You are on page 1of 4

Rian Nordiansyah bin Ramli (AEE120044)

AEEA 3308: SEJARAH EROPAH MODEN 1789- 1918


5) Bincangkan strategi Bismarck menyatukan Persekutuan Jerman dari tahun 1862-1870
PENGENALAN
Latar belakang Bismarck
Bismarck atau Otto Eduard Leopold Von Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di sebuah Ladang
Junker Prosteston yang bernama Schonhausen di Brandenburg dan meninggal dunia pada 30 Julai
1898
1862, Bismarck telah dilantik sebagai Perdana Menteri kepada Prussia dan Bismarck dianggap
sebagai tokoh perwira yang teragung dalam sejarah penyatuan Jerman
Beliau dilahirkan daripada keluarga ningrat yang memiliki ladang atau estet dan juga pernah
berkhidmat dalam perkhidmatan awam
1847, beliau menjadi seorang anggota Diet Prussia di Berlin dan menjadi seorang reaksioner yang
cekal
Wujudnya beberapa langkah yang digunakan oleh Bismarck dalam menyatukan Persekutuan Jerman
Namun strategi tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dasar luar dan juga dasar dalam
negara
Jerman berjaya disatukan selepas pihak Prusia menang dalam peperangan melawan Perancis pada
tahun 1870 dan juga perjanjian kesatuan telah dibuat oleh Bismarck untuk penggabungan Jerman
Utara dengan kerajaan-kerajaan di beberapa buah negeri di Jerman Selatan
Persekutuan Jerman telah diisytiharkan pada 18 januari 1871 di Versailles yang Persekutuan tersebut
dinamakan sebagai Die Reichsverfassung (Kemaharajaan Jerman)
Raja Prusia iaitu William I adalah dilantik sebagai Maharaja. Manakala, Bismarck dilantik sebagai
Canselor Reich yang baru.
DASAR LUAR BISMARCK
PAKATAN POLITIK DAN PEPERANGAN
1. Penaklukan Scleswig Holstein

Daerah ini telah memberontak dalam pergolakan semangat kebangsaan semasa revolusi 1848

Untuk menyelesaikan konflik, kuasa-kuasa besar Eropah iaitu Rusia, Austria, Perancis, Prusia
dan Britain menandatangani Persetiaan London termasuklah Denmark dan Sweden pada 1852

Menjelang tahun 1863, Raja baru Denmark bercita-cita untuk menempatkan daerah Scleswig
dan Holstein di bawah kekuasaanya dan hasrat ini juga adalah hasrat rakyat Denmark

Keadaan ini adalah menggemparkan Jerman. Kebetulan, semasa kenyataan yang dikeluarkan
oleh raja baru Denmark untuk menakluk wilayah Scleswig-Holstein tersebut, terdapat
seorang pesaing kepada Raja baharu Denmark

Bismarck cuba mengambil peluang di antara krisis yang berlaku antara kedua-dua pihak
tersebut
2. Peperangan dengan Denmark

Peperangan dengan Denmark ini mula tercetus pada tahun 1864 apabila Prusia dan Austria
bersama-sama dalam memerangi Denmark

Denmark enggan mumulangkan semula daerah tersebut, oleh itu Bismarck mengisytiharkan
perang setelah mendapat persetujuan daripada diet dan Austria

Bismarck melakukan satu perikatan dengan Austria pada bulan Februari 1864 dengan
menghantar satu pasukan tentera dan kemenangan dicapai dengan mudah dan singkat

Wilayah Schleswig tersebut diserahkan kepada Raja Prusia dan Holstein diserahkan kepada
Maharaja Austria

Daerah-daerah tersebut yang diserahkan kepada Prusia dan Austria telah menyebabkan
berlaku pula suatu pergaduhan di antara kedua-dua kuasa

3. Mengadakan pakatan dengan Itali

Walapun Austria dan Prusia mengadakan pakatan dalam memerangi Denmark namun pakatan
tersebut hanya sementera

Bismarck telah mengatur strategi dan merancang agendanya tersendiri dengan cuba
mendapatkan persetujuan daripada Itali dan Perancis

29 Februari 1866, Bismarck telah mendapatkan persetujuan daripada Raja Prusia bagi
mengadakan pakatan sulit dengan Itali

Seorang wakil khas daripada Itali datang ke Berlin pada bulan Mac 1866, satu perjanjian sulit
antara Prusia dan Itali telah dimaktubkan

Keadaan menjadi tegang dan akhirnya peperangan tercetus antara Prussia dan Austria, hal ini
kerana Austria mendapat khabar angina yang Prussia dan Itali membuat pakatan untuk
mengalahkan Austria
4. Perang Prusia-Austria

Walaupun hanya masalah mengenai penaklukan Scleswig Holstein yang wujud, ianya hanya
sebagai alasan untuk memulakan peperangan

Prusia yang telah mencabul ke atas Persetiaan Vienna dan Konvensyen Gastein

Austria telah mendapat sokongan daripada Hanover, Saxony, Baden, dan Bavaria

Peperangan antara Prusia melawan Austria ini mula meletus pada 14 Jun 1866 dan
peperangan ini berakhir dengan kemenangan yang dimiliki oleh pihak Prusia setelah tiga
minggu berperang

Dalam bulan Ogos, Bismarck telah memaksa Raja Prusia menandatangani Persetiaan Prague
dengan Austria

Bismarck berjaya mencapai perkara yang dicita-citakan dan yang diingini sebelum ini iaitu
dengan menyingkirkan kuasa-kuasa Austria dari Hal Ehwal Jerman

Perlembagaan Persekutuan baru untuk Jerman di bahagian Utara di samping mewujudkan


sebuah persatuan negeri-negeri bahagian Jerman Selatan

Prusia mendapat Schleswig dan Holstein, tetapi dengan syarat bahawa, Prusia perlu
menyerahkan bahagian Utara Schleswig kepada Denmark sekiranya mendapat persetujuan
ramai dari pungutan undi
5. Pakatan dengan Perancis

Pembentukan Jerman Utara sememangnya memberi kebimbangan kepada Perancis

Selepas kekalahan yang dialami oleh Austria pada tahun 1866, Perancis memandang serius
usaha penyatuan Jerman oleh Bismark

Napoleon III yang ingin mengukuhkan kedudukan beliau, telah mencadangkan bahawa beliau
mungkin akan mengakui kemenangan yang dimiliki oleh Prusia

Syarat yang dikemukakan oleh Napoleon III tersebut adalah meluaskan wilayah Perancis ke
Rhine menuju ke Mainz

Bismarck tidak menolak cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Napoleon III dengan
serta merta sebaliknya meminta cadangan itu dikemukan dalam hitam putih

Bismarck mengambil peluang tersebut dengan mendedahkan surat yang ditulis kepada akhbar
menyebabkan Perancis digambarkan kuasa yang ganas

Nama baik Perancis tercemar dan ini membolehkan Bismarck di bawah Prussia berperang
dengan Perancis kerana pendedahan surat tersebut

6. Peperangan dengan Perancis.

Peperangan yang berlaku antara Perancis dengan Prusia berlaku pada tahun 1870

Peperangan ini tercetus adalah dalam tempoh jangka waktu yang lama dan di luar jangkaan
Bismarck

Disebabkan tiada campur tangan kuasa Eropah lain dalam peperangan tersebut, Prusia sekali
lagi mencapai kemenangan dan kekalahan menjadi milik Perancis

Alasce dan Lorraine dan menjadikan Rhine sebuah sungai Jerman merupakan sebab Prussia
meneruskan peperangan hinggalah ke bulan Januari tahun 1871

Pada 28 januari 1871, gencatan senjata telah dilakukan dan diikuti pula dengan perjanjian
Frankfurt yang ditandatangani pada 10 Mei

Dengan perjanjian damai tersebut iaitu perjanjian Frankfurt, Perancis telah menyerahkan
seluruh Alasce kecuali Belfort dan bahagian timur Lorraine termasuklah Kota Metz kepada
Jerman dan ganti rugi kepada Jerman sebanyak lima bilion Franc

DASAR DALAM NEGARA OLEH BISMARCK


1. Menyekat pengaruh gereja

Semasa pemerintahan Bismarck, Bismarck telah menghadapi masalah denagn gereja Roman
Katolik

apabila paderi-paderi dalam gereja Roman Katolik tersebut ingin berkuasa semula dan
menyeru agar jajahan yang berlaku di Jerman menuntut lebih kepada kebebasan daripada
Kaiser

Bismarck telah memulakan pergerakan anti gereja pada tahun 1872, pelulusan undangundang Mei untuk mengawal sekolah-sekolah agama katolik dan pegawai tinggi gereja
2. Perlembagaan Jerman

Perlembagaan Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri
daripada majlis persekutuan iaitu Bunderstrat dan diet maharaja iaitu Reichstag

Majlis persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dan semua negeri di Jerman

Kaiser mempunyai kuasa membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja

Perlembagaan ini memberikan kepada Bismarck kuasa untuk mengukuhkan penyatuan


negara di Jerman

Perlembagaan ini juga memberikan kuasa penuh terhadap kawalan tentera Jerman yang
disatukan kepada Bismarck
3. Menyeragamkan sistem ekonomi

Bismarck mengambil langkah dalam memperkenalkan sistem percukaian, mata wang serta
sistem timbangan dan sukatan yang seragam di Jerman

beliau juga turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman

pembinaan jalan raya yang lebih baik juga turut diperkenalkan oleh Bismarck dalam
menyediakan sistem perhubungan

Rangkaian jalan kereta api juga turut turut dibina dengan menghubungkan seluruh wilayah di
negara Jerman
4. Membangunkan sektor-sektor perindustrian

Bismarck juga turut mengambil langkah dengan menjadikan negara Jerman sebagai negara
perindustrian yang kaya

kekayaan sumber asli di negara Jerman seperti arang batu, besi, potasium, dan ligmit
digunakan dengan cekap dan mahir

Bismarck turut menubuhkan pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk menyelaraskan
perkembangan industri di Jerman

5. Memajukan sektor pertanian dan perdagangan

Dalam usaha meningkatkan pengeluaran pertanian, baja-baja yang murah telah dikeluarkan
oleh industri di Jerman

bidang perdagangan pula, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang tarif pada tahun
1879 bagi menyekat kemasukan barang-barang dari negara luar seperti Britain dan Perancis

Undang-undang tarif adalah bertujuan untuk menyelamatkan pedagang dan petani Jerman
yang tidak dapat bersaing dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain
seperti Britain, Amerika, Rusia dan Perancis
6. Pemulihan sosial

Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi merapatkan hubungan


antara golongan atasan dengan golongan bawahan

nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru dengan mengadakan undang-undang untuk


membaiki taraf hidup rakyat bawahan bangsa Jerman

memperkenalkan undang-undang insuran sakit bagi membantu pekerja-pekerja mendapat


perkhidmatan perubatan percuma dan gaji sekiranya mereka sakit

Pada masa yang sama, Bismarck juga turut meluluskan undang-undang untuk melindungi
pekerja yang cedera semasa bekerja
KESIMPULAN
Bismarck yang ingin menyatukan Jerman, pelbagai kaedah serta langkah telah dilakukan
termasuklah pakatan politik dan peperangan
Penyatuan Persekutuan Jerman pada tahun 1871 menyebabkan usaha Bismarck berhasil

Untuk mengukuhkan lagi kekuasaan yang diperolehi Bismarck, pelbagai dasar dalam negara
dikuatkuasakan dan hal ini bagi memastikan kesetiaan rakyat terhadap Jerman

You might also like