN GERAK KERJA

Kajian yang dirancangkan mengambil masa lebih kurang 12 bulan iaitu pada
keseluruhan kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan. Ia
dapat dilihat dalam jadual 1.
Jadual 1 : Fasa Gerak Kerja
Fasa
1

Tempoh
3 bulan
1 bulan

1 bulan

Gerak Kerja
Berbincang dengan penyelia
Membuat sorotan literatur dan
menambah baiki proposal
Membuat persedian pembentangan
proposal
Membentang proposal
Menyiapkan BAB 1

3 bulan

1 bulan

Mengenalpasti bahan perpustakaan dan


merangka soal selidik temu bual
Menyerahkan BAB 1 kepada penyelia

1 bulan

Mengenalpasti bahan perpustakaan yang

1 bulan

1 bulan

3 bulan

3 bulan

dipilih dan memilih respondan yang layak


untuk di temu bual
Menyiapkan BAB 2
Menganalisis bahan perpustakaan yang
dipilih dan menjalankan kajian rintis bagi
set soalan selidik yang disediakan
Menyerahkan BAB 2 kepada penyelia
Menyiapkan BAB 3
Membuat penambahan kepada bahan
perpustakaan dan membaiki set soalan
temu bual
Menyerahkan BAB 3 kepada penyelia

1 bulan

Mengadakan temu bual dengan


respondan yang dipilih
Menganalisis soalan temu bual dan bahan
perpustakaan
Menyiapkan BAB 4

1 bulan

Menyerahkan BAB 4 kepada penyelia dan


menyiapkan BAB 5
Menyerahkan BAB 5
Mencetak draf pertama dan membuat
pembaikan
Menyerahkan draf kajian untuk
pemeriksaan dan membuat pembaikan
terhadap hasil pemeriksaan

You might also like